Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KONSEP KARNIVAL

KETERAMPILAN BAHASA BITARA #108

CABARAN BICARA KREATIF

(SECARA DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia
CABARAN BICARA KREATIF

1.0 PENGENALAN

Bicara Kreatif ini menggunakan pengucapan yang indah seperti sajak, syair, seloka,
gurindam, peribahasa, pantun, nyanyian dan bicara spontan dalam mengungkapkan
perasaan dan mengutarakan idea berkaitan aspek kehidupan secara bertatasusila.
Aktiviti ini memberi ruang dan peluang kepada murid-murid sekolah untuk berkongsi
pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka secara kreatif berdasarkan topik
dan tema. Secara tidak langsung dapat membantu mengembangkan potensi dan
meningkatkan keyakinan murid ketika berkomunikasi serta berfikiran kritikal, kreatif
dan inovatif.

2.0 OBJEKTIF CABARAN

3.0 KATEGORI CABARAN

Cabaran ini terbuka kepada murid-murid warganegara Malaysia sama ada murid-murid
tahap dua di sekolah rendah dan murid-murid tingkatan satu hingga lima di Sekolah
Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah
Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan serta Sekolah Swasta yang berdaftar
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertandingan ini terbahagi kepada dua(2) kategori;

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 - 5

CABARAN BICARA KREATIF 2


4.0 FORMAT CABARAN

5.0 SYARAT CABARAN

5.1 Penyertaan adalah secara individu.


5.2 Peserta perlu memilih satu tema sahaja. Kemudian, peserta perlu
membuat persembahan dengan menggabungjalin sekurang-kurangnya
dua genre yang disenaraikan.
5.3 Peserta tidak dibenarkan menyunting video dari segi pengadun alih
suara (dubbing), segerak suara (miming), kesan bunyi (sound effect),
aplikasi penapis (filter) dan elemen suntingan lain. Walau
bagaimanapun penggunaan muzik latar yang bersesuaian sahaja
dibenarkan.
5.4 Penggunaan latar hijau (green screen) dibenarkan. Namun tiada
pemarkahan untuk aspek ini.
5.5 Rakaman mestilah dalam bentuk melintang (landscape).
5.6 Persembahan berdurasi dua hingga tiga minit.
5.7 Perlakuan yang kurang sopan dalam rakaman adalah dilarang.Video
yang dihasilkan hendaklah asli dan belum pernah disiarkan dalam mana-
mana media sosial.
5.8 Peserta digalakkan untuk menggunakan karya sendiri atau
menggunakan karya sedia ada tanpa sebarang pengubahsuaian demi
menjaga hak cipta terpelihara pihak yang terbabit. Sekiranya peserta
menggunakan karya sedia ada, kredit kepada penulis asal perlulah
dinyatakan.
5.9 Peserta dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan tema
dan bersopan serta prop yang sesuai tetapi tidak memberi sebarang
markah.
5.10 Karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif serta menyentuh
sensitiviti bangsa, agama, kaum dan mana-mana pihak.
5.11 Peserta wajib menggunakan laras bahasa Melayu standard.
5.12 Pihak penganjur sama sekali tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang pelanggaran hak cipta atau kecurian harta intelek yang
dilakukan oleh peserta.

CABARAN BICARA KREATIF 3


6.0 PEMILIHAN TEMA

GENRE

CABARAN BICARA KREATIF 4


7.0 PEMARKAHAN

Rujuk Lampiran (Kriteria Pemarkahan Cabaran Bicara Kreatif)

8.0 PENILAIAN CABARAN

8.1 Setiap juri yang dilantik sebagai penilai mesti mematuhi peraturan kertas
konsep Cabaran Bicara Kreatif KPM.
8.2 Setiap penyertaan akan disaring di peringkat negeri oleh panel yang
dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
8.3 Penyertaan yang telah disaring akan dimajukan kepada pengelola
peringkat kebangsaan untuk penjurian peringkat kebangsaan yang akan
dinilai oleh panel yang dilantik oleh BSKK.

9.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana


platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

10.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat cabaran atau semua perkara di
luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa
Urusetia Cabaran Bicara Kreatif adalah muktamad.

CABARAN BICARA KREATIF 5


LAMPIRAN
KRITERIA PEMARKAHAN CABARAN BICARA KREATIF

BIL PENILAIAN MARKAH CATATAN

1 IDEA 20
Ketepatan tema, genre persembahan diolah secara
kreatif

2 PERSEMBAHAN MURID 35
Menarik, tenang, yakin, penghayatan, ekspresi dan
bahasa tubuh

35
3 INTONASI
Kawalan suara, jelas, lancar

4 NILAI 10
Mengandungi unsur pengajaran, nilai murni dan
bertatasusila

CABARAN BICARA KREATIF 6


BORANG PEMARKAHAN

NO GILIRAN PESERTA : _________________________________

MARKAH KRITERIA SEDERHANA BAIK CEMERLANG JUMLAH CATATAN

(1-6) (7 -14) (15-20)


IDEA
20%

(1-9) (10-20) (21-35)


PERSEMBAHAN
35% MURID

(1-9) (10-20) (21-35)


INTONASI
35%

(1-3) (4-7) (8-10)


NILAI
10%

CABARAN BICARA KREATIF 7

Anda mungkin juga menyukai