Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN BILIK

DARJAH SK GUDON MENGGATAL

1.0 PROJEK KECERIAAN KELAS TAHUN 1 HINGGA 6 BAGI TAHUN 2022


2.0 Latar Belakang

Bilik darjah di SK Gudon adalah bilik yang digunakan untuk pengajaran


dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Gudon, Menggatal. Bilik darjah
yang sedia ada pada masa kini boleh dikategorikan dalam keadaan yang
tidak ceria dan tidak kondusif sepenuhnya. Cadangan permohonan untuk
menceriakan bilik darjah ini adalah selari dengan kehendak serta
keperluan semasa dan memenuhi tahap persekitaran bilik darjah yang
kondusif. Halangan yang sedia ada pada masa kini adalah ianya tidak
dapat digunakan semaksimum mungkin kerana disebabkan beberapa
faktor seperti penularan Covid-19. Sekiranya cadangan permohonan ini
dapat direalisasikan ianya dapat memberi impak yang besar dalam
melahirkan murid yang menjulang aspirasi negara serta melahirkan modal
insan kelas pertama bertaraf dunia.

3.0 Objektif

3.1 Menceriakan 25 bilik darjah dari tahun 1 hingga 6.

3.2 Mewujudkan suasana atau iklim bilik darjah yang kondusif

3.3 Mewujudkan perasaan ‘menikmati’ di kalangan murid bila berada di


dalam bilik darjah

7
3.4 Memaksimumkan tahap penggunaan kemudahan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

3.5 Menyediakan kemudahan infrastruktur yang baik dan mencukupi


untuk kegunaan guru dan murid

4.0 Rasional

4.1 Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang akan
menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan
murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam
keadaan mesra dan sempurna.

4.2 Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik
darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan
yang teratur susunannya.

4.3 Memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia


kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran mereka.

4.4 Melatih murid agar berdisiplin dan berdikari di samping memupuk


sahsiah diri yang positif.

8
5.0 Senarai Guru dan Kelas yang terlibat
5.1 Semua guru kelas bagi tahun 2022
5.2 Semua kelas tahun 1 hingga 6 bagi tahun 2022

6.0 Belanjawan

Bil Perkara Harga seunit Bil unit


1 Langsir
2 Label kelas
3 Kertas warna
4 Laminating film
5 Carta organisasi kelas
6 Jadual bertugas kelas
7 Alas meja guru
8

7.0 Penutup
Kesimpulannya, sebuah bilik darjah yang kondusif akan dapat membuatkan
murid-murid berasa selesa ketika belajar di dalam kelas. Secara tidak langsung,
murid akan berasa bertanggungjawab memastikan keadaan kelas mereka kekal
ceria.

9
Sekian, terima kasih

“BERILMU, BERTAKWA, BERBAKTI”

Disediakan oleh,

(MOHD. YUSREE BIN JUMPAAN)


Naib Setiausaha,
HAL EHWAL MURID
SK GUDON MENGGATAL

10

Anda mungkin juga menyukai