Anda di halaman 1dari 5

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali
kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

3. MINUM TANGAN KANAN


Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan
tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH


Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam
Qadar walaupun hanya sekadar “hai kawan ayuhlah kita solat”

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah
kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI


Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan
nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk
rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan
ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara
sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN


Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan,
disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI


Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU


Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan
sahaja.
13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung
70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD


Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika
bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS


Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN


Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga
makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG


3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu
orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI


Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak
bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR


Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang
sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK


Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah
berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID


Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan
diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK


Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan
menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN


Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis
dan tidak melebihi buku lali .
25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah.
Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah
mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT


Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi
pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR


Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan
bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH


Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai
pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR


Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan
mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN


Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan
40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR


Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan
bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT


Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri
memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA


Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami
Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN


Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita
makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.
36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang
dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK


Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH


Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH


Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan
dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG


Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam
hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM


Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama
anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN


Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR


Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan
agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN


Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak
tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR


Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka
untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap
hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN


Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.
48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi
agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS


Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah
dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS


Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit
hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM


Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran
minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal
13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP


Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci
Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK


Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan
jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH


Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan
segala isinya….

Jom amal sunnah nabi!!

Anda mungkin juga menyukai