Anda di halaman 1dari 46

PENGHARGAAN

Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu Sirih berlipat sirih seniman Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata penyeri senyuman Awal Bismillah pembuka bicara

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, keluarga para sahabat serta para tabiin. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan dengan izinnya, akhirnya kami; Athirah bt Mohd Radzi, Mohd Farhan bin Jamaluddin, Mohd Rahimi bin Ahmad Latifi dan Zaleha bt Ahmad dapat menyiapkan tugasan EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku dalam tempoh masa yang ditetapkan. Di sini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ju taan terima kasih kepada Dr. Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris selaku pensyarah pembimbing EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku bagi semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) ambilan Januari 2010 . Sesungguhnya beliau telah banyak membantu kami dalam proses menyiapkan penulisan yang terbaik. Beliau juga memberi komitmen yang sepenuhnya tehadap penulisan ini dan banyak memberi nasihat, bimbingan, tunjuk ajar serta teguran yang membina supaya kami dapat menghasilkan kerja yang terbaik. Tidak lupa juga bukan ribuan tetapi jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan rakan-rakan kerana memberi sokongan secara t idak langsung kepada kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, sekalung apresiasi kepada semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan tugasan ini kerana banyak membantu kami dari segi mendapatkan bahan -bahan rujukan sepanjang kerja ini dijalankan.

Justeru, kami mendoakan agar kesemuanya memperolehi kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Sekia n. Terima kasih.

Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpa Ajaran guru hendak dicari Mana yang dapat janganlah lupa

1.0 PENDAHULUAN

Dalam tugasan ini, kami diminta untuk melakukan tugasan tutorial yang meminta kami mengakaji Lampiran 1 yang diberikan oleh pensyarah pembimbing; Dr Mior Ahmad Termizi bin Mior Idris. Tugasan tersebut memerlukan kami untuk mengenal pasti masalah susunan fizikal yang terdapat dalam lampiran dan juga mencadangkan susunan yang ideal bagi sesbuah bilik darjah. Kami juga telah menyediakan pelan yang ideal disamping meminta rakan kumpulan yang lain turut menyediakan pelan yang sama. Hal ini akan lebih memudahkan dan aktiviti perbincangan akan menjadi lebih menarik dengan pelbagai buah fikiran yang dikemukan oleh setiap kumpulan yang berbeza. Selain itu, kami juga diberi tugasan yang perlu dilakukan di sekolah sewaktu program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu dengan membuat

pemerhatian ke atas corak pengajaran seorang guru semasa beliau melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Kami dikehendaki untuk mengenal pasti jenis-jenis model pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh guru tersebut. Tidak lupa, kami harus membincangkan dan membuat analisis kritikal mengenai penggunaan model tersebut. Kami perlu mengemukakan kelemahan dan juga kekuatan mengenai model yang digunapakai oleh guru tersebut. Akhir sekali, di antara kelima-lima model yang ada. Kami perlu memilih dua model disiplin yang terbaik untuk dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

2.0 PEMBENTANGAN TAJUK TUGASAN TUTORIAL 2.1 REFLEKSI INDIVIDU 2.1.1 ATHIRAH BT MOHD RADZI

Setelah tugasan tutorial diberikan bersama-sama lampiran 1, saya telah memikirkan beberapa susun atur yang sesuai di gunakan di Malaysia. Lampiran yang diberikan merupakan model kelas bagi kelas-kelas di luar negara. Antara perkara yang terdapat di luar negara dan tidak di tempat kita ialah closet ataupun almari baju. Hal ini kerana sekolah di Malaysia membenarkan baju sukan bagi kelas Pendidikan Jasmani boleh di pakai seharian. Berbanding dengan negara Jepun contohnya, mereka perlu menyalin uniform mereka. Jadi, untuk tidak membe bankan pelajar bagi membwa baju mereka dari rumah, masing -masing telah menyimpannya dalam almari baju yang disediakan. Bukan itu sahaja, mereka juga disediakan loker untuk menyimpan barang-barang mereka. Hal ini dapat mengelakkan mereka dari tertinggal buku-buku yang akan digunakan di kelas. Mereka akan membawa pulang kerja rumah sahaja. Berbanding dengan kelas di Malaysia, murid -murid sekolah tidak dibenarkan meninggalkan buku di dalam laci meja dan juga tidak disediakan loker kerana sesi persekolahan di Malaysia majoritinya melibatkan dua sesi iaitu pagi dan petang. Jadi, dikhuatiri buku -buku atau barang-barang murid akan hilang ataupun tertukar. Namun, bukanlah menjadi trend murid di Malaysia meningga lkan buku di sekolah kerana peraturan telah di tetapkan murid perlu membawa pulang buku ke rumah untuk mengulangkaji pelajaran. Dengan mengambil kira pengalaman sebagai murid sekolah rendah yang lepas dan juga kesesuain model pembelajaran pada ketika ini, kami telah menyusun aturkan kedudukan keperluan-keperluan fizikal yang perlu ada dalam bilik darjah di atas sehelai kertas manila kad dengan melekatkannya menggunakan tanah liat supaya kedudukannya boleh di ubah -ubah. Konsep pembentangan tutorial kami pada minggu itu adalah perbincangan. Jadi, kami te lah mengambil inisiatif meminta setiap kumpulan juga menyediakan susun atur yang sesuai di dalam kelas yang kondusif mengikut lampiran yang di beri. Lampiran tersebut susunannya tidak tertaur dan juga ada yang tidak perlu di letakkan di dalam kelas. Pembentangan minggu itu kami mula membincangkan mengenai pelan yang di buat oleh setiap kumpulan dan membincangkan kelemahan dan juga kelebihan yang terdapat dalam pelan bilik darjah masing-masing. Ada di antara mereka yang tidak mengikut lampiran yang

diberikan dan melukis pelan bilik darjah mengikut citarasa mereka. Oleh kerana mereka tidak menjadikan lampiran tersebut sebagai panduan, maka terdapat banyak celanya pada pelan mereka. Walaubagaimanapun, kesilapan mereka kami ambil positif dengan beralih kepada pe lan kumpulan lain. Terdapat dua kumpulan yang melukis pelan bilik darjah berkonsepkan kelas prasekolah atupun kelas bagi kanak -kanak tadika. Ternyata lari dari objektif sebenar. Walaubagaimanapun, pelan kelas prasekolah yang disediakan mereka boleh dikatakan sempurna dan kondusif bagi kanak-kanak tadika dan prasekolah. Beralih kepada kumpulan terakhir yang menambah aksesori pada pelan mereka iaitu pentas. Satu idea yang menarik dan lain dari yang lain. Pun begitu, kedudukan pentas yang dilakarkan tidak sesuai kerana diletakkan di hadapan papan tulis. Berdasarkan pengalaman berasaskan sekolah pada semester lepas, pentas di gunakan untuk aktiviti bahasa ataupun aktiviti pengucapan awam. Jadi. Kedudukannya selalunya berada di tepi kelas dan bukannya di tengah kelas kerana tidak mehu menjadikan pentas tersebut sebagai daya tarikan utama di dalam kelas lantas menghilangkan fokus murid terhadap guru yang mengendalikan kelas. Jadi, idea kumpulan tersebut di terima Cuma kedudukannya sahaja tidak sesuai. Keseluruhann ya, setiap kumpulan tidak peka akn kedudukan yang sesuai di dalam kelas. Sebagai contoh kedudukan rak buku dan juga rak menyimpan rekod pelajar dan pelbagai aksesori tambahan yang lain. Seterusnya, tibalah giliran kumpulan kami. kami memberikan nafas baru terhadap lampiran yang diberikan. Kami menunjukkan setiap kesalahan yang mereka lakukan. Antaranya rak meyimpan rekod pelajar dan kedudukan rak buku. Begitu juga kedudukan meja guru. Kedudukan rak meyimpan rekod pelajar seharusnya berada di sisi meja guru di tepi kelas dan bukannya di tepi papan kenyataan. Hal ini kerana menghalang pergerakan dalam kelas dan juga mnyusahkan guru. Rujukan perlu dibuat dari masa ke semasa jika melibatkan murid yang bermasalah. Jadi, dengan kedudukan di sisi meja guru dan di t epi kelas(rujuk bahagian lampiran) akan memudahkan guru tersebut. Keseluruhan pembentangan pada minggu itu telah kami lampirkan buat rujukan pihak pensyarah pembimbing. Kesimpulannya, berdasarkan pembentangan minggu itu, saya dapat

meneroka lebih banyak lagi pilihan dalam susu atur fizikal sesebuah kelas mengikut

keutamaan. Jadi, seorang guru tidak perlulah menjadikan aksesori tambahan sebagai salah satu perkara utama dalam penyusunan kelas. Hal ini kerana kelas yang kondusif bukanlah kelas yang mempunyai pelbagai hiasann. Oleh yang demikian, saya dapati bahawa kelas yang kondusif dapat membawa persekitaran pembelajaran yang lebih tenteram dan selesa. Segala ilmu yang dicurahkan akan dapat diterima dalam keadaan yang selesa dan kurang tekanan dari persekitaran. Maka, pastikanlah kelas dalam keadaan yang kondusif sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

2.1.2 MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan keredhaan-Nya telah memudah dan melapangkan jalan bagi saya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Sekalung penghargaan bersimpul dan bertaut ribuan terima kasih ditujukan khas buat semua yang terlibat. Pertolongan dan kerjasama yang diberi amatlah saya hargai setiap masa dan sepenuh jiwa. Terima kasih juga kepada Dr Mior Ahmad Termizi Bin Mior Idris yang telah banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Tidak lupa juga kepada pihak perpustakaan IPGM kampus Ipoh kerana memberikan peluang kepada saya untuk menggunakan komputer untuk mengakses dan memuat turun beberapa bahan yang diperlukan, dan juga meminjamkan beberapa buah buku untuk membuat rujukan. Sewaktu menyempurnakan tugasan ini saya telah banyak menimba ilmu pengetahuan dan maklumat berkaitan pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku . Terdapat pelbagai model pengurusan di dalam bilik darjah yang boleh dipraktikkan bagi keperluan pembelajaran dan pengajaran optimum yang disampaikan oleh seseorang guru terutama sekali terhadap kelas yang mempunyai masalah disiplin bilik darjah. Kerja kursus ini bermula dengan mencari bahan berkaitan kerja kursus sehinggalah kepada kaedah pelaksanaannya di sekolah rendah yang dipilih oleh saya sendiri. Dengan berpandukan buku-buku rujukan dan beberapa bahan daripada internet. Saya mula membuat draf beberapa tajuk bagi pelaksanaan kerja yang akan dilakukan lebih mudah dan tersusun Setelah selesai menyempurnakan rangka atau draf esei, saya memulakan tugasan ini dengan membuat pembentangan tugasan yang diberikan oleh pensyarah berdasarkan tajuk-tajuk tutorial. Saya juga meminta rakan-rakan yang satu kumpulan dengan saya untuk bertukar bahan rujukan

sewaktu menyempurnakan penulisan esei ini. Ternyata bantuan rakan -rakan yang lain banyak membantu dalam proses mempercepatkan penulisan esei berkaitan soalan yang telah diberikan.

