Anda di halaman 1dari 17

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ

2009

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

PERTANDINGAN AZAN

1.0

Pengenalan Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya. Azan adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu. Azan disunatkan ketika hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha. Hukum azan adalah sunat muakkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Azan terbahagi kepada 2 segi bahasa iaitu a) al-i`lam (pemberitahuan) dapat dilihat di dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia. (Surah at-Taubah: 3) b) an-nida (seruan) dapat dilihat di dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji (Surah al-Haj: 27)

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

2.0

Syarat-syarat Penyertaan Petandingan Azan 2.1 2.2 Penyertaan adalah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja. Penyertaan adalah kepada peserta yang berumur bawah 16 tahun sahaja. 2.3 2.4 Dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 sahaja untuk seorang. Hendaklah dengan bahasa Arab, dan hendaklah diperdengarkan dengan tertib dan muwalat. 2.5 2.6 2.7 Masa yang diberikan adalah antara 5 - 7 minit sahaja. Pakaian hendaklah bersesuaian dengan pertandingan. Lafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiap lafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimah tawhid hanya sekali sahaja.

2.10

Lafaz tersebut adalah seperti berikut:

3.0

Penghakiman Penghakiman dibuat dari segi : a) b) c) Sebutan ayat Tarannum Tajwid (panjang dan pendek harakat) = = = 40 markah 40 markah 20 markah

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

4.0

Hadiah

Tempat pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga

: : :

Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan Piala Iringan & Wang Tunai RM 250.00 Sijil Penyertaan Piala Iringan & Wang Tunai RM 150.00 Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.

5.0

Lain-lain 5.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak penganjur. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sila hubungi : y y En. Hasan Abdullah Cik Syazana = = 03-80264352 03-80264476

5.1

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

PERTANDINGAN MARHABAN

1.0

Pengenalan Seni marhaban atau dikenali dalam Bahasa Melayu sebagai ucapan Selamat Datang satu cabang seni warisan dan khazanah Islam di Nusantara. Seni marhaban ini, yang pada awalnya diperkenalkan oleh para pendakwah dan mubaligh Islam, diperkenalkan sebagai salah satu cara dan metod untuk mereka berdakwah dan menarik perhatian masyarakat pada masa itu. Ternyata cara yang diperkenalkan oleh mereka ini telah berjaya untuk menarik perhatian penduduk Tanah Melayu dan sejak itu Islam pesat berkembang di rantau ini. Marhaban adalah ungkapan syair-syair Arab yang diwarisi sejak penghijrahan Rasullullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah. Berbeza daripada marhaban, kalimah selawat adalah ucapan taufiqi yang diajarkan oleh Allah Taala. Seiring dengan pengaruh syair Arab yang begitu berpengaruh di kalangan masyarakat Arab, ucapan ini telah berevolusi dengan penambahan-penambahan pujian terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. dan melahirkan kesyukuran terhadap Allah Taala. Di Malaysia, seni marhaban ini sering diucapkan ketika sambutan Maulidur Rasul s.a.w., majlis-majlis perkahwinan, ketika menyambut kelahiran cahaya mata dan majlis-majlis kesyukuran serta khatam Al-Quran. Ia mengandungi puji-pujian kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifatnya yang terpuji dan mulia serta melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Taala.

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

2.0

Syarat-syarat Penyertaan

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan untuk pertandingan Marhaban. Syarat berikut menjadi garis panduan untuk para peserta yang menyertai pertandingan ini adalah seperti berikut ; i. ii. Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja. Ahli kumpulan hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 10 orang termasuk vokalis dan pemuzik (jika ada). Ahli kumpulan tidak boleh bercampur anggota antara lelaki dan perempuan. iii. Penyertaan boleh terdiri dari wakil badan kerajaan, agensi swasta, sekolah, universiti, persatuan, kumpulan persendirian dan sebagainya. Wakil bagi organisasi boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. iv. v. Yuran penyertaan adalah RM 30.00 bagi setiap kumpulan. Perbelanjaan dan segala kos yang berkaitan bagi tujuan ini adalah tanggungjawab masing-masing. vi. Pakaian peserta hendaklah yang menutup aurat, bersopan dan

bersesuaian dengan nilai-nilai Islam.

3.0

Lagu, Muzik dan Persembahan

3.1

Untuk lagu marhaban, bacaan rawi tidak diperlukan. Masa yang diperuntukkan adalah 8 minit. Tiada had umur untuk peserta marhaban.

3.2

Persembahan diwajibkan menampilkan persembahan yang menarik dan menepati kesopanan ketimuran.

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

4.0

Penghakiman Penghakiman akan diadili jawatankuasa penghakiman yang berkuasa memberikan keputusan muktamad. Penghakiman berdasarkan pada : i. ii. iii. iv. Vokal Nahu/Lahjan Persembahan Keterampilan = = = = (40 Markah) (20 Markah) (20 Markah) (20 Markah)

4.0

Hadiah Tempat pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga : : : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00 Sijil Penyertaan Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00 Sijil Penyertaan Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja.

5.0

Lain-lain 6.0 Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak. 6.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak penganjur. 6.2 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sila hubungi : y y En. Hasan Abdullah Cik Syazana = = 03-80264352 03-80264476
8

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

PERTANDINGAN KOMPANG

1.0

Pengenalan Mengenai Asal Usul Kompang Kompang merupakan salah satu warisan Melayu yang dikatakan berasal dari Negara Arab dan dikenalpasti dibawa ke Malaysia semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-14 oleh pedagang-pedagang India-Muslim. Kompang biasanya dimainkan oleh masyarakat Melayu untuk perarakan pengantin dalam sesuatu majlis perkahwinan, perarakan tetamu kehormat dalam sesuatu majlis rasmi, majlis marhaban, majlis berkhatan, perasmian sesuatu program atau acara yang melibatkan gimik dan boleh juga digunakan oleh kelab penyokong untuk memeriahkan acara sukan seperti kelab bolasepak, kumpulan orkestra, nasyid dan kumpulan-kumpulan muzik Melayu yang lain.

2.0

Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Kompang. 2.1 Peserta 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja. Setiap pasukan bebas menentukan bilangan lelaki dan perempuan. Setiap pasukan mestilah mempunyai ahli di antara 12 - 16 orang. Hanya kompang sahaja yang dibenarkan dan hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing.

2.2

Tema, Lagu & Persembahan 2.2.1 Setiap kumpulan WAJIB menyampaikan dua buah lagu. 2.2.2 Masa persembahan adalah diantara 10 - 12 minit. 2.2.3 Markah akan dikira berdasarkan 5 minit untuk pukulan rawi (tanpa lagu) dan 5 minit untuk pukulan kreatif (serta lagu). 2.2.4 Bendera HIJAU akan diangkat oleh penjaga masa bagi menunjukkan persembahan dan masa bermula. 2.2.5 Bendera KUNING akan diangkat oleh penjaga masa menunjukkan masa 10 minit telah berlalu. 2.2.6 Bendera MERAH akan diangkat menunjukkan masa telah tamat (12 minit) dan peserta dikehendaki menamatkan persembahan mereka. 2.2.7 Markah tidak akan dikira setelah masa tamat.

10

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

2.3

Fokus Pemarkahan

2.3.1 Pemarkahan adalah dibahagikan seperti berikut: a. b. c. d. e. Pukulan Lagu/Selawat Kreativiti Disiplin/ Pakaian Masa Jumlah 40 % 30 % 20 % 5% 5% 100 %

3.0

Penghakiman

3.1

Para juri terdiri daripada golongan profesional dan mereka yang arif dalam bidang kompang.

3.2

Tiga orang atau juri/hakim akan mengadili pertandingan ini dan dibantu oleh seorang penjaga masa.

3.3 3.4

Segala keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan berhubung keputusan pertandingan hendaklah dirujuk kepada Ketua Juri berserta bayaran sebanyak RM 100.00. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.

4.0

Hadiah Tempat pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga : : : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,000.00 Sijil Penyertaan Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00 Sijil Penyertaan Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja
11

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

5.0

Lain-lain

5.1

Semua persembahan hendaklah dimainkan secara langsung (LIVE) tanpa mikrofon.

5.2

Mana-mana

pasukan

yang

melanggar peraturan

akan

dibatalkan

penyertaannya. 5.3 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah dibawah tanggungjawab sendiri dan tidak dibenarkan membuat sebarang tuntutan. 5.4 Segala perbelanjaan pakaian dan persediaan termasuk peralatan adalah dibawah tanggungan pasukan masing-masing. 5.5 5.6 Yuran penyertaan sebanyak RM 20.00 untuk setiap pasukan. Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat 5.7 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sila hubungi : y y En. Hasan Abdullah Cik. Syazana = = 03-80263184 03-80264476

12

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

13

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

PERTANDINGAN NASYID

1.0

Pengenalan Permulaan nasyid didendangkan di tanah Arab khususnya di tanah Syam, dalam bentuk rakaman kaset, adalah pada sekitar akhir 1960-an. Pada ketika ini, hanya terdapat munsyid-munsyid secara solo, yang biasanya bernasyid di majlis-majlis tertentu seperti hari kebesaran Islam, dan majlis-majlis perkahwinan. Munsyid pertama yang dikesan sekitar akhir tahun 1960-an sehingga ke tahun 70-an, adalah beberapa orang antaranya Abu Mazen (bukan Mahmoud Abbas ya!), Abul Jud atau nama penuhnya Muhammad Munzir Sarmini. Kedua-dua mereka dari Syria, yang banyak mendendangkan nasyid-nasyid sufi diiringi kompang atau duff yang biasa.

2.0

Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Nasyid. 2.1 2.2 Ahli kumpulan hendaklah warganegara Malaysia sahaja. Syarat-syarat dan peraturan Pertandingan Nasyid Terbuka MPSJ diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 30.00 untuk satu kumpulan. Setiap kumpulan hendaklah tidak melebihi daripada 6-8 orang ahli. Sesuatu kumpulan dianggap tidak layak menyertai pertandingan ini sekiranya mana-mana ahli kumpulannya terdiri daripada penyanyi professional. (Penyanyi professional ialah mereka yang telah membuat album sama ada dalam bentuk piring hitam, kaset, atau cakera padat baik secara solo mahupun berkumpulan). Setiap persembahan hendaklah secara live / langsung dan bagi kumpulan yang menggunakan kaedah Minus One hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur 2 hari sebelum pertandingan. Setiap kumpulan dikehendaki menyertakan lirik lagu semasa menghantar borang peryertaan dan lirik lagu hendaklah berunsurkan nilai nilai Islam. Pakaian bagi peserta lelaki hendaklah bersopan dan sesuai dengan kehendak nilai-nilai Islam manakala wanita adalah baju kurung.

2.3 2.4 2.5

2.6

2.7

2.8

14

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

3.0

Lagu 3.1 Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan satu lagu sahaja samada lagu tradisional atau lagu moden. Lagu-lagu yang dimaksudkan adalah : a) Lagu Tradisional - berunsurkan Bayati, Nahwan, Sikah, Ras, Sobah dan Hijjaz. b) Lagu Moden - berunsurkan selain dari lagu tradisional tidak termasuk rentak Rock, Heavy Metal, Jazz dan Rap. 3.2 Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu nasyid dan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 6 minit. Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seumpamanya. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan lirik lagu.

3.3

3.4

4.0

Peralatan Muzik Alat alat muzik untuk Nasyid adalah : a) b) c) d) e) f) g) h) Yenkee (Gendang Turki) Kompang Bonggo Tamborin Marakas Congga Rebana Shaker

15

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

5.0

Penghakiman 5.1 Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantik oleh penganjur dan keputusan adalah muktamad. Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspek berikut : i. Vokal 40 markah ii. Persembahan 30 markah iii. Pakaian 15 markah iv. Penyampaian 15 markah Pakaian peserta hendaklah bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam. Manakala pakaian bagi peserta wanita adalah baju kurung.

5.2

6.0

Hadiah Tempat pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga : : : Piala Iringan & Wang Tunai RM 1,500.00 Sijil Penyertaan Piala Iringan & Wang Tunai RM 750.00 Sijil Penyertaan Piala Iringan & Wang Tunai RM 500.00 Sijil Penyertaan

Setiap Pasukan yang tidak berjaya akan diberikan Sijil Penyertaan sahaja 7.0 Lain-lain 7.1 Sebarang kemalangan/kecederaan atau kerugian semasa pertandingan ini adalah tanggungjawab sendiri dan tidak boleh dituntut kepada pihak penganjur. 7.2 7.3 Semua peraturan wajib dipatuhi. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan borang penyertaan boleh merujuk kepada Bahagian Belia, Sukan dan Kebudayaan, Majlis Perbandaran Subang Jaya. Sila hubungi : y y En. Hasan Abdullah Cik Syazana = = 03-80264352 03-80264476

16

EXPLORIA KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MPSJ


2009

17