Anda di halaman 1dari 26

TEKS UCAPAN PENGETUA CEMERLANG S.T.A.

R
SEMPENA HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2014
Tarikh : 24 OKTOBER 2014

Assalamualaikum WTEKS UCAPAN PENGETUA CEMERLANG

S.T.A.R
SEMPENA HARI ANUGERAH KOKURIKULUM 2014
Tarikh : 24 OKTOBER 2014

Assalamualaikum WBT

1.         Yang Berbahagia Encik Rozhan Anwar bin Abdul Halim

     General Manager, Group Supply Chain Management PETRONAS

2.         Yang Berbahagia Dato’ Tamunif bin Mokhtar                        

     Presiden STAROBA

3.         Yang Berusahaia Dr.Amirul Shah Bin Md Shahbudin

Yang Di Pertua PIBG S.T.A.R

4.         Barisan Penolong-Penolong Kanan S.T.A.R.

5.         Ahli-ahli STAROBA.       

6.         Dif-dif jemputan, para ibu bapa yang saya hormati

7.          Guru-guru dan anak-anak pelajar yang saya kasihi.

Senja gemilang bayu berpuput,

Gugur kenanga di celah jerami,
 Besarlah hati kami menyambut,
Tuan bertamu ke sekolah kami .

Tanah serendah taman larangan,

Nampak gemilang dari Lingga,
Syabas dan tahniah kami ucapkan ,
 Anda cemerlang sekolah berbangga.

1.      Alhamdulillah, setinggi ucapan kesyukuran saya rafakkan ke

hadrat Allah SWT kerana kita dapat berkumpul pada majlis yang dinanti-
nantikan ini. Ucapan ribuan terima kasih saya rakamkan khusus kepada
tetamu kehormat Yang Berbahagia Encik Rozhan Anwar bin Abdul
Halim, atas kesudian tuan hadir  dan  seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Kokurikulum S.T.A.R pada hari ini. Kehadiran Yang
Berbahagia Encik Rozhan Anwar ibarat sirih pualng ke gagang kerana
beliau merupakan bekas penuntut sekolah ini batch 1986 dan beliau
merupakan penghuni Green House. Saya juga mengucapkan selamat
datang kepada dif-dif jemputan untuk sama-sama meraikan penerima
Anugerah Kokurikulum S.T.A.R tahun 2014.

Yang Berbahagia tetamu kehormat serta hadirin sekalian,

2.    Sebagaimana yang kita semua maklum, S.T.A.R telah dipilih

sebagai salah sebuah Sekolah Kemegahan Negara pada tahun 2014.
Pemilihan ini adalah bertepatan dengan hasrat kementerian Pendidikan
Malaysia khususnya Menteri Pendidikan II Kita Yang Berhormat Dato’
Seri Idris bin Jusoh yang ingin melihat sepuluh sekolah kemegahan
Negara ini bertaraf global.  Sehubungan dengan itu, S.T.A.R telah
mengorak langkah untuk menyahut seruan kerajaan untuk menjadi
sebuah Sekolah Bertaraf Dunia. Antaranya dengan mewujudkan “future
classroom” di mana pembelajaran menggunakan kemudahan tablet dan
ICT, manakala guru hanya menjadi pemudah cara.
3.    Izinkan saya menyentuh sedikit berkenaan dengan akademik. Pada
tahun 2014, S.T.A.R mensasarkan untuk memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PT3, dan TIMSS. Dalam
peperiksaan PT3 yang baru berakhir, S.T.A.R mensasarkan untuk
memperoleh GPS 1.00 iaitu semua pelajar memperoleh 8A. Di peringkat
SPM pula, kita mensasarkan GPS 1.30. Daripada 138 calon, sebanyak
50 orang calon disasarkan kepada semua 10 Sekolah Kemegahan
Negara untuk mendapat 9A + . Sehubungan dengan itu, pelbagai
program akademik telahpun digerakkan seawal bulan Januari bagi
memastikan sasaran PT3 dan SPM dapat direalisasiakan. Bagi
peperiksaan TIMSS yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2, STAR
mensasarkan untuk mendapat tempat pertama di dalam negara. Saya
yakin dengan usaha yang berterusan oleh guru-guru dan semanagat
putera-putera kita sasaran TIMSS akan dicapai. Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
tenaga pengajar yang telah berusaha bertungkus lumus bagi
memastikan “core business” kita dalam bidang akademik sentiasa
berada pada tahap yang membanggakan. Selain itu, P.I.B.G STAR yang
diketuai oleh Yang Berusaha Dr Amirul Shah bin Md Shahbudin dan
STAROBA yang sentiasa memberikan bantuan sama ada dalam bentuk
kewangan mahupun sokongan moral dalam memastikan kejayaan
S.T.A.R dalam bidang akademik.

