Anda di halaman 1dari 27
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MENSERVIS PERALATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

SUKATAN PELAJARAN MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK TINGKATAN EMPAT DAN LIMA Pusat Perkembangan Kurikulum

TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK TINGKATAN EMPAT DAN LIMA Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

2002

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian

Pendahuluan

1

Matlamat

1

Objektif

2

Organisasi Kandungan

2

Pendekatan Dan Penekanan

3

Pemetaan Kandungan

5

Format Huraian

6

Huraian Tingkatan Empat

7

Huraian Tingkatan Lima

16

KATA PENGANTAR

Para 1 (kosong)

Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.

Para 3 (kosong)

( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

PENDAHULUAN

Apakah

Mata

Pelajaran

Menservis

Peralatan

Elektrik

Domestik?

Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang elektrik elektronik.

Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.

Dalam kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik, murid didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa, keperluan tenaga mahir, prospek

kerjaya, keselamatan, peraturan, undang-undang, etika dan budaya kerja. Mereka dilatih menggunakan peralatan ujian, mengendalikan litar asas elektrik seperti bekalan kuasa, bahagian kawalan dan beban litar. Seterusnya kemahiran asas murid ini dipertingkatkan kepada tahap menservis pelbagai peralatan elektrik domestik yang meliputi mengendali, mengesan dan mengganti komponen yang rosak. Jenis peralatan elektrik domestik yang diserviskan termasuk kipas, mesin pengisar, seterika, cerek, pembakar roti, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk.

Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

MATLAMAT

Matlamat

Mata

Pelajaran

Menservis

Peralatan

Elektrik

Domestik

Matlamat mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran membaik pulih dan menyenggara peralatan elektrik domestik dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam bidang perkakasan elektrik.

OBJEKTIF

Objektif

Mata

Pelajaran

Menservis

Peralatan

Elektrik

Domestik

Kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk membolehkan murid :

1. Menyenggara peralatan elektrik domestik

2.

Mencari

elektrik domestik

Melakukan

domestik

dan

mengesan

kerosakan

peralatan

elektrik

3.

kerja

pengujian

peralatan

4. Mengganti komponen dan membaik pulih peralatan elektrik domestik

5. Mengenal pasti litar bekalan kuasa dan sistem kawalan peralatan elektrik domestik

6. Menggunakan alatan tangan dan peralatan ujian dengan cara yang betul dan berkesan serta menyenggara peralatan bengkel

7. Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas jika perlu semasa menservis peralatan elektrik domestik

8. Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti bekerjasama, ingin mencuba, bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan berkesan

9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan meminati bidang keusahawanan serta sedar tentang keperluan tenaga mahir dalam bidang menservis peralatan elektrik domestik.

ORGANISASI KANDUNGAN

Rangka Konsep
Rangka
Konsep

Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:

RANGKA KONSEP Usahawan Pekerja m ahir m enservis PED KEM AH IRAN ASAS LANJUTAN M
RANGKA KONSEP
Usahawan
Pekerja m ahir
m enservis
PED
KEM AH IRAN
ASAS
LANJUTAN
M ENSERVIS
PERALATAN
ELEKTRIK
D OM ESTIK
KEM AH IRAN
ASAS
M ENSERVIS
PERALATAN
ELEKTRIK
D OM ESTIK

Diskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Menservis

kerosakan

dan

menyenggara

peralatan

elektrik

Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti berikut:

domestik.

1.

Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektirk Domestik

Bidang pembelajaran ini merangkumi unit pembelajaran mengenai mengendalikan peralatan ujian, komponen peralatan elektrik dan sistem litar yang terdiri daripada bekalan, kawalan dan beban kuasa. Murid juga didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan tenaga mahir dalam bidang Menservis Peralatan Elektrik Domestik. Selain daripada itu murid didedahkan kepada peluang kerjaya, prosedur dan undang-undang dalam dunia pekerjaan serta dipupuk dengan pembentukan etika dan budaya kerja yang cemerlang. Di akhir bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran dalam mengenal pasti kerosakan dan memahami fungsi komponen peralatan elektrik domestik.

