Anda di halaman 1dari 1

Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina.

Pengaruh dari
negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana
China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng
turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina.

Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui
mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri
Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat
menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18. Pendatang
dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya
tradisi dan nilai etika kerja.

Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan
pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah
oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang
getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty.
Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini
berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum
wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang
atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka
mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.

Anda mungkin juga menyukai