Anda di halaman 1dari 26

BAB 1

PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1

PENGENALAN

1.1.1

Pendahuluan

Latihan Industri merupakan sebahagian daripada syarat wajib yang ditetapkan keatas pelajar Politeknik semester 3 bagi kursus sijil dan semester 4 bagi kursus diploma sebelum layak untuk dipertimbang menerima penganugerahan sijil dan diploma. Pelajar yang menjalani Latihan Industri adalah diwajibkan untuk menyediakan laporan Latihan Industri. Laporan ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memenuhi sebahgian besar keperluan Kejuruteraan Awam, khususnya bagi pelajar peringkat sijil dan diploma.

Segala masa dan tenaga selama 5 bulan menjalani Latihan Industri di Jabatan Kerja Raya Segamat telah dimanfaatkan dan akan dipraktikkan pada masa akan datang apabila ia diperlukan. Segala ilmu dan pengalaman

yang diperolehi daripada Latihan Industri telah dirakamkan dalam bentuk laporan. Laporan ini digunakan sebagai bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri dan melakukan kerja-kerja semasa Latihan Industri.

Objektif Latihan Industri ini boleh dicapai sekiranya pelajar megetahui betapa pentingnya Latihan Industri pada masa akan datang. Segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi semasa menjalani Latihan Industri adalah sangat berguna sekaligus dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam diri pelajar itu sendiri.

Semasa menjalani Latihan Industri pelajar akan didedahkan dengan alam pekerjaan sebenar seterusnya menjadi titik permulaan untuk menepuhi alam pekerjaan pada masa hadapan kelak. Dengan ini, pelajar akan berasa yakin dengan dirinya sendiri untuk bekerja kerana telah menimba sedikit sebanyak pengalaman semasa menjalani Latihan Industri.

Pelajar juga turut didedahkan dengan konsep bekerjasama dalam sesebuah organisasi. Semagat bekerjasama adalah tunggak utama kejayaan dalam sebuah organisasi. Dengan ini, pelajar dapat mempraktikkan semangat bekerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri dalam apa jua keadaan sekalipun. 1.1.2 Objektif Latihan Industri

Setiap pelajar politeknik di Malaysia adalah dikehendaki menjalani Latihan Industri selama satu semester. Latihan Industri adalah merupakan satu kompenan utama dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik. Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau

Dalam aspek ini, pelajar khususnya kursus Diploma Kejuruteraan Awam perlu sentiasa peka dan memberi ketelitian serta gambaran yang mendalam mengenai bidang ini. Ini adalah disebabkan ia adalah kursus yang penuh cabaran selain menghadapi cabaran berhadapan dengan masyarakat dan pelajar sewajarnya sanggup menghadapi risiko dalam apa jua yang berlaku.

Oleh

yang

demikian,

objektif

utama

Latihan

Industri

ini

dapat

memperluaskan persepsi pelajar dalam bidang yang diambil secara menyeluruh dan seterusnya dapat menceburinya secara meluas setelah tamat pengajian nanti. Diantara objektif utama latihan industri adalah seperti berikut: i. Memberi pengalaman dan pendedahan kepada para pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar khususnya komunikasi pelajar dengan pihak atasan, ii. iii. iv. v. rakan sekerja, pelanggan bakal pelanggan dan golongan professional. Untuk membina personaliti, keyakinan diri dan sifat berdikari dalam diri para pelajar. Mewujudkan sikap melibatkan diri dalam perbincangan dan tugas berkumpulan keatas diri setiap pelajar. Untuk menanamkan semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja. Membolehkan pelajar melihat perkaitan diantara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal. dijalankan. vi. vii. viii. Supaya membolehkan pelajar mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri. Untuk meningkatkan semangat amanah dan tanggungjawab dikalangan pelajar. Untuk membantu pelajar menyediakan satu laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh Politeknik. Secara tidak langsung ia dapat membantu pelajar untuk menyumbangkan idea-idea yang bernas semasa proses pembelajaran

1.1.3

Objektif Laporan

Setiap pelajar diwajibkan menulis satu Laporan Latihan Industri (LLI) yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah di tetapkan. Antara objektif penulisan Laporan Latihan Industri ialah:a) Sebagai bahan bukti kepada latihan yang diikuti oleh para pelajar. b) Dapat mendokumentasikan atau menfailkan kembali setiap aktivitiaktiviti yang dilakukan sepanjang menjalani Latihan Industri. c) Untuk memberikan gambaran yang jelas tentang tugas dan aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar semasa menjalani Latihan Industri. d) Melatih para pelajar agar mengikuti arahan-arahan yang telah ditetapkan keatasnya dan memenuhi segala kehendak sesebuah institusi. e) Laporan yang baik dapat dijadikan bahan rujukan dalam menghadiri temuduga kerja apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak. f) Dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam pengendalian serta pengurusan sesuatu kerja.