2.

Kemahiran

Elektrik Domestik

Asas

Lanjutan

Menservis

Peralatan

Bidang pembelajaran ini adalah lanjutan daripada bidang pembelajaran pertama dan murid mengaplikasikan kemahiran di bidang kendalian litar, mengesan kerosakan dan menservis peralatan elektrik domestik seperti loceng pintu, mesin pengisar, kipas, pembakar roti, seterika, cerek elektrik, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk. Murid juga dapat menguasai kemahiran mengurus inventori dan penstoran. Di akhir bidang pembelajaran ini murid akan berkeupayaan membaik pulih

3.

Keusahawanan

Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran membuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbing membuat perancangan perniagaan yang mudah dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri berasaskan elektrik dan elektronik.

PENDEKATAN DAN PENEKANAN

Kemahiran

melalui

Latihan

Amali

Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Teori asas elektrik yang berkenaan diaplikasikan semasa murid menguasai kemahiran asas membaiki peralatan elektrik domestik. Dalam mengendalikan kelas, penggabung jalinan perlu diadakan di antara bidang pembelajaran Keusahawanan dan bidang pembelajaran mengenai kemahiran menservis bagi membolehkan murid berdikari dan memajukan diri semasa menceburi industri berasaskan elektrik dan elektronik .

Kemahiran

yang

Relevan

Kemahiran yang Relevan Nilai Murni

Nilai Murni

Saiz Kelas
Saiz Kelas

Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri berasaskan elektrik dan elektronik serta relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik mestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.

Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan dan dipatuhi semasa berada di bengkel pembinaan maupun semasa menjalankan kerja amali di kawasan luar. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia bengkel pembinaan maupun semasa menjalankan kerja amali di kawasan luar. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja hendaklah dijalankan secara berjadual oleh murid bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid dan sifat kepimpinan mereka.

Teknologi

Maklumat

dan

Komunikasi

Tunjuk Cara Modul Pembelajaran
Tunjuk
Cara
Modul
Pembelajaran

Murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini di bidang industri berasaskan elektrik dan elektronik seperti pengeluaran peralatan elektrik yang baru, reka bentuk komponen yang digunakan serta sumber bagi mendapatkan bahan komponen terkini di pasaran. Kemahiran ICT murid diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik.

Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.

Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.

PEMETAAN KANDUNGAN

Pemetaan Kandungan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Pemetaan
Kandungan
Tingkatan 4
dan
Tingkatan 5

Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.

untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran. Bilangan Masa pengajaran mata pelajaran Menservis

Bilangan

Masa pengajaran

mata pelajaran Menservis Peralatan

Waktu

Elektrik Domestik ialah dua belas waktu seminggu yang

Seminggu

mana setiap waktu ialah empat puluh minit.

Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik

 

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

(minggu)

(minggu)

1.

Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik

( 35 )

 
 

1.1 Pengenalan

2

 
 

a. Perkembangan teknologi semasa

 
 

b. Prospek kerjaya

 
 

c. Kepentingan amalan

 

keselamatan

 

d. Peraturan dan undang-undang kerja

 
 

e. Etika dan budaya kerja

 
 

1.2 Peralatan ujian

2

 
 

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

(minggu)

(minggu)

 

a.

Pena ujian

 
 

b.

Meter pelbagai

 
 

c.

Penguji tebatan

 

1.3 Komponen asas elektrik

5

 
 

a.

Fungsi

 
 

b.

Penggunaan

 
 

c.

Pengujian komponen

 

1.4 Litar bekalan kuasa

6

 
 

a. Arus ulang alik (AC)

 
 

b. Arus terus (DC)

 

1.5 Sistem kawalan

8

 
 

a. Manual

 
 

b. Automatik

 

1.6 Beban

 

12

 
 

a. Pemanas

 
 

b. Motor

 
 

c. Transduser

 
 

d. Injap solenoid

 
 

e. Mentol atau lampu

 

2.

Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik

 

( 33 )

2.1 Asas kendalian peralatan elektrik domestik

 

15

 

a. Pengendalian peralatan

 

 

b. Binaan

 

 

c. Manual

 

2.2 Mengesan kerosakan dan baik pulih

 

15

 

a. Simptom kerosakan

 

 

b. Langkah mengesan kerosakan

 

 

c. Menganalisis dapatan

 

 

kerosakan

 

d. Prosedur baik pulih

 

 

TINGKATAN 4

TINGKATAN 5

BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN

(minggu)

(minggu)

 

2.3

Penyenggaraan peralatan elektrik

 

3

 

a. Cara perolehan

 

 

b. Sistem penstoran

 

 

c. Penyenggaraan

 

3.

Keusahawanan

 

( 2 )

 

3.1 Kemahiran berkomunikasi

 

 

3.2 Kemahiran membuat keputusan

 

 

3.3 Rancangan perniagaan

 

 

3.4 Agensi yang membantu usahawan

 

 

3.5 Pemasaran

 

 

JUMLAH

35 minggu

35 minggu

FORMAT HURAIAN

Tiga lajur
Tiga lajur
Bidang, Unit dan Tajuk Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran
Bidang, Unit
dan Tajuk
Pembelajaran
Hasil
Pembelajaran
Cadangan
Aktiviti
Pembelajaran

Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan. Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.

Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.

Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK TINGKATAN EMPAT

TINGKATAN EMPAT

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.

Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik

   

Cadangan peruntukan masa ialah 35 minggu)

(

1.1

Pengenalan

Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

(

a. Perkembangan teknologi semasa

Menerangkan beberapa contoh perkembangan teknologi semasa

Lawatan industri, tayangan video, melayari internet untuk mendapatkan maklumat produk terkini seperti cerek elektrik tanpa wayar dan teknologi yang digunakan serta prospek kerjaya.

b. Prospek kerjaya

Mengenal pasti peluang dalam kerjaya membaik pulih peralatan elektrik domestik

Menyedari tentang wujudnya keperluan tenaga mahir dalam kerja baik pulih.

 

Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998.

c. Kepentingan amalan keselamatan

Memberi pertolongan cemas bila diperlukan Menggunakan peralatan memadam kebakaran mengikut keperluan

Tunjuk cara penggunaan alatan keselamatan

1. Murid mengkaji dan membincangkan peraturan bengkel, akta-akta dan undang-undang

 

2. Murid mengkaji dan membincangkan standard kualiti minimum sebagai seorang pekerja.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Peraturan dan undang-undang kerja

Menyatakan akta dan undang- undang yang berkaitan dengan pekerja

Perbincangan mengenai akta dan undang- undang yang berkaitan dengan pekerja. Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

e. Etika dan budaya kerja

Menepati masa dan sentiasa berusaha memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur

Berbincang sebab-sebab perlunya mengamalkan etika kerja.

 

Mematuhi jadual tugasan dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.

Sentiasa memakai pakaian kerja, alat perlindungan keselamatan dan menjalankan kerja membersih seperti yang dijadualkan.

Guru memberikan helaian tugasan dan menetapkan masa untuk murid menyiapkan tugasan yang diberi.

Menyiapkan kerja yang berkualiti dalam masa yang ditetapkan

Murid sentiasa diingatkan agar mematuhi tahap kualiti hasil kerja (individu dan kumpulan) yang telah ditetapkan.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.2 Peralatan ujian ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

   

a. Pena ujian

Menggunakan pena ujian untuk menentukan talian hidup dan neutral

Menguji talian AU 240V.

