Anda di halaman 1dari 1

Bersama Kita Lestarikan Alam Sekitar

Pada era globalisasi ini, masalah pencemaran alam sekitar semakin serius di negara
kita. Bak kata peribahasa “ditelan mati mak, diluah mati bapa” Oleh itu, kita haruslah
bersama-sama melestarikan anugerah ciptaan tuhan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyalurkan pengetahuan tentang cara
hidup sederhana dan mesra alam kepada anak-anak. Anak-anak digalakkan menggunakan beg
kitar semula dan tidak membuang sampah- sarap ke dalam sungai.
Selain itu, pihak sekolah juga harus menganjurkan kempen “Cintailah Alam Sekitar”.
Kempen ini dapat menerapkan orang ramai tentang kepentingan dan tanggungjawab diri
terhadap alam sekitar.
Bukan ini sahaja, kita juga harus menjaga kebersihan sungai.Sungai merupakan nadi
kehidupan kita. Air sungai yang bersih dapat menjamin kehidupan nyawan manusia dan
haiwan daripada teracam.
Di samping itu, penanaman tumbuhan hijau juga merupakan satu langkah yang
efektif. Kepentingan pokok terhadap alam sekitar umpama “Aur dengan terbing iaitu saling
memelurkan. Tanaman pokok bunga dan sayur – sayuran dapat memberikan udara yang
nyaman dan segar.Lebih- lebih lagi dapat menghijaukan alam sekitar.
Akhir sekali, kita harus mengamalkan amalan kitar semula. Program kitar semula atau
barang terpakai dapat mengurangkan sampah-sarap harian dan menyelamatkan khazanan
pokok-pokok bernilai.
Kesimpulannya ,semua pihak harus bergabung tenaga ibarat “Bukit sama didaki, lurah
sama dituruni” dalam memikul amalan melestarikan keindahan alam sekitar.Hal ini,
bersesuaian dengan cogan kata “ Negara Bersih, Rakyat Sihat”.

Anda mungkin juga menyukai