Anda di halaman 1dari 2

Tahap perkembangan bahasa

Pada umur 3 tahun, umumnya kanak-kanak tahu bagaimana menggunakan 900 hingga 1,000
perkataan. Jumlah ini meningkat kepada 2,600 perkataan apabila mencapai umur 6 tahun. Apabila
kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke sekolah, perbendaharaan kata mereka bertambah dari
semasa ke semasa sehingga mencecah 80,000 perkataan. Perkembangan pesat bahasa ini
disumbangkan oleh kepesatan minda kanak-kanak mengingat makna perkataan baru selepas
mendengarnya bagi kali pertama atau bercakap sekali dua dengan rakan-rakannya. Walaupun
kadang-kadang sebutan sesuatu perkataan kurang tepat, ia diperbaiki dengan teguran dan
kekerapan bercakap dengan orang dewasa seperti ibu, bapa atau adik-beradik saudara. Kanak-kanak
mula bercakap menggunakan ayat yang ringkas dan mudah. Jawapan mereka juga mudah dan
singkat. Semakin lama bercakap, mereka dapat memahami sebab dan akibat, kerana perkembangan
mental yang bertambah baik. Sebutan dan tatabahasa yang baik menjadikan orang dewasa dapat
memahami bahasa mereka. Jika tidak difahami, mereka cuba menerangkannya dengan lebih jelas.

Peringkat bayi Pada mulanya bayi memperoleh bahasa melalui tangisan dan sebutan yang ringkas
seperti ‘ma’, ‘da’, ‘bah’, ‘pa’, dan sebagainya. Kanak-kanak di peringkat awal usianya memperoleh
bahasa ibundanya dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun
tidak.

BULAN HURAIAN
0–1 Bayi menangis pada awal kelahiran  menunjukkan
ketidakselesaan , lapar dan sakit

1–2 Bayi mengeluarkan bunyi ‘oo’ , ‘coo’ , ‘goo’ untuk


berinteraksi dengan orang sekeliling

8 – 12 Bayi mula menunjukkan interaksi babbling dan


isyarat seperti anggukan kepala , menunding jari dan
melambai tangan

13 – 18 Bayi mula mengingati perkataan – perkataan penting


dan menyebutnya menggunakan satu perkataan dalam
komunikasi harian
Contoh :
“ Makan”. Perkataan makan disini boleh membawa
maksud “ saya nak makan” atau “ saya sudah
kenyang dan idak mahu makan lagi”

18 – 24 Bayi mula berinteraksi dengan menggunakan dua


perkataan
Contoh :
“ Itu kucing” , “Mama jalan”

KESAN BAIK BAHASA KEPADA KANAK-KANAK


Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka berinteraksi
dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman  dan idea-idea
tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka.Perkembangan bahasa
memudahkan proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan
menulis. Dengan meningkatkan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-
konsep abstrak. Kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial. 
Faktor pemilihan bahasa pertama anak-anak menjadi cabaran terutamanya bagi ibubapa di
Asia Tenggara secara kolektif. Ini berikutan proses asimilasi bahasa daripada kepelbagaian
bahasa, dialek, bangsa, etnik dan agama yang menyatukan komuniti di Malaysia. Bagi anak-
anak yang masih kecil, mereka tidak boleh membezakan bahasa-bahasa yang digunakan
oleh individu disekelilingnya termasuklah ibubapa serta pembantu rumah mereka. Input-
input bahasa yang berbeza-beza memungkinkan mereka memilih untuk menjadi lebih pasif
dan memilih untuk diam kerana tidak mahir menggunakan mana-mana bahasa dengan baik.
Sebagai contoh, sebuah keluarga yang mempunyai pembantu rumah yang bertutur bahasa
Indonesia, manakala ibunya bertutur menggunakan bahasa Melayu dan ayah pula bertutur
menggunakan bahasa Inggeris. Anak yang keliru ini, langsung memilih untuk diam kerana
keliru dengan bahasa-bahasa yang didengarinya setiap hari. 

KESAN BURUK BAHASA KEPADA KANAK-KANAK


Semua kanak-kanak mencapai aras perkembangan pada kelajuan sendiri, namun mereka perlu diberi
perhatian jika terdapat kelewatan perkembangan yang jelas. Seorang anak dikatakan mengalami
kelewatan pertuturan dan bahasa apabila dia tidak memperolehi kemahiran pertuturan dan bahasa
yang sewajarnya mengikut umur pada awal tempoh tumbesaran. asalah pertuturan dan bahasa juga
mungkin disebabkan oleh masalah pendengaran (biasanya akibat kerosakan pendengaran
kongenital, jangkitan telinga tengah kronik atau telinga rekat (glue ear)). Juga terdapat bukti kukuh
bahawa waktu skrin yang berlebihan (waktu dihabiskan menonton TV atau gajet) dan kekurangan
rangsangan boleh menyebabkan kelewatan ini. Ia juga mungkin sebahagian daripada masalah lebih
besar iaitu kelewatan perkembangan global atau kekurangan intelek.

Anda mungkin juga menyukai