Mengamalkan langkah keselamatan menggunakan pena ujian

b. Meter pelbagai

 

i. Julat dan skala

Memilih fungsi meter yang dikehendaki Memilih julat meter yang sesuai

Tunjuk cara menggunakan meter pelbagai untuk mengukur voltan DC, AC, arus dan rintangan.

ii. Pengukuran

Menyambung meter dengan kekutuban yang betul Membaca nilai pengukuran pada skala

 

iii. Langkah keselamatan

Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan meter pelbagai

Merekodkan hasil penggukuran.

c. Penguji tebatan

 

i. Julat dan skala

Menentukan julat dan skala yang sesuai

ii. Pengujian

Melakukan pengujian dengan kaedah yang betul

Tunjuk cara menggunakan meter tebatan.

iii. Langkah keselamatan

Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan penguji tebatan

Latihan pengujian.

 

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.3

Komponen asas elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)

   

a. Fungsi

Menerangkan fungsi komponen asas elektrik Mengenal pasti penggunaan komponen asas elektrik

Fungsi dan penggunaan komponen asas elektrik seperti perintang, pemuat, fius, diod, gegelung, alat pengubah dan transistor.

b. Penggunaan

c.Pengujian komponen

 
 

Mengenal pasti kekutupan pemuat, diod dan transistor Membezakan komponen baik atau rosak dengan menggunakan meter pelbagai

Menguji kerosakan komponen pada peralatan elektrik.

Mengukur nilai komponen dengan menggunakan meter pelbagai

Menggabungkan beberapa perintang untuk mendapatkan nilai rintangan yang dikehendaki.

Menyatakan nilai perintang berdasarkan kod warna

Murid membaca kod warna perintang.

 

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.4

Litar bekalan kuasa ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu)

   

a. Arus ulang alik (AC)

Menentukan litar bekalan kuasa AC Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betul Menentukan punca tamatan Melakukan ujian kekutuban Melakukan ujian keterusan Melakukan ujian kefungsian

Menyambung extension cord.

 

Menguji litar penyambung extension cord berfungsi atau tidak. Mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berlaku kemalangan. AMARAN Bekalan kuasa AC boleh mengakibatkan kecederaan seperti melecur, terbakar dan renjatan.

Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan

 

b. Arus terus (DC)

Mengenal pasti sumber bekalan kuasa arus terus (DC) Menentukan litar bekalan kuasa DC Membezakan antara bekalan kuasa AC dan DC Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betul Menentukan punca tamatan Melakukan ujian kekutuban, keterusan dan kefungsian Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan

Menyambung sel kering dan sel basah dalam litar siri dan selari. Membina litar bekalan kuasa DC teratur (Regulated Power Supply) 0 - 30V .

 

 

 

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

1.5

Sistem kawalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)

   

a. Manual

i. Jenis suis

Menentukan jenis binaan suis kawalan manual (togol, tekan, sentuh, gelansar, pisau) Menentukan jenis suis berasaskan fungsi nya

Melukis simbol skematik jenis-jenis suis.

 

 

ii. Simbol

Melukis simbol suis kawalan manual yang biasa digunakan

iii. Pengujian

Menentukan tamatan suis, lazim tutup (NC), lazim buka (NO) dan sepunya (C) Menguji keterusan suis menggunakan meter pelbagai

 

Menguji kefungsian suis.

 

iv. Penggunaan dalam litar

Menggunakan suis yang betul dalam penyelesaian masalah yang berkaitan

Menyambung suis dalam litar secara kekal dan sementara.

   

Contoh aktiviti penyelesaian masalah ialah murid mengumpulkan maklumat dan data melalui pemerhatian, lawatan, pembacaan, penerokaan internet, penyelidikan dengan bimbingan guru mengenai sistem kawalan manual.

 

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

 

b.

Automatik

   
 

i. Jenis sensor

Mengenal pasti jenis sensor

Sensor yang elok digunakan ialah sensor haba, cahaya, masa, ultrasonik, gerakan dan imbangan. Memasang litar dengan menggunakan sensor:

ii. Simbol

 
 

Melukiskan simbol sensor

 

iii. Pengujian dan penggunaan

 

- Sensor haba iaitu termostat dawai atau logam (untuk mengesan panas) dan rerambut (untuk mengesan sejuk).

- Sensor cahaya iaitu sel foto, perintang peka cahaya (LDR), transistor foto dan diod foto.

 

Menggunakan sensor untuk mengawal litar

 

- Pemasa iaitu pemasa mekanikal dan pemasa elektrik.

1.6

Beban ( Cadangan peruntukan masa ialah 12 minggu)

a.

Pemanas

 

i.

Jenis

Memilih jenis elemen pemanas yang sesuai dengan kegunaan

Perbincangan binaan elemen pemanas dan kendalian.

ii.

Penyambungan

Membuat penyambungan litar elemen pemanas

Memasang dan menyambung elemen pemanas dalam litar kawalan haba.

iii.

Pengujian

Menguji kefungsian elemen pemanas dalam litar kawalan haba

Menguji elemen pemanas dengan menggunakan meter pelbagai.

 

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

 

b.

Motor

   
 

i. Jenis

Membezakan pelbagai jenis motor elektrik Memilih motor yang sesuai dengan kegunaan

Perbincangan binaan dan kendalian motor elektrik.

 

 

ii. Pengujian

Menguji kefungsian motor

iii. Penyambungan

Menyambung motor dalam litar kawalan laju, masa dan arah

Membuat projek menggunakan motor elektrik yang mengandungi litar kawalan laju, masa dan arah.

c.

Transduser

 

i. Jenis

Membezakan pelbagai jenis transduser Memilih transduser yang sesuai dengan kegunaan

Penbincangan binaan dan kendalian tranduser.

 

 

ii. Pengujian

Menguji kefungsian transduser

Membuat projek menggunakan buzer, pembesar suara dalam salah satu litar kawalan masa, sentuh atau cahaya termasuk litar pegang (hold circuit ).

iii. Penyambungan

Menyambung transduser dalam litar kawalan masa, sentuh dan cahaya

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

d. Injap solenoid

   

i. Jenis

Memilih injap solenoid yang sesuai dengan kegunaan

Perbincangan binaan dan kendalian injap solenoid.

ii.Pengujian

Menguji kefungsian injap solenoid

Membuat projek menggunakan injap solenoid.

iii. Penyambungan

Menyambung injap solenoid dalam litar kawalan masa dan had

Contoh Projek:

Litar kawalan siraman pokok.

e. Mentol atau lampu

 

i. Jenis

Memilih mentol yang sesuai dengan kegunaan

Perbincangan binaan dan kegunaan mentol.

ii. Pengujian

Menguji kefungsian lampu

iii. Penyambungan

Menyambung mentol dalam litar kawalan manual dan automatik

Membuat penyambungan litar menggunakan mentol dengan kawalan manual dan automatik.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK TINGKATAN LIMA

TINGKATAN LIMA

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik (Cadangan peruntukan masa ialah 33 minggu)

   

2.1 Asas kendalian peralatan elektrik domestik ( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu)

a. Pengendalian peralatan

Mengendalikan peralatan berpandukan manual pengguna

b. Binaan

 

i. Rajah blok

Mengenal pasti komponen dan kendalian peralatan Melakar gambarajah blok bahagian dalam peralatan Melukis lukisan bergambar sambungan

Murid merekod hasil kendalian peralatan. Sumber yang diperlukan ialah set peralatan tangan dan ujian, manual servis bagi peralatan elektrik domestik seperti periuk nasi, seterika, mesin pengisar, ketuhar elektrik, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, cerek elektrik, kipas meja, kipas siling, penyedut hampagas, mesin basuh semi automatik dan automatik, pam air, pengering rambut, peti sejuk, pemanas air mandi, loceng pintu dan pengadun makanan.

ii. Lukisan bergambar

iii. Litar skematik

komponen Melukis gambarajah skematik

c. Manual

Menggunakan manual pengguna dan manual servis dengan berkesan

 

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.2

Mengesan kerosakan dan baik pulih ( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu)

   

a. Simptom kerosakan

Mengenali dan menyatakan tanda kerosakan

Tunjuk cara mengesan kerosakan pada peralatan elektrik yang rosak.

 

Meramalkan bahagian yang rosak

 

b. Langkah mengesan kerosakan

Mengesan kerosakan melalui pemerhatian fizikal Mengesan kerosakan dengan menggunakan peralatan ujian

Murid melakukan kerja mengesan kerosakan dan baik pulih mengikut prosedur.

 

 

c. Menganalisis dapatan kerosakan

Menentukan jenis kerosakan

d. Prosedur baik pulih

Komponen ganti mestilah mempunyai spesifikasi yang sama dengan komponen asal (Rujuk Servis Manual).

 

Menulis laporan kerosakan Menanggalkan komponen yang rosak Menentukan spesifikasi komponen yang rosak Mengganti komponen yang rosak Menguji kefungsian peralatan selepas dibaik pulih Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja baik pulih

 

 

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

2.3

Penyenggaraan peralatan elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu)

   

a. Cara perolehan

Melengkapkan borang pesanan Menerima dan mengesahkan penerimaan bahan dan peralatan Merekod perolehan bahan dan peralatan mengikut kategori dalam buku stok

Latihan membuat pesanan untuk perolehan bahan dan peralatan.

 

 
 

b. Sistem penstoran

Menyimpan dan mengawal bahan dan alatan

Sistem penstoran termasuk inventori (rekod penyimpanan alat), bahan habis guna, kunci dan alatan tangan.

c.Penyenggaraan

Merekodkan tarikh dan aktiviti penyenggaraan

Melakukan kerja penyenggaraan cegah berpandukan manual penyenggaraan.

 

Mengamalkan penyenggaraan cegah pada peralatan Menjalankan rutin penyenggaraan

 
 

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

3.

Keusahawanan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )

   

3.1

Kemahiran berkomunikasi

Menyatakan maksud komunikasi

Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.

 

Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan

Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan tayangan video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan menservis peralatan elektrik domestik.

 

Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga yang dipersetujui, kualiti, ketahanan dan tempoh siap.

Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain

Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan ( networking ) dengan pembekal, pekerja dan pelanggan dalam skop perniagaan menservis peralatan elektrik domestik.

3.2

Kemahiran membuat keputusan

Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam projek menservis peralatan elektrik domestik

Langkah membuat keputusan ialah mengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.

BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN

 

HASIL PEMBELAJARAN

 

CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

   

Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai.

Contoh masalah mengenai bekalan bahan, peralatan, kemampuan menyiapkan projek dan tawar menawar harga perkhidmatan. Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.

3.3 Rancangan perniagaan

Mengenal

pasti

tujuan

menyediakan

Sumbangsaran tujuan menyediakan rancangan perniagaan.

rancangan perniagaan

Menyediakan

rancangan

perniagaan

Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek menservis peralatan elektrik domestik.

mudah

3.4 Agensi yang membantu usahawan

Mengenal

pasti

agensi

yang

terlibat

Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensi yang terlibat seperti bimbingan dan latihan oleh MARA dan MEDEC, pelesenan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, infrastruktur oleh UDA dan Majlis Kerajaan Tempatan serta kewangan oleh institusi kewangan berlesen.

dalam membantu usahawan

3.5 Pemasaran

Mengenal pasti cara mempromosikan perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik

Perbincangan cara mempromosi perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik melalui pengiklanan dan kontrak baik pulih peralatan.