1.1.4

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan Industri banyak memberikan kepentingan dalam diri setiap pelajar. Antara kepentingan Latihan Industri kepada pelajar ialah:a) Para pelajar dapat meluaskan dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang kemahiran dan teknikal melalui pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani Latihan Industri disamping mempraktikkan ilmu teori yang dipelajari. b) Membolehkan para pelajar menilai kebolehan dan kemampuan yang ada pada dirinya sendiri apabila menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.

c) Untuk

memberi

pendedahan

kepada

para

pelajar

cara-cara

berkomunikasi yang berkesan dan baik untuk setiap peringkat pergaulan. d) Dapat melatih para pelajar supaya berdisiplin dan menanamkan sifat tanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diberikan. e) Menjadikan para pelajar lebih bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjayanya dengan lebih baik serta mempunyai semangat dan penampilan profesionalisme yang tinggi. f) Dapat memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai alam pekerjaan sekaligus memupuk semangat yakin pada diri sendiri dalam setiap diri pelajar untuk menempuh alam pekerjaan kelak. g) Dapat meningkatkan kebolehan dan menambah ilmu pengetahuan dalam diri setiap pelajar dalam sesuatu bidang, seperti pengendalian sesuatu tugas yang diamanahkan. 1.2 1.2.1 Latar belakang organisasi Pengenalan organisasi

Rajah 1.2.1 (a) Bangunan Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat

Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah sebuah agensi teknikal yang beperanan melaksanakan projek-projek pembangunan dan peyenggaraan infrastruktur kementerian, jabatan badan berkanun, dan kerajaan negeri seperti jalan, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti bagi memenuhi keperluan negara.

Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat adalah satu daripada jabatan-jabatan kerajaan negeri di daerah yang terletak di bawah pengurusan Pengarah Kerja Raya Negeri Johor yang bertanggungjawab kepada setiausaha Kerajaan Johor.

JKR (D) Segamat terletak di JKR No. 60, Jalan Omar, Segamat berhadapan dengan Dataran Segamat. Bangunan JKR (D) Segamat telah beberapa kali diubahsuai. Bangunan baru telah pun siap dibina atas tapak yang sama pada 13 September 2004 dengan kos pembinaan lebih kurang 2.3 Juta. JKR (D) Segamat juga mempunyai pejabat-pejabat kecil seperti berikut:I. Bahagian Penyenggaraan Bangunan II. Bahagian Perabut Jalan III. Bahagian Woksyop IV. Bahagian Kenderaan V. Bahagian Kuari VI. Bahagian Perolehan & Bekalan VII. Bahagian Makmal VIII. Zon Utara Batu Anam IX. Zon Utara Jementah X. Zon tengah Bandar dan Tenang XI. Zon Selatan Labis dan Bekok

JKR (D) Segamat ini memainkan peranan sebagai penasihat atau perunding kejuruteraan kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain di daerah Segamat.

JKR (D) Segamat merupakan sebuah organisasi yang besar dengan perjawatan negeri yang diluluskan seramai 274 orang anggota dengan dibantu oleh 18 orang anggota persekutuan. Beban tugas jabatan ini tidak sahaja merangkumi infrastuktur dan kemudahan awam kerajaan Negeri tetapi juga kerajaan persekutuan.

