Anda di halaman 1dari 15

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KARYA TERPILIH

LAWADDIN BIN JAMMAAL

Penyelia

ENCIK NORMAN BIN SANI

AMBILAN 1 / 2019

1
BIL SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

01 Pengenalan 3

02 Pengalaman Lepas 4

03 Dapatan aktiviti 6 – 10

04 Rumusan 11

05 Rujukan 14
2
Pengenalan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 memberi penekanan


terhadap perlantikan pengetua atau guru besar di mana perlantikannya tidak lagi berasaskan
kepada tempoh perkhidmatan. Bagi memastikan pemimpin sekolah yang dilantik mempunyai
bakat kepimpinan yang baik, mereka didedahkan dengan latihan dan program pembangunan
profesional yang dikenali sebagai Program Kelayakan Profesional kebangsaan bagi Pemimpin
Pendidikan (NPQEL) Graduan program NPQEL yang Berjaya menamatkan kursus wajib ini
sepatutnya mampu menerajui kepimpinan dan hala tuju sekolah kerana pendedahan program
adalah secara blended learning berasaskan kepada kompetensi yang perlu dimiliki oleh pemimpin
sekolah

Program NPQEL ( National Profesional Qualification for Educational Leaders )


adalah satu latihan pembentukan pemimpin pelapis yang berkesan yang membawa perubahan
kepada tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta serta keupayaan peserta
menjalankan tugas pengurusan dan kepimpinan sekolah.

NPQEL versi 2.0 yang baru di perkenalkan pada tahun 2018 dibangunkan daripada
definisi operasional pemimpin berprestasi tinggi , iaitu pemimpin yang berwawasan , pemimpin
pembelajaran dan juga pemimpin perubahan yang akan memberi impak kepada kecemerlangan
sekolah dan kemenjadian murid melalui pembangunan kualiti professional dan kualiti peribadi
seseorang pemimpin itu. Kaedah penyampaian latihan NPQEL versi 2.0 berdasarkan kepada
kaedah penyampaian latihan 70:20:10. Kaedah ini diterjemahkan sebagai 70% pembelajaran
berasaskan pengalaman, 20% berasaskan pembelajaran social dan 10% adalah berasaskan
pembelajaran formal. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan
penguasaan sepuluh kompetensi kepimpinan pendidikan yang perlu dicapai. Di antaranya ialah
berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan masalah,
memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi
berkesan, berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi.

3
Pengalaman Lepas

Perkhidmatan yang berusia hampir 25 tahun bermula dengan memasuki latihan Kursus
Perguruan Asas ambilan 1992 – 1994 di Maktab Perguruan Kent Tuaran banyak memberikan
pengalaman suka duka dan pahit manis yang perlu ditempuh samada secara sedar ataupun tidak.
Menghabiskan masa selama hampir 10 tahun sebagai guru akademik biasa di sekolah
penempatan pertama di SK Kitobu Inanam berbekalkan sijil perguruan asas amat mencabar
lebih-lebih lagi berhadapan dengan rakan-rakan guru siswazah yang mempunyai gred yang
lebih tinggi berbanding gred DG6 yang saya miliki kemudian dijenamakan semula kepada Gred
DGA29. Bermula Januari 2005, saya berpeluang menjadi pemimpin pertengahan sebagai
Penolong kanan Kokurikulum secara lantikan sekolah dan seterusnya di lantik secara hakiki di
sekolah yang sama pada tahun 2008 membolehkan saya terlibat secara langsung dalam
pengurusan dan pentadbiran sekolah bersama-sama dengan PGB. Pengalaman yang agak
mencabar diri dan amat bermakna pada diri terutama dalam bidang pengurusan. Sebelum
memegang jawatan GPK Kokurikulum ini, saya pernah memegang beberapa jawatan seperti
Guru data, Setiausaha sukan, guru displin dan sebagainya yang banyak memberi pengalaman
sebelum di lantik sebagai GPK Kokurikulum.

Pengupayaan dilakukan dengan mengagihkan sebahagian daripada tugas dan


tanggungjawab kepada orang bawahan melalui penyerahan kuasa yang berasaskan kepada
kepercayaan akan kebolehan mereka terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan. Pihak
pengurusan dapat meningkatkan kecekapan beroperasi dalam sesebuah organisasi kerana
pengupayaan merupakan penghargaan kepada subordinate dan ini dapat mendorong individu
yang berpotensi mempamerkan bakat dan kreativiti sendiiri, bijak membuat keputusan,
mempunyai penghormatan kendiiri dan motivasi tinggi yang dapat menjana peningkatan
pencapaian dan produktiviti organisasi ( Short, Greer & Melvin, 1994 ).

Dari segi praktikalnya seorang pemimpin sekolah tidak berupaya menangani segala
cabaran dan perubahan ini secara bersendirian seperti yang dinyatakan oleh Blandford (1999),
bahawa pengetua tidak berupaya menguruskan sekolah dengan baik secara berseorangan.
Pengetua yang berkesan akan sentiasa mengamalkan budaya kerja yang sistematik dan
memikirkan sesuatu yang bersesuaian, serta kreatif dalam menyelesaikan masalah umtuk

4
mewujudkan keberhasilan sekolah dan kepemimpinan yang efektif ( Abdul Aziz Ghani, 2005 ).
Oleh itu budaya mengurus sekolah perlu berubah daripada model hierarki ‘atas – bawah’
kepada struktur lebih mendatar yang melibatkan majority daripada daripada staf yang mengurus
sekolah (Blandford,1999) dengan melaksanakan pengupayaan dalam pengurusan.

Pemimpin pertengahan merupakan kelompok pentadbir lapisan kedua di dalam


organisasisi sekolah, merupakan perantara keperluan guru yang mengalami perubahan kurikulum
yang banyak dan dikaitkan pula dengan bebanan pentadbiran. Sebahagiannya dilantik secara
rasmi oleh Jabatan Pendidikan Negeri atas cadangan pihak sekolah seperti jawatan Guru Media
dan Guru Data. Pemimpin pertengahan ini akan menguruskan pasukan kerja yang melaksanakan
fungsi yang berbeza di antara satu dengan pasukan yang lain dalam melengkapkan pengurusan
sekolah. Sebagai contoh, sewaktu bertugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, semua
penyelaras merupakan tulang belakang dalam pengurusan kokurikulum di sekolah dan lain-lain.
Tugasan ini membantu guru penolong kanan dalam melaksanakan tugas yang melibatkan
kecemerlangan kokurikulum di sekolah.

Peluang terpilih sebagai peserta kursus NPQEL dalam versi 2.0 yang kini berada di
penghujungnya, adalah satu pengalaman yang amat bermakna. Melalui kursus ini, yang mana
70% dari latihan dan pembangunan semasa berkursus adalah melalui pengalaman (on- the job
Learning experiences). Pengalaman di sekolah sebagai Penolong Kanan amat bermakna dalam
diri ini. Bermula sebagai Penolong Kanan Kokurikulum banyak memberikan pengalaman dalam
aspek pentadbiran dan pengurusan secara keseluruhannya.

Pengalaman paling mencabar semasa menerajui kepimpinan sebagai Penolong Kanan


Kokurikulum ialah menyahut cabaran Guru Besar dan kepimpinan PPD Kota Kinabalu yang
ingin melihat potensi setiap murid dalam bidang sukan dapat di cungkil dan di kembangkan.
Sepanjang berkhidmat saya juga pernah di lantik sebagai Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan
Olahraga Kota Kinabalu dan Jurulatih Utama Negeri 1M1S.Ini menjadi platform kepada saya
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang hebat terutama dalam bidang sukan. Atas pengalaman ini
juga saya telah membawa sekolah saya berjaya dalam bidang sukan terutama dalam bidang
olahraga yang mana telah melahirkan beberapa athlet hingga ke peringkat bahagian. Begitu juga

5
sukan bola tampar yang mana sekolah saya menjadi johan di peringkat Zon Inanam 3 tahun
berturut-turut dan setiap tahun melahirkan athlet hingga ke peringkat negeri.

Kesemua kejayaan ini atas sokongan pihak pentadbiran samada di sekolah mahupun di
PPD dan yang tonggak utama kejayaan ini adalah atas kerjasama guru-guru yang sentiasa
membantu atas semua perancangan kita sebagai GPK Kokurikulum. Semua pengalaman ini dapat
membantu saya dalam kursus NPQEL pada kali ini.

Dapatan Aktiviti

Terdapat 10 ( sepuluh ) aktiviti perlu dilaksanakan semasa kursus ini dan 5 (lima) di antaranya
ialah :

1. e-NPQEL

e-NPQEL merupakan portal e-Pembelajaran IAB yang menyediakan pembelajaran


secara dalam talian. Modul pembelajaran e-NPQEL dibangunkan berdasarkan kepada 10
kompetensi yang dikenai sebagai mod e-NPQEL yang mengandungi empat(4) modul utama
dengan 8 (lapan) sub modul. Modul-modul ini menggabungkan teori-teori pengurusan dan
kepimpinan. Pelbagai bahan multimedia digunakan sesuai dengan konsep pembelajaran dalam
talian. Banyak ilmu pengetahuan dipelajari dan dilaksanakan aktiviti secara kendiri. Pelbagai
soalan yang memerlukan pengalaman dan pengetahuan diri untuk dijawab. Data-data yang
diberikan perlu dianalisis untuk mengenalpasti punca masalah. Setelah mengenalpasti isu, satu
intervensi perlu dilakukan agar isu tersebut dapat diselesaikan bagi mendapatkan empat (4)
lencana dalam satu tugasan yang agak sukar. Peluang menggunakan pengetahuan dan
pengalaman serta keadaan semasa menjadi guru dan pemimpin pertengahan dapat diaplikasikan
bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

6
Seorang peserta perlu merancang dan mengenalpasti tindakan yang perlu diambil semasa
menjawab soalan. Peserta kena fokus pada soalan yang dikemukan serta bersedia dengan
alternative jawapan sekiranya berlakui kesalahan jawapan. Sebagai seorang pemimpin masa akan
datang, yang mana berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menguruskan organisasi perlu
menjana strategik dengan mengambil kira risiko dan jangkaan masa hadapan. Begitulah tugasan
yang perlu diselesaikan dalam melaksana dan menyelesaikan soalan dalam setiap modul,
penilaian formatif dan sumatif yang disediakan. Peserta perlu menyiapkan semua aktiviti yang
disediakan dan lulus 100% dalam penilaian akhir pada penghujung setiap modul dan
dianugerahkan sijil e-NPQEL.

2. Lawatan Penandaarasan Ke Institusi Swasta

Lawatan penandaarasan ke institusi swasta merupakan salah satu aktiviti yang


terdapat semasa mengikuti kursus NPQEL versi 2.0 2018. Melalui aktiviti ini, peserta telah
dibahagikan kepada tiga (3) tempat mengikut kumpulan dan dalam kumpulan dibahagikan
tugasan . Di antaranya mengkaji dan mendapatkan data maklumat institusi berkenaan seperti
kaedah operasi, kaedah kawalan disiplin, kaedah penjagaan kebajikan pekerja, dan pengurusan
serta kepimpinan yang boleh dilaksanakan di sekolah nanti. Aktiviti ini memberikan peluang
kepada peserta untuk melihat sendiri bagaimana sebuah syarikat swasta mampu bertahan dalam
jangkamasa yang lama. Di sini peserta berkongsi maklumat tentang bagaimana institusi swasta
menentukan bidang fokus yang ditetapkan untuk mencapai onjektif yang disasarkan.

Budaya dan amalan pengurusan yang telah digunakan oleh institusi swasta perlu
dilihat dari aspek positif sama ada amalan ini dapat atau sesuai diaplikasikan di sekolah apabila
menjadi PGB kelak. Aktiviti ini banyak memberikan pengetahuan dan idea-idea baru dalam
mengendalikan organisasi. Pemimpin perlu menentukan hala tuju dan objektif yang ingin
dicapai.

7
3. Jalinan Pintar Korporat

Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan aktiviti membina jaringan dan jalinan
dengan mana-mana tokoh atau agensi korporat untuk melaksanakan sumbangan mereka dengan
penuh berintegriti. mesra masyarakat dan bermanfaat dalam pembangunan sosial. Aktiviti ini
dapat dikembangkan oleh tokoh dan agensi korporat.

Selaras dengan itu, aktiviti JPK didedahkan kepada peserta NPQEL bertujuan melatih dan
membimbing bakal pemimpin sekolah dalam membuat jaringan dan jalinan dengan mana-mana
tokoh atau agensi korporat bagi mendapatkan khidmat jalinan pintar korporat kepada sekolah-
sekolah yang dipilih. Seorang pemimpin perlu menyelesaikan isu-isu yang terdapat di dalam
organisasi tanpa mengharapkan kewangan dan bajet daripada kerajaan semata-mata.