Hadirin dan hadirat yang dihormati

4.   Hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada seluruh warga
S.T.A.R kerana majlis ini  adalah kemuncak kepada pengiktirafan pihak
sekolah terhadap pencapaian dan sumbangan pelajar-pelajar dalam
bidang kokurikulum. Matlamat kecemerlangan sekolah perlulah sentiasa
kami pertingkatkan  selaras dengan tranformasi sistem pendidikan
negara di bawah Pelan  Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Menteri
Pelajaran Malaysia.  Sebagai  Pengetua STAR Ipoh, saya
bertanggungjawab dalam memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia  menjadi pemangkin kepada kemenjadian pelajar  di STAR
Ipoh.

5. Penglibatan dan sumbangan old boys dan ibu bapa merupakan

anjakan ke- 9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
Memperkasakan sarana sekolah dan sarana ibu bapa. Untuk
pengetahuan semua,  Alhamdulillah untuk program sarana sekolah dan
sarana ibu bapa, kita telah berjaya mengadakan 8 program pada tahun
ini. Program sarana sekolah pertama ialah perjumpaan waris iaitu
pihak sekolah telah berjumpa dengan semua ibu bapa pelajar tingkatan
2,3,4, dan 5. Dalam program ini saya telah memberi taklimat hala tuju
S.T.A. R 2014  kepada ibu bapa pada 1 Januari 2014.

 6. Program sarana sekolah kedua, pada 9 Februar 2014, Rumah

Kuning diterajui Ustazah Fatihah Alawiah binti Mohamad selaku Ketua
Guru Rumah Kuning serta semua guru rumah kuning, telah berjaya
mengadakan Hari terbuka  Rumah Kuning bersama 10 bekas pelajar
dan 20 orang ibu bapa. Kehadiran ini menunjukkan sokongan terhadap
rumah ini dan sangat bermakna kepada 106 orang penghuni Rumah
Kuning. Program sarana sekolah yang ketiga, pada 21 Februari 2014
apabila  Rumah Hijau yang diterajui Puan Hajah Fuziah binti Hashim
serta semua guru Rumah Hijau telah berjaya mengadakan program
mentoring di MLT 2. Kehadiran 10 bekas pelajar Rumah Hijau bersama
20 orang ibu bapa Rumah Hijau amat bermakna kepada 98 penghuni
Rumah Hijau. Program sarana sekolah yang ke empat pada 16 Mac
2014. Atas inisiatif Ketua Guru Rumah Putih iaitu Puan Abidah binti
Sarajul Haq serta semua guru rumah putih, Rumah Putih juga telah
berjaya mengadakan Hari Terbuka Rumah Putih yang bermula pada
pukul 9 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Seterusnya diikuti Program
Mentoring Old Boys Rumah Putih dengan pelajar rumah putih pada
sebelah petangnya. Program ini dihadiri 30 bekas pelajar rumah putih 
dan 40 orang ibu bapa pelajar rumah putih  amat bermakna kepada
pelajar rumah putih.

7. Program sarana kelima berlangsung pada 30 Mac 2014 iaitu

Program Kilauan Permata Hitam yang diterajui Encik Mohd Zabidi bin
Nordin selaku Ketua Guru Rumah Hitam serta semua guru Rumah
Hitam. Program ini bermula pada jam 2.00 petang  yang mana tetamu
kehormatnya ialah Tan Sri Datuk Dr Abdul Samad bin Hj Alias, Mantan
Presiden Malaysia Institute of Certified Public Accountants dan MIA
Malaysian Institute Accountants. Kehadiran 30 orang bekas pelajar 
Rumah Hitam dan 45 oarang ibu bapa amat bermakna kepada seluruh
penghuni rumah hitam. Seterusnya, Rumah Biru juga telah dapat
mengadakan Hari Terbuka pada 15 Jun 2014 dan  dan terakhir sekali 
Rumah Merah yang telah mengadakan Hari Terbuka dan Majlis Aidilfitri
pada 23 Ogos 2014.

