Anda di halaman 1dari 1

_

怡保狮尾崇德国民型华文小学
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHUNG TACK,
LEBUH 2, SIMEE, 31400 IPOH, TEL:05-5452464
PERAK DARUL RIDZUAN. TELEFON: 05-5452464

_________________________________________________________________________________________

Jawatankuasa Pasukan Tunas Puteri Ruj Kami : ABC2114/05/11( 4 )


Guru Besar, Tarikh : 8hb Januari 2020
SJK(C)CHUNG TACK,
31400 KG SIMEE,IPOH, PERAK

Tuan/Puan,

KELULUSAN MENUBUHKAN PASUKAN TUNAS PUTERI


Adalah dengan segala hormatnya, perkara di atas dan surat : ABC2114/05/11( 3 )
bertarikh 2 Januari 2020 adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130
Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan
bertarikh 21hb Mei 1998 P.U.(A)196, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pihak tuan
untuk menubuhkan Pasukan Tunas Puteri adalah DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 2 Januari
2020.

3. Semoga dengan penubuhan Pasukan Tunas Puteri pihak tuan dapat melaksanakan tugas
dengan penuh dedikasi. Selain itu, kelulusan ini bukan bermaksud Pasukan Tunas Puteri sudah
boleh bergerak sebagai sebuah unit Persatuan & Kelab yang sah dan berdaftar. Pihak tuan juga
perlu mematuhi peraturan pendaftaran mengikut peraturan badan-badan yang berkaitan.

Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………..
( WONG CHEOW PENG)
Guru Besar
SJK(C) CHUNG TACK, KG SIMEE, IPOH

Anda mungkin juga menyukai