Anda di halaman 1dari 4

Senarai 25 RASUL pilihan:,,,,,,,,.

1-Nabi Adam Alaihissalaam.


Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda. Mulanya
tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke Dunia.

2 2. Nabi Idris Alaihissalaam.


Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis, membaca,
ilmu falak dan jahit menjahit.

3 3. Nabi Nuh Alaihissalaam.


Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya yang
ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.

4 4. Nabi Hud Alaihissalaam.


Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt membinasakan
kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.

5. Nabi Soleh Alaihissalaam.


Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan Syam. Allah
memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.

6 6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.


Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar dengan
‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir.

7 7. Nabi Luth Alaihissalaam


Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan). Allah swt
menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang membinasakan mereka.

8 8. Nabi Ismail Alaihissalaam.


Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah.
Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.

9 9. Nabi Ishak Alaihissalaam.


Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan di
Hibrun, Palestin.

1 10 Nabi Ya’kub Alaihissalaam.


Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada penduduk
negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam. Dimakamkan di Hibrun
bersebelah bapanya.

1 11 Nabi Yusuf Alaihissalaam.


Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang, dan
sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan bijaksana.

1 12 Nabi Ayub Alaihissalaam.


Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang bertaqwa
dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang berat bertahun-
tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.

1 13 Nabi Zulkifli Alaihissalaam


Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal nama
baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di siang hari dan
beribadat pada waktu malam.

1 14. Nabi Syuib Alaihissalaam


Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap
mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir yang
sangat dasyat.

1 15. Nabi Musa Alaihissalaam


Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri Firaun. Firaun
menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.

1 16. Nabi Harun Alaihissalaam


Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.

1 17. Nabi Daud Alaihissalaam


Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan.
Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sam
puteranya Nabi Sulaiman

1 18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam


Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami bahasa
binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin dengannya.

1 19. Nabi Ilyas Alaihissalaam


Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda berdakwah
kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.

2 20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam


Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah baginda
meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala kesenangan yang
dinikmati.

2 21. Nabi Yunus Alaihissalaam


Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima dakwahnya,
baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami masalah, dan baginda
terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada karam. Baginda di telan ikan
nun (paus).

2 22. Nabi Zakaria Alaihissalaam


Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya dikurniakan
zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan Yahya (hidup).
Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.

2 23. Nabi Yahya Alaihissalaam


Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa, berbudi
bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi mempertahankan hukum Allah.

2 24. Nabi Isa Alaihissalaam


Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap ketika
masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan dakwahnya cuba
untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi untuk menegakkan
kebenaran.

25. Nabi Muhammad S.A.W.
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia 40 tahun.
Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum Musyrikin Mekah.
Baginda wafat di kota Madinah.

Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih hebat
berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:

1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Pls SHARE

Anda mungkin juga menyukai