Anda di halaman 1dari 1

Kata Alu-Aluan

PN. MARGARET ANAK HOLLIS


GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU
MAJAU, KANOWIT

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Unit Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Ulu Majau kerana berjaya menghasilkan “Buku Pengurusan
Kokurikulum 2020”. Terima kasih juga kerana memberi kesempatan kepada saya untuk
mengungkap sepatah dua kata di dalam buku ini.

Adalah menjadi misi dan visi sekolah ini agar kemajuan dan kecemerlangan dalam kurikulum
dan kokurikulum akan menjadi impian dan matlamat yang harus dicapai bagi tahun 2020.
Untuk itu pengurusan yang berkesan dan sistematik mesti dilaksanakan bagi mencapai
hasrat sekolah dan juga hasrat KPM seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM).

Saya amat berharap agar semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Ulu Majau dapat
melaksanakan kegiatan kokurikulum di sekolah ini dengan penuh rasa bertanggungjawab,
komited beserta dengan ketulusan dan keikhlasan agar ianya dapat berjalan dengan baik
dan lancar.

Akhir kata, saya berharap kegiatan kokurikulum yang telah dirancang untuk tahun ini akan
dapat dilaksanakan dengan teratur.

Terima Kasih dan Selamat Menjalankan Tugas,

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ulu Majau, Kanowit

Anda mungkin juga menyukai