Anda di halaman 1dari 6

Mengurus Kejayaan

1.

Malaysia ialah sebuah negara sedang membangun yang telah mencapai kejayaan besar dalam pelbagai bidang, dan kini sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menu rut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara dan masyarakat yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang, Malaysia perlu bijak mengurus kejayaannya agar ia dapat diperkulruh dan dipertingkatkan.

2.

Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dicapa,i dapat dilestarikan, kesejahteraan rakyat dapat dipelihara dan ditingkatkan. Dengan cara itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis.

3.

Perangkaan atau data penting Malaysia memperlihatkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada RM229.3 billion. Pertumbuhan ini dijangka meningkat pada kadar 5.5 hingga 6 peratus dalam tahun 2004. Kemudahan prasarana negara semakin menyeluruh dengan liputan bekalan elektrik dan bekalan air masing-masing mencapai tahap 94 dan 92 peratus sehingga tahun 2002. Pendidikan peringkat rendah telah mencapai 97.8 peratus kemasukan, manakala kadar celik huruf pada tahun 2002 adalah pada tahap 94 peratus. Jangka hayat lelaki dan wanita juga telah meningkat masing-masing kepada 70.4 tahun dan 75.3 tahun manakala kadar kematian bayi semasa lahir juga telah menurun dari 6.6 bagi setiap satu ribu pada tahun 2001 kepada 6.2 pada tahun 2002. Pembangunan, pertumbuhan dan daya saing negara seperti ditunjukkan daripada perangkaan ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen-elemen nilai murni, integriti dan akauntabiliti. Di samping itu, ia juga berasaskan pertanggungjawaban semua pihak bagi memastikan kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat dikecapi secara berterusan.

4.

Pada masa yang sama, kesedaran rakyat semakin meningkat supaya gejala yang bertentangan dengan prinsip etika dan integriti seperti rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan ketidakcekapan dihapuskan. Rakyat menuntut integriti dipertahan dan dipertingkatkan dalam semua urusan kerajaan, swasta, parti politik, media, kesatuan sekerja, NGO, belia, pelajar, dan masyarakat umum. Komitmen Kerajaan Malaysia

5.

Kerajaan Malaysia sangat komited kepada usaha pembangunan negara secara total. Dasar-dasar negara yang mencakupi bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial telah diperkenal dan dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur. Kemajuan Malaysia masa kini adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh pihak Kerajaan dan agensi-agensinya, pihak swasta, serta pelbagai sektor masyarakat secara bersepadu dan berterusan.

6.

Semenjak tahun 1951 sehingga kini, Mataysia telah pun melaksanakan sebelas rancangan lima tahunnya. Sejak tahun 1971 pula, negara ini telah dibimbing oleh tiga Pelan Jangka' Panjang, iaitu

Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000), dan Dasar Pembangunan Wawasan (DPW) (2001-2010).

7.

Hala tuju dan prinsip dalam ketiga-tiga pelan jangka panjang ini dipandu oleh semangat dan prinsip negara, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Perlembagaan Persekutuan menggariskan kontrak sosial yang menjadi pedoman kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara ialah falsafah dan ideologi negara yang diisytiharkan pad a 1970 untuk membentuk konsensus baru, menyatupadukan masyarakat berbilang kaum serta membangunkan sebuah masyarakat yang adil, demokratik, liberal dan progresif. Wawasan 2020 yang diumumkan pad a tahun 1991 mengandungi aspirasi negara ini untuk menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri serta cabaran cabaran yang perlu ditanganinya dalam usaha merealisasikan aspirasi itu. Prinsip dan semangat Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 menjadi asas pelbagai dasar dan strategi yang dilaksanakan di Malaysia sehingga ke hari ini. Langkah Berterusan Mempertingkatkan Etika dan Integriti dalam Sektor Awam

8.

Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara. Justeru, pembudayaan etika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi am alan berterusan. Ke arah ini, Kerajaan telah memperkenal dan melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, usaha yang lebih terfokus dilaksanakan sejak tahun tahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep 'Sersih, Cekap danAmanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Sudaya Kerja Serkualiti', 'Kod Etika Kerja', 'Piaggam Pelanggan' dan 'ISO 9000'.

9.

Di samping itu, bagi memastikan penguatkuasaan usaha pencegahan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa, Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pencegah Rasuah, 1961, bagi menggantikan The Prevention of Corruption Ordinance 1950. Dalam tahun 1967, Sadan Pencegah Rasuah (SPR) telah ditubuhkan bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Dengan mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta ini kemudian disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti pentadbiran Kerajaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

10. Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (SPA) sebagai salah satu mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai salah tadbir, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara dibentuk untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil dan aset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut undang undang dan peraturan. Manakala Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara lain, sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang moden, cekap dan berkesan.

11. Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pad a masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.S. Perdana Menteri.

12. Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke peringkat akar umbi.

13. Objektif Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan di semua peringkat ialah untuk memastikan bahawa jentera pentadbiran Kerajaan terus-menerus cekap, berdisiplin dan berpegang teguh kepada syarat keutuhan yang paling tinggi dengan berpandukan nilai-nilai murni. Pad a masa yang sama, ia juga bertujuan mengatasi masalah dan kelemahan khususnya dalam pengurusan kewangan, pelanggaran disiplin, gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

14. Sebagai suatu garis panduan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni. Kerajaan telah mengenalpasti satu himpunan nilai teras sebagai panduan untuk dihayati dan dilaksanakan oleh penjawat sektor awam. Himpunan nilai teras itu ialah amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur. Ini adalah nilai induk bagi sesebuah organisasi yang beradab dan patut dihayati oleh setiap warga perkhidmatan awam. Selain itu. Kerajaan juga mengenalpasti nilai kembangan, yakni nilai yang dibentuk dari bawah, terdiri daripada nilai yang sesuai dan relevan dengan kepakaran dan operasi organisasi berkenaan, yang akan mendukung pencapaian yang dituntut oleh nilai teras. Mekanisme JKP yang ditubuhkan di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah bertanggungjawab menerapkan nilai nilai tersebut.

15. Terdapat lapan terma rujukan yang menjadi panduan JKP, iaitu Perundangan. Sistem dan Prosedur Kerja, Nilai-nilai Murni dan Etika, Kod Etika, Pengiktirafan. Kawalan Dalaman, Tindakan Pengesanan dan Punitif, serta Tindakan Pemulihan. JKP merupakan suatu mekanisme yang berstruktur dengan pelaporan berkala bertujuan memantapkan lagi keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia secara dalaman, menyeluruh, sistematik dan berterusan.

16. Selain daripada penekanan elemen etika dan integriti yang dinyatakan di atas, Kod Etika Hakim (1994) dan Kod Etika Bagi Anggota-Anggota Pentadbiran (1997) juga telah digubal dan diguna pakai. Langkah-langkah Peningkatan Etika dan Integriti dalam Sektor Swasta

17. Sektor swasta adalah pemacu pembangunan dan penjana pertumbuhan ekonomi Malaysia. Isu utama mengenai integriti sektor swasta yang dititikberatkan dewasa ini ialah tadbir urus korporat. Sifat ekonomi Malaysia yang terbuka dan kemakmuran ekonomi selama beberapa dekad ini memberi peluang bukan sahaja kepada sektor swasta luar negara untuk beroperasi di negara ini. tetapi juga untuk sektor swasta dalam negeri beroperasi di pasaran global. Walau bagaimanapun. beberapa peristiwa yang berlaku di peringkat dunia dan di dalam negeri dalam tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan betapa pentingnya tadbir urus terbaik dijadikan prinsip yang menjiwai syarikat serta membimbing perlakuan para pegawainya. Prinsip ini menggariskan

bagaimana para pegawai tersebut harus bertingkah laku dan bertanggungjawab terhadap para pelabur dan pihak berkepentingan yang lain. Pelbagai skandal dan penyelewengan yang melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan menunjukkan betapa pentingnya isu tadbir urus terbaik dilaksanakan.

18. Salah satu masalah yang menjejaskan integriti sektor swasta ialah penglibatannya dengan gejala rasuah. Sektor swasta kerap dilihat sebagai pemberi rasuah manakala penjawat awam dilihat sebagai penerima rasuah. Walau bagaimanapun, gejala rasuah sama ada dalam bentuk memberi dan menerima juga berlaku dalam sektor swasta. Memandangkan betapa seriusnya masalah ini, satu konvensyen antarabangsa, iaitu Organization for Economic Cooperation Development (OECD) Anti-Bribery Convention telah ditandatangani oleh 35 buah negara pada 1999 untuk menangani dan mencegah amalan pemberian rasuah oleh syarikat multinasional dan meningkatkan integriti mereka. Konvensyen ini mengharamkan tindakan menyogok oleh syarikat-syarikat tersebut.

19. Namun begitu, usaha mence~ah gejala rasuah dalam sektor swasta masih tidak mencukupi. Setakat ini masih belum terdapat tindakan undang undang yang cukup berkesan diambil oleh negara-negara penandatangan Konvensyen berkenaan terhadap pelbagai syarikat dan pegawai mereka yang memberi dan menerima rasuah. Pad a masa yang sama, gejala jenayah korporat yang lain seperti penipuan telah menjejaskan kredibiliti dan integriti sektor tersebut di kalangan pelabur dan juga anggota masyarakat. Justeru, usaha meningkatkan integriti sektor korporat menjadi amat penting.

20. Gejala-gejala di atas menegaskan satu hakikat pokok, iaitu betapa pentingnya prinsip tadbir urus terbaik menjadi nadi dan jiwa sektor korporat. la juga menunjukkan betapa pentingnya pengawasan dan penguatkuasaan oleh institusi yang berkuasa seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas sektor tersebut agar gejala semacam ini dapat dibendung, integriti ditingkatkan dan kemakmuran ekonomi dapat dikekalkan.

21. Sementara Jawatankuasa Keutuhan pengurusan (JKP) merupakan mekanisme sektor awam untuk menangani isu etika dan integriti dalam perkhidmatan awam dan Kerajaan, sektor swasta tidak mempunyai mekanisme yang sama. Namun, satu langkah positif telah diambil oleh Kementerian Kewangan dengan menubuhkan Jawatankuasa Kewangan Tingkat Tinggi (High Level Finance Committee) pad a 1998 sejurus selepas krisis kewangan 1997.

22. Hasil inisiatif tersebut, satu kod mengenai tadbir urus korporat yang dikenali sebagai Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) telah diterbitkan pad a Mac tahun 2000. Walaupun pad a mulanya MCCG tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak swasta, keadaan berubah sejak Januari 2001 apabila Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB) menguatkuasakan Revamped Listing Requirements dan menerimapakai kod ini. Oalam syarat penyenaraian bagi syarikat, MSEB tidak menjadikan kepatuhan pada prinsip dan amalan terbaik dalam MCCG sebagai syarat mandatori. Walau bagaimanapun, semua syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dituntut supaya bersifat telus dengan melakukandisclosures seperti yang dituntut dalam syarat penyenaraian atau Listing Requirements. Mereka diwajibkan membuat laporan mengenai pelbagai perkara seperti yang dituntut oleh syarat penyenaraian.

23. Setiap syarikat dalam Laporan Tahunan masing-masing dikehendaki memasukkan Kenyataan Mengenai Tadbir Urus Korporat yang melaporkan bagaimana prinsip-prinsip dalam kod MCCG diterapkan serta seta kat mana amalan terbaik dalam kod ini dipatuhi. Sekiranya amalan terbaik ini tidak dipatuhi, maka syarikat diperlukan membuat penjelasan dan menerangkan amalan alternatif yang mereka laksanakan. Dengan cara ini, syarikat terpaksa meningkatkan ketelusan dan pertanggungjawabannya.

24. Dalam sektor kewangan pult Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Pelan Induk Ke Arah Masa pepan Yang Lebih Terjamin pada bulan Mac 2001. Pelan induk ini memberikan hala tuju sistem kewangan bagi tempoh sepuluh tahun sehingga 2010. Objektif pelan ini adalah untuk mewujudkan sistem kewangan yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik dengan amalan-amalan terbaik yang mampu memenuhi permintaan pengguna dan perniagaan yang semakin canggih. Sistem ini juga harus dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, serta cabaran globalisasi dan liberalisasi.

25. Selain itu, satu himpunan etika dalam bidang perniagaan yang dikenali sebagai Rukuniaga Malaysia juga telah digubal dan diterimapakai oleh Kementerian Perdagangan Oalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak tahun 2002. Rukuniaga Malaysia menggariskan enam prinsip dalam urusan perniagaan iaitu: Berlaku benar dalam amalan perniagaan; Bertanggungjawab kepada pelanggan, masyarakat dan persekitaran; Berperikemanusiaan kepada semua insan; Kesederhanaan tingkah laku dalam perniagaan; Saksama terhadap pelanggan; dan Kesungguhan menjayakan perniagaan. Sebilangan syarikat telah menerima Rukuniaga Malaysia sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka. Langkah-langkah Peningkatan Etika dan Integriti dalam Sektor Lain

26. Sejumlah badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) juga telah menggubal kod etika masing-masing untuk memastikan peningkatan etika dan integriti dalam organisasi mereka. Badanbadan profesional di Malaysia, misalnya, Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Persatuan Akauntan Bertauliah, Lembaga Arkitek Malaysia dan lain-lain mempunyai kod etika masing masing yang perlu dipatuhi oleh pengamal profesion berkenaan. Bahkan, para pelajar institusi pengajian tinggi dalam profesion berdaftar seperti perubatan, kejuruteraan dan undang-undang juga perlu mengikuti kursus etika sebagai syarat bagi mereka mendapat kelulusan dalam bidang itu dan menjadi pengamalnya.

27. Selain itu, persatuan pengguna, pertubuhan perguruan, pertubuhan pemberi khidmat penjagaan dan pertubuhan alam sekitar juga telah menggubal kod etika mereka. Juga, terdapat badan-badan lain di kalangan masyarakat sivil yang memantau pelaksanaan etika dalam beberapa bidang seperti hak asasi manusia, tadbir urus terbaik dan ketelusan, serta amalan pilihan raya dan demokrasi di Malaysia. Kesemua ini menunjukkan bahawa kesedaran dan komitmen terhadap etika dan integriti di kalangan pelbagai sektor masyarakat Malaysia semakin meningkat. Perlunya Satu Mekanisme Menyeluruh

28. Apa yang nyata daripada huraian di atas ialah usaha peningkatan etika dan integriti masih merupakan usaha yang tidak bersepadu, tidak menyeluruh, dan bergerak secara bersendirian tanpa sinergi semua sektor untuk melaksanakannya. Oleh yang demikian, suatu mekanisme menyeluruh

yang merangkumi semua sektor perlu dibentuk dan agenda integritinya dilaksanakan secara berkoordinasi.

29. Untuk tujuan itu, suatu peranc,ngan menyeluruh yang dikenali sebagai Pelan Integriti Nasional (PIN dibentuk dengan memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. Semua pihak iaitu Kerajaan, swasta, parti politik, institusi agama, kesatuan sekerja, NGO, wanita, media, belia, pelajar dan golong an lain dalam masyarakat dari setiap pelusuk negara, secara keseluruhannya perlu meningkatkan kefahaman dan komitmen mereka terhadap integriti .

30. Seiring dengan penggubalan PIN, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan. IIM adalah mekanisme yang mengkoordinasikan pelaksanaan PIN. Kesimpulan

31. Gerakan pemantapan integriti semua lapisan masyarakat dibimbing oleh PIN dan dikoordinasikan pelaksanaannya oleh IIM. Gerakan ini terus menjadi inspirasi dan kekuatan bagi membina Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai