Anda di halaman 1dari 14

Taman Rekreasi

PAMPANG MARAK-
PARAK, Kota Marudu
Taman Rekreasi Pampang Marak-Parak ialah salah satu tempat menarik di Kota
Marudu. Ia adalah sungai yang bersih dan segar yang belum dicemari oleh aktiviti
manusia. Bukan itu sahaja, tempat ini telah dimajukan dengan kemudahan seperti
tandas, bilik mandi, pondok rehat, dewan terbuka dan dapur. Dan terkini, homestay
juga bakal dibuka di tempat ini. Taman rekreasi ini masih mengekalkan alam semula
jadi.

Lokasi Taman Rekreasi Pampang


Marak-Parak, Kota Marudu.
Taman Rekreasi Pampang terletak di Kampung Marak-Parak. Anda boleh memandu
terus dari Pekan Kota Marudu ke destinasi mengikut Jalan………. Jarak lebih-kurang
30KM iaitu kira-kira 30-4-minit perjalanan memandu kereta.
Anda boleh cari lokasi menggunakan Google Maps atau Waze. Cari Taman
Rekreasi Pampang Marak-Parak, Kota Marudu.
Alamat

 Hubungi

 Harga
Alamat:
Taman Rekreasi Pampang Kota Marudu
Jalan Marak-Parak
Kota Marudu
Waktu operasi:
Setiap hari : 8.30 am - 6.00 pm
Apa yang menarik di Taman
Rekreasi Pampang Marak-Parak?
SUNGAI
Sungai ini dikenali sebagai sungai kenarom dan merupakan sungai yang ditagal ,
segala aktivti memancing tidak dibenarkan di sungai ini kerana sungai ini ditagal.

Sungai ini jernih dan bersih. Ianya belum tercemar oleh aktiviti manusia. Didalam
sungai ini juga terdapat beberapa spesis ikan. Pengunjung berpeluang memberi
makan ikan-ikan ini.
Menaiki bot
Pengunjung boleh membeli tiket bot di kaunter tiket bangunan jeti. Tiket berharga
RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak. Pada musim cuti sekolah atau
hari cuti umum, anda mungkin terpaksa beratur panjang kerana ramai yang
membawa keluarga kesini.
Dua buah bot berfungsi membawa penumpang pergi dan balik. Bot dilengkapi jaket
keselamatan yang diletakkan dikerusi penumpang. Walaupun perjalanan cuma
beberapa minit, anda dinasihatkan memakai jaket kesematan ini.
Mini Zoo
Mendarat di jeti Taman Rekreasi Gunung Lang, pengunjung dikehendaki bergambar
terlebih dahulu. Ia adalah sebahagian dari polisi keselamatan. Selepas itu,
pengunjung boleh bersiar-siar disini. Apa yang menarik perhatian selepas keluar dari
jeti ialah kandang-kandang binatang mini zoo yang ada disekitar kawasan ini.
Terdapat beberapa jenis binatang di mini zoo Taman Rekreasi Gunung Lang. Ada
burung merak, itik, lembu, rusa, ostrich, kuda pony dan lain-lain. Pengunjung hanya
perlu berjalan mengikut laluan yang disediakan untuk melihat semua binatang yang
ada. Walaupun tidak banyak spesis haiwan yang ada namun ia cukup untuk
menggembirakan ibubapa yang membawa anak-anak kesini.
Menara Tinjau
Ada dua buah menara tinjau di taman rekreasi ini. Sebuah menara terletak ditepi
bukit batu kapur dan sebuah lagi terletak ditepi tasik. Kedua-dua menara ini
menawarkan pemandangan menarik, cuma banyak sedikit tenaga diperlukan untuk
memanjat hingga keatas.
Anda mungkin mengambil sedikit masa sebelum dapat menikmati sepenuhnya
pemandangan dari puncak menara. Setelah hilang semua kepenatan, jangan lupa
abadikan sebanyak mungkin gambar-gambar menarik untuk dijadikan
kenangan dan tanda kejayaan.
Rumah Perak
Pengunjung pasti akan terperasan rumah kayu yang cantik terletak ditengah taman
rekreasi. Ia bukan chalet kerana tiada resort di sini. Sebenarnya itu adalah Rumah
Perak, iaitu rumah tradisional yang ada di negeri ini.
Pengunjung boleh masuk kedalam rumah untuk melihat dengan lebih dekat
keindahan senibina dan rekabentuk tradisional ini. Namun agak mengecewakan
kerana tiada apa-apa didalam rumah. Walau bagaimanapun kipas dan lampu
disediakan agar pengunjung tidak kepanasan atau berada dalam kegelapan.

