Anda di halaman 1dari 1

UNIT 5 BERHEMAH TINGGI, TINGGI HIKMAHNYA

1. Nilai:  Hemah tinggi


2. Penerangan nilai:  Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
3. Kita perlu mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang mulia ketika berada di perantauan
kerana kita membawa imej negara.
4. Ciri-ciri seseorang yang berhemah tinggi ialah:
a. berbudi bahasa dalam interaksi, berkelakuan sopan, ramah tamah, mudah
menyesuaikan diri dalam situasi baru dan tidak memilih status dalam pergaulan.
5. Dalam menghadiri sesuatu situasi sosial seperti:- majlis perkahwinan, majlis suai kenal, majli
rasmi lain, seseorang perlu :
a. Mengamalkan budi pekerti mulia
b. Menggunakan bahasa yang sopan
c. Menunjukkan minat terhadap perkara yang dibincangkan/ dilangsungkan
d. Menghormati pendapat orang lain dalam majlis jika sedang berbincang
e. Tidak menyinggung perasaan orang lain

6. Kemahiran sosial harus diamalkan kerana:


a. Untuk menjaga perasaan orang lain
b. Untuk menjaga maruah diri dan maruah orang lain.
c. Supaya dapat diterima dan dihormati orang lain
d. Untuk menjalinkan hubungan yang mesra dengan orang lain/mudah mendapat kenal
baru
e. Seseorang lebih berkeyakinan diri untuk berinteraksi dengan orang lain
membantu seseorang untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru

Anda mungkin juga menyukai