Melalui Jalinan Pintar Korporat hubungan yang dibina akan memberikan satu
perkongsian amalan pintar dengan pihak berkepentingan untuk bersama-sama membantu dan
menambah baik keadaan fizikal dan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) sekolah. Melalui
aktiviti ini, peserta didedahkan dengan satu pengalaman yang baru bagi mencemerlangkan
sekolah. Pemimpin-pemimpin sekolah yang berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, membina jaringan dan jalinan serta berkomunikasi secara berkesan dapat
dilihat melalui program yang saya buat di SK Pengiran Siti Hafsah Menggatal. Pengalaman
sebagai Timbalan Pengerusi Program ini banyak membantu saya berhadapan dengan situasi
sebenar terutama berhadapan syarikat-syarikat korporat dalam mencari dana untuk menjayakan
program ini. Program motivasi yang saya buat bersama kumpulan 1 melalui sumbangan dana
dan juga agensi luar seperti syarikat pelancongan dalam penyediaan pengangkutan melicinkan
lagi perjalanan program ini. Program ini memberikan impak yang besar kepada saya sebagai
bakal pemimpin dalam mengelola dan mengendalikan satu program tanpa mengeluarkan
kewangan sekolah.

8
4. Pengurusan Majlis, Protokol dan Etiket

Etiket di meja makan adalah salah satu aktiviti yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh
setiap peserta kursus NPQEL. Terdapat beberapa peraturan yang mendapat reaksi kurang
bersetuju pada peserta kursus . Ini disebabkan peraturan-peraturan yang disediakan di luar dari
kebiasaan rutin peserta. Walau bagaimanapun etiket di meja makan banyak memberikan
pengalaman yang amat berharga kepada bakal pemimpin. Sebagai pemimpin masa akan datang
perlu bersedia menerima perubahan dari segala aspek termasuk cara berada di meja makan.
Etiket di meja makan dapat mengeratkan hubungan sosial dengan mana-mana individu dan
masyarakat. Etiket di meja makan memberikan peluang kepada pemimpin untuk berkomunikasi
secara berkesan dengan berinteraksi dengan individu atau masyarakat setempat. Pemimpin boleh
menyampaikan idea dengan jelas dan tersusun semasa berkomunikasi di meja makan. Etiket ini
mendidik pemimpin tentang tingkahlaku, pelajaran, imej sosial, gerak geri yang baik dan
keyakinan diri.

Perlaksanaan majlis atau program yang berkualiti bukan sahaja memberi impak kepada
organisasi tetapi juga merupakan elemen penting dalam meningkatkan reputasi seseorang
pemimpin. Program Bicara Ilmu atau majlis yang dianjurkan oleh IAB dan dikendalikan
sepenuhnya oleh peserta NPQEL banyak memberikan pengetahuandan idea-idea baru dalam
menyusun atur protokol majlis dan menyelaraskan kakitangan agar semuanya berfungsi mengikut
apa yang dirancang. Sebagai seorang pemimpin masa hadapan pengalaman ini pasti amat berguna
dalam mengurus organisasi.

Pemimpin di sekolah boleh mengaplikasikan pelajaran ini apabila mengendalikan majlis


berimpak tinggi semasa di sekolah kelak. Pemimpin juga boleh membimbing dan
membangunkan rakan sepasukan di sekolah secara terancang ke arah matlamat
mencemerlangkan organisasi. Dalam pengurusan majlis juga mempamerkan diri dan nilai yang
terbaik melalui pemikiran amalan yang ditonjolkan. Peserta juga dapat mengembangkan potensi
diri melalui tugasan yang diagihkan. Pandangan dan pengetahuan dapat dikongsi bersama bagi

9
memastikan majlis atau sekolah mencapai objektif yang disasarkan. Perlaksanaan sesuatu majlis
akan disesusuli dengan post moterm bagi tujuan penambahbaikan di masa akan datang.

5. Perantisan 2

Perantisan 2 merupakan aktiviti job shadowing peserta NPQEL di sesebuah sekolah


perantisan yang dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan Saya telah memilih SK Pengiran Siti
Hafsah Menggatal sebagai melaksanakan Perantisan 2.. Melalui perantisan ini, peserta
didedahkan tentang tugas sebenar seorang pemimpin sekolah yang perlu bertindak sebagai ejen
perubahan dan berupaya menambah baik melalui transformasi sekolah. Ianya bersesuaian dengan
anjakan yang ke 5 dalam PPPM iaitu kepimpinan yang akan memimpin dan mengurus sekolah
adalah pemimpin yang berprestasi tinggi Peserta boleh mencabar diri sendiri bagi memastikan
peserta berkeupayaan memiliki pelbagai kompetensi seperti yang diperlukan oleh seorang
pemimpin sekolah. Dalam perantisan ini, peserta menimba ilmu daripada seorang pimpin yang
berpengalaman luas dalam mengurus tadbir sekolah. Peserta juga berpeluang memerhati dan
mengkaji bidang-bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah.

