Anda di halaman 1dari 19

1.

DEFINISI HUKUM ADAT, AKAL DAN SYARA

Hukum bagi sesuatu perkara adalah TETAP yakni tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sepakat, perkataan yang terkeluar daripada landasan 3 hukum itu merupakan perkataan thoghut (syaitan).2 Seseorang yang belum mengetahui perbezaan antara hukum adat, akal dan syara sebenarnya belum mengetahui 100% terhadap apa yang diucapkannya, belum mengetahui 100% terhadap apa yang diiktikadkannya dan belum mengetahui 100% terhadap apa yang dilakukannya, Supaya JELAS, kita fikirkan 5 contoh permasalahan seperti berikut : Masalah 1 : Seorang lelaki bernama A membeli sebuah rumah hasil titik peluhnya sendiri. Selepas semua proses pembelian selesai, dia memperoleh surat hak milik atas namanya sendiri. Seorang lelaki lain bernama B telah datang dan mendakwa rumah itu BUKAN milik A tetapi milik Allah. Mereka telah berbalah menyatakan masing-masing dipihak yang benar. Mereka bersetuju permasalahan ini diselesaikan oleh pihak berwajib. Siapakah yang akan diistiharkan oleh pihak berwajib yang SAH menjadi pemilik rumah tersebut? Siapakah yang diistiharkan benar menurut hukum syara? Masalah ke-2 : Dua orang lelaki bernama A dan B dsedang makan tengahari. Setelah kenyang merekapun duduk sambil bersembang-sembang. Lelaki A berkata nasi yang mereka makan telah menyebabkan dia kenyang. Lelaki B mendakwa, bukan nasi yang mengenyangkan tetapi Allah yang mengenyangkan. Mereka berbalah lagi menyatakan masing-masing dipihak yang benar. Sekali lagi mereka bersetuju permasalahan ini diselesaikan oleh pihak berwajib. Siapakah yang akan diistiharkan benar menurut hukum syara? Masalah 3 : Pada suatu hari, lelaki A dan lelaki B terpandang 2 keluarga sedang memasang khemah masing-masing di tepi pantai. Semua ahli keluarga 1, beragama Islam berpakaian menutup aurat. Semua ahli keluarga 2, bukan beragama Islam, lelaki dan perempuan berseluar pendek dan berbaju-T yang menampakkan aurat. Lelaki A berkata status dua pasang ibu-ayah dalam keluarga itu adalah SUAMI ISTERI. Lelaki B tidak setuju dengan pendapat lelaki A. Dia berkata hanya status ibu-ayah keluarga 1, sahaja sebagai suami isteri. Status ibu-ayah dalam keluarga 2, bukan suami isteri. Mereka berbalah lagi menyatakan masing-masing dipihak yang benar. Sekali lagi mereka bersetuju permasalahan ini diselesaikan oleh pihak berwajib. Siapakah yang akan diistiharkan benar menurut hukum syara?
1

Terdapat perbezaan dan persamaan antara istilah adat, pada adat, hukum adat, akal, pada akal, hukum akal, syara, pada syara dan hukum syara. Fahamkan perbezaan dan persamaannya. 2 Banyak dalilnya di dalam al-Quran Rujuk surah 4 : 60

Page

Masalah 4 : Pada suatu pagi, sedang lelaki A dan lelaki B menonton rancangan lawak jenaka di kaca TV, mereka mendengar seorang pelakon berkata, NIAT untuk mandi hadas atau membuang hadas besar TIDAK WAJIB pada zaman sekarang, kerana sudah ada sabun mandi. Dulu, niat tu wajib supaya badan kita SUCI. Zaman sekarang, sudah ada sabun. Sebab itu niat tidak perlu lagi. Lelaki A bersetuju dengan pendapat pelakon tersebut. Lelaki B tidak setuju. Mereka berbalah lagi menyatakan masing-masing dipihak yang benar. Sekali lagi mereka bersetuju permasalahan ini diselesaikan oleh pihak berwajib. Siapakah yang akan diistiharkan benar menurut hukum syara? Masalah 5 : Pada suatu majlis, lelaki A menjadi penceramah. Lelaki B menjadi pengerusi. Pada ucapan penutup, si A berkata dihadapan hadirin bahawa semua yang baik-baik itu adalah daripada Allah dan semua yang tidak baik itu adalah daripada kelemahan dirinya sendiri. Selepas tamat, lelaki B yang memprotes kata-kata lelaki A. Lelaki B berkata, yang baik dan buruk itu daripada Allah. Mereka berbalah lagi menyatakan masing-masing dipihak yang benar. Sekali lagi mereka bersetuju permasalahan ini diselesaikan oleh pihak berwajib. Siapakah yang akan diistiharkan benar menurut hukum syara? Permasaalahan itu hanya dapat dirungkai apabila kedua-dua pihak iaitu yang berkata dan yang mendengar telah faham dengan JELAS perbezaan antara 3 hukum itu. Seseorang yang masih belum tahkiq perbezaan antara 3 hukum itu, tidak akan dapat menerangkan jawapannya secara jelas. Penyelesaiannya seperti berikut : Penyelesaian masalah 1 : Berdasarkan hukum adat dan hukum syara rumah itu adalah milik lelaki A. Dikatakan milik A menurut hukum adat kerana rumah itu dibeli atas hasil titik peluhnya sendiri. Dikatakan miliknya menurut hukum syara kerana Quran menyuruh umat mencari rezeki dan megiktiraf pemilikan secara individu. Sekalian alam ini milik Allah menurut hukum akal. Justeru rumah itu dikatakan milik Allah hanya menurut hukum akal. Rumah itu milik Allah dari sudut hukum akal. Oleh sebab itu, hujjah lelaki B hanya benar dari sudut hukum akal. Keputusan muktamat setiap suatu permasalahan mestilah dilihat dari sudut HUKUM SYARA SAHAJA, bukan hukum adat atau hukum akal. Justeru pihak BERWAJIB AKAN MEMUTUSKAN BAHAWA, DARI SUDUT HUKUM SYARA, RUMAH ITU ADALAH MILIK LELAKI A (tetapi BUKAN menafikan milik Allah kerana berlainan hukum). Penyelesaian masalah 2 : Berdasarkan hukum adat yang mengenyangkan lelaki itu adalah nasi yang dimakan. Dari sudut hakikat syara (atau syariat batin) dan dari sudut hukum akal, semua makanan termasuk nasi tidak mengenyangkan yakni tidak memberi bekas, hanya Allah yang mengenyangkan hanya Allah yang memberi bekas. Justeru perkataan lelaki A hanya benar menurut hukum adat.

Page

Keputusan muktamat setiap suatu permasalahan mestilah dilihat dari sudut HUKUM SYARA SAHAJA, bukan hukum adat atau hukum akal. Justeru pihak BERWAJIB AKAN MEMUTUSKAN BAHAWA, DARI SUDUT HAKIKAT SYARA, ALLAH YANG MENGENYANGKAN (tetapi BUKAN menafikan nasi mengenyangkan kerana berlainan hukum). Penyelesaian masalah 3 : Berdasarkan hukum adat kedua-dua pasang ibuayah itu adalah suami isteri kerana pernikahan mereka menurut undang-undang negara. Berdasarkan hukum syara HANYA pasang ibu-ayah keluarga Islam sahaja yang diiktiraf sebagai suami isteri kerana pernikahan mereka adalah menurut syarat dan rukun nikah dalam Islam. Pasang ibu-ayah keluarga bukan Islam bernikah tidak menurut syarat dan rukun nikah dalam Islam. Oleh sebab itu, mereka tidaklah dianggap suami isteri menurut syara. Mereka hanya suami isteri menurut hukum adat. Keputusan muktamat setiap suatu permasalahan mestilah dilihat dari sudut HUKUM SYARA SAHAJA, bukan hukum adat. Justeru pihak berwajib AKAN MEMUTUSKAN BAHAWA, DARI SUDUT SYARA, HANYA IBU-AYAH KELUARGA 1 YANG DIANGGAP BERSTATUS SUAMI ISTERI (tetapi BUKAN menafikan status menurut hukum adat kerana berlainan hukum). Penyelesaian masalah 4 : Berdasarkan hukum adat, sesiapa sahaja yang mandi dengan bersih walaupun tanpa sabun dikira SUCI pada adat. Peraturan berniat untuk membuang hadas besar adalah perintah Allah bukan perintah manusia. Perintah Allah itu adalah berdasarkan hukum syara. Bersih pada zahir adalah menurut hukum adat. Jika seseorang yang berhadas besar ingin bersuci, maka dia wajib berniat. Seandainya dia TIDAK berniat, walaupun ia mandi berjam-jam, memakai sabun sehingga 10 kali dan kelihatan amat-amat BERSIH pada zahir yakni pada adat, tubuhnya tetap KOTOR pada syara. Keputusan muktamat setiap suatu permasalahan mestilah dilihat dari sudut HUKUM SYARA SAHAJA, bukan hukum adat. Justeru pihak berwajib AKAN MEMUTUSKAN BAHAWA, DARI SUDUT SYARA seseorang itu tetap KOTOR yakni berhadas besar kerana mandi tanpa niat. (tetapi BUKAN menafikan kebersihannya menurut hukum adat kerana berlainan hukum). Penyelesaian masalah 5 : Berdasarkan hukum adat dan syariat zahir (hukum syara) semua yang baik dan buruk adalah perbuatan sendiri atas pilihan sendiri, Menurut hukum adat, semua perbuatan baik dan buruk dikata atas pilihan sendiri kerana setiap manusia yang berakal bebas memilih dan melakukan apa sahaja dan masing-masing bertanggungjawab atas perbuatannya. Page

Menurut hukum syara pula dalilnya lihat dalam Quran surah ar-Rum ayat ke 44-45. Yang ertinya : barang siapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (neraka atas) kekafirannya. Barang siapa yang beramal soleh maka (syurga) untuk dirinya. Berdasarkan hukum akal pula, semua yang baik dan buruk adalah perbuatan Allah semata-mata yakni hanya Allah yang menjadikannya kerana mustahil perkara yang baik dan yang buruk dijadikan oleh tuhan yang berlainan. Perkataan ini bukan bermakna menafikan hukum adat dan bukan menafikan hukum syara. Dalilnya dalam Quran ialah ayat ke-96 surah as-Shaafaat yang maksudnya :Allah Taala yang MENJADIKAN KAMU dan semua PERBUATAN kamu. Ayat itu membawa maksud hanya Allah yang menjadikan semua manusia samada yang kafir atau yang Islam dan hanya Allah yang menjadikan semua perbuatan manusia samada yang baik ataupun jahat. Bukannya berbeza tuhan yang menjadikan orang kafir dan Islam dan bukannya berbeza tuhan yang menjadikan perbuatan yang baik dan yang jahat. Oleh itu, perkataan lelaki B hanyalah benar menurut hukum akal dan bercanggah dengan ayat Quran. Apakah ayat Quran yang berkaitan? Apakah keputusan pihak berwajib? Siapakah yang benar? Kenapa benar? Siapakah yang mungkin salah? Kenapa salah? Jawapannya diserahkan kepada pembaca dan akan dinyatakan pada buku yang akan datang. InsyaALLAH. Itulah sedikit contoh dan penerangan ringkas yang mungkin dapat menerangkan serba sedikit persoalan yang sering timbul dalam masyarakat kerana tidak tahkiq perbezaan antara 3 hukum. Untuk memahaminya lebih lanjut, teruskan membaca huraian yang menerangkan hukum adat, akal dan syara seperti berikut. Adat bermaksud, sunnah alam (seperti air bergerak dari tempat tinggi ke tempat rendah), peraturan yang dicipta oleh manusia, pendapat pancaindera dan fitrah manusia yang timbul daripada pendapat pancaindera. Rujuk surah 17 : 49. Menurut syara, orang yang berpegang kepada hukum adat semata-mata, hukumnya KAFIR. Dalilnya lihat pada surah al-Isra : 98. Orang yang berpegang kepada pancaindera semata-mata, iaitu yang menafikan hukum syarak atau akal, adalah kafir. Menurut hukum adat, yakni menurut pancaindera, tidak ada Tuhan, tidak ada dosa dan pahala. Tuhan, hanya ada menurut akal dan syara. Dosa dan pahala pula hanya ada menurut hukum syara. Begitu juga tentang alam ghaib. Menurut hukum adat, tidak ada siksa kubur, tidak ada syurga neraka, tidak ada malaikat dan sebagainya yang diistilahkan perkara ghaib menurut syara. Pancaindera tidak pernah melihat semua perkara itu. Semuanya itu WAJIB dipercayai menurut hukum syara.

Page

Justeru itu, berpegang kepada hukum adat semata-mata bermakna, menafikan hukum syara. Menafikan hukum syara adalah dosa besar (kafir). Dalil kedua, lihat surah al-Anaam : 29. Dalil yang menunjukkan ada 3 jenis hukum iaitu hukum adat, syara dan akal ialah pada surah al-Balad, ayat 8 10 :

Bukankah Kami telah memberikan kepadanya 2 mata, 2 lidah dan 2 bibir? Dan Kami tunjukkan kepadanya 2 jalan.3
Ayat di atas menyebut 2 mata, 2 lidah, 2 bibir dan 2 jalan. Dari mana datangnya 3 jenis hukum? Hukum yang pertama terbit daripada, pendapat pancaindera. Orang yang mengikut pancaindera dan fitrah semata-mata, dikatakan mengikut hukum adat. Hukum kedua terbit daripada, ajaran al-Quran. Orang yang mengikut al-Quran semata-mata, dikatakan mengikut hukum syara. Hukum ketiga terbit daripada, pendapat akal tentang pencipta pancaindera, alam semesta dan yang menurunkan al-Quran. Memikirkan segala yang dicapai oleh pancainderanya dan mengaku bahawasanya, mustahil pencipta mempunyai persamaan dengan yang dicipta-Nya iaitu alam semesta. Orang yang mengikut pendapat akal ini, dikatakan mengikut hukum akal. Secara ringkasnya, ketiga-tiga hukum itu dinyatakan seperti berikut : Hukum adat : Orang yang mengikut jalan ke neraka, iaitu bersuka-suka dengan nikmat dunia semata-mata. Orang yang mengikut jalan ke syurga, iaitu yang menggunakan nikmat dunia pada jalan Allah. Orang yang menggunakan akalnya untuk mentahkiqkan pengenal kepada Allah yang disebutkan di dalam al-Quran.

Hukum syara :

Hukum akal :

Dalam erti kata lain, berpegang kepada pendapat pancaindera (sunnah alam) semata-mata, adalah berpegang kepada hukum adat. Sesungguhnya, ilmu setiap mukallaf wajib kepada Allah, yakni hatinya TIDAK pernah lalai daripada mengingat Allah.4 Menurut al-Quran, tiada yang berpegang kepada hukum adat semata-mata melainkan orang kafir.5 Berpegang kepada al-Quran dan hadith semata-mata adalah berpegang kepada hukum syara. Jika taklid pada mengenal Allah, mereka itulah orang yang Islam pada zahirnya. Sesiapa yang berpegang kepada al-Quran, Hadith dan Hukum Akal, mereka itulah orang yang pada hakikatnya Islam lagi Mukmin.
3 4

Banyak ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa, ada 3 jenis hukum itu adat, akal dan syara. Dalilnya, firman dalam surah Ali Imron ayat 102, yang bermaksud : JANGAN kamu mati melainkan dalam Islam: 5 Lihat dalilnya pada surah al-Isra ayat ke 49.

Page

1.1 PERHUBUNGAN ANTARA ADAT, PADA ADAT DAN HUKUM ADAT 6


Adat Pada Adat Hukum Adat

Skop adat ke hukum adat semakin kecil. Setiap perkataan Pada Adat TIDAK BERMAKNA menurut Hukum Adat. Tetapi setiap perkataan Pada Hukum Adat BERMAKNA Pada Adat.

1.2 PERHUBUNGAN ANTARA AKAL, PADA AKAL DAN HUKUM AKAL


Akal = Logik

akal BUKAN nya hukum Akal. Pada akal adalah hal keTUHANan semata-mata.

Akal Pada Akal Hukum Akal

Contoh pada akal BUKAN hukum akal : Allah Taala kuasa menghidupkan manusia sehingga beribu-ribu tahun. Contoh pada akal dan hukum akal : Mustahil Allah Taala bersifat seperti makhluk.

1.3 PERHUBUNGAN ANTARA SYARA`, PADA SYARA` DAN HUKUM SYARA` Skop syara ke hukum syara semakin kecil. Syara` Setiap perkataan Pada Syara TIDAK BERMAKNA menurut Hukum Pada Syara` Syara. Tetapi setiap perkataan Hukum Pada Hukum Syara BERMAKNA Syara` Pada Syara.

1.1.1

MAKNA RINGKAS HUKUM ADAT

Datangnya daripada segala yang baharu yang didapati atau dicapai oleh pancaindera. Timbangannya (yakni yang memikirkannya ialah) akal kita, hantarannya kepada yang baharu. HUKUM ADAT 3 BAHAGI. 1) WAJIB 7 iaitu mengambil tempat dan lainnya daripada segala yang membawa mudharat disebabkan ketiadaannya. Wajib pada adat terbahagi kepada 2 iaitu suruh dan tegah. Suruh terbahagi 3. Tegah terbahagi 3. Suruh 1 : mesti (wajib pada adat) mengikut fitrah, menggunakan pancaindera untuk berfikir. 8
6 7

Digambarkan sebagai set dalam pelajaran matematik. Makna wajib disini ialah semua makhluk memerlukan TEMPAT. Yang kecil-kecil hinggalah yang besar-besar WAJIB BERTEMPAT. Semuanya bertempat di tempat yang sesuai di alam semesta. Rujuk surah 37 : 16 yang menerangkan, orang yang berpegang kepada hukum adat.

Page

Suruh 2 : mesti (wajib pada adat) menerima pendapat akal yakni pendapat pancaindera. 9 Suruh 3 : mesti (wajib pada adat) mencari keperluan hidup sehingga sempurna. Tegah 1 : ditegah (haram pada adat) meninggalkan fikir (tidak mahu menggunakan akal) Tegah 2 : ditegah (haram pada adat) MENYALAHI pendapat akal atau pancaindera. 10 Tegah 3 : ditegah (haram pada adat) meminta-minta yang memberatkan orang lain. 2) MUSTAHIL tanpa ilmu.
11

iaitu seperti, mustahil terbang tanpa sayap dan mustahil iman

3) HARUS 12 iaitu tiada memberi mudarat dan tiada memberi manafaat dengan keadaannya atau ketiadaannya dan sah berulang-ulang lagi berubah dan tiada ia memberi bekas pada hakikatnya.13 Hukum HARUS Terbahagi 2 : i) Peraturan alam semesta atau sunnah alam yang sudah diadatkan Allah. ii) Peraturan hidup di dunia yang sudah ditetapkan oleh manusia. Hukum, harusnya sesuatu perkara pada adat, adalah berubah-ubah. Kadangkala jatuh kepada suruh atau tegah pada adat. Ada kalanya jatuh pula kepada mustahil pada adat. Contohnya seperti berikut : yang dapat Bil Sunnah alam dibuktikan dengan ilmu SAINS Hukum makan 14 dalam keadaan 1 sangat LAPAR adalah wajib untuk mengelakkan kematian.
8 9

Peraturan hidup dunia/negara yang sudah ditetapkan oleh MANUSIA Hukum memakai TOPI KELEDAR 15 semasa menunggang motorsikal di Malaysia adalah wajib.

Contohnya ada 20 sifat yang wajib bagi manusia. Lihat bab berkaitan sifat 20. Contoh wajib , wajib makan apabila lapar, api membakar, jika mati akan hancur. 10 Ditegah yang manis dikata pahit, lembu dikata kambing dan sebagainya. 11 Contoh mustahil : mustahil ke angkasa dengan berjalan kaki atau tanpa kekuatan. Rujuk surah 55 : 33, yang menerangkan hukum adat. 12 HARUS : Sesuatu yang berubah mengikut tempat dan keadaan. Contohnya, harus makan nasi atau jagung atau gandum dan sebagainya. Orang Asia makan nasi, orang Afrika makan jagung, orang Eropah makan gandum dan sebagainya. (Makan hukumnya tetap wajib, tetapi harus pada jenis makanan). 13 Bukannya menafikan hakikat menurut hukum akal atau hakikat menurut hukum syara. 14 Ingin makan apabila lapar adalah sunnah alam atau fitrah yang diadatkan oleh Allah. 15 Memakai topi keledar ialah undang-undang ciptaan manusia.

Page

yang dapat Bil Sunnah alam dibuktikan dengan ilmu SAINS Hukum MAKAN dalam keadaan 2 sangat kenyang adalah haram untuk mengelakkan penyakit. Hukum kertas yang KERING 3 apabila dibakar, pasti akan HANGUS (wajib hangus). Hukumnya apabila kertas yang 4 sama dibakar tetapi dalam keadaan BASAH, mungkin hangus mungkin tidak (harus).

Peraturan hidup dunia/negara yang sudah ditetapkan oleh MANUSIA Hukum memakai TOPI KELEDAR semasa menunggang motorsikal di Thailand adalah tidak wajib (harus). Hukum melakukan pembakaran di kawasan yang tidak merbahaya adalah harus. Hukum melakukan pembakaran di station minyak adalah HARAM dan DENDA kerana boleh menyebabkan kebakaran besar dan kematian.

Ingat, semua perkara yang dinyatakan pada jadual di atas adalah berdasarkan hukum ADAT, bukan hukum syara dan bukan hukum akal.

1.1.2 MAKNA PENGETAHUAN BAGI HUKUM ADAT


Iaitu sesuatu yang dicapai oleh pancaindera pada zatnya serta faham hati. Contoh makna pengetahuan tentang MATI (menurut hukum adat) :

Terhentinya secara total semua aktiviti kehidupan (sel) pada jasad akibat terhentinya fungsi semua alat atau sistem dalam tubuh manusia. 16
Islam menegah pengetahuan seseorang, terhenti setakat pada adat sahaja. Dalam erti kata lain, pengetahuan itu wajib sampai kepada Allah.17 Sebagai contohnya ialah, apabila melihat rumah yang elok, kita katakan, pada hakikatnya Allah Taala yang elok. Jika kita seorang yang kaya, kita katakan, harta ini anugerah Allah dan pada hakikatnya, milik Allah. Allah Taala yang kaya. Apabila kita dipilih sebagai seorang pekerja atau pelajar yang cemerlang, maka kita kata pada hakikatnya, Allah Taala yang cemerlang, Allah Taala yang memilih dan sebagainya. Jika dipenjarakan kerana melakukan kesalahan, maka dikatakan, Allah ingin supaya aku memilih dan membuat kebaikan dan sebagainya.
16

Dari sudut perubatan (hukum adat), MATI adalah terhentinya semua aktiviti kehidupan pada jasad akibat terhentinya fungsi semua alat atau sistem dalam tubuh manusia. Takrif mati yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Abdul Hayyi Al-Farmawy dalam bukunya bertajuk Hakikat Mati halaman 33 adalah sama maksudnya dengan takrif yang dinyatakan oleh Tuan Guru 17 Iaitu pada jalan mengesakan Allah..

Page

Berpegang kepada adat semata-mata, hukumnya adalah kafir. Lihat dalilnya dalam surah ke-17, al-Isra, ayat ke-49.

1.1.3

MAKNA BENAR BAGI HUKUM ADAT

Iaitu JANGAN diubah pendapat pancaindera. (yakni fitrah dan sunnah alam). Keterangan : Mengikut pendapat pancaindera, adalah mengikut fitrah dan merupakan perintah Allah. Mengikut hukum syara, MENYALAHI pendapat pancaindera, bermakna melawan fitrah yang dianugerahkan Allah dan berdosa. Contohnya ialah, manusia dikata manusia, JANGAN dikata jin, roh dikata roh, JANGAN dikata jasad, jika mati semua hancur luluh JANGAN dikata ada yang tidak hancur luluh dan sebagainya. Mengikut hukum adat, apabila manusia mati dan ditanam, lambat laun manusia yang mati itu akan hancur luluh. JANGAN dikata jasad sahaja hancur luluh, roh tidak. Hanya roh yang dapat balasan dan sebagainya. (Rujuk surah Qaaf 50 : 3). Hal ini adalah kerana perkataan ini telah bercampur dengan hukum syara. Ia adalah ibarat kejahilan seseorang yang mencampur-adukkan pekerjaan seorang hamba dengan perintah seorang sultan. Lihat contoh tambahan : seorang warga Arab Saudi ditangkap kerana mencuri di Malaysia. Hukuman yang dilaksanakan menurut undang-undang Islam di Arab Saudi iaitu potong tangan. Tindakan seperti ini adalah mustahil pada adat. Mencampurkan-adukkan dua atau lebih hukum tanpa ilmu pengetahuan adalah bidaah. Lihat balasan Allah kepada orang yang ikut-ikutan tanpa pengetahuan dalam surah al-Baqarah : 167

1.2.1

MAKNA RINGKAS HUKUM AKAL


Datangnya daripada diri kita sendiri atau sekalian yang baharu, difikir oleh

akal kita sendiri dan hantarannya kepada Tuhan yang Maha Kuasa. HUKUM AKAL 3 BAHAGI : 1.
18

WAJIB 18 iaitu tak dapat tiadanya pada adanya. Page

Hukum akal yang pertama ini menyatakan Allah Taala itu WAJIB ADA. Istilah yang digunakan bagi Yang Menjadikan alam semesta ialah TUHAN. Manakala Allah ialah istilah syarak bagi nama zat yang menjadikan alam

2. 3.

MUSTAHIL 19 iaitu tak dapat adanya pada tiadanya. JAIZ iaitu dapat adanya pada tiadanya dan dapat tiadanya pada adanya.

Keterangan JAIZ : yang tiada boleh diadakan-Nya atau yang ada boleh ditiadakan-Nya. Dalam erti kata lain, harus bagi Allah menjadikan yang tiada kepada ada dan meniadakan yang telah ada. Contohnya ialah : harus bagi Allah meniadakan diri kita yang telah ada, seperti mematikannya sebab tiada yang dapat menghalang kekuasaan Allah. Atau memasukkan orang kafir ke dalam syurga kerana tiada sesiapa yang dapat menghalang kehendak Allah, dan sebagainya. (Ingat, ini adalah hukum akal, bukan hukum syarak. Menurut hukum syarak, hanya orang Islam dimasukkan ke dalam syurga, orang kafir dimasukkan ke dalam neraka).

1.2.2 MAKNA PENGETAHUAN BAGI HUKUM AKAL20


Iaitu dilihat dalilnya (dalil akal) pada diri sendiri atau sekalian alam serta faham hati dan yakin.

1.2.3

MAKNA BENAR BAGI HUKUM AKAL

Ada dalilnya dan tidak diubah dalil itu serta yakin yang dimaksudkannya.

1.3.1

MAKNA RINGKAS HUKUM SYARA

Ialah firman Allah Taala dan sabda nabi s.a.w. atau qias daripada keduanya. Hantarannya kepada segala jin dan manusia yang akil lagi baligh. HUKUM SYARA 3 BAHAGI : 1. Suruh. 2. Tegah. 3. Harus (mubah) 21
semesta. Contohnya Yang Menjadikan sekalian alam (Allah) wajib Wujud, wajib Qidam, wajib Baqo hingga wajib Mutakallimun yang dinamakan Sifat 20. Dalam erti kata lain, wajib ialah MESTI. 19 Hukum akal yang kedua ini menyatakan Allah Taala itu MUSTAHIL TIDAK ADA, mustahil Allah bertempat di arash, mustahil Allah mempunyai persamaan dengan makhluk dsb. 20 Contoh : Allah Taala wajib ada. Dikira menjadi pengetahun jika tahkiq dalil akalnya.
21

HARUS (MUBAH) : Sama seperti makna harus menurut hukum adat. Hukum sesuatu perkara berubah mengikut keadaan. Contoh : Makan dalam keadaan kelaparan yang amat sangat adalah WAJIB. Makan dalam keadaan kenyang adalah MAKRUH. Makan dalam keadaan amat kenyang adalah HARAM kerana membawa mudharat.

Page

10

1.3.2
1. 2. 3.

SURUH ALLAH 3 BAHAGI 22


Menjadi kafir jika tidak diperbuatnya atau tidak ditinggalkan pada mengata atau tidak diiktikadkan. Disiksa (berdosa) apabila tidak diperbuat (perbuatan anggota) atau tidak dikata (perbuatan lidah) atau tidak diiktikadkan (perbuatan hati). 23 Segala yang SUNAT.

1.3.2.1

KETERANGAN SURUH ALLAH YANG PERTAMA

Khusus berkaitan dengan syariat batin (batin syariat) iaitu Mengenal Allah. Contoh tidak diperbuat : Disuruh berusaha mencari guru yang mursyid supaya dipelajari ilmunya agar tahu mengata Allah Taala Esa tetapi tidak diperbuat yakni tidak mahu berusaha mengenal Allah sehingga tahkiq melalui dalil akalnya pada diri sendiri. Perbuatan tidak mahu berusaha, tidak mahu berfikir sehingga tahkiq adalah berdosa BESAR dan akibatnya tidak selesai fardu ain dan tidak terlepas dari menyerupakan Allah dengan makhluk. Contoh tidak mengata : Disuruh mengata Allah Taala ESA tetapi kerana tidak difikirkan sehingga tahkiq, maka ia menyebut sekadar IKUT-IKUTAN akibat TIDAK tahqiq pengenalnya. Justeru, dikeluarkannya perkataan-perkataan yang membatalkan makna esa. Oleh itu manusia tidak dapat membezakan antara Allah dengan makhluk Allah. Contoh tidak diiktikatkan : Disuruh mengiktikadkan Maha suci Allah daripada sifat-sifat makhluk, Allah Taala tidak seumpama dengan barang suatu, akan tetapi ada yang cuba memikirkan Allah. Sedangkan perkara yang mampu difikirkan oleh manusia hanyalah yang dapat dicapai oleh pancaindera atau tanda-tanda yang ada. Allah tidak akan dicapai oleh pancaindera hingga hari kiamat dan selama-lamanya. Justeru, akal manusia tidak mampu memikirkan zat Allah, sifat-sifat Allah atau pekerjaan-Nya, kerana manusia hanya mampu memikirkan tanda-tanda ALLAH yang ada pada diri sendiri atau alam semesta. Dalil akalnya :

22

23

Khusus berkaitan dengan syariat zahir (zahir syariat). Contoh : Wajib solat (perbuatan anggota), berdosa jika

ditinggalkan, wajib bercakap benar, berdosa jika berbohong (perbuatan lidah) atau terdetik di dalam hati suka atau seronok melihat kemaksiatan yang berlaku di depan mata (perbuatan hati).

Page

11

Lihat juga penjelasan panjang lebar, yang terdapat dalam kitab-kitab Syeikh Abdul Qadir Jailani, seorang ulama besar yang lahir di Naif, Parsi (sekarang Iran) dalam bulan Ramadhan tahun 470 Hijrah. Ibu bapa beliau ialah, keturunan cucu Rasulullah . Ibunya dari sebelah Saiyidina Husain, manakala bapanya dari sebelah Saiyidina Hasan.

sebuah jam mustahil dapat memikirkan manusia yang menciptakannya.


Perbuatan memikirkan zat Allah, sifat-sifat-Nya atau pekerjaan-Nya adalah membatalkan makna mengesakan Allah, mustahil pada akal dan pada syara, jatuh pula kepada mengumpamakan Allah dengan makhluk.

1.3.3
1. 2.

TEGAH ALLAH 3 BAHAGI


Menjadi kafir yang memperbuatnya atau mengata (menyebut) atau diiktikadkan . Disiksa (berdosa) apabila dilakukan (perbuatan anggota) atau dikata (perbuatan lidah) atau diiktikadkan (perbuatan hati).

Keterangan : Adalah khusus berkaitan dengan syariat yang zahir. Contoh dilakukan (anggota): membunuh, mencuri atau memakan yang haram seperti babi dan takut mempertahankan kesucian Islam. Lihat laporan akhbar, pada 1113 Ogos 2008 bahawa 5,000 pelajar UiTM memprotes cadangan yang diberikan oleh MB Selangor agar 10% kuota pelajar diberikan kepada Bukan Melayu. Lihat pula, amat sedikit yang sedia memprotes tindakan Majlis Peguam melalui Forum Memeluk Islam dan yang sedia mempertahankan hak umat Islam. Alangkah bertuahnya umat dan Negara, jika pelajar tersebut dapat menunjukkan protes yang sama kepada Majlis Peguam.

Contoh dikata (lidah) : membenarkan atau membiarkan maksiat berlaku di hadapan mata tanpa berusaha mencegah melalui teguran atau nasihat dan menyembunyikan kebenaran atau wasiat.

Contoh diiktikadkan (hati) : menganggap semua agama adalah sama dan sebagainya. 3.
24

Segala yang MAKRUH. 24

Istilah lain bagi makruh pada syara ialah SIA-SIA. Dikatakan sia-sia kerana jika dilakukan tidak mendapat faedah atau pahala. Ingat semula sifat yang wajib bagi Nabi. Semua perkataan, perbuatan atau iktikad mereka hanya berkisar pada perkara yang Fardu dan Sunat. Nabi TIDAK akan melakukan pekerjaan yang makruh atau sia-sia kerana ia termasuk yang ditegah Allah.

Page

12

1.3.3.1

KETERANGAN TEGAH ALLAH YANG PERTAMA

Adalah larangan khusus yang berkaitan dengan dosa syirik / yang batin (syariat yang batin). Dalil wajib menggunakan akal (dalil akal) supaya tahkiq pengenal kepada Allah dan segala hukum-Nya. Dalilnya firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan jin dan manusia. Bagi mereka ada hati (tetapi) tidak memahamkan dengan hatinya dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengan matanya dan bagi mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah (lalai). (Surah al-Araf : 179) Contoh diperbuat (oleh anggota) : Menyembah selain Allah seperti menyembah berhala (walaupun berlakon), menyembah jin, syaitan, pokok serta meniru cara-cara orang kafir bersembahyang walaupun secara berlakon dan sebagainya. Semua perbuatan seperti itu adalah membatalkan Islam. Contoh dikata (oleh lidah) : Akibat menyebut berulang kali, ayat-ayat mutasyabihat yang TIDAK difahami seperti dikatanya Allah bertempat di arash, atau dikatanya Allah mempunyai tangan atau dikata zat Allah dapat dilihat dengan biji mata semasa di syurga (kerana menganggap Allah Taala berubah daripada tidak dapat dilihat di dunia tetapi dapat dilihat di dalam syurga) dan sebagainya. Semua perkataan seperti itu adalah membatalkan Islam. Contoh diiktikadkan (oleh hati) : 1. Akibat tidak tahkiq pengenal kepada Allah, disangkanya ada persamaan Allah dengan makhluk seperti berjisim, bertempat, mampu difikir-fikirkan atau boleh digambar-gambarkan oleh hati 2. Disangkanya Allah Taala berubah daripada tidak dilihat dengan mata semasa di dunia, kepada dapat dilihat dengan mata semasa di dalam syurga.

Page

13

3. Disangkanya firman Allah Taala berubah daripada tidak didengar dengan telinga semasa di dunia, kepada dapat didengar dengan telinga semasa di dalam syurga (yakni firman yang tiada dengan lidah, huruf dan suara berubah menjadi firman dengan lidah, huruf dan suara) dan sebagainya. Semua iktikad seperti itu adalah membatalkan Islam. 4. Menganggap berhala dalam filem-filem Tamil dan Hindi sebagai Tuhan bagi orang-orang yang beragama Hindu atau orang yang melakunkannya. 25 5. Menganggap Agama Islam setaraf dengan agama-agama lain yang ada di dunia ini. Anggapan seperti ini sebenar-benarnya meletakkan Allah sama taraf dengan makhluk. 26

1.3.4

MAKNA PENGETAHUAN BAGI HUKUM SYARA

Ialah dilihat dalilnya di dalam al-Quran atau hadith Nabi s.a.w. atau qias kepada kedua-duanya serta faham hati akan yang dimaksudkannya. Makna pengetahuan pada syariat batin (mengenal Allah) adalah dilihat dalilnya di dalam al-Quran dan dalil akal sehingga tahkiq. Contoh dikata Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang ghaib. Dikira menjadi pengetahuan bagi seseorang, jika telah dilihat dalilnya, seperti pada surah atTaubah (ke-9), ayat ke-78 dan dalil akalnya pada diri sendiri. Sekiranya dalil di dalam al-Quran tidak ditemui atau dalil akalnya tidak difahami, maka seseorang itu, tidaklah dinamakan sudah mempunyai pengetahuan atau sudah TAHU. Jika dalil itu belum diketahui atau difahami, menurut hukum syara, seseorang itu masih belum mempunyai pengetahuan pada perkataan yang diucapkannya. Jika diucapkan atau disebut juga, dan kebetulan pula tidak bercanggah dengan syara, seseorang itu masih dikatakan mengikut hawa nafsu dan syaitan.27 Sila lihat dalilnya dalam surah al-Baqarah, ayat ke 169. 28

25 26

Lihat Makna Tuhan, dalam blog siapALLAH.blogspot.com Agama Islam juga dinamakan Agama Tauhid. Agama Tauhid bermaksud agama yang mentauhidkan (mengesakan) Allah. Semua Nabi sejak Nabi Adam, a.s. sehingga nabi Muhammad s.a.w. dikatakan beragama Tauhid. 27 Apakah maksud mengikut hawa nafsu menurut 3 hukum? 28 Mafhum ayat : Hanya syaitan itu, menyuruh kamu membuat kejahatan dan yang keji-keji dan supaya kamu mengatakan perkataan terhadap Allah, tentang sesuatu yang tiada kamu ketahui.

Page

14

1.3.5

MAKNA BENAR BAGI HUKUM SYARA

Ialah jangan diubah dalil itu atau ditukarkan atau dibalikkan dan lainnya, qiaskan oleh mu dengan yang lainnya. 29Lihat dalilnya di dalam al-Quran, surah Ali Imran ayat 60. Dalam erti kata lain, makna benar pada syara ialah dilihat dalilnya secara pasti dari dalam al-Quran atau Hadith dan faham hati.

1.4 PERTEMUAN DAN PERCERAIAN HUKUM 30


Adakalanya hukum adat dan hukum syara itu BERTEMU, tetapi tidak bercampur selama-lamanya dan ada kalanya BERCERAI. Adapun hukum adat dan hukum akal TIADA BERTEMU selama-lamanya. Adakalanya hukum syara dan hukum akal itu BERTEMU, ada kalanya BERCERAI, dan tidak bercampur selama-lamanya. HAKIKAT SYARA sahajalah yang BERTEMU dengan HUKUM AKAL. Yang bercerai dengan dengan hukum akal ialah ayat Quran yang berkaitan dengan ibadat zahir.

Huraiannya dan contoh pertemuan dan perceraian antara hukum adalah seperti berikut :
1.4.1 Contoh pertemuan antara hukum adat dan hukum syara : Berpakaian sopan ke pejabat. Mengikut hukum adat dan syara, ia adalah wajib. Wajib menurut hukum adat ialah MESTI. Wajib menurut hukum syara ialah perintah yang mendapat pahala bila dilaksanakan dan berdosa jika sebaliknya. Contoh kedua ialah menolong orang yang berada didalam kesusahan. Menurut hukum adat, sangat dianjurkan. Menurut hukum syara pula sangat dianjurkan kerana mendapat pahala sunat 1.4.2 Contoh perceraian antara hukum adat dan hukum syara : Bercerai bukan bermakna bercanggah atau bertentangan.

29

Lihat tindakan kerajaan pada 19.9.2008 menahan seorang penulis laman blog dibawah Akta Hasutan kerana mencadangkan kepada orang ramai supaya mengibarkan bendera, Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik. Menurut hukum adat tindakan menterbalikkan Jalur Gemilang itu adalah INGKAR kepada pemerintah yakni kafir pada adat (bukan kafir pada syara). Itulah tandanya orang munafik yang suka menghasut umat supaya INGKAR kepada Allah adalah kafir pada syara. 30 Bertemu bukan bermakna bercampur. Bercerai bukan bermakna bercanggah. Ia sekadar menyatakan sumber ilmu atau hukum yang diperkatakan itu melalui jalan yang berbeza.

Page

15

Contohnya, zakat fitrah. Menurut hukum adat RUGI tapi menurut syara WAJIB. Contoh kedua ialah menurut hukum adat tidak ada sebarang siksa yang akan dirasai oleh tubuh selepas kematian. Menurut hukum syara, Allah Taala Maha Adil dan berkuasa membalas semua perbuatan hamba-Nya semasa di dunia dan selepas mati. Roh dan jasad sama-sama menerima pembalasan. Dalilnya di dalam al-Quran ada dinyatakan pada bahagian lain buku ini. 1.4.3 Contoh perceraian antara hukum adat dan hukum akal : Contoh pertama makna bercerai ialah menurut hukum adat, kelakuan api adalah membakar tetapi Nabi Ibrahim tidak terbakar walaupun dibakar oleh Raja Namrud. Ini adalah kerana, menurut hukum akal, Allah Taala KUASA memerintahkan api menjadi sejuk. Contoh kedua, kenderaan. Mengikut hukum adat ia dijadikan 100% oleh makhluk dan milik manusia tetapi mengikut hukum akal ia dijadikan oleh Allah dan milik Allah. 1.4.4 Contoh perceraian antara hukum syara dan hukum akal Ayat al-Quran yang dikategorikan sebagai ayat hakikat (@ hakikat syara) ialah yang berkaitan dengan pengenal kepada Allah. Contohnya : Kata olehmu zat Allah Taala Esa (Al-Ikhlas :1). Ayat yang dikategorikan sebagai syariat zahir ialah yang berkaitan dengan ibadah. Contohnya : Dirikanlah solat dan keluarkan zakat. Contoh ke-2 di atas dikatakan bercerai kerana mengikut hukum syara, solat adalah wajib. Mengikut hukum akal, tidak. Akal tidak membicarakan wajib atau sunat. Hanya sanya dirasakan wajib solat pada akal, malah lebih daripada itu jika telah sempurna pengenalnya akan Allah, sebagai tanda kesyukuran. 1.4.5 Contoh pertemuan antara hukum syara dan hukum akal Contoh pertemuan antara hukum akal dan hakikat syara ialah seperti berikut. Menurut hukum akal, yang menjadikan alam semesta iaitu Allah, KUASA menyiksa orang kafir dan KUASA memberi nikmat kepada orang Islam, SEBELUM manusia wujud di alam semesta atau SEBELUM alam semesta dijadikan-Nya. Menurut hukum syara Allah Taala Yang Maha Kuasa. Dalilnya di dalam al-Quran ada dinyatakan pada bahagian lain buku ini. Page

16

1.5 Contoh Perbezaan Yang Wajib Dan Mustahil Menurut Hukum Adat, Akal Dan Syara
Yang wajib dan mustahil pada adat (menurut hukum adat) Semua makhluk mesti (wajib) ada yang menjadikannya atau menciptanya yakni ada permulaan, mustahil ada yang boleh wujud sendiri atau berkuasa, menjadikan dirinya sendiri. Contohnya : kejadian sekecil-kecil benda seperti cebisan kertas atau robot, adalah wajib bermula dikilang. Mustahil robot mencipta dirinya sendiri, seperti bentuknya dan mustahil pula mampu menguasai manusia yang menjadikannya.
Semua makhluk adalah unik 31 dan mempunyai zat yang berbilang-bilang pada zat yang satu/esa seperti zat tangan, kaki dan mata pada diri yang satu. Mustahil ada dua makhluk yang serupa dan tidak boleh dibezakan. Mustahil berlainan perbuatan tangan daripada perbuatan diri. Kalau tangan yang mencuri, maka diri itulah yang disiksa bukan tangan sahaja (sebab esa pada adat).

Yang wajib dan mustahil pada akal (menurut Hukum Akal)


Setiap makhluk ada penciptanya dan Yang Menjadikan manusia mustahil makhluk. Hal ini menunjukkan pada akal manusia, wujudnya KUASA yang wajib ada dan sedia ada yang telah memulakan kejadian diri manusia dan alam semesta ini. Kekuasaan robot yang 100% mirip makhluk adalah mustahil sama dengan kekuasaan manusia yang mencipta nya. Ini menunjukkan betapa mustahilnya kekuasaan makhluk sama dengan kekuasaan Yang Menjadikan makhluk. Jika Ali yang tinggi lampai sedang duduk. Ali adalah nama zat. Yang tinggi lampai adalah sifat zat. Yang duduk adalah fiil zat. Jika tiada zat Ali maka tiada sifatnya dan tiada fiilnya. Maka zat, sifat dan fiil adalah satu yakni esa. Diambil dari itu, Yang Menjadikan itu WAJIB TERLEBIH ESA. Mustahil zat-Nya yang ESA itu berbilang-bilang seperti dikata lain sifat daripada zat, berdiri sifat pada zat dll.

