Anda di halaman 1dari 2

4.1.

2 KESAN COVID-19 KEPADA NEGARA INDONESIA


Kesan jangka pendek terhadap ekonomi:
- Pengangguran
 Masalah pengangguran yang berlaku disebabkan oleh penguatkuasaan
Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).

 Perindustrian - Data Kementerian Perindustrian menunjukkan 5.5 juta


pekerja industri sudah pun tidak bekerja kerana diberhentikan kerja atau
diberhentikan tanpa mendapat gaji.
- Daripada jumlah ini, kira-kira 3 juta adalah pekerja industri kecil dan
sederhana dan kira-kira 2 juta adalah daripada sektor industri sederhana
dan besar. Angka ini mewakili 28 peratus daripada jumlah tenaga kerja
industri negara yang secara keseluruhannya mencecah 19.8 juta pekerja.
- Impak COVID-19 telah dirasai oleh sektor perindustrian sejak Februari
2020. Beberapa lokasi eksport telah dihentikan dan sekatan penjarakan
fizikal di Indonesia mengurangkan permintaan produk. Peningkatan ketara
dalam kadar pertukaran dolar menyebabkan industri ini semakin sukar
untuk mendapatkan bahan mentah dan memilih untuk mengurangkan
import. (Sigit Dwiwahjono 2020)

 Pelancongan – Pelancongan menyumbang sebanyak 6 peratus kepada


Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia pada 2018 (Lembaga
Pelancongan Dunia 2019).
- Bali sbg tumpuan utama pelancongan Indonesia telah kerugian lebih
AS$4 bilion (RM16.49 bilion) bagi tahun 2020 disebabkan tempahan hotel
yang dibatalkan. (Wishnutama Kusubandio 2020).
- Badan Pusat Statistik (BPS) melaporkan bahawa pada Ogos 2021
sebanyak 10.32% atau 21.32 juta orang penduduk terkesan dari pandemik
Covid-19.

Kesan Jangka Panjang terhadap ekonomi:

- Peluang pekerjaan baru


 Sektor perniagaan dilihat akan berkembang dengan peralihan penggunaan
pembelian secara online. Kebanyakan orang memilih untuk menggunakan
perkhidmatan online bagi membeli barangan
 Sektor perkhidmatan kurier juga semakin berkembang dengan permintaan
tinggi sbg pekerja.
 Perkhidmatan penghantaran makanan juga antara yang menjadi pilihan
golongan terjejas kerana upah yang tinggi dan sistem pekerjaan yang
fleksibel.
Kesan terhadap politik:
 Politik nasional
- Bermula daripada Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) pada Mac 2020,
kemudian Pelaksanaan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) mulai
Januari 2021.
- Ketegangan politik antara pemimpin semakin reda dengan menumpukan
terhadap isu kebajikan rakyat namun ketibaan Pilkada menyebabkan parti-parti
politik mula bersaing dan isu kebajikan diketepikan.
- Pemilihan Daerah (PILKADA) yang diadakan pada Disember 2020
memperlihatkan strategi setiap parti berubah ke arah penggunaan media
sebagai agen politik.
- Kerajaan terlalu memfokuskan politik, kesihatan rakyat semakin terabai.
Pandemik dipandang remeh – Indon masih ketinggalan dalam isu Covid-19

 Politik Luar
- Dengan pandemik Covid-19, Indonesia terpaksa memulihkan semula
hubungan politik dengan pelbagai negara lain. Hubungan diplomatik yang
dibina Indonesia bertujuan menyelamatkan warga Indonesia yang berada di
luar negara. Selain itu, Indonesia juga bekerjasama dalam usaha mencari
vaksin Covid-19.
- Dengan hubungan diplomatik Indonesia yang semakin baik dengan negara luar
seperti China, ia akan menimbulkan rasa tidak selesa dengan Amerika Syarikat
disebabkan perbezaan kem politik yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai