Anda di halaman 1dari 1

Keharmonian negara dapat dilihat melalui perpaduan kaum yang akrab.

Juga
tidak mengira warna kulit, budaya mahupun agama. Semua pihak bertanggungjawab
dalam memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni.
Rakyat perlu berganding bahu dalam segala perkara yang melibatkan negara.
Antaranya, rakyat Malaysia perlu memahami sesuatu budaya yang dibawa
oleh seseorang yang berlainan agama tanpa mempersoalkan mengapa gaya hidup
yang dipamerkan mereka berbeza. Hal ini kerana, setiap agama yang terdapat di
Malaysia berbeza seperti agama islam, hindu, buddha , kristian dan sebagainya.
Kepelbagaian budaya telah menunjukkan bahawa negara Malaysia sebagai negara
yang mempunyai pelbagai kaum.
Selain itu, rakyat dilarang sama sekali untuk menghina ataupun melontarkan
kata-kata yang buruk terhadap sesebuah agama yang terdapat di negara kita. Hal ini
akan mencetuskan pergaduhan di antara kaum dan menyebabkan keadaan negara
menjadi huru-hara dalam masa yang sama imej negara akan tercalar. Perkara ini
juga akan menjadi kerisauan bagi pentadbir negara. Oleh sebab itu, rakyat perlu
mengelakkan perkara tersebut berlaku supaya tidak mendatangkan kekusutan
terhadap pentadbir negara.
Seterusnya, melalui penerapan nilai-nilai murni dalam diri, rakyat akan
saling menghormati antara satu sama lain, sentiasa bersifat terbuka dalam
menerima pelbagai budaya. Secara tidak langsung, taraf ekonomi akan meningkat
dan negara akan bebas daripada pergaduhan- pergaduhan yang tidak diingini.
Dalam masa yang sama, suasana dalam negara akan lebih harmoni dan terhindar
daripada perkara-perkara yang negatif terjadi.
Di samping itu, pemimpin negara juga perlu memainkan peranan dalam
memastikan keadaan negara stabil dan dijauhi sebarang perkara yang buruk berlaku
kepada negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, pemimpin negara dianggap
sebagai kepala utama negara dalam segala perkara. Jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak diingini seperti ancaman dari negara luar, serangan pengganas dan
sebagainya. Pemimpin negara merupakan ketua untuk menyelesaikan masalah
tersebut tanpa melibatkan rakyat.
Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh. Rakyat Malaysia perlu hidup
bersatu padu untuk memastikan negara aman dan bebas daripada sebarang
pergaduhan yang tidak diingini. Rakyat perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing
dalam segala hal yang dapat menjamin keamanan negara terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai