Aktiviti ini melibatkan 10 helai tali yang telah dipotong dan harus dipegang di setiap
hujungnya oleh para peserta. Fokus utama adalah untuk mengimbangi bola pingpong yang
diletakkan di atas pinggan plastik dan dialas dengan hujung tali yang telah disimpulkan
bersama. Terap aktiviti adalah kerjasama dan kesatuan hati yang membawa kepada
kejayaan. Si bola pingpong menjadi fokus hati dan mata setiap peserta.
3) Express Train
Aktiviti mudah team building ini memfokuskan toleransi dan semangat setiakawan. Aktiviti
ini memerlukan para peserta melekapkan kaki ke pinggang kawan di hadapannya dan
bergerak ke depan tanpa memutuskan jaringan barisan. Ia tampak seperti suatu aktiviti
mudah team building. Namun begitu, para peserta memerlukan koordinasi arahan dan
kesepakatan bersama untuk bergerak ke hadapa
4) Operasi Kayu
Aktiviti team building seterusnya hanya menggunakan ranting-ranitng kayu yang telah
luruh. Peserta dikehendaki memikirkan operasi dan permasalahan matematik yang
diberikan oeh fasilitator dan diselesaikan menggunakan ranting-ranting kayu ini. Trick di sini
ialah penggunaan nombor Roman di samping melihat kritikal thinking peserta di dalam
kumpulan.
5) Ciuman Maut
Aktiviti mudah team building yang ini lebih kepada sokongan moral dari ahli kumpulan.
Arahannya mudah sahaja. Setiap peserta perlu menggerakkan bola pingpong di lantai
mengikut laluan berhalangan tisu dengan mulut. Prosedur permainannya adalah setiap
peserta hanya menggunakan mulut, tangan disilangkan di belakang dan mulut tidak boleh
mencecah ke lantai.