Lanskap
Disekitar taman rekreasi terdapat banyak pokok-pokok bunga ditanam. Ia
menambahkan keindahan tempat ini. Beberapa binaan dari kayu sebagai dekorasi
taman juga dapat dilihat namun kebanyakannya sudah rosak dan hampir reput. Ia
mungkin kelihatan penuh dengan seni tetapi tidak menolak hakikat bahawa ia
terbiar dan tidak mendapat penjagaan yang sewajarnya.
Aktiviti
Memberi makan ikan
Di kaunter tiket bot ada dijual makanan ikan dan roti. Makanan ikan berharga RM1
dan roti RM2 sebungkus kalau tidak salah ingatan saya. Pengunjung boleh memberi
makan ikan dari platfom yang terletak ditepi tasik. Saya dapat melihat kumpulan
ikan patin sebesar paha orang dewasa semasa mencampakkan roti disini.
Apa yang saya kurang senangi ialah pengunjung memberi makan monyet yang
banyak berkeliaran di dalam kawasan taman. Mungkin ia kelihatan takut-takut pada
masa ini tetapi pengajaran di Taman Botani Pulau Pinang dan Zoo Taiping perlu
diambil perhatian. Perbuatan ini akan menyebabkan monyet-monyet menjadi ganas
pada masa akan datang.
Beriadah/Berbasikal
Taman Rekreasi Gunung Lang adalah tempat yang menarik untuk beriadah kerana
suasana alam semulajadi disini. Kawasan ini redup dan teduh kerana pokok-pokok
yang ada disekitar kawasan taman. Ia juga dikelilingi bukit yang agak tinggi.
Pengunjung boleh menyewa basikal dengan bayaran RM5 sejam bagi orang dewasa
dan RM2 bagi kanak-kanak.
Beriadah berjalan kaki melawat taman.

Berkelah
Ada keluarga yang berkelah semasa saya berkunjung. Ia kelihatan menarik dengan
suasana teduh dan udara nyaman di taman ini. Namun saya tidak pasti ia
dibenarkan atau tidak. Cuma diharap pengunjung dapat membawa sisa-sisa
makanan dan sampah semasa pulang.
Kemudahan
Taman permainan kanak-kanak
Sebuah taman permainan kanak-kanak disediakan. Kemudahan ini masih dalam
keadaan elok dan boleh digunakan. Ia sesuatu yang baik juga kerana ramai kanak-
kanak kelihatan seronok bermain disini.
Pondok Rehat
Kawasan taman rekreasi ini agak luas. Penat juga bila berjalan lebih-lebih lagi jika
anda datang hampir tengahari atau awal petang. Untungnya disini terdapat banyak
pondok-pondok rehat yang disediakan untuk pengunjung. Lebih menarik pada
waktu ini jika ada aiskrim atau air minuman.
Gerai minuman
Memang nasib baik di Taman Rekreasi Gunung Lang ini ada gerai minuman.
Aiskrim Malaysia yang sangat sedap cuma RM1 sebatang. Air minuman juga harga
seperti biasa. Setelah penat berjalan dan matahari yang semakin panas, aiskrim dan
air tin adalah nikmat yang perlu disyukuri.

Surau
Kemudahan surau disediakan untuk pengunjung Taman Rekreasi Gunung Lang. Ia
kelihatan bersih dan selesa. Namun saya membatalkan niat untuk solat kerana
dipenuhi kanak-kanak. Satu sikap orang kita yang sangat mengecewakan ialah sering
menjadikan surau tempat salin diapers anak, tempat mandi anak serta membiarkan
anak-anak bermain riuh-rendah didalam surau sedangkan sudah masuk waktu solat.

Tandas
Tandas awam disediakan untuk buang hajat atau mandi anak. Ia terletak disebelah
surau. Bangunannya agak besar hampir sebesar surau. Papan tanda lokasi juga
banyak disediakan. Anda tidak akan terlepas pandang.
Lihat video bot untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang.
Kesimpulan
Taman Rekreasi Gunung Lang adalah tempat menarik yang mesti dilawati jika anda
berkunjung ke Ipoh. Tempat ini benar-benar cantik dan menawarkan suasana alam
semulajadi yang mendamaikan. Memang ada kekurangan disana-sini tetapi ia
tidaklah sampai tahap merosakkan keindahan tempat ini.
Anda mungkin terbaca dimana-mana bahawa mini zoo di taman ini tidak terjaga dan
berbau busuk. Malah tasik ini juga dikatakan berbau busuk. Ia tidak seburuk yang
dikatakan. Bau mesti ada dimana-mana zoo, agro farm atau mana-mana ladang
menternak binatang.

Anda mungkin juga menyukai