Anda di halaman 1dari 1

IBNU SINA

CINTAI SARJANA
ISLAM
SUMBANGAN
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-
Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang
mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama
dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina
sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja, tetapi
turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik,
astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini
dapat diperhatikan dalam sebuah lagi kitab agung beliau berjudul
Kitab al-Syifa yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan
falsafah.

LATAR BELAKANG
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan
980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam
bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut
mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik,
sains, fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan
termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang
perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun
mahaguru ilmu tersebut. Ibnu Sina mula menjadi terkenal
selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas
al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan
dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok
bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-
Rais (Mahaguru Pertama).

Ibrah
Kita hendaklah sentiasa bersungguh-sungguh menuntut ilmu .
Sebagai seorang pelajar mestilah rajin membaca, menyelidik ,
membuat kajian dan menganalisis ilmu . Selain itu,
Sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu
yang baru . Sentiasa juga mendokumentasikan hasil kajian untuk
rujukan orang lain .

Anda mungkin juga menyukai