Anda di halaman 1dari 2

Nota bumi dan angkasa

(A) Putaran dan Peredaran Bumi


Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya
mengelilingi Matahari.

(B) Putaran Bumi


Bergerak dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam.
1 putaran lengkap = 24 jam atau 1 hari.
Kesan putaran Bumi:
Kejadian siang dan malam
Kedudukan Matahari kelihatan berubah-ubah
Perubahan panjang dan arah bayang-bayang objek
Kejadian air pasang surut

(C) Peredaran Bumi


Mengelilingi Matahari dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam.
1 peredaran lengkap = 365 ¼ hari atau 1 tahun.
Kesan peredaran Bumi:
Kejadian 4 musim.
Perbezaan masa panjang siang dan malam.
Kejadian gerhana Matahari dan gerhana Bulan.

(D) Fenomena Fasa-Fasa Bulan


Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya Matahari untuk sampai ke
mata kita.
Seperti Bumi, Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut
orbitnya mengelilingi Bumi.

Bulan berputar pada paksinya dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.
Bulan beredar mengelilingi Bumi juga dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur.Tempoh
edaran dan putaran Bumi adalah sama, menyebakkan kita sentiasa melihat permukaan Bulan
yang sama.

Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai Fasa Bulan.


Semasa Bulan mengelilingi Bumi, kedudukan Bulan berubah dengan masa. Ini menyebabkan
fasa Bulan:

Bahagian permukaan Bulan yang gelap menghadap Bumi disebut anak bulan.

Sebahagian kecil permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan sabit.

Separuh bahagian permukaan Bulan yang terang menghadap Bumi disebut bulan separa.
Keseluruhan bahagian permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan
purnama.Takwim yang kita gunakan ialah Takwim Masihi yang menunjukkan kedudukan
Bumi semasa edarannya mengelilingi Matahari.
Takwim yang dibina berdasarkan fasa Bulan dikenali sebagai Takwim Qamari.

Rujukan:
Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen
Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains
Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai