Anda di halaman 1dari 15

Pantun Budi

Antologi Tingkatan 2
Cikgu Aelyana J.
Ayat Alkitab
Objektif pembelajaran

Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat:


1. Mendeklamasikan pantun budi dengan penuh
penghayatan
2.Menyatakan maksud dan tema puisi

Buku kerja m/s 4


Apa yang anda lihat?
Ciri-ciri pantun

1. Ada 4-5 patah perkataan sebaris.


2. Mempunyai rima akhir abab
3. Mempunyai pembayang dan maksud.
4. Mempunyai maksud untuk disampaikan
Pantun Budi
Tema

Masyarakat yang berbudi bahasa akan dipandang


tinggi kerana bahasa menunjukkan identiti sesuatu
bangsa.
Persoalan
(a) Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina.
(b) Sikap mementingkan kekayaan menyebabkan seseorang lupa akan
budi bahasa.
(c) Masyarakat Melayu amat mementingkan budi bahasa dan tutur kata.
(d) Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai pada bahasa yang
dituturkannya.
(e) Budi bahasa lebih penting daripada kekayaan yang dimiliki.
(f) Kebijaksanaan seseorang akan terserlah jika berada dalam kalangan
orang yang bijaksana.
Bentuk dan ciri-ciri pantun

(a) Terdiri daripada tujuh rangkap.


(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada lima hingga sebelas suku kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.
UNSUR GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

(a) Imej alam. Contohnya, air; laut; tanjung; saga; bunga


melati; bunga seroja; kali; bunga cina; batu; daun; emas;
anak beruk; dan pantai.
(b) Peribahasa. Contohnya, Bagai cincin dengan permata.
(c) Personifikasi. Contohnya, Bijak bertemu dengan jauhari.
(d) Repetisi. Contohnya, Bunga melati bunga di darat.
UNSUR GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

(e) Responsi. Contohnya, Indah tampan kerana budi,


Tinggi bangsa kerana bahasa.
(f) Asonansi. Contohnya, Hina manusia tidak berbudi
(perulangan vokal i).
(g) Aliterasi. Contohnya, Bunga melati bunga di darat
(perulangan konsonan d).
(h) Rima akhirnya sama, iaitu abab.
Pengajaran
(a) Kita mestilah berbudi bahasa agar diri dipandang mulia.
(b) Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi
kepada kita.
(c) Kita perlulah mengutamakan budi bahasa daripada kekayaan.
(d) Kita haruslah sentiasa merendah diri agar tidak dipandang
rendah oleh masyarakat.
(e) Kita haruslah menjadi orang yang bijaksana agar dapat
membantu untuk membangunkan bangsa dan negara.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai