Anda di halaman 1dari 2

Latihan Ulang kaji-Imbuhan Kata Kerja

Pilih jawapan yang sesuai.

1. Peminat-peminat bola sepak hadir ____________ sokongan dan tepukan gemuruh kepada pasukan
Perlis Stadium Perak semalam.
A. memberi B diberikan C pemberian D memberikan

2. __________________ konsert di Dewan Budaya itu dimulai dengan tarian inang oleh kumpulan
Tarian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
A Persembahan B Disembahkan C Menyembahkan D Dipersembahkan

3. Puan Bahiyah mempunyai sebilah pisau yang __________________ dan boleh digunakan untuk
memotong sayur, daging dan menggunting daun.
A dikilat B berkilat C pengilat D mengilat

4. Ikhwan jatuh _______________ akibat terpijak kulit pisang semasa melalui jalan untuk menuju ke
kantin sekolah.
A terduduk B berduduk C keduduk D diduduk

5. Pembinaan jalan raya itu _________________ oleh pihak kerajaan memandangkan keperluannya
kepada masyarakat.
A mempercepat B percepatkan C dipercepat D tercepat

6. Sudah sekian lama orang gaji itu _________________ oleh tuannya yang zalim.
A diperhamba B perhambakan C diperhambakan
D memperhambakan

7. Sebuah kapal terbang telah _______________ ke dalam lautsetelah mengalami kerosakan enjin.
A menjunam B berjunam C terjunam D dijunam

8. Firdaus berlari dengan pantas apabila _______________ suara budak menangis ketika melalui
kawasan hutan yang sunyi itu.
A didengar B terdengar C kedengaran D pendengaran

9. Cadangan yang telah dikemukakan oleh persatuan itu telah mendapat _______________ yang hebat.
A kritik B dikritik C kritikan D mengkritik

10. Adik Fahmi menangis kerana jarinya _______________ pada pintu pagar rumahnya.
A menyepit B penyepit C tersepit D disepit

11. Encik Khalid selalu lewat pulang ke rumah kerana _______________ dalam kesesakan jalan raya.
A diperangkapkan B memerangkap C terperangkap D diperangkap

12. Wajah Munirah menjadi pucat kerana _______________ seekor ular tedung di halaman rumah.
A ternampak B menampak C ternampakkan D menampakkan

13. Murid-murid di sekolah itu _________________ dengan rakaman lagu asli semasa pelajaran muzik.
A didengar B diperdengar C diperdengarkan
D memperdengarkan
14. Penduduk kampung itu telah menemui dua orang mangsa bot karam __________ di tepi pantai.
A didamparkan B didampari C berdampar D terdampar

15. Nur Shiela berusaha ________________ diri dengan kawan-kawan di sekolah baharunya.
A disesuai B menyesuai C bersesuaian D menyesuaikan

16. Para pelajar __________________ akan istilah bahasa Inggeris yang disiarkan petang semalam.
A perkataan B mengatakan C diperkatakan D memperkatakan

17. Izzah jatuh _______________ apabila terlanggar tunggul kayu itu.


A bersungkur B tersungkur C disungkur D sungkur

18. Semua peserta __________ bahas telah diberikan taklimat sebelum pertandingan bermula.
A bertanding B menandingi C pertandingan D ditandingkan

19. Cendekiawan ___________ memberikan idea untuk menangani masalah ponteng dalam
kalangan pelajar sekolah.
A mempelawa B pelawaan C dipelawa D pelawa

20. Perajurit yang gagah berani itu telah _______________sewaktu mempertahankan tanah airnya.
A pengorbanan B berkorban C terkorban D dikorban

21. Ibu _______________ minuman petang dengan sepiring kuih lapis kegemaran ayah.
A menyediakan B kesediaan C penyediaan D disediakan

22. Kejayaannya dalam peperiksaan itu amat __________________ ibu bapanya.


A gembira B tergembira C bergembira D menggembirakan

23. Syarikat elektronik itu memperoleh _______________ yang banyak pada tahun ini.
A diuntung B beruntung C keuntungan D menguntungkan

Anda mungkin juga menyukai