Anda di halaman 1dari 1

PENGERTIAN AKIDAH

Definisi akidah dari segi bahasa dan syarak:

Dari segi bahasa,akidah adalah perkataan bahasa arab yang berasal dari kata akar ‘aqada’ yang
bererti ikatan atau simpulan.perkataan ini boleh dikategorikan sebagai dua makna iaitu:

1 ) ikatan yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera seperti menerusi mata dan
tangan.contohnya ialah ikatan tali.

2 ) ikatan yang tidak dapat dikesan melalui pancaindera seperti ikatan perkahwinan dan
kekeluargaan.

Dari segi syarak,akidah boleh didefinasikan sebagai berikut:

1 ) Keimanan yang kukuh terhadap allah swt dan semua rukun-rukun iman yang lain.

2 ) keimanan kepada nilai-nilai murni yang mutlak dan hakiki sebagaimana diwajibkan oleh
islam,terikat kukuh pandangan,perilaku dan perkataan yang menepati syariat yang tidak mungkin
terurai oleh sebarang paksaan perubahan suasana dan keadaan.

Anda mungkin juga menyukai