Anda di halaman 1dari 2

Sejak pandemik Covid-19, para pendidik juga terkesan dan mengalami pelbagai cabaran ketika melaksanakan

aktiviti pembelajaran jarak jauh. Antara cabaran yang dihadapi ialah masalah liputan internet. Selain itu,
pendedahan skrin telefon yang begitu lama boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada seseorang lebih-
lebih lagi kesan kepada kanak-kanak seperti ketagihan dan kekurangan interaksi sosial.

“Guru adalah insan yang sangat dimuliakan di dalam islam dan diberi kedudukan tinggi sesuai dengan
peranannya yang memberi kesan kepada masa hadapan murid serta umat keseluruhannya. Rasulullah s.a.w
adalah guru pertama kepada umat manusia”

Penggunaan aplikasi teknologi terkini seperti aplikasi Google Meet, Zoom, Youtube, Inshot dan Tiktok
merupakan wadah baru untuk para guru menyampaikan sesi pembelajaran dengan lebih berkesan ketika
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Alat komunikasi digital merupakan sebuah keperluan para
pelajar dari bangku prasekolah sehingga universiti dalam proses pembelajaran secara atas talian sebagai
medium pembelajaran.

Namun, kehadiran kelas secara virtual membuatkan para pelajar kurang fokus ketika sesi pembelajaran
ditambah lagi dengan suasana persekitaran yang tidak memberangsangkan kerana kurangnya sokongan
daripada ibu bapa seperti capaian internet yang lemahn dan kekurangan gajet untuk digunakan oleh anak-
anak.

Seorang guru juga memerlukan sifat sabar dan tabah yang tinggi untuk menghadapi karenah murid-murid yang
berbagai ragam lagi-lagi sesi pembelajaran jarak jauh. Hal ini kerana akan memberikan tekanan kepada pihak
guru dan murid itu sendiri. Bebanan kerja yang semakin bertambah, kurangnya mendapat penghargaan, isu
kekeluargaan, kurangnya kemahiran teknologi dan masalah kewangan menjadi punca para guru mengalami
stress yang tinggi.

Merujuk laporan akhbar, wujud gesaan daripada pelbagai pihak untuk mengutamakan subjek-subjek yang
berkaitan perperiksaan sahaja. Hal ini bukan sahaja memberi tekanan kepada para guru malah memberi
tekanan kepada para pelajar.

Laporan Sinar Harian 24 Januari 2021.


Pelbagai kritikan dan persepsi dilemparkan oleh masyarakat terhadap golongan pendidik. Para guru dan ibu
bapa sewajarnya berkerjasama dan berganding bahu untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit yang
melibatkan pembelajaran anak-anak. Jika hubungan antara guru dan ibu baik bertambah erat pasti mampu
melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat.

Pada hari ini, segala tanggungjawab diletakkan di atas bahu seorang guru sedangkan acuan tingkahlaku
perlulah diasuh sejak dari rumah. Dalam hal ini, kita perlu menyedari bahawa guru juga manusia biasa yang
mempunyai emosi yang perlu diuruskan dan sekiranya dibiarkan pasti akan memberikan kesan kepada pelajar.
Ibu bapa juga memainkan peranan di rumah dengan menyediakan capaian akses internet dan gajet yang
bersesuaian supaya proses PDPR berjalan lancar.

Sebagai masyarakat, kita sewajarnya sedar bahawa ramai yang mengalami masalah kesihatan mental akibat
tekanan kerja dan keluarga. Perlu diakui bahawa guru juga terjejas kesihatan mental mereka kerana
menggalas tugas yang begitu berat seiring dengan tuntutan dan perubahan dari sudut sosial, ekonomi dan
teknologi yang turut memberikan kesan kepada dunia pendidikan.

Jika diteliti pesan Buya Hamka di dalam buku Pesan Hamka Kepada Pendidik, Buya Hamka menganjurkan
supaya setiap pendidik itu perlu mempunyai visi dan misi tersendiri. Para pendidik seharusnya mengambil
masa untuk merenung diri sendiri terlebih dahulu dan mengutamakan anak murid dalam proses Falsafah
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Seorang pendidik yang baik perlulah mempunyai nilai empati yang
tinggi dan mempunyai kesungguhan dalam proses pedagogi bagi memastikan setiap proses PdPc berjaya.

Konklusinya, pelbagai usaha perlu diambil oleh para guru dan ibu bapa dalam menyediakan kemudahan
kepada para pelajar ketika proses PDPR dilaksanakan. Impak pembelajaran atas talian perlu diambil berat dari
segi kesihatan mental murid, ibu bapa dan guru. Kajian mendapati bahawa pendedahan kepada internet
terlalu lama dapat memberikan kesan kepada emosi dan kognitif pelajar. Oleh itu, sediakan jadual belajar dan
bekerja sebaik-baiknya. Sebagai seorang pelajar atau ibu bapa harus menghormati guru-guru kerana tanpa
guru siapalah kita.

Disediakan oleh,

Nur Izzati Hazwani Abdul Hadi

Rujukan:

Sapora Sipon,Stres Kerja Guru:Punca ,Kesan dan Srategi Daya Tindak: Prosiding Seminar Profesion Perguruan
Mohamad Anwar Patho Rohman.4,4 peratus guru stress Laporan Berita Harian bertarikh 28 ogos 2018.
Nur Fazine Aida, Pembelajaran Online boleh beri kesihatan mental laporan Sinar Harian Bertarikh 2 Disember
2020.

Anda mungkin juga menyukai