Anda di halaman 1dari 2

CERAMAH MAAL HIJRAH 2022 /1444 H

Bismillah hirrahmanirrahim…..

1. Yang Berbahagia, Ustaz Mior Muhammad Khalis bin Mior Ahmad Zaini,
2. penceramah yang kita alu-alukan pada hari ini.
3. Yang Berusaha Puan Thalsiah binti Mohd Salleh @ Hassan
4. Yang Berbahagia, Datin Sartini binti Mohd Nor
5. Yang Berusaha, Encik Roslan bin Hassan, penolong Kanan HEM
6. Puan Adurra binti Mohd Mohamed, Penolong Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.B.T
Marilah kita memanjatkan rasa syukur sambil mengucapkan kalimah Alhamdulillah ke
hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan hidayahNya jua, kita diizinkan untuk
bersama-sama pada hari ini dalam majlis ilmu sempena sambutan Maal Hijrah 2022
bersamaan 1444 Hijrah di bawah tema “ Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”
peringkat SMK PP5(1). Tidak lupa selawat serta salam kita kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW dan para sahabat di atas segala pengorbanan dan perjuangan agong
menegakkan syiar Islam di segenap penjuru bumi Allah. Mudah-mudahan berkat tahun baru
ini, kita sentiasa dikurniakan kekuatan dan keikhlasan untuk meneladani pengorbanan dan
ketaqwaan generasi Islam terdahulu.
 
Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran semua guru, murid-murid dan juga
kehadiran tuan penceramah jemputan Al Fadhil Ustaz Mior Muhammad Khalis bin Mior
Ahmad Zaini kerana sudi meluangkan masa berkongsi ilmu dalam majlis yang amat besar
maknanya ini.  Semoga dengan kesudian Al Fadhil ustaz untuk meluangkan masa pada pagi
ini akan menyemarakkan lagi majlis yang penuh barakah ini.

Sebelum majlis diteruskan dengan ceramah yang akan disampaikan, pihak majlis ingin
memperkenalkan penceramah kita pada hari ini.

Al fadhil Ustaz Mior Muhammad Khalis bin Mior Ahmad Zaini merupakan seorang penulis
buku.Terdapat dua buku yang telah ditulis oleh beliau iaitu buku Sahabat Syurga 1 dan
Kusambut Hijrah. Beliau merupakan graduan lulusan USIM dalam bidang Sarjana Muda
Pengajian Al-Quran. Beliau pernah menjadi penceramah jemputan di USIM (Universiti
Sains Islam Malaysia), UKM, SBP, SMKA, SMK, SMI, Maahad tahfiz, SRA dan juga di SRITI
(Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam). Beliau pernah dinobatkan sebagai penerima
Anugerah Tokoh Badar SMA al-ulum al-syariiyyah pada tahun 2017 dan mendapat tempat
ketiga dalam pertandingan nasyid Ihtifal Ilmi kebangsaan pada tahun 2014.
Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al fadhil Ustaz Mior Muhammad
Khalis bin Mior Ahmad Zaini untuk menyampaikan ceramah beliau pada hari ini.
Dipersilakan.

SESI CERAMAH BERLANGSUNG

Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil Ustaz Mior Muhammad Khalis bin Mior Ahmad
Zaini atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Sebagai tanda penghargaan, dijemput
Yang Berusaha Puan Thalsiah binti Mohd Salleh @ Hassan untuk menyampaikan
cenderamata daripada pihak sekolah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada puan pengetua, Puan Thalsiah binti Mohd Salleh @ Hassan
dan Ustaz Mior Muhammad Khalis bin Mior Ahmad Zaini.

Tanpa membuang masa, majlis diserahkan kepada Encik Roslan bin Hassan, Penolong
Kanan HEM untuk menyampaikan taklimat ringkas.

Anda mungkin juga menyukai