Diketuai oleh seorang Jurutera Awam Gred 48 sebagai Jurutera Daerah. Struktur JKR (D) Segamat terbahagi kepada fungsi-fungsi jabatan seperti berikut:1. Bahagian Pentadbiran Perkhidmatan dan Pentadbiran Am Kewangan 2. Bahagian Bangunan 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. 3.1. 3.2. 3.3. 4. Projek Khas Bangunan Am Pendidikan Penyenggaraan Bangunan Penyenggaraan Jalan Projek Jalan Penyambungan Tepi Jalan Bahagian Ukur Bahan

3. Bahagian Jalan

5. Bahagian Perolehan & Bekalan 6. Bahagian Woksyop dan Kenderaan 1.2.2 Sejarah Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat

Bangunan pejabat-pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat ( Public Work Department ) telah dibina pada tahun 1959. Jabatan Kerja Raya pada masa itu mempunyai 3 bahagian iaitu Bahagian Jalan, Bahagian Bangunan dan Bahagian Air yang diterajui oleh Jurutera Daerah, Pembantu Teknik Jalan, Pembantu Teknik Bangunan, Pembantu Teknik Air dan disokong oleh Bahagian Pentadbiran,

Woksyop, Stor dan beberapa cawangan kecil bagi mengendali dan melaksanakan kerja-kerja peyenggaraan Bahagian Jalan, Bangunan dan Air.

JKR (D) segamat telah dipertanggungjawabkan mengendalikan kerja-kerja luar dan dalam bandar, yang mana merangkumi kerja-kerja perancangan, membina baru dan juga pembaikkan kepada membina jalan, bangunan dan membekal air bersih bagi projek-projek Persekutuan dan juga Negeri.

Memandangkan keperluan yang mengikuti peredaran masa, maka perubahan telah dilakukan oleh pihak kerajaan, dimana pembangunan jalan didalam kawasan bandar, dilaksakan oleh Majlis Tempatan, dan bahagian air telah diswastakan.

Pembangunan Daerah Segamat mengikut program-program Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dari tahun 1959 hingga kini telah dilaksanakan dengan diterajui oleh 29 Jurutera Daerah.

Rajah 1.2.1 (b) Bangunan lama Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat

Rajah 1.2.1 (c) Bangunan baru Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat 1.2.2 Carta Organisasi Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat (a) Carta Organisasi Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat Mengikut Bahagian

Ir. Yeoh Boon Kang


Jurutera

Bahagian Pentadbiran

Bahagian Kewangan

Hjh. Kamsiah Bt Rosli


Pembantu Tadbir N26

En. Soot Bin Yusof


Pembantu Tadbir W22

Bahagian Projek

Bahagian Jalan

Hjh. Faridah Bt Hj. Khamis


Jurutera Bahagian Projek J41 kfaridah@jkr.gov.my

En. Zulkifli Bin Naim


Pembantu Teknik Bahagian Jalan J39 zulnaimPTKJSgt@yahoo.com

10

Bahagian Mekanikal

Bahagian Bangunan (Penyenggaraan)

En. Hazrin Bin Haris


Pembantu Teknik J29 hazrin61074@yahoo.com

Mohd Jalaluddin Bin Abd. Hamid


Pembantu Teknik J29 kerabu_manggo@yahoo.com

Bahagian Ukur Bahan

Bahagian Elektrikal

En. Ismail Bin Raof


Pembantu Teknik J29 ismail_raof@yahoo.com

En. Mohd Shah Bin Jani


Juruteknik J17

Bahagian Perolehan & Bekalan

En. Kamalrozaman Bin Md. Zin


Pembantu Tadbir N17

11

1.2.3

Logo Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat

Rajah 1.2.3 (a) Logo JKR (D) Segamat 1.2.3.1 Keterangan Logo Pada amnya logo JKR (D) Segamat ini mencerminkan semua bidang kerja yang dipertanggungjawabkan kepada jabatan iaitu:-

Garisan lekok bawah Garisan tebal arca 14 bilangan garisan hitam

Melambangkan kerja air di samping mencerminkan JKR sebagai

hitam dibahagian sebuah organisasi yang dinamik.

Melambangkan jabatan di samping mengambarkan JKR adalah rekabentuk kejuruteraan. Melambangkan bangunan di samping mengambarkan 14 bilangan negeri termasuk 2 wilayah persekutuan.

hitam berbentuk sebuah organisasi yang pada dasarnya menjalankan kerja-kerja

1.2.3.2 Keterangan Warna Logo Terdapat 3 warna pada logo JKR (D) Segamat, iaitu:-

12

Hitam

Melambangkan kekukuhan dan perpaduan sebagai satu ciri di kalangan cawangan-cawangan di dalam pengendalian projekprojek.

