Baca petikan yang diberi dan jawab soalan berikut.
Adik Halim Demam
Halim ada adik. Salim adik Halim. Salim demam panas dan batuk. Salim tidur atas tilam. Halim beri salim makan ubat. Emak masak nasi dan sayur bayam. Emak petik bayam tepi kolam. Emak letak garam dalam sayur bayam. Halim dan Salim suka makan sayur bayam. Emak kata, jika makan sayur, kita jadi sihat. Halim dan Salim mahu makan sayur hari-hari.