Anda di halaman 1dari 2

6 Langkah Untuk Mendapatkan Wajah Kulit Yang Berseri, Sihat Dan

Sempurna

Semua orang pasti inginkan kulit wajah yang berseri, sihat dan sempurna. Berikut adalah
6 petua yang pasti membantu anda untuk mendapatkan wajah yang sihat, berseri dan
bebas dari jerawat. Anda mestilah rajin untuk melakukan petua-petua ini setiap hari
kerana keajaiban tidak akan berlaku dalam masa satu hari sahaja. Cubalah dari sekarang
dan kulit anda akan berterima kasih kepada anda!

1. Jangan lupa cuci dan bersihkan muka anda sebelum tidur.

Mencuci dan membersihkan muka sebelum adalah sangat penting kerana pada siang hari,
minyak dan peluh semula jadi terkumpul di kulit anda. Wajah kita juga terdedah pada
siang hari dengan udara kotor dan bakteria di tangan anda ketiaka anda menyentuh wajah
anda. Walaupun anda tidak memakai makeup, minyak semula jadi boleh menyebabkan
liang pori tersembut dan menyebabkan jerawat jika anda tidak mencuci dan
membersihkan muka sebelum tidur.

2. Wajib memakai pelindung matahari sebelum keluar rumah.

Sapukan pelindung matahari yang bersesuaian dengan muka anda sama ada pelindung
matahari jenis krim atau gel. Jadikan ia suatu kebiasaan kerana wajah kita terdedah
kepada sinaran UV setiap hari. Sinaran UV boleh menyebabkan kedutan, bintik-bintik usia
(age spots), bintik-bintik coklat (brown spots) dan juga boleh menyebabkan barah kulit.
Namun, anda perlu sapukan pelindung matahari setiap dua jam untuk perlindungan
maksimum.

3. Sanitasi telefon bimbit/tablet anda, bakteria ada di mana-mana!

Menurut kajian, para saintis di Universiti Arizona telah mendapati bahawa telefon bimbit
membawa bakteria 10 kali lebih banyak daripada kebanyakan tempat duduk tandas. Biar
betul! Bayangkan bakteria menular di wajah anda setiap kali anda menyentuh wajah anda
setelah menyentuh telefon bimbit anda. Gunakan tisu antibateria untuk membersihkan
telefon bimbit anda setiap hari. Kalau tak, jerawat pasti akan tumbuh di muka anda!

4. Jangan sesekali tidur pakai dengan makeup!

Makeup boleh menyebabkan pori-pori tersembut dan membiarkannya semalaman pasti


akan menyebabkan jerawat yang teruk. Sentiasa bersihkan makeup anda tidak kira
seberapa letih anda sekali pun, kerana ia akan membuka pori-pori dan menjadikan wajah
anda lebih segar dan bersih. Cubalah langkah-langkah ini untuk membersihkan makeup
anda pada waktu malam sebelum tidur; pertama, cuci muka menggunakan pembersih
minyak; kedua, gunakan pembersih balm; ketiga, gunakan scrub lembut dan akhirnya
pencuci muka pilihan anda.Perhatikan kulit anda akan menjadi lebih licin dan segar dalam
masa seminggu!
5. Elakkan menyentuh muka anda menggunakan tangan anda.

Menyentuh wajah anda dapat menyebarkan kotoran, minyak dan bakteria dari tangan ke
wajah anda yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.
Basuh atau sanitasi tangan anda dahulu sebelum memakai sebarang penjagaan kulit atau
makeup menggunakan tangan anda. Juga, lapik tangan atau jari anda dengan
menggunakan tisu yang bersih jika anda perlu menggaru bahagian gatal di wajah anda.

6. Basuh sarung bantal anda setiap hujung minggu.

Basuh sarung bantal anda atau ubah sarung bantal yang besih seminggu sekali. Segala
kotoran, minyak, bekas makeup dan bakteria akan lekat di sarung bantal dan pasti akan
menyebabkan jerawat di kulit anda. Itulah sebabnya kadang-kadang anda tidak pasti
mengapa anda kerap tumbuh jerawat di muka anda sedangkan anda sudah mengikut
langkah-langkah penjagaan muka yang betul. Apa tunggu lagi? Cepat basuh dan tukar
sarung bantal anda sekarang!

Anda mungkin juga menyukai