Anda di halaman 1dari 4

SJKT SOMASUNDRAM, KEDAH

KERTAS KERJA
PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

1. PENDAHULUAN

Program Pelancaran Amalan Guru Penyayang merupakan salah satu


rancangan tahunan unit bimbingan dan kaunseling SJKT Somasundram
bagi tahun 2022/2023. Ia juga merupakan satu program Kementerian
Pendidikan Malaysia di mana guru menjadi sahabat dan orang penting
dalam kehidupan seseorang murid.

2. RASIONAL
Penularan Covid-19 telah menyebabkan kebanyakan murid hilang motivasi
dan hubungan erat dengan para guru. Pelancaran Program ini sekali gus
dapat merapatkan hubungan para guru dan murid serta menjadikan
suasana pembelajaran yang yang lebih selesa dan gembira.

3. OBJEKTIF
Objektif Pelancaran Amalan Guru Penyayang :
3.1 mewujdkan hubungan yang erat dan mesra para guru dan murid.
3.2 Meningkatkan keyakinan diri dikalangan murid.
3.3 Melahirkan suasana pembelajaran yang lebih meriah di kalangan murid
dan guru.
3.4. Memupuk perpaduan di kalangan para murid.
3.5. Mewujudkan ruang dimana para murid dapat berkongsi masalah dan
pengalaman mereka dengan lebih terbuka dan berani dengan para
murid.

4. ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling SJKT Somasundram (Guru Penyayang)

5. TARIKH PERLAKSANAAN
Tarikh : 28 April 2022 (Khamis)

6. KUMPULAN SASARAN
57 murid yang lahir dari Januari hingga April

7. JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : PUAN RANJITHAM A/P RAJU (Guru Besar)


: ENCIK JAYASANGAR A/L SINASAMEY (PK Pentadbiran)
: PUAN MANCHULA A/P SOOINARAYANAN (PK Kokurikulum)
: ENCIK RAVENDRAN A/L SUBRAMANIAM (PK HEM)
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING : ENCIK SIVAKUMAR
GURU PENYAYANG : PUAN THEEBA A/P YELLAPAN
AJK : SEMUA GURU
8. ANGGARAN KEWANGAN
Kek – RM 25.00 x 9 biji = RM 225.00
Hadiah - RM 2.00 x 57 murid = RM 114.00
Topi Hari Jadi - 57 murid = RM 40.00
Jumlah Keseluruhan = RM 355.00

9. PENUTUP
Kesimpulannya pihak kami berharap program Amalan Guru Penyayang ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan usaha ke arah pembentukan
sahsiah diri murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan kemenjadian
murid disamping melahirkan hubungan lebih erat dikalangan warga
sekolah.

Disediakan Oleh:

...........................................................................

Guru Bimbingan dan Kaunseling


SJKT Bedong

Disahkan Oleh,

...................................
Ranjitham A/P Raju
Guru Besar,
SJKT Somasundram

Anda mungkin juga menyukai