Anda di halaman 1dari 1

SKRIP STUDIO V-IMAN TV

Assalamualaikum

• Saya __________________, wartawan V-iman TV PSS Az-Zahra.

• Saya __________________ dan saya __________________. Kami wartawan


V-iman TV, PSS Az-Zahra.

Selamat datang ke Studio V-iman TV PSS Az-Zahra. Sekiranya ada sebarang


pertanyaan, jangan segan kerana kami sedia menjelaskan.
Wujudnya studio ini pada tahun 2019 sebagai satu usaha menggiatkan lagi
perkongsian di saluran digital kami iaitu V-iman TV.
Disamping itu, dengan wujudnya studio, ianya dapat mempelbagaikan metod
penyampaian selain liputan langsung.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai Pusat Gerakan untuk kami, wartawan-wartawan
V-iman TV membuat persediaan sebelum rakaman, latihan kewartawanan, kelas
fotografi dan juga tempat perbincangan.
Studio ini juga digunakan untuk rakaman wawancara tertutup.
Selain kegunaan yang berkadaran langsung dengan aspek kewartawanan dan
saluran digital kami, studio ini juga turut digunakan untuk rakaman-rakaman lain
seperti pertandingan nyanyian, bercerita atau ada kalanya digunakan sebagai latar
pengambaran foto graduasi.
Studio ini dilengkapi sudut latar hijau, sudut wawancara, sudut pra-persediaan dan
sudut penghasilan kreatif.
Tuan/Puan boleh melayari saluran digital kami untuk melihat sendiri produk yang
telah dihasilkan atau jika sudi, berkongsi pendapat dan cadangan untuk
menambahbaik saluran digital kami, V-iman TV.
Saya/kami memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang penerang yang
saya/kami berikan.
Terima kasih tuan/puan kerana sudi melawat Studio V-iman TV ini, jika ada rezeki,
insyaAllah bertemu lagi.
Assalamualaikum

Anda mungkin juga menyukai