Anda di halaman 1dari 8

SKRIP EMCEE MAULIDUR RASUL SK PULAU RUSA 2019

Selamat datang pemanis kata


ALUAN
Lafaz bismillah kalimah Mulia
PENGERUSI
MAJLIS Tuan diundang hadir bersama
Bertambah seri itulah hendaknya

Ke pekan kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis di mula tirai di buka
Dengan alunan madah yang indah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
DAN SALAM SEJAHTERA.

Dimulakan majlis dengan nama Allah Yang Maha Mulia,


Dimohonkan limpahan berkah akan segala nikmat yang diberi
Diucapkan segala pujian kepada Allah Rabbul Izzati
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW
Dan kaum keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Yang berusaha Tuan guru Besar Sk Pulau Rusa


Encik Azhar Bin Jamin

Yang berusaha guru penolong kanan pentadbiran


En mohd affuan bin abu bakar

1
Yang berusaha guru penolong kanan hal ehwal murid
En mohd harmimi bin kamaruddin

Yang berusaha guru penoling kanan kokurikulum


En mohd hosni amri bin abdul hanan

Barisan guru sk pulau rusa


Anak didik yang dikasihi sekalian

YANG BERBAHAGIA
EN MOHD SYAFULLAH BIN LOKMAN
PENGHULU MUKIM PULAU RUSA

YANG BERUSAHA
ENCIK ZULKEFLI BIN MOHD ALI
YDP PIBG SK PULAU RUSA

AHLI-AHLI JAWATANKUASA PIBG

TUAN-TUAN, PUAN-PUAN DAN, HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH


SEKALIAN.

Majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu jemputan dan hadirin sekalian


ke majlis sambutan Maulidur rasul SK pulau rusa 2019

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah inayahNya dapat
kita berkumpul untuk bersama-sama mengimarahkan majlis sambutan
maulidur rasul peringkat sekolah pada tahun ini.

Setinggi-tingi penghargaan kepada semua jemputan kerana sudi


meluangkan masa melapangkan minda untuk hadir ke majlis ilmu pada
pagi ini. Semoga majlis pada pagi yang indah permai ini berlangsung
dengan jayanya.

BACAAN DOA
2
Bunga Mawar Cantik Tersemat,
Dipetik Gadis Di Tepi Titi,
Doa Dibaca Memohon Rahmat,
Semoga Majlis Sentiasa Diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ni, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Alfadil Ustaz Mohd Harmimi Bin Kamaluddin.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

( bacaan doa )

Aamin..aamin..ya abbal alamin..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah SWT

Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan yang berbahagia encik mohd


syafullah, para jemputan ibu bapa serta penjaga ke mesyuarat agung persatuan
ibu bapa dan guru sekolah kebangsaan pulau rusa yang ke-36 pada hari ini.

Untuk pengetahuan yang berbahagia dan hadirin sekalian, objektif mesyuarat


agung persatuan ibu bapa dan guru sekolah kebangsaan pulau rusa kali ke-36 ini
diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan penjaga serta para
guru dalam sekolah untuk berbincang, berkolaborasi, berunding dan
bekerjasama antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf
pendidikan murid sekolah ini. Diharap mesyuarat yang akan kita adakan nanti
berjalan dengan lancar dalam suasana yang harmoni

Emas Tempawan Buatmu Puteri


UCAPAN WAKIL
GB Busana Indah Buat Rupawan
Sudilah Tuan Tampilkan Diri
Bersama Madah Kata Aluan

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya menjemput

3
dan mempersilakan yang berusaha
En Mohd Affuan Bin Abu Bakar Penolong Kanan Pentadbiran Sk Pulau
Rusa untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

UCAPAN YDP HADIRIN YANG DIHORMATI,

Tuah Tersenyum Kepada Si Teja


Duduk Bersimpuh Sambil Bersila
Kain Di Tenun Bersama Reja
Ydp Pibg Hormat Dipersila