Setelah menyempurnakan esei yang pertama, saya mula mengumpul bahan yang telah dicari berkaitan dengan membincangkan kekuatan dan kelemahan penggunaan model modifikasi tingkah laku Skinner, model pengurusan Kelompok Kounin, model terapi realiti Glasser dan menyiapkan esei tersebut bersertakan juga nota grafik yang diperlukan. Objektif yang kedua ini agak su kar disempurnakan kerana kegagalan saya untuk mendapatkan buku rujukan lebih awal di

perpustakaan. Hal ini berlaku kerana kami terpaksa merebut buku rujukan yang terdapat di dalam perpustakaan kerana kuantiti buku yang terdapat di dalam perpustakaan masih belum mencukupi. Setelah selesai menyempurnakan esei tersebut saya terus membuat

pemerhatian ke atas corak pengajaran seorang guru semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah berlangsung . Tugasan ini menghendaki pelatih guru untuk mengenal pasti jenis-jenis model pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh pendidik tersebut. Kemudian pelatih guru hendaklah membuat analisis kritikal tentang penggunaan model tersebut di dalam bilik darjah . Sewaktu sesi pemerhatian dibuat, saya memilih mentor saya di sekolah itu iaitu Cikgu Jamilah bagi sesi pengajaran yang dilakukan . Setelah melakukan aktiviti pemerhatian di dalam kelas saya membuat laporan analisis tentang pemulihan dan pengayaan pengajaran Bahasa Melayu di dalam bilik guru semasa menjalankan aktiviti pengalaman berasaskan sekolah, ketika berada di Sekolah Kebangsaan Permas Jaya. Dengan menyempurnakan tugasan berdasarkan objektif yang telah diberikan ini, saya menjadi lebih jelas dengan penggunaan pelbagai model pengurusan bilik darjah. Terdapat pelbagai model pengurusan bilik darjah yang boleh dipraktikkan semasa melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Bilik Darjah . Akhir sekali, kita seharusnya menggunakan teknologi yang dipelajari di dalam kelas agar pengajaran yang disampaikan dapat difahami di hayati oleh murid-murid lantas melahirkan generasi yang berkualiti dan berkerjaya satu masa kelak

2.1.3 MOHD RAHIMI BIN AHMAD LATIFI

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah, izin dan kurnianya dapat melaksanakan pembentangan yang mana telah diberikan seawal pembukaan semester pada bulan satu. Pembentangan bagi subjek Pengurusan bilik darjah yang telah kami terima adalah Konsep pengurusan Bilik Darjah. Konsep pengurusan bilik darjah ini merangkumi bebe rapa aspek iaitu maksud pengurusan bilik darjah itu sendiri,kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah serta cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Tajuk pembentangan ini sangat penting bagi seseorang guru dimana guru mempunyai pengalaman sedia ada sebelum berdepan dengan masalah sebenar di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama,saya juga dapat mengenalpasti dan memahami tugas seseorang guru. Semasa di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, tugas guru bukan sahaja bertindak sebagai pendidik,malah mereka juga perlu bertindak sebagai pengurus. Hal yang demikian kerana guru perlu mengururus bilik darjah supaya sentiasa berada dalam keadaan lebih kondusif dan lengkap dengan bahan -bahan pembelajaran yang sesuai. Guru juga harus menyedari bahawa setiap bilik darjah yang diurus akan mempunyai masalahnya yang tersendiri. Terpulanglah kepada kebijaksanaan guru tersebut untuk

mengatasinya. Oleh itu, setiap insan yang bergelar pendidik haru slah mempunyai kesedaran terhadap pengurusan bilik darjah supaya guru dapat menyampaikan ilmu kepada murid dalam keadaan bilik darjah yang kondusif. Selain itu, melalui pembentangan yang saya sampaikan bersama rakan -rakan, saya juga telah memahami maksud sebenar pengurusan bilik darjah. Jadi, saya memilih maksud pengurusan berdasarkan perspektif islam. Menurut perpspektif islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui atau bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi. Di samping itu, pengurusan juga dengan kata lain boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campur tangan ahli untuk mencapai

objektif-objektif organisasi atau kumpulan. Jadi, pengurusan bilik darjah pula bermaksud merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Melalui maksud pengurusan bilik darjah ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa tugas guru bukan sahaja mendidik murid pasa waktu pengajaran dan pe mbelajaran sahaja, tetapi perlu bertindak sebagai pengurus untuk mengelola kelas dengan membuat keceriaan, bahan-bahan pembelajaran dan sebagainya. Selain daripada maksud pengurusan bilik darjah, input lain yang telah saya perolehi ialah mengenai kekuatan dan kelemahan pengurusan bilik darjah. Terdapat beberapa kekuatan dalam pengurusan bilik darjah ini iaitu cara untuk mewujudkan bilik darjah yang selesa. Keselesaan bilik darjah membantu meningkatkan tahap pembelajaran dan pencapaian murid. Melalui penge tahuan tentang kekuatan pengurusan bilik darjah ini, saya telah memperoleh pengetahuan baru tentang cara mengendalikan kelas dengan tersusun. Selain itu, terdapat juga pelbagai kelemahan dalam pengurusan bilik darjah ini. Antaranya ialah, gaya kepimpinan guru sama ada gaya kepimpinan autokratik atau pecah perintah. Gaya kepimpinan ini akan melemahkan semangat dan murid kebenyakannya menjadi pasif. Oleh itu, melalui konsep yang saya pelajari, saya perlu memahami dan cuba mempelajari dengan lebih mendalam pengetahuan baru yang berguna untuk diaplikasikan di alam perguruan kelak. Di samping itu juga, melaui pembentangan yang saya lakukan, terdapat beberapa cadangan untuk memperbaiki pengurusan bilik darjah. Antaranya ialah dengan tindakan guru itu sendiri. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap

perkembangan murid. Guru juga perlu berhadapan dengan pelbagai situasi yang berbeza. Guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian den gan individu atau kumpulan berkenaan. Hal ini kerana murid -murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu - individu yang berbeza daripada latar belakang diri yang berbeza. Oleh itu, saya sebagai bakal guru haruslah memahami dan perlu untuk menyesuaikan diri dengan tingkah laku murid yang pelbagai. Akhir sekali guru mesti mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah kerana disiplin adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran

pembelajaran. Tanpa disiplin yang baik akan membantutkan kejayaan murid -murid di dalam sesuatu kelas. Kesimpulannya, tugasan pembentangan Pengurusan Bilik Darjah ini banyak memberi input yang sangat berguna dalam dalam membantu seorang guru menghadapi alam persekolahan samada dari aspek emosi,interaksi dan juga aspek pemikiran. Sehubungan dengan itu, keyakinan dan sikap guru tersebut perlu ditingkatkan bagi melalui hari sebagai seorang guru serta memastikan ilmu yang disampaikanituberkesan dan dapat dimanfaatkan oleh murid.

2.1.4 ZALEHA BT AHMAD

Pengurusan bilik darjah ialah s atu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesuatu bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Ia melibatkan penyediaan persekitaran sosioemosi yang sihat. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus,

kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK). Setelah membuat penilaian dan pembentangan di dalam kelas berkaitan pengurusan bilik darjah, saya berpendapat bahawa pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid , pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Bagi pengurusan bilik darjah yang melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, saya berpendapat bilik darjah yang sempurna memerlukan segala keperluan asas seperti papan tulis, almari, meja, kerusi, bahan-bahan bacaan yang berilmiah serta bahan bantu mengajar yang dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Susunan meja mestilah disusun mengikut susunan yang sesuai dan selesa untuk murid -murid belajar. Papan -papan kenyataan hendaklah dihiasi dengan perkara asas seperti jadual waktu, jadual tugas, maklumat -maklumat yang penting dan sebagainya. Guru seharusnya pandai merancang strategi untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang kondusif dan suasana yang harmoni agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Berdasarkan pembentangan yang telah saya lakukan, terdapat pelbagai jenis jenis bilik darjah yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR, bilik darjah KBSM, bilik darjah terbuka dan yang terakhir sekali ialah bilik darjah pra sekolah. Bago saya sebagai seorang guru, penyusunan bilik darjah yang kondusif akan dapat membantu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru seharusnya pandai memilih penyusunan bilik darjah yang sesuai agar murid tidak terganggu semasa berada di dalam bilik darjah. Bagi bilik darjah tradisi, penyusunan kerusi dan meja adalah selari dan ia lebih sesuai pengajaran yang

berpusatkan guru. Bilik darjah ini kurang di dalam aktiviti yan g melibatkan kumpulan. Penyusunan kerusi dan meja tidak sesuai untuk diamalkan pada masa kini. Bagi saya sebagai seorang guru, penyusunan bilik darjah yang sesuai ialah bilik darjah yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk digunakan di dalam kelas. Bagi saya, penyusunan meja amat penting untuk membolehkan murid -murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid -murid perlulah disusun mengikut ketinggian dan tingkah laku mereka. Selain itu, meja guru amat penting agar guru dapat memberikan tumpuan sepen uhnya kepada murid-murid. Pengaliran udara yang bagus juga amat penting agar murid -murid tidak terganggu dengan bau yang tidak menyenangkan dikala sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan Penyusunan bilik darjah di Malaysia juga mementingkan sudut baca an agar ada sudut yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berilmiah. Buku -buku yang disediakan oleh guru mestilah mengikut tahap murid-murid tersebut serta dapat menambahkan ilmu mereka di dada. Bagi saya ini penting supaya kita dapat memupuk masyarakat yang suka membaca walaupun berada di mana sahaja. Selain itu, penyusunan almari juga mestilah sesuai agar tidak mengganggu ruang yang terdapat di dalam bilik darjah. Apa yang penting ialah almari fail u ntuk memuatkan segala profil murid-murid agar guru dapat mengikuti segala perkembangan murid -murid. Ini dapat membantu guru memahami kelebihan dan kelemahan yang ada di dalam diri murid -murid tersebut. Bagi saya, sudut papan kenyataan juga perlulah dihias i dengan jadual waktu dan maklumat-maklumat yang penting seperti jadual bertugas, senarai kumpulan di dalam kelas dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Ini penting kerana ia dapat memberi petunjuk dan maklumat kepada murid -murid agar mereka tidak lupa. Selain itu, bahan bantu mengajar juga perlulah disediakan untuk memudahkan guru mengajar dan dapat menonjolkan ilmu teknologi maklumat kepada murid-murid. Kesimpulannya, penyusunan bilik darjah yang sesuai amatlah penting untuk memastikan perjalanan pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan sempurna. Ini kerana, bilik darjah merupakan tempat di mana murid -murid menerima ilmu yang menjamin masa depan mereka. Bilik darjah yang sempurna dan cukup dengan

kelengkapannya ilmu.

dapat memberikan keselesaan kepada pelajar untuk menimba

3.0 MODEL DISIPLIN

Disiplin

ialah

peraturan-peraturan

yang

dipersetujui

sesuatu

kelompok

masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. C.M. Charles menghuraikan bahawa terdapat 10 model disiplin yang beliau gelarkan Model-Model Persediaan. Kesemua model adalah yang terbaik dan boleh diterapkan dalam menguruskan kelas dan kesemuanya dicipta oleh tokoh tokoh ternama. Banyak Model pengurusan Disiplin telah dicadangkan oleh ahli -ahli psikologi tingkah laku, para pendidik dan ahli -ahli akademik. Model-model ini memberikan panduan tentang pengurusan displin dan tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Terdapat model yang menggunakan kawalan luaran sebagai pendekatan untuk menguruskan tingkah laku sehinggalah kepada model yang menggunakan kawalan kendiri sebagai pengurusan tingkah laku yang berkesan.

3.1 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER

B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi. Beliau banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau mendapati tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa -apa yang berlaku sebaik sahaja sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi pengikut-pengikutnya telah mengaplikasi konsep modifikasi tingkah laku ke dalam pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara individu. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan. Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan. Pendekatan ini menjurus kepada elemen -elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid. Tingkah laku adalah kekuatan jika ia elemen-elemen yang dimaksudkan ialah diikuti dengan peneguhan . Jika murid diberikan peneguhan positif maka ia akan meningkatkan tingkah laku baik murid mana jika diberi peneguhan negatif seperti ransangan daripada majalah atau komik

maka akan sedikit mempengaruhi untuk menjadi lebi h baik. Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan peneguhan yang berlainan. Peneguhan termasuklah pembekalan vokal, senyuman, gred yang tinggi, masa membaca yang terluang, ganjaran dan token ekonomi. Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut. Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap. Akan tetapi, sesuatu tingkah laku itu akan menjadi semakin mahir apabila kanak-kanak melakukannya dengan kerap dan selalu. Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Hal ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin le mah apabila hukuman dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan pengukuhan negatif. Skinner telah mencadangkan teknik peneguhan (reinforcement) untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah . Peneguhan positif dan negatif akan berlaku

apabila suatu tingkah laku yg dihasilkan adalah memuaskan Skinner. Stimuli boleh diberi sebaik sahaja tingkah laku operan y ang dikehendaki berlaku. Stimuli itu dinamakan oleh skinner peneguhan. Peneguhan Po sitif berfungsi sebagai

ganjaran yg mendorong individu melakukan tingkah laku yang diingini bertambah. Sebagai contoh di dalam bilik darjah, untuk mendapat respon yang baik di dalam bilik darjah, pujian perlu diberikan kepada murid-murid. Manakala peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah

laku positif. Contohnya seperti menghalau murid yang membuat bising untuk keluar dari kelas yang sedang berlangsung. Hal ini supaya murid lain dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ada gangguan daripada murid yang nakal. Terdapat juga peneguhan yang boleh menyakiti seseorang murid,namun

tingkah laku kurang sesuai kerana ia akan memburukkan lagi keadaan jika peneguhan ini gagal.

Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah langkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya seorang guru ingin membantu salah seora ng muridnya yang pemalu. Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya. Selain itu, guru yang ingin menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah laku setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Guru perlu menyenaraikan tingkah laku yang diingini pada masa sekarang dan masa akan datang. Dalam konteks ini, guru mesti menkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu sebelum melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut. Guru juga perlu membuat pelan modifikasi tingkah laku deangn menyenaraikan beberapa tingkah laku yang yang perlu diberi perkatian yang khusus. Peraturan dan peneguhan tersebut juga perlu dikenalpasti agar guru lebih mudah untuk melaksanaknnya di dalam bilik darjah. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkinapabila murid melakukan tingkah laku yang diing ini.

3.2 MODEL ASERTIF CANTER

Pada tahun 1976, Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter & Associates. Melalui penubuhan ini, mereka menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Assertive Discipline: A Take-Change Approach for Todays Educator (1976). Pada tahun yang berikutnya, Canter & Associates telah menerbitkan bahan -bahan dan programprogram yang melibatkan displin asertif kepada guru -guru dan pentadbir sekolah. Menurut Canter, murid -murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang

kondusif, keperluan-keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan yang jelas di dalam bilik darjah. Guru perlu memberi pujian dan galakan apabila

murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Jika sebaliknya berlaku iaitu murdi melanggar peraturan guru haruslah mengenakan peneguhan negatif yang bertsruktur dengan menyuruh murid sedaya upaya akan mengelak daripada melakukan kesalahan. Model Disiplin Asertif Canter juga berpendapat pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingin oleh daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku murid yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diterima oleh murid. Guru yang asertif membantu muridnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, rutin dan peraturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan diterangkan kepada murid -murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid -murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru d iterangkan secara perbincangan dengan murid -murid dan bukannya berbentuk ancaman. Muridmurid sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru asertif tidak perlu untuk membawa imej yang garang, kasar atau terlampau tegas tetapi guru jenis ini hanya perlu mengenalpasti peraturan -peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid -murid dan pada masa yang sama mengambil berat terhadap keadaan murid serta berlaku adil terhadap semua murid. Guru juga mesti memberikan arahan dengan jelas dan tegas supaya mudah dan senang difahami oleh murid-murid. Pendekatan asertif ini juga dapat menjamin hubungan baik antara guru dengan murid dan sekaligus guru dapat menguruskan bilik darjah dengan lebih konsisten. Persekitaran pembelajaran yang tenang dan sokongan kepada perkembangan murid dapat dibantu melalui pendekatan ini.

Manfaat lain yang boleh diambil daripada Model Disiplin Asertif Canter pua ialah akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid -murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan dapat memberikan keadilan kepada semua murid dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh me reka bercanggah dengan peraturan yang telah ditetapkan, maka tindakan pembetulan itu perlu dilaksanakan. Tambahan pula, model Asertif Canter ini juga ada menyatakan bahawa guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid -murid sekiranya mereka tidak mengambil tindakan terhadap tingkah laku yang mengganggu pembelajaran tersebut. Apabila salah laku berlaku hal ini perlu ditangani dengan tenang dan pantas. Sehubungan itu, Canter menasihatkan guru untuk membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan atau akibat yang akan dikenakan. Setiap tindakan pembertulan atau akibat dalam hierarki akan menjadi semakin serius daripada sebelumnya.

Kali pertama murid mengganggu rakan - 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. ini ialah amaran dari saya'.

Kali kedua/ ketiga mengganggu rakan- 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN! Awak telah memilih untuk time out 5 minit di belakang kelas.

Kali keempat mengganggu rakan - 'Daniel, awak tahu peraturan kelas kalau mengganggu rakan. awak telah memilih untuk menelefon ibu awak.' telefon ibu Daniel dan lebih berkesan sekiranya Daniel memberitahu ibunya kesalahan yang telah dibuat.

Kali kelima Daniel masih mengganggu rakan - 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR.'

Tingkah laku yang terlampau! kadang -kadang ada murid yang akan terus menunjukkan tingkah laku yang disruftif yang melampau. 'Dan iel, menumbuk rakan tidak dibenarkan dalam kals ini. Awak memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR sekarang juga. Kita akan berbincang kemudian.'

Rajah 2.

S t i ti t il it , i t t i

l i t j t l i j l t t j itif. ,

i t

i . S l i t

  
i i i P t l t

i i i t , . i i t itif i i i j i it

l l j

, ,

i t j t t t il t , t

3.3 MODEL LOGIKAL DREIKURS

Rudolf Dreikus (1897-1972) dilahirkan di Vienna, Australia. Selepas memperoleh Ijazah perubatan dari Universiti Australia, bel iau bekerjasama dengan psikiatrik terkemuka Australia, Alfred Adler dalam bidang Kaunseling Keluarga dan Kanak-Kanak. Dreikurs kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1937 dan menjadi Pengarah di Institut Alfred Adler, Chicago. Disebabkan mina t beliau terhadap kaunseling kanak-kanak dan keluarga, Dreikurs telah beralih kepada salah laku dan displin di dalam bilik darjah. Pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara u ntuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat. Semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan . Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya. Jadi dalam situasi ini, guru perlu mengambil salah satu cara untuk memberi penghargaan kepada murid supaya mereka dapat memperolehi perhatian yang cukup daripada guru. Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati. Guru perlu mencari dan mengidentiti kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan jangan mengukuhkan mereka untuk melakukannya. Sebaliknya guru perlu mencari jalan untuk menyelesaikannya. Seorang pelajar yang mempunyai masalah keluarga boleh mengakibatkan dia menjadi pelajar bermasalah dan menyebabkan pelajaranya terganggu. Merujuk kepada model ini sebagai seorang guru yang berdedikasi, kita harus mencari punca -punca yang menyebabkan murid itu menjadi bermasalah. Sebagai seorang guru kita perlu mengen alpasti kesalahan dalam cara pengajaranya dan berusaha untuk mencari jalan untuk meyakinkan murid berkenaan serta menyelesaikan masalahnya.

Ke

se e

se

Cara Dreikurs Menangani Murid yang Mempunyai Motif Yang Salah

Pergelutan kuasa antara guru dan murid yang ditunjukkan melalui sifat seperti enggan bermula atau menyempurnakan tugas boleh diatasi dengan teknik

mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif, serta sentaiasa b ertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin. Guru hanya diamaafkan memaparkan kekurangan sekiranya ia adalah tindakan yang terakhir apabila gagal dengan teknik-teknik yang lain. Guru kemungkin perlu mengubahsuai keadah mengajar, menggunakan bahan pembelajaran berbentuk maujud atau berbantukan komputer, atau mengajar satu kemahiran sahaja pada satu masa.

Seterusnya, jika anak murid mengambil tindakan membalas dendam, ini kemungkinan besar kerana murid terasa tidak diberikan layanan y ang adil yang ditunjukkan melalui cara seperti mencuri, bergaduh dan sebagainya. Teknik yang disyorkan oleh Dreikus ialah guru perlu terlebih dahulu menc uba kekalkan persekitaran pembelajaran yang positif, serta b ertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin

3.4 MODEL KELOMPOK KOUNIN

Jacob Kuonin (1971) seorang pakar psikologi Pendidikan dari Wayne State University yang memfokuskan kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan P&P mempengaruhi tingkah laku murid di sekol ah. Asas kepada keberkesanan pengurusan displin bilik darjah mengikut model pengurusan Kelompok Kounin bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah . Bagi memberikan kefahaman yang lebih lanjut, kita dapat lihat bagaimana untuk kita aplikasikan model ini terhadap tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik darjah. Menurut kajian Kuonin, teguran atau tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan sama ada berat atau tidak akan member kesan keapda rakan sebaya yang lain di dalam bilik darjah. Fenomena ini disebut sebagai kesan riak. Sebagai contoh,murid A ini ialah seorang yang nakal dan selalu membuat bising di dalam kelas, Selain itu, dia juga mempunyai seorang sahabat yang baik iaitu murid B. Namun setelah mereka ini bersahabat terlalu lama,tingkah laku murid A ini telah ,menjadi ikutan bagi murid B tersebut itu. Jadi murid A telah mempengaruhi murid B untuk juga membuat bising di dalam bilik darjah. Kesan ini juga disebut sebagai kesan gelombang(Ripple Effect). Justeru itu,situasi ini menggambarkan bahawa tingkah laku itu mampu mempengaruhi seseorang. Dalam kes tersebut, Kuonin telah mencadangkan beberapa cadangan supaya guru member teguran dan tindakan disiplin kepada muri d A yang membuat kesalahan. Teguran yang diberi mestilah jelas dan menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan serta mengelakkan daripada memberikan teguran secara umum keada murid -murid. Contoh teguran yang berkesan ialah Fahim, berhenti bermain dengan Hairil, duduk tempat kamu sekarang dan salin contoh yang saya tulis pada papan hitam. Dengan teguran yang tegas, murid akan menjadi lebih takut dan akan mendengar arahan guru. Selain daripada itu, Kuonin juga telah mencadangkan supaya ke lancaran dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sangat memainkan peranan yang penting dalam mengawal salah laku murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tertangguh, tidak lancar serta arahan guru yang

tidak jelas akan memberi kesan terhadap salah laku murid -murid. Hal yang demikian berlaku kerana muridakan cepat merasa bosan dan tidak bermotivasi untuk meneruskan pembelarajan di dalam bilik darjah.kuonin juga menegaskan bahawa jika guru sering kali menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar dan tersekat-sekat serta terkeluar daripada sukatan akan mempengaruhi kepada masalah disiplin murid yang kemungkinan akan lebih menjadi -jadi. Menurut Kuonin lagi, beliau amat memberi tumpuan utama terhada p pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan murid sentiasa terlibat dengan aktivti bilik darjah dan sentiasa memberi murid tugasan -tugasan yang berkenaan. Guru perlu mengaplikasikan pelagai strategi yang sesuai, pelbagai dan menarik supaya murid lebih memberi tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Kuonin berpendapat bahawa guru perlu melibatkan murid murid secara aktif di dalam bilik darjah dengan banyak melakukan aktiviti pengajaran yang berpusatkan murid. Dengan pen glibatan yang menyeluruh daripada murid, guru dapat mengekalkan perhatian murid serta menjadikan murid sentiasa bersedia untuk membuat tugasan ataupun menjawab soalan yang telah dikemukakan. Di samping itu, Kuonin juga ada menyatakan guru perlu mempunyai momentum pengajaran yang baik agar membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran, meneruskan pengajaran dan membuat penutup dengan baik dan lancar. Guru mestilah membuat permulaaan aktiviti pengajaran dengan baik melalui langkah yang tersusun dan menarik. Set induksi merupakan salah satu cara untuk menarik perhatian murid supaya mereka lebih tertumpu kepada aktiviti yang dijalankan. Selain itu, guru juga mestilah bijak untuk membuat peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid akan terus menumpukan perhatian terhadap pakara yang ingin disampaikan dan meneruskan aktiviti dengan lancar. Akhir sekali, Kuonin berpendapat bahawa guru harus melakkan penutup kepada aktiviti yang dijalankan dan menyimpulkan pengajaran tersebut dengan berkesan. Tambahan pula, Kuonin menegaskan bahawa gru yang baik adalah guru yang sentiasa menimbulkan suasana ceria di dalam bilik darjah. Mereka juga akan sentiasa memastikanmurid tidak cepat merasa bosan dengan pengajaran yang

disampaikan oleh guru tersebut. Guru perlu mengambil kira pelbagai aspek yang diutamakan iaitu aspek minat, kebolehan dan perkembangan murid supaya mereka akan menumpukan kepada aktiviti yang ingin disampaikan oleh guru. Setiap aktiviti yang dirancangkanmestilah mencabar serta mampu untuk menjana idea dan minda murid-murid. Salah laku daripada murid akan berlaku jika guru gagal menyediakan pengajaran yang menyeronokkan dan menarik mina t mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu, model Kuonin ini dilihat tidak meberi kesan yang mendalam terhadap masalah disiplin yang berlaku. Pendekatan model ini tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang sepenuhnya dan masalah disiplin akan tetap berlaku walaupun pelbagai pendekatan telah dilakukan. Hal ini mungkin seseorang murid itu didorong oleh masalah dalaman mereka sendiri sama ada keluarga,latar belakang, personaliti ataupun masalah luar sekolah.

3.5 MODEL TERAPI REALITI GLASSER

Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti. Istilah realiti terapi digunakan untuk pertama kalinya oleh Glasser dalam manuskripnya yang bertajuk Reality Therapy. Dalam model disiplin Terapi Realiti yang telah dikemukakan oleh William Glasser, beliau telah memperkenalkan Teori Pilihan (Choice Theory). Beliau menambahbaik yeori yang terdahulu dengan memasukkan elemen -keperluan asas, kualititi dan kreativiti. Antara keperluan-keperluan asas tersebut adalah kasih sayang, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan, dan keseronokan. Salah laku dan masalah disiplin yang timbul di dalam bilik darjah serta persekitaran sekolah berlaku akibat murid-murid gagal memenuhi empat keperluan asas tersebut. Untuk itu, guru perlu memastikan bahawa keperluan -keperluan ini perlu difokuskan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru.

Selain itu, Glasser berpegang kepada tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik dan bijak. Beliau memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia bermaksud membina disiplin kelas. Glaser menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai yang serius dan penting. Murid-murid memiliki tingkah laku yang rasional dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka. Seterusnya, pemilihan yang baik akan mendatangkan hasil yang bagus, sebaliknya pemilihan pemilihan keputusan yang buruk aka n mendatangkan kesan yang buruk kepada seseorang murid tersebut, Bagi mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa membantu murid-muridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin daripada kesan pemilihan tindakan mereka, sama a da baik ataupun buruk.

KASIH SAYANG
Keper uan-keper uan ps ko og asas mur d termasuk ah rasa d punya dan d sayang , mempunya kuasa dan kawa an, kebebasan dan keper uan untuk bersuka ra kur ku um dan pengajaran mest berfokuskan keper uan n
                     

Akibat daripada pemilihan sesuatu tingkah laku itu, ia akan diikuti oleh kesan dan akibat yang baik mahupun buruk. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atasnya. Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid -

  

 

 





 

Mur d memer ukan kuasa dan kawa an kend r untuk membuat p han tergadap membuat p han terhadap akt v t 0akt v t b k darjah meng kut kecenderungan dan kebo ehan mereka
           

MEMPUNYAI KUASA DAN KAWALAN DI I

KEBESASAN
Kebebasan per u d ber kan kepada mur d bersepadan dengan keupayaan mur d Kebebasan membuat p han akan membangk tkan rasa tanggungjawab mur d terhadap p han akt v t b k darjah

muridnya.Guru sepatutnya tidak boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh muridnya. Seterusnya, murid-murid juga perku bertanggungjawab dan mernerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka sendiri. Penguruusan Displin Bilik darjah yang berkesan perlu mempunyai asas pengurusan displin yang kukuh. Oleh itu, guru harus mengambil langkah untuk merancang satu bentuk pengurusan displin bilik darjah yang berkesan, iaitu sesuai dengan persekitaran bilik darjah masing-masing. Teori-teori yang telah dibincangkan di atas boleh menjadi panduan untuk guru merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru di dalam bilik darjah masing -masing. Guru juga harus bijak menilai dan membuat pertimbangan yang menjurus kepada situasi sendiri. Pengetahuan yang luas di dalam pengurusan bilik darjah ditambah dengan pengalaman yang ada akan membantu guru mensistesis satu pengurusan yang kondusif untuk kegunaan senditi di dalam bilik darjah masing -masing.

4.0 PEMERHATIAN KE ATAS GURU YANG MENGELOLAKAN BILIK DARJAH 4.1 SEBELUM PEMERHATIAN DILAKSANAKAN 4.2 SEMASA PEMERHATIAN DILAKSANAKAN 4.3 SELEPAS PEMERHATIAN DILAKSANAKAN 5.0 MODEL YANG DIGUNAKAN 5.1 MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU SKINNER

B.F.Skinner merupakan bapa tingkah laku psikologi. Antara model dan hasil karyanya yang popular ialah Model Modifikasi Tingkah Laku yang mementingkan tingkah laku pembentukan keinginan. Tingkah laku mestilah menjadi akibat kesan.Tingkah laku adalah kekuatan jika ia diikuti dengan peneguhan positif manakala ia akan berubah kepada kelemahan individu jika ia tiada peneguhan dan hanya diberi hukuman.Dalam permulaan pembelajaran, peneguhan diperlukan setiap masa agar ia dapat menghasilkan tingkah laku yang diharapkan. Tingkah laku dapat dapat dikekalkan dengan peneguhan yang tidak sama dan berlainan. Peneguhan termasuklah pembekalan vokal, senyuman, gred yang tinggi, masa membaca yang terluang, ganjaran dan token ekonomi. Menurut teori ini, tingkah laku adalah berbentuk akibat, iaitu apa yang berlaku kepada seseorang itu selepas melakukan sesuatu. Ini dapat dijelaskan dengan contoh apabila seseorang murid tidak hadir ke sekolah ini akan menyebabkan dia akan ketinggalan pembelajaran pada hari tersebut. Tingkah laku juga akan mejadi lemah jika tidak diikuti dengan latihan yang kerap. Akan tetapi, sesuatu tingkah laku itu akan menjadi semakin mahir apabila kanak-kanak melakukannya dengan kerap dan selalu. Hukuman adalah sesuatu yang kurang baik jika dikenakan kepada kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang negatif. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi semakin lemah apabila hukuman dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika dibandingkan dengan pengukuhan negatif. Semasa awal sesuatu sesi topik pembelajaran, pengukuhan yang secara terus menerus akan menghasilkan keputusan yang bagus. Penerusan itu bermaksud sesuatu tingkah laku itu di buat pengukuhan pada setiap masa dan terjadi.

KEKUATAN Mendesak guru menjadi sedar dan peka tentang apa yang berlaku dalam Bilik Darjah.

KELEMAHAN

Mengalakkan murid melakukan sesuatu kerana ganjaran dan bukan intrinsik

Guru menjadi

lebih tekal dari segi

Sukar mengenal pasti ganjaran yang selaras dengan keperluan setiap mur id

menyelesaikan masalah displin

5.2 MODEL PENGURUSAN KELOMPOK KOUNIN

Pengurusan kelas dan pengurusan kumpulan perlulah membetulkan pelajar lain jika membetulkan seseorang pelajar. Peralihan yang perlahan dan lembut antara aktiviti adalah menjadi kunci keadaan pengurusan kumpulan efektif. Pembelajaran yang optimum akan berlaku apabila guru sentiasa berjaga-jaga tentang keadaan murid dan bertanggungjawab mereka terhadap sesi pembelajaran. Kebosanan dapat dielakkan dengan memperlengkapkan sesi dengan bermacam macam aktiviti, persekitaran dan suasana kelas serta berjaga-jaga dengan kemajuan murid. Model Kounin ini mempunyai lima perkara utama iaitu:

Merangkumi semua (withitness)

Guru hendaklah menjadi mesra, bersimpati, serta memahami perasaan serta menghapuskan tingkah laku yang buruk dengan cara berbincang, dan ambil tahu latar belakang murid.

Bertindih (overlapping)

Guru hendaklah mempunyai kebolehan untuk menguruskan banyak perkara pada sesuatu masa sambil mengawal keadaan kelas.
Momentum (momentum)

Guru yang bijak dapat mengagak perkara yang akan berlaku kelak. Mereka ialah guru-guru yang peka.

Kelancaran (smoothness)

Guru harus mengekalkan proses pembelajaran dan pengajaran secara maksimum dan teratur tanpa menyentuh perkara-perkara yang luar tajuk atau topik pengajaran. Guru mestilah lancar dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Fokus kumpulan (group focus )

Semua murid hendaklah mengikuti pengajaran kelas iaitu melibatkan murid secara keseluruhan serta mewujudkan peoses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan dapat menarik perhatian murid.

KEKUATAN Fokus terhadap pengurusan kelompok

KELEMAHAN

Sukar bagi guru yang perlu mengambil tindakan

mewujudkan suasana bilik darjah dan terhadap dua atau lebih kelompok pada waktu persekitaran yang kondusif.

sama. mencabar bagi guru yang perlu

Tidak berunsur hukuman yang hanya Agak berkesan dalam jangka masa yang singkat.

mengambil tindakan terhadap dua atau lebih kelompok pada satu masa yang sama.

Menitik beratkan variasi dari segi strategi Agak sukar untuk guru permulaan mengawal dan teknik pengajaran yang dapat

gerak-geri murid dengan rapi agar mengambil

mengekalkan minat dan semangat murid tindakan serta merta terhadap sebrang tingkah untuk belajar.

laku yang timbul

5.3 MODEL TERAPI REALITI GLASSER

Asas utama kepada model ini ialah perilaku atau tingkah laku yang baik hasil daripada keputusan yang baik atau bijak. Ini bermaksud setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat individu berdasarkan keperluan -keperluan asas mereka. Keperluan-keperluan psikologi asas murid termasuklah rasa dipunyai dan disayangi, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keperluan untuk bersukaria. Kurikulum dan pengajaran mesti berfokuskan keperluan asas ini. Glasser juga memfokuskan lebih kepada perbincangan kelas, di mana ia bermaksud membina disiplin kelas. William Glasser menegaskan timbang rasa akan mendatangkan nilai yang serius atau penting. Rasa kasih sayang boleh dipupuk dalam persekitaran bilik darjah yang demokratik dengan guru yang prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan murid.

Murid-murid adalah memiliki tingkah laku yang rasional. Mereka mempunyai tingkah laku yang sendiri dan mereka boleh mengawal tingkah laku mereka. Seterusnya, pemilihan yang baik ak an mendatangkan hasil yang bagus, sebaliknya pemilihan pemilihan keputusan yang buruk akan mendatangkan kesan yang buruk. Untuk mendapatkan hasil tingkah laku yang baik, guru hendaklah sentiasa membantu muridmuridnya membuat pemilihan keputusan yang baik. Guru juga sebaik-baiknya menerangkan segala kesan dan akibat yang mungkin daripada kesan pemilihan tindakan mereka, sama ada baik ataupun buruk.Akibat daripada pemilihan sesuatu tingkah laku itu, ia akan diikuti oleh kesan dan akibat yang baik mahupun buruk. Mereka juga perlu bertanggungjawab ke atasnya. Guru hendaklah sentiasa mengambil berat terhadap semua murid-muridnya.Guru sepatutnya tidak boleh menerima segala keburukan yang dilakukan oleh muridnya.Seterusnya, murid-murid juga perlu bertanggungjawab dan menerima segala akibat yang mungkin terjadi hasil daripada tingkah laku mereka. Model Terapi Realiti merupakan satu teknik kaunseling untuk membantu individu meneroka kemahuan diri.

