Undang - Undang Kedah

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

Manuskrip Undang-Undang Kedah (UUK) adalah merupakan perlembagaan

Nagara Kedah yang di asaskan oleh Raja Merong Mahawangsa. Cucu kepada
Maharaja Benua China iaitu Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang yang berasal
dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain.

Raja Merong Mahawangsa telah datang ke Tanah Semenanjung dengan membawa


watikah (Kedat dalam bahasa Siam) dari datuknya untuk dijadikan Raja besar
dibenua sebelah sini. Baginda telah membangunkan kerajaannya dikaki Gunung
Jerai.

Baginda telah membawa bersamanya adat istiadat dan upacara-upacara kebesaran


Raja-raja yang di warisi dari Raja Iskandar Zulkarnain. Adat istiadat inilah yang
seterusnya diwarisi dan diamalkan sehingga kehari ini oleh Raja-raja Melayu
diseluruh nusantara.

Segala adat istiadat, peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang diguna pakai


telah ditulis oleh cucu Raja Merong Mahawangsa iaitu Saidina Ali Wa Maulana
Ibni Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir (juga bergelar Maharaja
Podiset@lelaki yg terbaik yang membuka Negeri Siam Lancang ) .yakni anakanda
Raja Merong Mahawangsa.

Teks UUK ini telah di tulis pada tahun 222 Hijrah bersamaan dengan tahun 837
Masihi ketika baginda Saidina Ali Wa Maulana menjadi Raja di Aceh.

UUK ini telah dijadikan perlembagaan sehinggalah kepada zaman Khalifah


Nusantara yang terakhir iaitu Tuanku Syed Long Jaafar, Yang Di Pertuan Kedah
yang telah dibunuh dengan kejam di Gurun pada tahun 1876 oleh tentera
Sukhothai dengan bantuan pembesar-pembesar yang telah mengkhianati baginda.
Setelah Sultan Abdul Hamid Halim Syah II Ibni Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
dilantik menjadi Sultan Kedah oleh Raja Thai pada tahun 1881 maka bermulalah
era Kedah baru yang lebih dikenali sebagai Negeri Kedah Darul Aman.

Manuskrip UUK ini telah dibawa ke England dan disimpan di perpustakaan '
School Of Oriental And African Studies (SOAS) London ' dengan nombor rujukan
MS 40329 dan dalam bentuk mikrofilem.

Dengan izin Allah SWT, Tuhan yang Maha Berkuasa diatas segala-galanya dan
tidak ingin bangsa yang dirahmatiNya ini terus ditipu oleh para penjajah kafir
laknatullah maka pada tahun 2003 manuskrip tersebut telah dibawa balik ke
Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato Seri Dr
Mahathir Mohamad (kini Tun Dr Mahathir) .

Manuskrip tersebut telah diserahkan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk
diterjemahkan dan sekaligus untuk diterbitkan.

Alhamdulillah, akhirnya pada tahun 2005, dibawah selenggaraan Puan Maryam


Salim, UUK telah berjaya diterbitkan dalam Bahasa Malaysia.

Pulangnya UUK (dokumen resmi sejarah Islam dan nusantara) ke tanahair adalah
merupakan satu bukti sahih sejarah yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana
pihak. Ini kerana dokumen tersebut adalah merupakan dokumen resmi kerajaan
Malaysia mengenai sejarah Islam dan sejarah sebenar nusantara.

UUK adalah merupakan batu asas Kedaulatan Benua Islam Nusantara. Ia juga
menjadi penanda aras kepada kedaulatan dan kemerdekaan Benua Islam
Nusantara. Selama mana ia belum dikembalikan ketempat asalnya iaitu sebagai
perlembagaan sebuah Daulah Islamiyyah di nusantara maka selama itulah benua
ini masih dijajah. Dijajah oleh penjajah-penjajah kafir laknatullah. Dan kini
penjajahan tersebut diteruskan oleh anak-anak pribumi nusantara yang menjadi
proksi-proksi mereka.

Kehadiran manuskrip UUK akan meniupkan kembali semangat jihad dikalangan


umat Islam di seluruh nusantara. Kehadirannya juga akan memungkinkan
kebangkitan kembali Sistem Khilafah Islam di benua nusantara ini. Ini kerana
pewaris yang mutlak kepada kesinambungan sistem beraja yang ditinggalkan oleh
Khalifah yang terakhir iaitu Shariff Yang DiPertuan Maharaja Benua Siam masih
kekal terpelihara sehingga ke hari ini.

Kini terpulang kepada umat islam di nusantara khususnya di Malaysia untuk


mengembalikan UUK ditempatnya yang hak. Tugas dan tanggung-jawab itu
terpikul di atas bahu seluruh umat islam dinusantara. Ini kerana UUK adalah
perlembagaan sebuah negara Islam. Menolak dan meminggirkannya adalah kufur.

Kepada pihak-pihak yang tidak mengenali sejarah sebenar benua nusantara dan
UUK diharap berhati-hatilah dalam memberikan sebarang pendapat dan komen.
UUK bukan sekadar satu isu biasa tetapi menyentuh aqidah kita sebagai umat
Islam dinusantara.

UUK adalah dokumen resmi dan dokumen sejarah yang sangat tinggi nilainya.
kalau ianya tidak bernilai masakan seorang tokoh besar seperti Tun Mahathir
sanggup bersusah payah untuk membawanya kembali ke tanahair.

Dan kalau ianya tidak penting dan tidak bernilai masakan Dewan Bahasa Dan
Pustaka yang dipertanggung-jawabkan untuk menerbitkannya ? Tidakkah ini
semua membuktikan bahawa UUK adalah satu dokumen yang sangat penting dan
bermakna kepada kita semua ?

Kenalilah UUK dan sejarah sebenar kita agar kita tidak terus ditipu dan
dimanipulasi oleh penjajah dan proksi-proksi mereka.

Anda mungkin juga menyukai