Anda di halaman 1dari 1

Soalan

Kemalangan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah kadang-kala


juga meragut nyawa manusia. Tuliskan sebuah karangan tentang cara-cara menjaga
keselamatan diri. Panjang karangan tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

Jawapan

Saban hari, slogan kata “malang tidak berbau” selalu terngiang-ngiang


ditelinga kita. Kemalangan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Kemalangan bukan sahaja memusnahkan harta benda malah kadang-kala juga
meragut nyawa manusia. Oleh itu, kita harus pandai-pandai menjaga keselamatan
diri pada setiap masa.
Sedia kita maklum, kemalangan merupakan nahas utama yang mesti
dielakkan. Pengguna kenderaan harus berhati-hati dan selalu menggunakan
kemudahan lalu-lintas seperti lampu isyarat, jejantas, lintasan belang agar dapat
mengelakkan diri daripada kemalangan. Pengguna kenderaan sewajarnya mematuhi
undang-undang lalu lintas dan tidak memandu kenderaan mengikuti perasaan.
Selain itu, semua orang juga harus menjaga keselamatan diri di rumah.
Benda-benda tajam dan ubat-ubatan hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan
tidak mudah didapati oleh kanak-kanak. Api kecil menjadi kawan, jika besar
menjadi lawan. Oleh itu, semua orang harus mengawasi penggunaan api dan
barang-barang elektrik.
Kegiatan luar rumah seperti berkhemah, berkelah, pelancongan adalah aktiviti
yang selalu dilakukan oleh sengenap manusia. Walau bagaimanapun,sewaktu
melakukan aktiviti ini, kita harus mengambil berat pelbagai aspek, umpamanya
keselamatan tempat-tempat, pemakanan kesihatan diri dan sebagainya. Sekiranya,
berlaku kemalangan, kita harusnya segera menghubungi pihak berkenaan.
Memang tidak dapat dinafikan, setiap hari kita akan menghabiskan banyak
masa di sekolah. Murid-murid dilarang berkejar-kejaran di dalam sekolah, berbual-
bual dengan orang yang tidak dikenali dan harus memakai pakaian yang kemas.
Guru-guru sepatutnya selalu menjaga keselamatan murid-murid pada waktu
kemahiran hidup, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum dan sebagainya.
Kesimpulannya, untuk menjaga keselamatan diri, semua orang harus prihatin
dan berhati-hati di mana-mana dan pada bila-bila masa kerana geruh tak mencium
bau
245 patah perkataan