Dalam ambilan 1 NPQEL 2019, peserta diberikan tugasan untuk diselesaikan melalui
analisis persekitaran yang dibuat pada minggu pertama. Selama lapan belas hari (18) berada di
sekolah perantisan peserta merancang satu program dalam membangun kapisiti dan mencapai
sepuluh kompetensi (10) yang ditetapkan. Program yang dirancang melalui SWOT, TOWS
Matrik, dan pelan strategik. Peserta berfikiran kreatif dan futuristik dalam menyediakan pelan
strategik yang bersesuaian untuk mengenalpasti isu-isu yang akan diketengahkan. Sebagai
pemimpin di sekolah masa akan datang, pengetahuan ini perlu agar PGB boleh mengenalpasti
masalah yang terdapat dalam sekolah untuk diambil tindakan bagi memastikan sekolah berada
pada landasan yang betul.

10
Para peserta juga melaksanakan satu projek intervensi penambahbaikan di sekolah
perantisan setelah mengkaji isu-isu yang terdapat dalam persekitaran sekolah. Pengalaman
menyelaras program semasa berada di sekolah asal dapat diaplikasikan di sekolah perantisan.
Pengalaman terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran bersama PGB asal sedikit sebanyak
membantu peserta dalam menjalani perantisan 2. Membina dan mengendalikan pasukan yang jitu
untuk melaksanakan tugasan di sekolah perantisan juga menjadi satu cabaran kepada peserta.
Peserta perlu mempamerkan kebolehan berkomunikasi dengan jelas untuk menyampaikan idea
bagi meyakinkan kakitangan sekolah perantisan untuk bersama-sama menggembleng segala
keupayaan dan resos yang terdapat di sekolah perantisan secara optimum. Melalui program yang
dijalankan diharapkan mencapai objektif program dalam pembangunan kapisiti kumpulan
pertengahan serta memberi impak positif kepada kemenjadian murid. Bagi warga guru yang tidak
mencapai objektif program selepas selesai kursus, maka penjajaran perlu dilaksanakan bagi
tujuan mencapai bojektif dan memberikan impak jangka masa panjang.

Rumusan

Melalui pendedahan latihan professional NPQEL, pengembangan bakat kepimpinan


pemimpin sekolah dapat meningkatkan penambahbaikan kepimpinan dan hala tuju sekolah.
Semua pemimpin akan disiapkan supaya mereka dapat menggunakan sepenuhnya pertimbangan
dalam membuat keputusan yang diperuntukkan kepada mereka. Ini termasuklah perkara yang
melibatkan kepimpinan instruksional seperti perancangan peningkatan sekolah, perancangan
kurikulum dan kokurikulum serta hal berkaitan kepimpinan pentadbiran seperti agihan
peruntukan sekolah. Aspirasi bagi pemimpin sekolah adalah untuk membina budaya
kecemerlangan prifesional pimpinan teladan rakan setugas. Pemimpin sekolah membimbing satu
sama lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik, dan sama-sama
bertanggungjawab bagi mencapai standard professional.

11
Melalui gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
berorientasikan wawasan dan pemikiran kepimpinan kea rah masa hadapan. Pemimpin
pendidikan masa ini perlu berfikiran futuristik bagi mendepani cabaran Pendidikan Abad Ke 21.
Selaras dengan hasrat itu, pemimpin pendidikan perlu meningkatkan kompetensi
profesionalisme dan mampu menerajui transformasi pendidikan.

Akhir sekali, semoga semua peserta kursus NPQEL versi 2.0 2019 ini mendapat impak
positif semasa berkursus dan meningkatkan sepuluh (10) kompetensi yang yang perlu dicapai
sesuai dengan Inisiatif Program Transformasi Sekolah 2015 (TS25) ke arah memperkasakan
kepimpinan berkualiti dan futuristik bagi mencapai sapirasi murid secara global.

Rujukan
Institut Aminuddin Baku (versi 2018) Panduan pelaksanaan program kelayakan
profesional pemimpin pendidikan kebangsaan (NPQEL). Institut Aminuddin Baki

Institut Aminuddin Baki (versi 2018). Kamus kompetensi program kelayakan profesional
pemimpin pendidikan kebangsaan (NPQEL). Institut Aminuddin Baki

12
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) (2006). Kementerian
Pelajaran Malaysia

S. Sathiyabama A/P Suprammaniam (2017) Model hubungan bakat kepimpinan


dengan kepimpinan dan hala tuju sekolah graduan program kelayakan
professional kebangsaan (NPQEL) Institut kepimpinan pendidikan Universiti
Malaya Kuala Lumpur.

13

Anda mungkin juga menyukai