Anda di halaman 1dari 1

Mencabar Sang Singa (Tan Zhi Ling)

Di dalam sebuah hutan, tinggalnya seekor singa yang garang lagi sombong. Badannya besar
lagi kuat. Sang Singa juga sering memburu dan membuli haiwan-haiwan yang lain. Oleh itu,
semua haiwan sangat takut padanya.
Pada suatu hari, semua haiwan berkumpul untuk mengadakan satu mesyuarat. Si Monyet
berkata, “Kita perlu memilih seorang juara untuk menewaskan Sang Singa itu!” Semua
haiwan bersorak dan bertepuk tangan, tetapi tiada seorang pun yang menawarkan diri.
Dalam pada ini, Si Burung Hantu berkata, “Wahai kawan-kawan. Jangan bimbang. Saya akan
berlawan dengan Sang Singa itu.” Semua haiwan terperanjat kerana mereka tidak percaya
Si Burung Hantu mampu menewaskan Sang Singa.
Pada keesokan harinya, Si Monyet memberitahu Sang Singa bahawa Si Burung Hantu akan
melawannya. Setelah mengetahui berita itu, Sang Singa ketawa terbahak-bahak sambil
berkata “Ha… Burung yang kecil dan lemah itu ingin berlawan dengan saya. Marilah,
marilah. Ha...” Mereka menunggu Si Burung Hantu sepanjang hari tetapi masih tidak
kelihatan sampai matahari mula terbenam. Apabila bulan mula mengambang, kedengaran
“…” Si Burung Hantu sampai juga.
Sang Singa bertanya dengan marahnya, “Kenapa kamu lewat sangat ni?” Si Burung Hantu
menjawab, “Maafkan saya Tuan. Saya lewat kerana tadi saya ternampak seekor Singa yang
lebih besar dan lebih kuat daripada Tuan. Saya terpaksa menunggu sampai dia tidur
sebelum saya boleh datang ke sini. Nasib baik saya hanya perlu berlawan dengan Tuan dan
bukan singa itu.” “… Singa yang lebih besar dan lebih kuat daripada saya? Tidak mungkin.
Bawa saya berjumpa dengannya.” perintah Sang Singa.
Apabila mereka sampai di kampung itu, Si Burung Hantu menunjukkan Sang Singa ke arah
selonggok batu-batu yang bertimbun dalam bentuk bulatan, berkata sambil menggigil,
“Singa itu berada di sebalik batu-batu itu.”
Tanpa melengahkan masa lagi, Sang Singa pun berjalan menuju ke arah batu-batu itu
dengan penuh keyakinan. Di situ, dia ternampak seekor lagi singa lalu mengaum, “Roar…”
Dengan serta-merta, Sang Singa itu membalas dengan kuatnya. Itu memarahkan lagi Sang
Singa, “Berani kamu mencabar saya. Jangan beralih. Saya akan tewaskan kamu.” Selepas
itu, Sang Singa pun menyerang ke arah singa itu. Dengan itu, tamatlah nyawa Sang Singa
dan selamatlah semua haiwan di dalam hutan. Apa telah terjadi?
Hadirin sekalian. Sebenarnya, timbunan batu-batu itu merupakan semuka perigi. Singa itu
merupakan bayangan Sang Singa sendiri dan ngauman tadi merupakan gemanya sendiri
sahaja. Cerita in mengajari kita kecerdikan mental adalah jauh lebih kuat daripada kekuatan
fizikal semata-mata.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai