Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran apa yang murid belajar daripada Sejarah ?

Banyak dapatan kajian menyatakan Sejarah satu subjek yang sangat


membosankan atau antara mata pelajaran yang paling tidak diminati oleh pelajar
di sekolah. Sejarah ialah mata pelajaran yang banyak menghafal fakta, nama,
tarikh, tempat dan persitiwa berlaku zaman dahulu.

Sejarah seringkali disampaikan melalui teknik lisan atau syarahan oleh guru
dalam bilik darjah.

Guru Sejarah masih menggunakan kaedah lama atau konvensional seperti “chalk
and talk”.

Kaedah syarahan adalah kaedah paling cepat untuk guru gunakan dalam
menyampaikan maklumat namun perlu diasimilasikan dengan kemajuan teknologi
semasa.

Belajar Sejarah tidak menjamin apa-apa pekerjaan yang popular atau belajar
Sejarah hanya boleh duduk jaga muzium dan arkib, buat cari gali artifak dan
membaca rekod-rekod lama yang menjadi rujukan rasmi kerajaan.

Ini antara isu yang sentiasa kita dengari apabila berhadapan dengan mata
pelajaran sejarah.

Sejarah ialah satu mata pelajaran yang klasik kerana wujud seiring dengan
perkembangan peradaban dan ketamadunan manusia. Misalnya sejak manusia
mengenal huruf, simbol, bahasa dan tulisan, maka perubahan dan perkembangan
aktiviti manusia terus dicatatkan dalam pelbagai medium sejak beribu tahun lalu.

Sejarah juga satu mata pelajaran yang abstrak. Sukar dilihat kerana Sejarah
melibatkan kognitif atau berkaitan dengan pemikiran, tindakan manusia.

Sejarah juga satu mata pelajaran yang konkrit yang murid boleh belajar secara
dekat dengan persekitaran atau kehidupan sebenar.

Contohnya berkaitan topik keluarga, sekolah dan lokasi tempat tinggal, jata
negara, bendera dan bunga kebangsaan,

Zaman dahulu, mereka yang belajar Sejarah ialah putera raja yang bakal
memerintah satu kerajaan. Sejarah juga dipelajari oleh para pemerintah

1
sesebuah kerajaan, golongan diraja, bangsawan, aristokrat. Buku-buku dan bahan
sejarah pada zaman dahulu sangat terhad dan disimpan di tempat khas.

Persoalannya ialah mengapa golongan ini belajar ilmu Sejarah ?

Di Barat, Sejarah dititikberatkan bagi melahirkan masyarakat dan warganegara


yang tinggi semangat kenegaraannya. Ada juga yang berpendapat Sejarah diajar
agar dapat mengekalkan kuasa politik sesebuah parti memerintah dan dapat
mengawal rakyat.

Umumnya, melalui Sejarah kita dapat memahami manusia dan masyarakat,


memahami perubahan dan bagaimana bentuk masyarakat tersebut, memahami
kepentingan sejarah dalam kehidupan kita dengan menjadi ejen perubahan.

Sejarah turut menyumbang kepada pemahaman moral, identiti dan mewujudkan


warganegara yang baik.

Komponen kemahiran apakah yang ada pada mata pelajaran Sejarah ?

Satu komponen kemahiran yang biasa yang juga digunakan dalam mata pelajaran
lain misalnya kemahiran membaca, kemahiran belajar, kemahiran mencari dan
membuat rujukan.

Selain itu, Kemahiran berfikir termasuklah mengklasifikasikan maklumat,


menginterpretasi, menganalisis, mensintesis, membuat kesimpulan, menilai
maklumat dan membuat keputusan. Seterusnya, kemahiran interaksi dalam
kumpulan, komunikasi dan kemahiran personal.

Kedua, kemahiran spesifik dalam Sejarah ialah kemahiran menghubungkait


peristiwa, pemahaman Sejarah (masa, tempat, perubahan, masyarakat, bukti dan
interpretasi), interpretasi sumber dan analisis sumber, empati, kemahiran
mengenal sebab-akibat dan membuat keputusan.

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran perlu menarik perhatian dan minat
murid agar murid tahu apa itu sejarah, dapat membaca sejarah dan belajar dari
sejarah.

NAL

Anda mungkin juga menyukai