Daun semulur di pekan sari


Batang jerami rebah ke bumi
Ucapan YDP dinanti-nanti
Membuat majlis bertambah seri

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha


En Zulkefli Bin Mohd Ali,
Ydp pibg sk pulau rusa untuk menyampaikan bicara.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berusaha tuan ydp atas
ucapan itu tadi.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,

UCAPAN Makan durian bersama pulut


PERASMI
Duduk bersembang atas serambi
Tampillah tuan kami menjemput
Bersama ucapan kata perasmi

4
Sekarang tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian dari perasmi
kita.
Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia
En Mohd Syafullah Bin Lokman Penghulu Mukim Pulau Rusa untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan mesyuarat agung pibg kali ke 36
Sk pulau rusa bagi tahun 2019.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*****ucapan perasmian*****

Bunga Selasih Di Dalam Taman


Harum Melati Penyeri Intan
Terima Kasih Ucapan Tuan
Kekal Bersemi Dalam Ingatan

Majlis dengan rasa penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan


ribuan terima kasih kepada yang dihormati encik syafullah atas ucapan
perasmian sebentar tadi.
Para hadirin yang dihormati,
CENDERAMATA
PERASMI Sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Affuan Bin Abu Bakar
mengiringi En Zulkefli Bin Mohd Ali YDP PIBG Untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia En Mohd Syafullah Bin Lokman
selaku perasmi majlis kita pada hari ini.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Mohd


Syafullah atas kesudian menerima cenderamata itu tadi dan Yang Berusaha
En Zulkefli Bin Mohd Ali atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

Mohon yang berbahagia en mohd Syafullah bin Lokman untuk kekal di atas
pentas seketika..

REHAT Agenda beralih aturcara berganti,menanti di haluan kini ialah acara cabutan
bertuah.. utk itu di persilakan yang berbahagia en mohd syafullah bin lokman
untuk menbuat cabutan..

5
Cabutan 1 ...

Cabutan 2...

Cabutan 3....

Cabutan 4....

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia atas


kesudian melaksanakan acara cabutan bertuah sebentar tadi. Tahniah
dan syabas kepada para penerima..

Kuning Emas Masaknya Padi


Mawar Merah Dalam Jambangan
Terima Kasih Daun Keladi
Budi Tuan Jadi Sanjungan.

Dengan itu, maka berakhirlah majlis perasmian kita pada hari ini. Sekalung
penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada yang berbahagia encik
mohd syafullah bin lokman atas kesudian beliau untuk meluangkan masa
menghadiri majlis kita pada hari ini.

Sebelum menutup tirai majlis perasmian ini, saya memohon ampun dan maaf
andai tersalah kata tersilap bicara sepanjang mengacarakan majlis pada pagi
ini.

Bunga Dedap Di Atas Para,


Anak Dusun Pasang Pelita
Andai Tersilap Tutur Bicara
Jemari Disusun Maaf Dipinta

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI,

Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia
En Mohd Syafullah atas kesudian memeriahkan majlis kami pada hari ini.

6
Sungguh Indah Bunga Kemboja,
Di Bawah Atap Tepi Halaman;
Juadah Sudah Letak Di Meja,
Sudilah Santap Tuan Budiman.

Majlis dengan rasa berbesar hati mempersilakan yang berusaha penolong kanan
pentadbiran dan yang berusaha ydp pibg serta guru-guru penolong kanan
mengiringi tetamu jemputan ke galeri kokurikulum untuk menikmati jamuan
ringan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis turut mempersilakan ibu bapa dan penjaga serta guru-guru untuk
menjamu selera.

Mesyuarat agung pibg akan berhenti rehat selama 30 minit dan akan disambung
semula pada pukul ________________

Majlis berhenti rehat buat seketika.

 Majlis akan diteruskan dengan mesyuarat agung pibg sekolah


kebangsaan pulau rusa kali ke-36. Seterusnya majlis akan
dipengerusikan oleh YDP PIBG pibg sebentar nanti.

7
8

Anda mungkin juga menyukai