2. Ketua guru penasihat dengan dibantu oleh guru-guru penasihat yang lain diminta untuk menyediakan
latihan/tugasan yang berkait dengan Unit Kokurikulum masing-masing dan bersesuaian dengan masa yang
ditetapkan.
3. Guru penasihat diminta untuk kongsikan latihan/tugasan tersebut didalam ‘Group WhatsApp’ besar sekolah
mengikut sesi atau dalam ‘Group WhatsApp’ guru tingkatan selewat-selewatnya hari Isnin pada minggu
yang ada perjumpaan.
4. Guru tingkatan pula diminta untuk kongsikan latihan yang diberikan oleh guru penasihat ke dalam ‘Group
WhatsApp’ kelas masing-masing selewat-lewatnya hari selasa pada minggu yang ada perjumpaan.
Ini untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mencari bahan atau apa-apa sahaja keperluan untuk
menyiapkan tugasan tersebut.
5. Semasa aktiviti berjalan, semua guru berada dikelas yang telah ditetapkan. Guru yang bukan guru tingkatan
akan membantu guru tingkatan.
6. Semasa pelajar menyiapkan latihan/tugasan, minta jasa baik guru tingkatan untuk mengambil sekurang-
kurangnya 3 gambar untuk tujuan dokumentasi guru penasihat. Gambar itu nanti akan dimuat naik dalam
(e Merbau dan e Koko) dengan mengimbas QR Code yang akan disediakan di dalam setiap kelas,
7. Setiap latihan/tugasan hendaklah mempunyai NAMA, TINGKATAN dan UNIT KOKURIKULUM pelajar
untuk memudahkan rekod kehadiran dilakukan oleh guru penasihat.
8. Selepas tamat waktu, latihan/tugasan tersebut dikumpul mengikut Unit Kokurikulum dan diserahkan kepada
ketua guru penasihat seperti yang dilampirkan. Ketua guru penasihat pula akan mengagihkan
latihan/tugasan kepada guru penasihat lain untuk tujuan mencatat kehadiran pelajar.
9. Guru penasihat diminta mengambil sekurang-kurang 3 gambar latihan/tugasan pelajar dan gambar tersebut
akan disimpan oleh ketua guru penasihat.
10. Semua latihan/tugasan pelajar hendaklah disimpan dengan baik dan setiap kali perjumpaan Buku Rekod
Kokurikulum hendaklah diisi untuk tujuan dokumentasi dan pemantauan dari pihak PPD atau pihak JPN.
11. Perjumpaan seperti ini akan diteruskan sehingga ada pengumuman dari pihak KPM untuk membenarkan
perjumpaan kokurikulum secara bersemuka dibenarkan.
SENARAI NAMA KETUA GURU PENASIHAT
…………………………………….. ………………………………..
(ALHADI BIN EKNI) (JUMARI BIN HASHIM)
PK Kokurikulum, Pengetua,
SMK Merbau, Miri SMK Merbau, Miri.