Kuning

Melambangkan

kedewasaan

dan

kematangan

untuk

mencerminkan sebagai salah sebuah organisasi yang paling lama ditubuhkan disamping menunjukkan imej yang matang di dalam mencapai objektifnya. Kelabu Melambangkan sikap rendah diri dalam perkhidmatan yang diberikan,

1.2.4

Visi

Kami akan menjadi pusat kecemerlangan pembangunan infrastuktur dengan menggunakan kreativiti dan inovasi modal insan serta teknologi terkini. Misi 1. JKR adalah komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan menyerahkan produk-produk berkualiti. 2. JKR akan menggunakan dan menggabungkan teknologi yang paling sesuai dan terkini bagi produk-produk yang dihasilkan. 3. Produk kami akan akan dihasilkan mengikut amalan kejuruteraan, keselamatan dan alam sekitar yang terbaik bagi memenuhi keperluankeperluan perundangan dan standard kebangsaan ataupun antarabangsa. 1.2.3.2 Kenyataan Misi

13

1. Kami adalah Jabatan teknikal yang terunggul dalam pembangunan infrastuktur negara . 2. Kami menyediakan pelbagai bidang kepakaran bagi memastikan amalan baik dalam perundingan teknikal pengurusan projek dan pengurusan penyenggaraan aset / kemudahan. 3. Kami berusaha menyediakan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada semua warga kerja. 4. Kami menghargai serta mengamalkan ketulusan dan keutuhan. 5. Kami komited untuk berusaha keatas pembangunan lestari demi manfaat generasi hari ini dan akan datang. 1.2.5 Objektif Penubuhan

Untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya Jalan Raya, Bangunan Kerajaan, Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Pengkalan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan sentiasa memberi penekanan kepada : 1. 2. 3. 1.2.6 Fungsi Utama Jangka masa yang secepat mungkin Kos yang ekonomik Rekabentuk dan mutu yang terbaik

Untuk

merumus,

merancang

serta

melaksanakan

dasar dan

pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam khususnya jalan, bangunan-bangunan, lapangan terbang, pelabuhan-pelabuhan pengkalan-pengkalan untuk memenuhi keperluan sosial dan ekonomi negara terutama kawasan luar bandar selaras dengan dasar kerajaaan disamping menyelenggara, memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf infrastruktur dan kemudahan awam sedia ada. 1.2.7 Piagam Pelanggan 1. Memberikan perkhidmatan profesional yang cekap dan berkualiti.

14

2. Mengambil tindakan ke atas semua aduan/permohonan dalam tempoh masa seperti berikut:

Aduan atau Permohonan Pokok-pokok tumbang Lubang di atas permukaan jalan Tanah runtuh Pembaikan kecemasan elektrik: Pembaikan kecemasan minor Pembaikan kecemasan mejor Pembaikan kecemasan mekanikal Pembaikan bangunan Pengubahsuaian bangunan

Tempoh Masa 12 Jam 3 Hari 24 Jam 12 Jam 48 Jam 48 Jam 2 Minggu 4 Hari

Jadual 1.2.8 (a) Piagam Pelanggan 3. Memberi ulasan permohonan pembangunan tepi jalan yang dikemukan dalam tempoh 4 minggun selepas dokumen lengkap diterima. 4. Jadual penutupan jalan perlu dimaklumkan kepada media massa dalam masa 4 hari sebelum dilaksanakan. Manakala bagi penutupan jalan yang lebih dapripada 30 hari hendaklah digazetkan. 5. Memanggil tender untuk kerja pembinaan bagi projek bangunan dalam tempoh seperti berikut: a) Pelan Piawai : 10 Bulan b) Rekabentuk baru : 18 Bulan 1.3 1.3.1 Penerangan Setiap Bahagian Bahagian Pentadbiran

Fungsi Bahagian Pentadbiran

15

Bertanggungjawab menguruskan semua surat-surat, Warta Kerajaan, Surat Pekeliling, Surat Berdaftar, telegram, bungkusan dan sebagainya. bahagian pentadbiran menguruskan hal ehwal seperti berikut:I. Mendaftar, membuka, mengedar dan menyimpan fail-fail Jabatan. II. Menyediakan arahan-arahan pejabat sebagaimana yang diarahkan. III. Menerima dan melayan aduan-aduan. IV. Menjaga keselamatan dan kebersihan pejabat. V. Membantu kepada jawatankuasa perumahan Jabatan (JKR). VI. Kes-kes kemalangan kenderaan Jabatan. VII. Pengambilan dan pelantikan. VIII. Pengesahan tarikh lantikan. IX. Pelanjutan tempoh percubaan. X. Pengesahan dalam jawatan. XI. Pemberian taraf berpencen. XII. Kursus dan peperiksaan. XIII. Gaji dan pinjaman. XIV. Kenaikkan pangkat dan tatatertib. Objektif Bahagian Pentadbiran I. Menentukan pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur dari segi kewangan, urusan, perjawatan, pentadbiran dan keselamatan. II. Memastikan semua urusan pentadbiran jabatan berjalan dengan cekap dan kemaskini pada keseluruhannya. Selain itu

III. Memastikan urusan kewangan Jabatan diselenggara dengan sempurna dan


kemaskini. IV. Memastikan urusan pejabat dan Personal Jabatan sentiasa dikemaskini. 1.3.2 Bahagian Kewangan

Fungsi Bahagian Kewngan

16

I. Menyediakan Belanjawan Mengurus Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat secara sistematik, efisyen dan berkesan bagi melaksanakan aktiviti organisasi dan mencapai objektifnya. II. Mengurus / mengemaskini Urusan Perakaunan, penyediaan Laporan Kewangan termasuk urusan emolumen, elaun-elaun, penyediaan bayaran bagi perkhidmatan dan bekalan serta projek-projek. III. Memberikan kerjasama pada urusan pelanggan dan lain-lain perkhidmatan jika perlu dan berkaitan terutama mengenai pembayaran. Objektif Bahagian Kewangan I. Menentukan pengurusan pentadbiran pejabat berjalan dengan cekap dan teratur dari segi kewangan dan keselamatan. II. Memastikan semua urusan pentadbiran kewangan Jabatan berjalan dengan cekap dan kemaskini pada keseluruhannya. III. Memastikan urusan kewangan Jabatan di selenggara dengan sempurna dan dikemaskini. 1.3.3 Bahagian Projek

Fungsi Bahagian Projek I. Menyelia projek-projek bangunan Persekutuan dan Negeri dari mula penyediaan tender sehinggalah projek siap. (Penutupan Akaun). II. Membuat anggaran belanjawan untuk penyelenggaraan bangunanbangunan kerajaan Persekutuan dan Negeri pada setiap tahun. III. Membuat anggaran pembaikan ke atas bangunan kerajaan selain daripada JKR. IV. Memberikan khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan lain ke atas perkaraperkara teknikal tentang bangunan. V. Sentiasa terbuka untuk menerima aduan-aduan tentang kerosakan atau sebagainya terhadap bangunan-bangunan yang diselenggarakan oleh JKR Segamat dan seterusnya mengambil tindakan secepat mungkin. Objektif Bahagian Projek

17

I. Melaksanakan projek-projek bangunan di peringkat daerah dengan memastikan mutu nilai projek selaras dengan kehendak dan dasar kerajaan. II. Menyelenggara bangunan hak milik Kerajaan Negeri/Persekutuan agar ianya dapat digunakan sepenuhnya dan selamat dari segi struktur. III. Memberi khidmat nasihat kepakaran dari segi Kejuruteraan Awam kepada jabatan-jabatan kerajaan. Fungsi Bahagian Projek Pendidikan I. Menjalankan kerja-kerja ukur untuk projek pendidikan. II. Mengawas kerja-kerja cerucuk. III. Mengawas kerja-kerja ujian beban cerucuk. IV. Mengawas kerja-kerja konkrit. V. Menyediakan ujian ke atas konkrit. VI. Membuat catitan kerja-kerja pembinaan. Objektif Bahagian Projek Pendidikan I. Melaksanakan projek-projek pendidikan diperingkat daerah dengan memastikan mutu dan nilai projek selaras dengan kehendak dasar kerajaan. II. Menyelenggara bangunan Kerajaan Persekutuan bahagian pendidikan agar ianya dapat digunakan sepenuhnya dan selamat dari segi struktur.

1.3.4

Bahagian Penyelenggaraan Jalan

Fungsi Bahagian Penyelenggaraan Jalan I. Penyelenggaraan jalan Negeri dan Persekutuan seperti aktiviti:a. Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan b. Melaksanakan Program Penyelenggaraan Rutin c. Melaksanakan Program Pelaksanaan Berkala d. Melaksanakan Program Penyelenggaraan Bukan Berkala e. Melaksanakan Program Penyelenggaraan Kecemasan II. Pembangunan projek jalan dan jambatan seperti aktiviti:-

18

a. Perancangan Pelaksanaan Projek b. Kajian Keperluan Sumber Manusia III. Permohonan pembangunan di tepi jalan seperti aktiviti:a. Ulasan Permohonan Ubahsyarat Tanah b. Ulasan Permohonan Tanah Rizab IV. Mengawasi kerja-kerja khas seperti aktiviti:a. Banci Lalulintas Kebangsaan b. Program Keselamatan Jalanraya c. Projek Jalan Kampung d. Inventori Jambatan dan Pembentung e. Laporan Pemereksaan Mandatori Jambatan dan Pembentong f. Inventori Cerun g. Laporan Pemereksaan Mandatori Cerun 1.3.5 Bahagian Mekanikal

Fungsi Bahagian Mekanikal I. Menyedia dan menyelenggara peralatan penyelenggaraan jalan JKR Negeri Johor samaada keupayaan kerajaan Negeri atau Persekutuan yang dimaksudkan ialah lori, jentera berat, kenderaan ringan, mesen-mesen dan sebagainya. II. Membuat penilaian harga terhadap pembeli kenderaan terpakai yang menggunakan pinjaman kerajaan Negeri, Persekutuan dan Badan Berkanun. III. Membuat penilaian kerosakan terhadap kenderaan dan peralatan mekanikal kerajaan yang terlibat didalam kemalangan. IV. Membuat penilaian harga terhadap kenderaan, jentera dan peralatan mekanikal yang dirampas oleh pihak Kastam, Narkotik, Polis dan lain-lain ajensi kerajaan. V. Berfungsi secara langsung dalam kerja merekabentuk, memasang peralatan mekanikal seperti alat penghawa dingin, pencegah kebakaran, lif, peralatan

19

dapur bagi hospital, sekolah dan bangunan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. VI. Bertanggung jawab menyelenggara semua peralatan mekanikal yang terdapat dibangunan kerajaan seperti peralatan dapur, peralatan Hospital, alat penghawa dingin, pencegah kebakaran, pam dan sebagainya. VII. Menyediakan dan menjalankan urusan pelupusan loji, kenderaaan, enjin pam air serta peralatan mekanikal untuk Jabatan dan lain-lain Jabatan. VIII. Menyedia tafsiran kemalangan keatas kenderaan-kenderaan kerajaan atau apa jua peralatan mekanikal yang terlibat dalam kemalangan. Objektif Bahagian Mekanikal

Memberi perkhidmatan berkesan kepada semua jenis kenderaan dan jentera berat serta peralatan mekanikal dalam keadaan yang benar-benar selamat pada kadar yang paling ekonomi dengan keupayaan tenaga yang cekap, teratur dan bersistem.

1.3.6

Bahagian Penyenggaaraan Bangunan

Fungsi Bahagian Penyenggaraan Jalan I. Menyelaras dan menyelia kerja-kerja pembinaan bangunan kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan.

II. Menyelenggara bangunan Persekutuan/Negeri baru dan lama dengan


efisen.

III. Merancang kerja-kerja pembaikan bangunan-bangunan kerajaan seluruh


Daerah berdasarkan pertumbuhan Jabatan.

IV. Membuat persiapan bagi majlis-majlis rasmi kerajaan mengikut sepertimana


arahan dan peruntukkan.

1.3.7

Bahagian Ukur Bahan

20

Fungsi Bahagian Ukur Bahan I. Melaksanakan projek-projek yang dipertanggungjawabkan kepada JKR Daerah Segamat dari segi pengurusan tender, pentadbiran kontrak, pengiklanan, penyediaan dokumen meja tawaran dan jualan dokumen tender yang efisyen agar dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah dipersetujui.