5.4 KEKUATAN TERAPI REALITI

Terapi ini sangat sesuai dilaksanakan dan

diaplikasikan dalam bentuk

kaunseling, misalnya kaunseling kanak-kanak, remaja, dewasa, ibu bapa, dalam perkahwinan, keluarga, kaunseling individu dan kaunseling Muhd Mansur (1993). Kenyataan ini disokong oleh James C. Hansen (1990) yang mengatakan ; although now used with a variety of clients in a number of different settings. Reality Therapy originally used in the treatment of office patients, mental hospital patients, and adult and juvenile lawbreakers. Much of Glaciers work with juvenile offenders grew out of this years of work at the venture school for girls of the Calofornia Youth Authority. Pendekatan dan kaedah Terapi Realiti digunakan secara konkrit, jelas dan realistik di mana ia boleh menampilkan keberkesanan, dinilai terutamanya apabila kontrak dibuat dan persetujui oleh kaunselor dan klien. Terapi realiti juga mempunyai pelan induk yang dirancang dengan secara sistematik dan realistik oleh klien dengan bantuan kaunselor sebagai panduan bagi penyelesaian masalah. Terapi ini telah memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikir secara rasional, menilai , menentukan dan membuat keputusan sendiri.

Terapi ini telah menggunakan jangka masa yang pendek untuk membantu klien kalau dibandingkan dengan teori -teori yang lain seperti psikoanalisis dan pem usatan insan. Banyak kenyataan telah dibuat oleh beberapa penulis yang menyokong kelebihan-kelebihan terapi ini. Di antaranya ialah Panek (1993:461) menyatakan bahawa pendekatan terapi realiti sebagai stimulates active mental processes .. Kottler (1996) berpendapat bahawa terapi realiti sebagai terapi jangka pendek dan sesuai dalam seting di sekolah dan selanjutnya reality therapy is a short-term treatment that has been widely used in schools, institutions and correctional settings. It is a fairly simp le therapeutic approach and can be mastered withaut length training and supervision . Menurut Samuel T. Gladding (1996:283 -289) mengatakan bahawa terapi realiti applicable to many different populations; effective with certain disorders; concertinas; short-term; centralized training center; promotes responsibility and freedom without blaming; stresses here and now; integrates control theory.
KELEMAHAN TERAPI REALITI

Walaupun pada dasarnya, teori pilihan (choice theory) nampak mudah dilaksanakan setelah membuat bacaan yang mencukupi, namun begitu sebenarnya ia tidak semudah begitu. Kelemahan teori ini nampak dengan jelas ekoran terdapat ahli terapis yang mengamalkan terapi realiti tanpa pemahaman yang dalam tentang prinsip-prinsip klinikal. Ini terapi berkenaan. ramai Ke banyakan terapis seminar-seminar terapi terapi realiti realiti kurang

dikendalikan dalam bentuk konsep membantu diri self -help bukannya dalam bentuk menyebabkan pendekatan

berpengalaman dalam bentuk klinikal tetapi bertindak memberi b antuan berdasarkan lebih kepada pengetahuan. Adalah lebih tepat jika dikatakan kelemahan tersebut bukan berpunca daripada teori berkenaan tetapi berpunca dari pengamal -pengamal yang kurang pemahaman tentang terapi berkenaan. Satu lagi kekurangan terapi realiti ialah unsur-unsur masa lampau tidak diberi perhatian langsung. Mengikut beberapa pengkritik terapi realiti menyatakan unsur unsur seperti masa lampau klien amat penting untuk mengetahui latar belakang permasalahan yang dihadapi pada masa kini.

Selain itu, terapi realiti cenderung hanya memfokuskan kepada tingkahlaku semasa tetapi seseorang manusia adalah unik dan bertindak dengan secara menyeluruh termasuklah emosi, persepsi, kognitif, sensasi dan sebagainya. Oleh itu jelas menunjukkan terapi ini mempu nyai keupayaan yang terbatas.

6.0 MODEL DISIPLIN YANG BOLEH DIMANFAATKAN DALAM P&P

Melalui perbincangan yang telah kami lakukan, kami sepakat memilih Model Disiplin Teori Realiti dalam Kaunseling oleh William glasser dan juga Model Disiplin Asertif Canter. Jika dilihat berdasarkan ciri -ciri kedua model ini, kita dapat lihat perbezaan yang ketara dan keduanya begitu kontra sekali dimana William Glasser lebih cenderung untuk bermain secara psikologi manakala Canter lebih menekankan ketegasan dalam pengawalan kelas. Pun begitu, tidak menjadi masalah untuk digabungkan kedua-dua model kerana keduanya bergerak seiringan. Melihatkan Model Terapi Realiti oleh William Glasser dikaitkan dengan Teori Kawalan dan Teori Pilihan. Pada tahun 1970an, Glasser mengutarakan teori kawalan yang menyatakan Kita cuba mengawal tingkah laku supaya apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang paling memuaskan hati kita pada waktu tersebut .. Namun, pada tahun 1986, Glasser telah ubah nama teori kawalan kepada teo ri pilihan. Teori pilihan menyatakan Semua tingkah laku manusia dihasilkan melalui apa yang terjadi dalam diri manusia diluahkan dari dalam diri kepada tingkah laku dan perbuatan . Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan atau tidak berpuas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadaan yang menyebabkan murid -murid gagal memenuhi keperluan-keperluan asas mereka di sekolah. (Haliza Hamzah, Joey Nesamalar Samuel, 2008. Siri Pen didikan Guru, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ) Oleh itu, berpandukan pernyataan di atas, kita dapat lihat pelajar suka membuat bising di dalam kelas akibat daripada perasaan bosan atau tidak berpuas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah. Pelajar mungkin kekurangan keperluan-keperluan asas iaitu rasa dipunyai dan disayangi serta keperluan untuk bersuka ria menyebabkan mereka membuat bising di dalam kelas. Terdapat beberapa kaedah atau strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah pelajar yang suka membuat bising seperti tidak berminat untuk belajar. Sebagai seorang guru, guru tersebut perlu mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid . Guru juga perlu memikirkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan murid-murid dan pada masa yang

sama

meningkatkan tahap pembelajaran

mereka

seperti

kaedah bermain,

sumbangsaran, main peranan, kolaboratif dan sebagainya. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan perse kitaran bilik darjah yang sama dan berulang -ulang harus dielakkan bagi mengelakkan rasa kebosanan dalam kalangan pelajar. Ini disebabkan apabila pelajar berasa bosan dan tidak berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran guru, mereka mula memikirkan aktiviti yang lebih menyeronokkan iaitu membuat bising dalam bilik darjah. Menurut Glasser, kurikulum perlu dirangka untuk memenuhi keperluan murid, iaitu murid dapat menggunakan pengetahuan yang dipelajarinya dengan berkesan dan bukan hanya untuk lulus peperiksaan. (Haliza Hamzah, Joey Nesamalar Samuel, 2008. Siri Pendidikan Guru, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, m/s: 100) Oleh itu, guru perlu merancang kurikulum yang berkualiti dengan mengambil kira semua aspek seperti minat dan kebolehan pelaj ar. Perbincangan dan pengajaran yang berpusatkan murid patut digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Bagi pelajar yang suka membuat bising seperti kurang berminat dalam pelajaran, seseorang guru boleh menyuruh mereka menerangkan sebab bahan yang dipelajari oleh mereka itu berguna dan menarik minat mereka serta bagaimana dan di mana boleh mengaplikasikan ilmu tersebut. Dengan itu, pelajar tersebut akan memberi perhatian semasa dalam kelas kerana mereka rasa dipunyai dan mempunyai kuasa atau kawalan dalam bilik darjah. Lantaran itu, secara tidak langsung, pelajar tidak akan membuat bising dalam kelas dan sentiasa menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan pengajaran dalam kelas . Jadi, masalah tingkah laku akan berkurang. Selain itu, bagi pelajar yang membuat bising semasa guru mengajar, kaedah time-out iaitu (beri masa kepada pelajar untuk bersendirian dan memikirkan semula kesalahan yang telah dilakukan) tetapi jangan dalam bentuk ugutan juga boleh digunakan sebagai satu kaedah untuk membantu menyelesaikan masalah murid membuat bising dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas serta menganggu rakan kelas yang lain. Guru boleh meminta pelajar untuk berada di belakang ataupun hadapan kelas apabila melakukan sesuatu kesalahan iaitu membuat bis ing dalam kelas walaupun setelah beberapa ditegur dan diberi amaran. Apabila pelajar sudah

sedar akan kesalahannya dan berhenti membuat bising, maka guru perlu memanggil pelajar kembali semula ke tempa t duduk. Justeru, guru perlu meningkatkan cara pertanyaannya. Sebagai contoh, Apa yang kamu lakukan? adalah lebih berkesan daripada Mengapa kamu lakukan perbuatan itu ?. Seperti mana yang telah dinyatakan di atas, dalam terapi ini Glasser telah menggariskan satu pelan pengurusan bilik darjah yang terdiri d aripada 10 langkah. Langkah pertama, apabila pelajar membuat bising, guru perlu mengambil masa memikirkan tingkah laku pelajar bagi mengetahui adakah guru menjadi penyebab berlakunya pelajar membuat bising seperti tidak berminat untuk belajar. Ini bermaksud seseorang guru perlu membuat analisis tingkah laku murid tersebut. Langkah kedua, guru perlu menentukan cara untuk menguruskan tingkah laku murid berdasarkan pengalamannya berhadapan dengan situasi yang sama pada masa lepas. Sekiranya strategi yang digunakan kurang berkesan, hapuskan sahaja. Contohnya, sekiranya strategi berpusatkan guru kurang sesuai, maka ia harus digantikan dengan strategi berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya langkah ketiga, guru boleh mengatasi masalah tingkah laku yang berlaku di dalam kelas dengan 2 cara iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan menarik serta membina hubungan baik dengan pelajar. Contohnya, seseorang guru harus membimbing dan mamahami cara untuk memotivasikan pelajar dengan memberikan perhatian dan menarik minat pelajar untuk belajar. Guru harus banyak menghabiskan masa dengan menjalankan aktiviti -aktiviti yang menyeronokkan dan membantu pelajar apabila perlu. Guru juga perlu meluangkan masa untuk berbincang dengan pelajar tentang topik -topik yang diajar dan mengenal pasti bahagian-bahagian yang menarik minat mereka. Dengan ini, seorang guru dapat membina hubungan yang baik dengan muridn ya. Langkah keempat adalah guru perlu bertanyakan kepada murid Apa yang kamu lakukan? daripada bertanyakan Mengapa kamu lakukan perkara tersebut? bagi mengelakkan murid menjadi bingung. Apabila murid menyedari apa yang dilakukannya itu salah, maka dia akan mula berfikir tentang kesalahan tersebut dan tidak mengulanginya. Contohnya, guru boleh bertanyakan kepada pelajar yang membuat bising iaitu Apa yang kamu lakukan dalam kelas? Maka, pelajar tersebut

akan mula menyedari bahawa dia telah melakukan kesalahan iaitu membuat bising dalam kelas dan mengubah tingkah laku tersebut. Langkah kelima, guru harus membuat perbincangan dengan murid ter sebut. Tanyakan soalan seperti Adakah apa yang yang anda lakukan melanggar peraturan?, Apakah yang sepatutnya anda lakukan ?. Soalan-soalan ini amat penting bagi murid membuat penilaian yang berunsurkan nilai berhubung dengan apa yang telah lakukan iaitu membuat bising dalam kelas. Selagi mereka tidak menyedari kesalahan mereka, mereka tetap diberikan konsekuen yang berkaitan. Murid-murid akan disuruh membuat perjanjian untuk mengubah tingkah laku mereka kepada yang lebih baik merupakan langkah keenam. Langkah yang boleh dilakukan oleh guru adalah dengan bertanyakan pelajar perkara yang boleh dilakukan olehnya untuk menolong p elajar yang membuat bising dalam kelas. Selepas perjanjian dan akibat daripada tingkah laku telah dipersetujui, pelajar bolehlah diminta untuk menandatangani perjanjian tingkah laku yang telah dipersetujui. Contohnya, bagi pelajar yang membuat bising dalam kelas, mereka dikehendaki membayar RM1 sebagai tabung kelas sekiranya mereka tidak mengubah tingkah laku tersebut. Oleh itu, sekiranya pelajar melanggar perjanjian yang telah dibuat dengan bantuan guru mereka akan berupaya menyelesaikan salah laku dengan cara yang paling baik tetapi bukan secara mendenda. Tujuan utama adalah supaya pelajar boleh menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran semula dan tidak mengganggu rakan sekelas lain. Ketujuh, jika tidak berkesan, murid perlu diasingkan dengan menggu nakan kaedah time-out yang dilakukan dalam kelas. Ketika ini murid tidak boleh terlibat dalam aktiviti kelas sehingga dia memperbaiki perjanjiannya atau membuat perjanjian yang baru. Di samping itu, guru harus meneruskan langkah kelapan iaitu jika tidak berhasil, murid tersebut perlu diberi kelas tahanan. Dicadangkan guru yang menyelia kelas tahanan tersebut adalah guru yang berhemah dan menjadi pilihan murid yang ditahan. Contohnya, guru perlu mempertahankan pelajar yang membuat bising dalam kelas supaya dia tidak dapat balik awal seperti pelajar lain. Maka, lama kelamaan, pelajar tersebut akan takut dan cuba mengubah tingkah lakunya yang tidak baik.

Apabila pelajar tersebut tidak dapat dikawal, ibu bapa perlu diberitahu dan digantung persekolahan selama sehari. Ini merupakan langkah kesembilan yang perlu dilakukan oleh Cikgu Hashim. Contohnya, guru boleh memberitahu ibu bapa supaya mereka dapat mengambil tindakan segera demi mengubah tingkah laku pelajar. Langkah terakhir iaitu langkah kesepuluh adalah pelajar perlulah tinggal di rumah atau dirujuk kepada agensi yang dapat mengendalikan masalah dan kehendak pelajar kerana mereka berupaya untuk memberi bantuan professional. Model satu lagi yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah yang timbul bagi pelajar yang bising itu adalah menggunakan Model Disiplin Asertif Canter. Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan pelajar terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model Disiplin Asertif Canter adalah diutarakan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini menekankan bahawa gaya respon seseorang guru boleh bersifat asertif, tidak asertif serta agresif. Sifat asertif berlaku apabila guru memberi amaran dan menyatakan hukuman kepada pelajar jika melakukan sesuatu salah laku. Sifat tidak asertif pula meminta guru untuk memarahi dengan nada tegas dan meminta pelajar menghentikan perbuatan tersebut. Dan terakhirnya, bersifat agresif pula berlaku apabila guru bercakap nada yang paling tegas dan hampir melaksanakan hukuman kepada murid. Model ini lebih menunjukkan bahawa guru bersikap authoritarian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam situasi ini, guru haruslah membantu beberapa pelajar tersebut supaya berkelakuan baik. Guru perlu menentukan peraturan-peraturan kawalan murid. Antara strategi yang sesuai digunakan adalah strategi berpusatkan murid. Menurut Lee Canter, guru mempunyai hak untuk menentukan dan

mengamalkan peraturan dan mengarahkan murid untuk mematuhinya. (Haliza Hamzah, Joey Nesamalar Samuel, 2008. Siri Pendidikan Guru, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku) Oleh itu, guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu pelajar memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan -keperluan guru dan pelajar perlu

dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Guru boleh menetapkan peraturan kepada pelajar dengan harus bersedia dalam kelasnya dan menumpukan perhatian semasa sesi pengajarannya. Menurut Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. (Haliza Hamzah, Joey Nesamalar Samuel, 2008. Siri Pendidikan Guru, Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku,m/s: 78) Guru yang mengamalkan pendekatan asertif tahu apa yang diingini oleh pelajarnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap tingkah laku pelajar yang diingini, perasaan mereka terhadap tingkah laku pelajar dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh diter ima oleh pelajar. Guru yang asertif membantu pelajarnya untuk memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang menyusahkan dan ke arah kegagalan. Sebagai contoh, guru menentukan rutin dan peraturan bilik darjah dengan jelas dan diterangkan kepada murid tentang kepentingan rutin d an peraturan tersebut. Murid juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut. Murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan. Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan pelajar tersebut dan buka nnya berbentuk ancaman. Murid akan sedar dan jelas sebab peraturan itu diadakan dan tahu akan kesan apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Oleh itu, beberapa murid yang suka membuat bising dan berkelakuan seperti tidak berminat untuk belajar akan mengetahui akibat melanggar peraturan yang ditetapkan. Mereka juga harus diterapkan menghormati guru kelasnya untuk membentuk tingkah laku positif pada diri mereka. Guru yang asertif dapat membina hubungan positif dan boleh dipercayai dengan muridnya dan boleh memupuk tingkah laku yang baik dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru yang baik, guru tersebut boleh memberi perhatian yang positif kepada pelajar yang suka membuat bisin g di kelas dengan berinteraksi dengan mereka dan menunjukkan salah laku serta mewujudkan hubungan yang harmoni

antara satu sama lain dan seterusnya melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Untuk mengelak sebarang masalah yang timbul ketika sesi pengajaran dijalankan, guru boleh menggunakan teknik mengamalkan sikap asertif pada

peringkat permulaan. Pada kali pertama memula kan kelas tersebut, guru perlu menyatakan terlebih dahulu peraturan -peraturan yang dikehendaki olehnya. Guru juga perlu mengingatkan murid yang lain untuk menyatakan peraturan bahawa setiap murid perlu senyap dan tumpukan sepenuh perhatian ketika sesi pengajaran dijalankan. Cara yang terbaik adalah menjelaskan kemahuan sebagai seorang guru kelas untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan yang ditetapk an. Penjelasan dari guru diterangkan secara perbincangan dan bukanya berbentuk ancaman. Dengan itu, guru boleh membantu murid nya membentuk tingkah laku yang dapat membawa kepada kejayaan. Guru yang asertif tidak membawa imej yang garang, kasar at au terlampau tegas. Seorang guru berwibawa haruslah memastikan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan pada yang sama mengambil berat da n bertindak adil terhadap semua pelajar. Guru boleh menggalakkan kerjasama dan membantu murid dalam sesi pengajaran dijalankan. Murid yang suka membuat bising berkemungkinan tidak minat dalam belajar disebabkan tidak faham dengan isi penyampaian dar i seseorang cikgu. Selain itu, guru boleh memberikan tugasan yang sesuai dengan kemampuan murid-murid tersebut dengan melibatkan kerjasama antara kumpulan. membina pembelajaran yang tena ng. Canter turut mencadangkan guru -guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku . Guru haruslah menyatakan peraturan dengan jelas tetang tingkah laku yang diingin daripada murid. Guru perlu Sesi

pengajaran yang konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid dapat

meggunakan teknik pengiktirafan untuk meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Hal ini sebagai penggalak kepada tingkah laku yang diingin d an boleh membina persekitaran pembelajaran yang positif. Guru boleh menggunakan cara seperti memberi galakan untuk murid yang suka membuat bising dengan aktiviti

kelas yang menyenangkan. Jika mereka telah berjaya menyelesaikan aktiviti tersebut, guru boleh memberi pengiktirafan seperti memberi komen positif atau memaklumkan tingkah laku yang baik kepada ibu bapa murid tersebut. Tetapi, Canter juga turut menegaskan matlamat tindakan pembetulan harus dilakukan agar dapat memberikan keadila n kepada semua murid dan tindakan yang dilakukan perlu konsisten. Oleh itu, guru perlu memberitahu kepada murid yang suka membuat bising bahawa tingkah lakunya bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan dan pembetulan perlu dilaksanakan jika murid tersebut masih membuat bising. Guru perlu menangani masalah ini dengan tenang dan pantas. Guru boleh menggunakan teknik hierarki tindakan pembetulan Canter. Setiap tindakan

pembetulan atau akibat dalam hierarki akan semakin serius daripada sebelumnya. Bagi murid yang suka membuat bising, guru boleh memberi amaran yang pertama kepada murid tersebut. Kali kedua atau ketiga, guru boleh menggunakan cara time out. Kali keempat atau kelima kesalahan yang dilakukan oleh murid tersebut haruslah dimaklumkan kepada ibu bapanya. Dan kesalahan yang semakin serius dan berterusan, murid tersebut dikehendaki berjumpa dengan guru besar atau pihak berkuasa. Di samping itu, guru boleh menggunakan sistem kad warna untuk menunjukkan kesalahan murid. Canter menekankan untuk mendapatkan pengurusan disipli n yang berkesan, guru harus mengajar dan membimbing murid tentang pelan pengurusan disiplin yang dibentuk. Antara langkah -langkah yang perlu dilakukan oleh guru adalah memberi penerangan mengenai peraturan dan menunjukkan cara

perlaksanaannya. Seterusnya semak kefahaman murid dan memaklumkan tentang ganjaran atau tindakan pembetulan yang akan dikenakan. Untuk menjelaskan kepada murid, guru boleh membuat kaedah main peranan untuk menerangkan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan. Bagi murid yang telah menunjukkan tingkah laku yang diingini seperti tidak membuat bising dan menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran, guru boleh memberi peneguhan dengan memuji atau memberi motivasi kepadanya. Berikan peluang kepada pelajar yang suka menimbulkan masalah u ntuk meluahkan perasaan mereka. Mereka mungkin melakukan perbuatan sedemikian mungkin disebabkan tekanan atau faktor luar.

Selain itu, guru boleh menegur murid yang membuat bising secara individu. Seorang guru boleh mengingatkan tentang tingkah laku yang telah ditunjukkan dan akibat-akibat yang akan diterima. Guru perlu bertenang dan tujukkan memahami perasaan murid serta elakkan daripada bertelagah dengan murid kerana berperanan sebagai guru kelas kepadanya. Bagi murid yang masih suka membuat bising semasa pengajaran dijalankan walaupun pelbagai teknik yang telah digunakan, maka guru perlu memberi perhatian dan pertimbangan yang secukupnya. Guru perlu memberikan usaha yang lebih untuk menangani masalah murid tersebut. Murid-murid jenis ini menunjukkan kelakuan disruptif, senang memberontak dan tidak bermotivasi. Oleh itu, sebagai guru kelas yang berpengalaman baru, guru boleh cuba mendekati murid tersebut dan cuba mendapat kepercayaan mereka. Seterusnya, berikan perhatian dan keperluan yang bersesuaian dengan murid tersebut. Cari penyelesaian yang berkesan dan berkomunikasi lebih kerap dengan murid-murid tersebut.

7.0 REFLEKSI

Pengurusan bilik darjah merupakan salah satu perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh semua guru kerana pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran kondusif dapat dijalankan. Antara perkara yang boleh di lakukan dalam memastikan perjalanan dalam bilik darjah dalam keadaan yang aman dan teratur adalah dengan mewujudkan suasana perskitaran dan juga hubungan komunikasi yang baik antara guru dengan murid dan juga murid dengan murid. Bukan itu saja, hal ini termasuklah dengan pengelolaan rutin guru dalam bilik darjah bagi memastikan perjalanan bilik darjah berjalan dengan lancar dan berkesan. Disamping itu, guru perlu mengetahui dan mengenalpasti serta memahami tingkah laku, personaliti dan tabiat murid -murid di dalam bilik darjah. Pengalaman dan pemerhatian yang tinggi merupakan satu aset utama bagi seseorang guru dalam mengenal pasti tingakah laku dan juga gerak tubuh seseorang murid. Melalui pengalaman yang ada dan juga pengamatan yang tinggi, guru akan lebih memahami segala tingakah laku murid malah akan lebih mudah untuk guru menangani dan murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Selain itu, guru perlu dan seharusnyaq mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah . Pengetahuan mengenai model-model disiplin dan cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru -guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan. Apa yang dikatakan dengan disiplin? Disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenanakan kepada murid -murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Menurut penulis buku Pengurusan Bilik Darjah dan

Tingkah Laku; Haliza Hamzah, pendidik pada masa lalu, mengaggap pengajaran dan disiplin adalah dua perkara yang berbeza. Mereka berpendapat mengajar adalah untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid manakala mendisiplinkan ialah untuk mengawal tingkah laku murid supaya menunjukkan sikap yang boleh diterima dalam komuniti kelas. Namun begitu, konsep tersebut telah berubah dimana displin merupakan salah satu aspek penting dalam pengajaran. Disiplin dalam bilik darjah yang dianggap sebahagian daripada pengurusan bilik darjah meliputi arahan, komunikasi, streuktur dan juga hubungan dengan ibu bapa murid.

Seperti yang telah kita sedia maklum, terdapat pelba gai model disiplin yang ditawarkan oleh para pemikir dan juga sarjana barat yang boleh diguna pakai dalam sistem pendidikan di sekolah. Namun begitu, bukan semuanya boleh di terima pakai oleh budaya dan juga kesesuaian iklim masyarakat di Malaysia. Jadi, menyedari akan hakikat itu terdapat lima model yang kami tekankan dalam EDU3104 iaitu Model Teknik Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Displin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikurs, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan juga Model Teori Realiti Dalam Kaunseling; William Glasser. Setiap model yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Dan bukan setiap model boleh diaplikasikan secra serentak di dalam kelas. Model yang ingin diguna pakai oleh guru perlulah bersesuaian mengikut situasi d an guru tidak seharusnya berfokus kepada satu model sahaja. Guru perlu bersikap mencapah dalam menguruskan dan mengendalikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jika guru menggunakan pendekatan atau teknik yang serupa, murid-murid barangkali akan merasa jemu atau bosan. Begitu juga jika guru menggunakan cara yang sama bagi mendisiplinkan murid -murid, mereka berpotensi untuk tidak mematuhi arahan guru mereka. Sebagai contoh, jika seorang guru kekal memberikan peneguhan yang negatif dek kerana kenakalan muridnya murid tersebut akan lebih cenderung untuk mengulangi perkara atau kesalahan yang sama. Hal ini kerana jika peneguhan negatif diberikan berulang -ulang kali, murid tersebut akan menyimpan perasaan dendam ataupun memberontak dan tidak mustahil jika murid berkenaan tidak akan mengendahkan amaran yang diberikan oleh guru.
Situasi : Ali tidak menganggu rakannya semasa di dalam kelas, gurunya menegur Ali dengan bahasa yang kasar dan memanggil Ali sebagai budak jahat. Setiap kali Ali mengulang perbuatannya, guru tersebut akan

memanggilnya budak jahat. Kesan : Ali merasakan dirinya jahat dan dia tidak perlu mendengar arahan atau nasihat dari gurunya.

Jadi, guru perlu peka mengenai perilaku murid-murid sebelum mengenakan apaapa jua tindakan. Dalam pelbagai situasi yang berbeza, guru boleh menggunakan model-model disiplin yang berbeza. Jangan tertumpu pada satu model sahaja kerana kemungkinan cara yang digunakan akan hilang kesan jika ianya tidak efektif.

Berdasarkan pemerhatian yang telah kami lakukan, guru berkenaan; Puan Rohani menggunakan pelbagai pendekatan dan juga hampir kesemua model disiplin digunakan. Setelah kami menyemak semula senarai semak mengenai model yang digunakan, beliau lebih cenderung menggunakan Model Akibat Logikal Dreikurs dan juga Model Teori Realiti Dalam Kaunseling; William Glasser. Walaupun begitu, guru berkenaan juga mempelbagaikan pendekatan disiplin sepanjang kelas tersebut. Dan apa yang telah kami lihat, pengawalan ke atas kelas tersebut sangat berjaya kera na murid-murid mendengar arahan yang diberikan dan melakukannya. Mereka juga begitu gembira dan selesa dengan kelas yang dikendalikan oleh Cikgu Rohani. Dapat disimpulkan bahawa objektif telah tercapai dengan jayan ya. Melalui tugasan yang diberi kali ini, guru pelatih telah didedahkan dengan kepelbagaian model disiplin yang ada yang boleh dipraktiukkan di sekolah. Bukan itu sahaja, model-model disiplin yang diperkenalkan juga merupakan salah satu buah fikiran bagi guru pelatih untuk mengaplikasikannya dalam mengawal kelas semasa di sekolah kelak. Model disiplin dan juga kawalan kelas mempunyai hubungan yang rapat dan salin berkaitan. Begitu juga dengan kaedah, teknik dan strategi seseorang guru itu dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kesemua ini saling bergantung antara satu sama lain dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menarik. Jadi kepentingan mempelajari model model ini adalah sebagai pelengkap ilmu bagi seseora ng guru pelatih untuk menghadapi profesion perguruan yang kian mencabar. Sesungguhnya pengajaran dan pembelajaran Cikgu Rohani

memanusiakan manusia bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng. Oleh yang demikian, para guru pelatih harus bersiap siaga dengan segala ilmu di dada dan timbalah sebanyak selagi berada dalam dunia pendidikan. Moga kelak gur -guru pelatih menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan juga akhirat.

8.0 BIBLIOGRAFI

Amdun Hussain (1995). Kamus Pelajar: Cetakan Kedua Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Terbitan Pertama. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mok Song Sang (2010). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Terbitan Pertama. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Song Sang (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Terbitan Kedua. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinamann Educational Book (Asia) LTD.