8. Sebagai pengetua, saya bersama warga pendidik sentiasa berusaha

melahirkan pelajar yang BERDAYA SAING GLOBAL. Kita mahu pelajar

kita mengambil bahagian dalam pertandingan dan aktiviti diperingkat

antarabangsa meliputi akademik . Sehubungan dengan itu, peperiksaan

peringkat antarabangsa seperti    Trends In International Mathematics

and Science Study (TIMSS), PISA-programme for International Student

Assessment (PISA),  IGCSE-International General Certificate of

Secondary Education, Middle Years Programme International

Baccalaureate/MYPIB, International Baccalaureate Diploma Programme

(IBDP) dan banyak lagi diharapkan mampu melonjakkan nama STAR ke

arah sekolah bertaraf dunia. Dalam aspek  kokurikulum, pelajar STAR

sudah dilatih bagi menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa

seperti International Mathematical Olympiad, Science Olympiad, Cyber

Olympiad,I nternational Engliash Olympiad, International Olympiad

Ininformatics, Chess Olympiad, World Robot Olympiad, dan pelbagai

pertandingan, persembahan,eksposisi dan pameran pada peringkat

antarabangsa, STAR Ipoh berusaha terus memperkasakan jaringan

dan jalinan dgn institusi pendidikan tinggi didalam dan diluar negara,

dengan industri, profesional, dan negarawan serta tokoh antarabangsa.

9. Penampilan pelajar STAR  dalam pertandingan dan aktiviti di

peringkat  antarabangsa akan mempamerkan keunikan , kreativiti dan

inovasi pelajar kita. Selain itu juga, pelajar STAR diharap  mengambil

bahagian dalam aktiviti kesukarelaan/ volunteerism pada peringkat

antarabangsa. Penyertaan dalam aktiviti kesukarelaan/volunteerism

akan mempamerkan sifat integriti, keserhanaan, dan ketahanan pelajar

kita. Pelajar STAR juga nestilah BERDAYA SAING GLOBAL (global

performance) iaitu melibatkan apa sahaja persaingan dalam apa jua

bidang pada pentas antarabangsa. Contoh penyertaan pasukan

windorchestra dalam pertanding Wind Orchestra  di Hong Kong pada

tahun 2013.

10.Seteusmya, STAR Ipoh berusaha melahirkan pelajar yang memiliki

PERWATAKAN GLOBAL  ( Global Outlook). Saya mahu melihat

pelajar STAR mempamerkan daya kepimpinan yang tinggi seperti kita

mahu pada setiap aktiviti/program,pelajar kita mampu dan bersedia 

untuk mengetuai kumpulan, artikulatif, ambitious (bercita-cita besar) dan

bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Besar

harapan melihat pelajar STAR mempunyai cita-cita besar dan dapat

mempamerkan sifat komuniti global dalam aspek mencari ilmu dan

perihatin terhadap permasalahan ummah. Dalam soal ini, kita mahu

pelajar STAR mempamerkan keterampilan dalam setiap

penyempurnaan tugas, sama ada secara berseorangan atau

berpasukan.
11.Seterusnya STAR Ipoh turut  berusaha melahirkan pelajar yang

memiliki STANDARD GLOBAL, di mana pelajar kita memiliki dan

mempamerkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), daya invensi

(inventor),daya keusahawanan (enterpreneur), dan berupaya

berkomunikasi dalam pelbagai bahasa (Multilingual). Seterusnya STAR

ipoh akan menjadi sekolah satu sesi 7.30 pagi ke 4.30 petang di mana

iklim sekolah berstandard global dipacu oleh perpustakaan, bilik sumber,

kelab akademik dan wacana yang mencabar minda, guru yang

berperanan sebagai pembangun bakat serta bilik darjah masa hadapan.

Sebagai peneraju STAR, Saya akan berusaha melengkapkan prasarana

teknologi yang tercanggih, bagi memanfaatkan perkembangan yang

berlaku dalam revolusi digital. Justeru, future classrooms akan

dioperasikan Insyaallah. Perkara ini dapat dipercepatkan lagi jika

mendapat bantuan STAROBA. Sebagaimana yang kita maklum, STAR

Ipoh berusaha melaksanakan transformasi ke arah menjadi organisasi

pembelajaran/learning organization, sekolah terlibat dalam kerja sosial

bagi menyelesaikan masalah komuniti setempat, manakala pdp guru

berasaskan ICT.

Yang Berbahagia Tetamu Kehormat serta hadirin sekalian,

12.  Seterusnya izinkan saya untuk membuat laporan berkaitan prestasi
kokurikulum S.T.A.R bagi tahun 2014. Dalam sukan ragbi yang menjadi
etos sekolah, S.T.A.R muncul  Naib Johan Kejohanan ragbi MCKK
Premier 7 dan muncul pasukan terbaik Malaysia apabila tewas kepada
New Zealand dalam aksi final, Johan Kejohanan Ragbi SBP 10 untuk
dua tahun berturut-turut,  Johan Liga Ragbi Super Six serta naib johan
perlawanan akhir. Selain itu juga 16 pemain STAR mewakili Negeri
Perak ke Kejohanan Ragbi MSSM dan muncul sebagai juara. Selain itu
kita juga telah memenangi beberapa kejohanan peringkat umur di
seluruh Malaysia. Dan pada 4-8 Disember ini pasukan ragbi cobratasha
akan melakukan tour ragbi ke Perth Australia. Di kesempatan ini, saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden STAROBA
merangkap Presiden Cobratasha, iaitu Dato’ Tamunif Mokhtar   yang
telah menyumbang ratusan ribu ringgit saban tahun bagi memastikan
pasukan ragbi STAR muncul sebagai pasukan ragbi terbaik di negara
kita. Begitu juga penajaan dari Barakah Offshore Petroleum yang turut
menjadi penaja rasmi STAR Cobratasha pada tahun ini.

13.    Seterusnya, pasukan hoki S.T.A.R telah menyertai pertandingan

Malaysian Junior Hockey League Division 2 Kebangsaan buat tahun ke
dua berturut-turut bagi bersaing dengan pasukan hoki ternama di
Malaysia. Pasukan hoki juga buat kali ke dua berturut-turut memahat
nama sebagai Johan SBP Kebangsaan 2014. Selain itu juga pasukan
yang terkenal dengan gelaran Anaconda ini turut memenangi Kejohanan
Hoki Piala Penagarah IPG dan Karnival hoki UNITEN. Pasukan ini turut
mengadakan jalinan antarabangsa dengan New Plymouth Boys School,
New Zealand dan Shaheen Sport School, Hong Kong. Pada
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Barakah Offshore Petroleum kerana telah menyumbangkan RM 26 ribu
bagi menaiktaraf mini turf hoki di STAR.

14.    Sukan memanah di S.T.A.R turut mencatatkan kejayaan pada

tahun 2014 di mana S.T.A.R berjaya mengekalkan penguasaan dengan
muncul Johan Keseluruhan di peringkat daerah Kinta Utara dan
seterusnya bertanding di Peringkat Negeri Perak. Pasukan ini buat
pertama kali menyertai Sirkit Memanah Kebangsaan.

15.    Selain itu,  Pasukan Wind Orchestra terus menyerlahkan

kebitaraan S.T.A.R apabila muncul Naib Johan dalam pertandingan
akhir wind orkestra peringkat kebangsaan pada bulan Jun di Universiti
Teknologi MARA, Shah Alam. Selain itu juga pasukan di bawah
bimbingan Encik Azli bin Yaacob telah diberi penghormatan buat tahun
ke sembilan membuat persembahan di Universiti Teknologi Petronas 
sempena  konvokesyen UTP 2014.  Pasukan pancaragam STAR
seramai 62 orang pada penghujung 2013 telah  menyertai World
Marching Band di Hong Kong.

16.             Pasukan Bahas Bahasa Melayu turut mencatat kejayaan

yang cemerlang pada tahun 2014. Pasukan ini berjaya muncul Naib

johan dalam MUSLEH International Debating Championship 2014.

Selain itu juga pasukan bahas Bahasa Melayu turut muncul Johan

Pertandingan Debat Dakwah Negara dan Johan Debat Junior

SEHEBAT. Selain itu juga pasukan ini muncul Naib Johan Debat Piala

Menteri Besar Perak serta layak ke separuh akhir Piala Perdana Menteri
2014. Seterusnya panitia bahasa Inggeris turut menempa kejayaan

gemilang dalam Fully Residential School International Symposium 2014

dengan mendapat anugerah  top  Gold Award Best Presenter

17.    Pasukan robotik turut meraih pencapaian cemerlang apabila layak

ke peringkat kebangsaan dalam FIRA Malaysia Cup kali ke-7. Manakala
dalam Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad
(MIYIO) STAR berjaya menerima Silwer Award. Pencapaian pasukan
inovasi turut cemerlang apabila muncul Naib Johan dalam Perak Ekspo
For Young Scientist yang berlangsung di UPSI, Tanjung Malim Perak
manakala dalam Ya Hijau GreenYouth Summit di Peringkat
Antarabangsa STAR muncul pemenang tempat ke tiga. Pasukan
Formula One In School turut cemerlang apabila muncul naib johan
peringkat negeri Perak dan akan mewakili Perak ke peringkat
kebangsaan pada bulan November nanti.

18.    Selain itu juga , pencapaian S.T.A.R dalam pasukan Unit

Beruniform tidak kurang hebatnya. Pasukan Pengakap S.T.A.R telah
menyertai Jambori Pengakap Selangor 2014. Pasukan pengakap mula
mengorak langkah ke persada anatarabangsa apabila 10 orang terpilih
mewakili malaysia ke jambori Pengakap dunia ke-23 pada tahun
hadapan di  Yamaguchi City, Jepun. Manakala pada 23-30 November
18 orang pelajar akan menyertai jambori Pengakap Antarabangsa Perak
yang disertai 10 buah negara. Begitu juga pasukan Kadet Polis S.T.A.R
telah muncul johan pertandingan Kawad Kaki GO peringkat Daerah
Kinta Utara dan mewakili daerah ke peringkat negeri perak dan muncul
Naib Johan Negeri Perak.
19.    Begitulah serba ringkas laporan pencapaian kokurikulum S.T.A.R
bagi tahun 2014 dan sebentar nanti kita akan sama-sama saksikan para
pelajar serta guru penasihat akan menerima anugerah masing-masing
sebagai tanda pengiktirafan pihak sekolah terhadap sumbangan yang
telah diberikan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua
penerima, semoga dengan pengiktirafan ini akan memberikan suntikan
semangat kepada seluruh warga STAR untuk bekerja keras bagi
menaikkan nama STAR di persada anatrabangsa.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

20. Sesungguhnya, kerjasama antara Old Boys dan sekolah merupakan

satu tradisi yang perlu dikekalkan dan dipertingkatkan dari semasa ke

semasa. Justeru, saya amat mengalu-alukan kedatangan mana-mana

batch yang ingin menyumbang  kepada  S.T.A.R. dalam bentuk apa jua

jenis sumbangan. Untuk maklumat para hadirin, pada tahun ini saya

sangat berterima kasih kepada Batch 81 kerana dengan kerjasama erat

yang terjalin  antara Batch 81, mereka telah berjaya menaja sebuah jam

elektronik yang cukup menarik. Perkara ini tanpa kita sedari sebenarnya

adalah merupakan satu indikator kepada kejayaan STAR dalam

melahirkan pelajar-pelajar yang sayangkan sekolah dan tahu

membalaskan jasa guru guru mereka. Konsep giving back of what the

school has given to you ini  sebenarnya perlu STAR perkasakan jika

kita mahu mencipta dan melahirkan global players dalam kalangan

putera-putera STAR Ipoh . Antara sumbangan yang masih diperlukan

ialah pasukan kriket STAR, pasukan inovasi, pasukan Formula One In

School dan banyak lagi.

21.    Di kesempatan ini juga sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Encik Mohd Rozhan Anwar bin Abdul Halim kerana

sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita pada petang ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Jawatankuasa majlis yang diketuai

oleh PK Kokurikulum, Ustaz Mohammad Rosli bin Ahmad yang telah

bertungkus lumus menjayakan majlis pada tahun ini.

Madah diungkap santun batara

Pantun dilantun mengusik hati

Salah dan silap tutur bicara

Pohon diampun seikhlas hati

Buai laju-laju

Sampai pokok sena

STAR boleh maju

Hingga terajui dunia.

Sekian, terima kasi

BT

Anda mungkin juga menyukai