Yang wajib dan mustahil pada syara (Hukum Syara)


Yang menjadikan makhluk atau alam semesta ini ialah Allah. Allah bukan makhluk. Mustahil ada persamaan antara makhluk dengan Allah. Firman-NYA : Kata olehmu Allah Taala Esa dan tidak seumpama dengan sesuatu. (112:4). Sebarang perkataan, iktikad atau perbuatan yang mengumpamakan Allah atau boleh di umpamakan, seperti makhluk adalah SYIRIK Contoh : Dikata Allah ada dimana-mana (menyerupakan Allah dengan makhluk). Allah mewajibkan kita berkata dan beriktikadkan Allah Taala ESA dan mustahil Allah seumpama dengan makhluk kerana firman-Nya:


yang bermaksud : Allah Taala bersalah-salahan dengan sekalian makhluk yakni menegah perkataan yang membatalkan makna esa.

31

Unik bermaksud 1, mustahil 2 atau 3. Dalam ertikata lain, setiap makhluk pasti berbeza walaupun kelihatan serupa.

Page

17

Yang wajib dan mustahil pada adat (menurut hukum adat) 3 Semua makhluk wajib

Yang wajib dan mustahil pada akal (menurut Hukum Akal)

Yang wajib dan mustahil pada syara (Hukum Syara)


Mafhum firman Allah : Kata olehmu Allah tidak beranak dan tidak di peranakkan (Al-Ikhlas) Diperanakkan bermaksud anak memerlukan tempat iaitu perut ibunya. Ia juga bermaksud, zat anak berdiri pada zat ibu. Yang berdiri dan tempat berdiri adalah berlainan. Hal ini menunjukkan mustahil Allah Taala beranak, bertempat dan mustahil berdiri sifat Allah pada zatNYA. Jika dikata berdiri sifat pada zat, maka bukan mengesakan tetapi menduakan Allah.32

Mustahil ada alam semesta bertempat sama ada dalam kedua. Ini menunjukkan air, tanah, angkasa dan betapa mustahilnya manusia sebagainya. Semuanya dapat lari daripada bertempat di alam semesta. pengawasan Yang Oleh kerana tidak wujud Menjadikannya. Manusia alam semesta kedua selain wajib memerlukan tempat. alam semesta ini, maka Itulah petanda ada mustahil ada makhluk yang kelemahan. Oleh itu Yang wujud atau dapat hidup di Menjadikan alam semesta luar alam semesta ini. ini, mustahil bertempat di Contohnya : wajib ada langit atau duduk di arash. kilang (tempat), barulah Kilang wajib disediakan robot dapat dibina. Robot dahulu, barulah robot dapat yang dicipta khusus untuk dibina. Ini menunjukkan bekerja dalam rumah bumi dijadikan terlebih adalah mustahil dapat dahulu, kemudiannya bekerja di alam lain seperti barulah manusia. dalam hutan atau laut.

Semua makhluk pasti 4 (wajib) berubah dan akan mati atau binasa. Contohnya: Ahli sains membuktikan bahawa matahari pasti akan meletup dan musnah apabila gas di permukaannya habis terbakar. Ahli sains mengakui, bahawa saat matahari meletup itu adalah saat berakhirnya alam semesta. 33
32

Proses kehancuran alam semesta menunjukkan Yang Menjadikan itu tidak berubah dan wajib kekal selama-lamanya. Lemah, mati dan hancur musnah adalah sifat-sifat makhluk dan mustahil bagi Yang Menjadikan itu. Hidup dan mati adalah makhluk. DIAlah yang menjadikan hidup, mati dan alam semesta.

Allah Taala menyuruh kita berkata dan beriktikadkan seperti mafhum firmanNya : Allah Taala yang menjadikan sekalian alam. (surah al-Fatihah) Setiap yang hidup pasti akan mati. Allah Taala hidup (selama-lamanya) Allah Taala kekal (selama-lamanya).

dimaksudkan oleh suatu hadith Nabi?

Wallohualam.

Page

Pada adat, ibu yang sedang mengandung adalah esa dengan bayi dalam kandungannya. Jika dikatakan sifat berdiri pada zat, perkataan itu membatalkan makna esa. Justeru perkataan itu mustahil pada akal kerana mengumpamakan sifat Allah dengan seorang bayi yang berdiri pada zat ibunya, manakala zat Allah diumpamakan pula dengan zat siibu yang mengandungkannya. Maka mustahil. 33 Adalah maksud ahli sains bahawa, saat berakhirnya alam semesta itu, sama dengan hari kiamat, seperti yang

18

Yang wajib dan mustahil pada adat (menurut hukum adat) 5 Semua makhluk wajib saling bergantung kepada makhluk yang lain. Contohnya : Majikan dan pekerja adalah saling bergantung. Pekerja dan majikan saling mengambil manafaat dan menjauhkan kerugian. Untuk mengelakkan kerugian, pekerja yang ingkar wajib diberhentikan dan mungkin digantikan dengan pekerja lain.

Yang wajib dan mustahil pada akal (menurut Hukum Akal) Majikan mencari manafaat dan menjauhi kerugian menunjukkan bahawa Yang Menjadikan manusia itu mustahil mengambil manafaat atau rugi. Jika semua manusia patuh atau ingkar kepada-NYA, DIA tidak sekali-kali akan beruntung atau rugi. Untung dan ruginya hanyalah pada manusia. Yang Menjadikan alam semesta wajib Berdiri Sendiri. Sekalian makhluk secara TOTAL bergantung dan berkehendak kepadaNya

Yang wajib dan mustahil pada syara (Hukum Syara) Mafhum firman Allah Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan berpesanpesan pada kebaikan dengan penuh kesabaran. (Surah al-Ashr : 13)

Wallohualam.
Soalan :

1. Apakah pengertian hukum adat? 2. Apakah pengertian hukum akal? 3. Apakah pengertian hukum syara? 4. Terangkan pertemuan dan perceraian bagi 3 hukum itu? 5. Terangkan pembahagian hukum adat dan berikan contoh. 6. Terangkan pembahagian hukum akal dan berikan contoh. 7. Terangkan pembahagian hukum syara dan berikan contoh. 8. Apakah perbezaan zahir syara dan hakikat syara? 9. Apakah makna kafir dan makna Islam menurut hukum adat? 10. Apakah makna kafir dan makna Islam menurut hukum akal?

Page

19

11. Apakah makna kafir dan makna Islam menurut hukum syara?