II. Mempastikan peraturan tender dan kontrak yang dilaksanakan memenuhi


piawaian yang telah ditetapkan selaras dengan dasar semasa kerajaan. III. Melaksanakan kerja-kerja sebutharga yang diperuntukkan kepada kontraktor kelas F. IV. Melaksanakan kerja-kerja kecil undi bagi baikpulih bangunan kerajaan dan jalan di bawah kawalan JKR. V. Pra-kontrak menjadi fokus utama fungsi Bahagian Ukur Bahan yang merupakan tugas-tugas di peringkat awal tender sehingga kontrak bagi tender tesebut ditandatangani, diantaranya ialah :-

a. Menyediakan borang-borang Dokumen Tawaran Tender dan


Sebutharga serta Dokumen Kontrak.

b. Menjadi urusetia kepada penutupan dan pembukaan Sebutharga. c. Menyemak lesen PKK dan CIDB, Insuran serta Wang jaminan
Perlaksanaan kontraktor bagi sesuatu kerja.

d. Menyediakan Surat Setuju Terima Tender bagi projek yang di bawah


Penguasa Jurutera Daerah.

1.3.8

Bahagian Elektrikal

Funsi Bahagian Elektrikal

Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik secara berterusan ke atas bangunan-bangunan kerajaan negeri dan persekutuan di daerah seperti, Bangunan Pejabat Kerajaan, Rumah Kediaman (kuarters kerajaan), Pusat / Klinik Kesihatan, Sekolah, Asrama dan Sistem Perlampuan Jalan dari segi :-

21

a. Merekabentuk, memanggil tawaran dari penyeliaan kontrak berhubung kerjakerja elektrik berkaitan dengan projek-projek pembangunan Persekutuan dan projek-projek Pembangunan Negeri. b. Memberi perkhidmatan penyelenggaraan elektrik seperti kerja-kerja perujian, pendawaian semula, membaikpulih kerosakkan elektrik dibangunan kerajaan. c. Memberi khidmat nasihat kepada lain-lain jabatan kerajaan dan sektor awam terutama dari segi teknikal berhubung kerja-kerja elektrik, anggaran, peruntukan, merekabentuk, skop kerja mengikut keperluan serta peratuan semasa di bawah akta-akta keselamatan pengguna dan Suruhanjaya Bekalan Elektrik. d. Melaksanakan serta mengawasi kerja-kerja sebutharga / undi bagi peruntukan-peruntukan yang disalurkan dan dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti membaiki kerosakan, pendawaian semula serta kerja-kerja pengubahsuaian. e. Mengawasi serta memberi koordinasi bagi kerja elektrik untuk projek-projek Negeri dan Persekutan di daerah berhubung dengan perlaksaan projek dari segi pengawasan, perbincangan dan penyelesaian serta kelulusan kepada Ibu Pejabat sehingga kepada penyerahan dan semasa tanggungan kecacatan. 1.3.9 Bahagian Perolehan Dan Bekalan

Fungsi Bahagian Perolehan Dan Bekalan I. Menentukan perolehan & bekalan barang-barang dapat memenuhi permintaan kerja-kerja penyelenggaraan dan projek pembangunan mengikut kuantiti dan kualiti yang diperlukan dengan mengambil kira penjimatan atas kos-kos penstoran, perolehan dan harga pembeliannya daripada peruntukan wang yang sediada. II. Mengorganisasi dan mengkordinasikan perlaksanaan dasar-dasar, sistemsistem amali, tatacara-tatacara dan arahan-arahan yang berhubung dengan Pengurusan Stor dan Bekalan.

22

Objektif Bahagian Perolehan Dan Bekalan

Untuk mengenalpasti keperluan dan memberi khidmat bekalan barangbarang, penyimpanan barang dari masa ke semasa dengan cekap, teratur dan bersistem. Perkhidmatan Bahagian Perolehan Dan Bekalan I. Menyediakan laporan Baki Stok pertengahan dan akhir tahun dan Kadar Pusingan Stok kepada Ketua Penyelenggaraan Stor, JKR Stor Negeri Johor.

II. Mengurus segala rekod dan permintaan perabut-perabut bagi rumah-rumah


kerajaan di Daerah Segamat. III. Memesan, menerima dan membekalkan keperluan kepada bahagianbahagian yang telah membuat tempahan. 1.4 Fungsi Dan Tugas Warga Kerja Jabatan Kerja Raya Daerah Segamat

Bahagian bangunan khususnya bahagian projek, warga kerja yang bertugas seperti Jurutera, Pembantu Teknik, Juruteknik, Pelukis Pelan, Pekerja Am Rendah dan Pemandu memainkan peranan penting dalam setiap urusan yang berkaitan di bahagian projek. Setiap jawatan tersebut mempunyai tugas tersendiri. 1.4.1 Tugas Juretera Daerah JKR (D) Segamat

Memberi nasihat teknikal pada pengurusan atasan JKR, bahagian dan Daerah, Jabatan-Jabatan Kerajaan Majlis Daerah dan Kerajaan Tempatan dan lain-lain pelanggan. Merancang, merekabentuk, melaksana, menyelia dan memantau projekprojek, pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam. Mengurus dan mengawal sumber-sumber kewangan jabatan. Mentadbir dan mengurus pejabat serta sumber manusia, peralatan dan jentera.

23

Mengurus dan menyelaras upacara dan majlis rasmi kerajaan di peringkat daerah. Menjalankan tugas-tugaslain yang diadakan dari semasa ke semasa. 1.4.2 Tugas Pembantu Teknik JKR (D) Segamat

Bertanggungjawab menyediakan laporan terhadap segala cadangancadangan yang telah disyorkan oleh pihak yang tertentu seperti rancangan pembinaan bangunan baru ataupun tambahan bangunan dan peparitan. Menguruskan pembinaa projek bangunan baru yang dikeluarkan oleh ibu pejabat kepada pemborong yang telah diberi mandat untuk melaksanakan sesuatu projek. Mengeluarkan Sebutharga mengenai kerja peyanggaraan atau ubahsuai ke atas bengunan dibawah kawalan Jabatan Kerja Raya. Bertanggungjawab atas permohonan peruntukan tambahan kepada sesuatu projek dilaksanakan. Bertanggungjawab terhadap peyenggaraan Sistem Pembentungan. Bertanggungjawab untuk menyediakan laporan kertas kerja mengenai Kos Anggaran Pembelanjaan sesuatu cadangan yang dikehendaki oleh jabatanjabatan-jabatan lain ataupun yang diperlukan oleh ibu pejabat. Bertanggungjawab keatas pengurusan kerja kepada warga kerja-wargakerja dibawah jagaan. Bertanggungjawab atas permohonan perunyukan kewangan yang memerlukan pembiayaan atas sesuatu projek yang mendapat kelulusan. Menghadiri mesyurat jabatan atau peringkat daerah yang diarah oleh Jurutera Daerah. Menyelidik dan mengulas pelan-pelan pembangunan yang diterima daripada Jawatan Kuasa Tempatan yang memohonkelulusan daripada Jabatan Kerja Raya. 1.4.3 Tugas Juruteknik JKR (D) Segamat

Menyediakan anggaran bangunan. Menyelia pembaikan bangunan kerajaan.

24

Menyelia kerja projek bangunan kerjaan. Menerima aduan kerosakan bangunan. Memerima aduan mengenai pembentungan dan peparitan. Memberi ulasan terhadap permohonan kelulusan pembangunan. Mengambil data kerosakan bangunan. Menyelia pembentungan dan peparitan bangunan kerajaan. 1.4.4 Tugas Pelukis Pelan JKR (D) Segamat

Membuat dan menyediakan anggaran kerja pembaikan. Menyediakan dan mengawal kerja dibangunan baru. Melukis pelan perincian serta pembinaan. Membantu menyediakan anggaran pembinaan berdasarkan pelan yang telah dilukis. 1.4.5 Tugas Pembantu Rendah Awam

Menaip semua senarai kerja dan Estimate Sebutharga bahagian bangunan JKR (D) Segamat serta Jawatan Kuasa bagi JKR (D) Segamat. Menaip semua surat-surat rasmi bahagian bagunan untuk dihantar ke ibu pejabat dan Pejabat Kuasa Tempatan. Bertanggungjawab menjaga dan mengemaskini kad-kad harta modal dan Inventori. Menaip laporan bulanan Penyata Pembayaran Satement of Final Account, Dokumen Tawaran, Dokumen Handing Over, Final Certificate dan lain-lain boring yang berkaitan dengan bahagian projek. Lain-lain tugas yang diarahkan Ketua Bahagian.

1.4.6

Tugas Pemandu

25

Tugas pemandu kenderaan amat diperlukan bagi memastikan segala perjalanan Pembantu Teknik dan Juruteknik ke kawasan tapak bina bagi kerja-kerja menyelia, mengawas serta memeriksa tapak bina dapat dilakukan dengan lancar. Selain itu, pemandu dipertanggungjawabkan untuk menghantar kiriman melalui tangan ke jabatan-jabatan lain.

26

Anda mungkin juga menyukai