Anda di halaman 1dari 2

*Budaya Membaca Melahirkan Murid Berfikiran Global*

Assalamualaikum wrbth dan salam muafakat, berbungakan kemesraan. Terima kasih kepada
ahli panel juri yang menjunjung kesaksamaan. Akhirnya, pada hari ini saya warnai dengan
pidato yang bertajuk ‘Budaya Membaca Melahirkan Murid Berfikiran Global’.

Hadirin hadirat sekalian,


Revolusi Industri Ke-4 menuntut setiap lapisan masyarakat berfikiran global agar dapat terus
bersaing bukan hanya di pentas tempatan tetapi di arena dunia tanpa sempadan. Berfikiran
Global termasuklah mempunyai kualiti, pemikiran, citra, dan keupayaan bertindak setanding
dengan negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, dan lain-lain. Tuntutan bagi
berfikiran global bukan hanya kepada kalangan dewasa, tetapi harus bermula sejak di
bangku sekolah lagi.

Hadirin hadirat sekalian,


Justeru itu, apakah kriteria yang mampu melahirkan murid yang berfikiran global?

Salah satu kriteria penting yang harus diberi perhatian dalam melahirkan murid yang
berfikiran global adalah dengan menerapkan budaya membaca.

Ini kerana budaya membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan sesuai dengan
peredaran masa yang memberi keutamaan kepada murid yang berpengatahuan luas dan
cakna akan isu semasa. Murid perlu membaca dan tidak hanya bergantung kepada
kurikulum dan silibus sekolah untuk menimba ilmu pengetahuan. Tetapi, murid juga boleh
menimba ilmu pengetahun melalui budaya membaca akhbar, majalah, novel, dan lain-lain.
Sesuai dengan peribahasa Melayu, Ilmu Itu Pelita Hidup. Oleh yang demikian, ibubapa dan
guru harus memupuk minat membaca sejak kecil agar murid berpengetahuan luas lantas
menjana fikiran yang bertaraf global.

Hadirin hadirat sekalian,


Selain itu, membaca mampu menjadikan murid berfikiran matang dalam membangunkan
idea dan merangka tindakan yang bersifat sejagat. Contohnya, murid yang gemar membaca
akan diberi pendedahan dengan idea dan tindakan pihak lain yang boleh dijadikan contoh
dalam kehidupan mereka baik di dalam aktiviti bilik darjah ataupun kurikulum tambahan.
Kematangan dalam membangunkan idea dan perlaksanan yang bersifat global akan dapat
menjadikan murid ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan murid-murid negara
lain. Keadaan ini membuktikan budaya membaca berupaya melahirkan murid yang
berfikiran global.

Hadirin hadirat sekalian,


Akhirnya, budaya membaca dapat melahirkan murid yang berfikiran global melalui
pemerkasaan kosa kata bahasa ibunda dan bahasa utama dunia atau lingua de franca.
Melihat kepada tuntutan semasa, pemerkasaan kosa kata bahasa utama dunia perlu
diberikan perhatian kerana bahasa merupakan medium pertuturan dan penulisan sejagat.
Berfikiran Global dengan menguasai lingua de franca akan berhasil menambah bilangan
audiens. Sebagai contoh,merujuk kepada Unesco Institute of Statistic, hampir 1.5 billion
penduduk dunia bertutur dalam Bahasa Inggeris, 1.3 billion Bahasa Mandarin dan 23 juta
penduduk bertutur dalam Bahasa Melayu. Tanpa mengabaikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Rasmi Negara, membaca dapat memperkasakan penguasaan bahasa-bahasa lain
lantas menambah nilai bagi murid yang bukan hanya berfikiran global tetapi berupaya
menzahirkan idea global mereka kepada audiens yang lebih ramai demi manfaat sejagat.

Hadirin hadirat sekalian,


Kesimpulannya, dengan keupayaan menambah ilmu pengetahuan, kematangan dalam
membangunkan idea dan pemerkasaan kosa kata bahasa utama dunia di samping bahasa
rasmi negara, budaya membaca terbukti dapat melahirkan murid berfikiran global sesuai
dengan tuntutan zaman. Semoga murid-murid negara ini berupaya memberi manfaat
kepada dunia melalui fikiran global yang bermula dengan membaca. Bangsa Membaca
Bangsa Berjaya!

Wabilahitaufikwalhidayah assalamualaikum wrbth. Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai