Anda di halaman 1dari 14

SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)

PACE

SCCG 3143 KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

PUSAT PEMBELAJARAN: KOTA KINABALU

TUGASAN BERPASANGAN

NO NAMA NO HP
MATRIK
257478 MOHD TAUFEEQ BIN MOHD SANI 0196960713
266994 SYARIEFUDDIN MUHD BUKHARI ASNAWI 0168440709

TEMA : ETIKA PROFESIONAL

DATE OF SUBMISSION : 25. JUN. 2022

LECTURER’S NAME : DR NOR ASHIKIN ABDUL RAHMAN

MARKS REMARKS
Isi Kandungan

Pengenalan 1

Ringkasan 3

Analisis 5

Pandangan idea 8

Kesimpulan 10

Rujukan 11
Pengenalan

Dalam sesebuah organisasi, komunikasi antara pekerja merupakan hal yang amat
penting untuk kelangsungan organisasi tersebut. Tambahan itu, kepengurusan ataupun
aspek pengurusan juga tidak kurang pentingnya untuk menjadikan organisasi tersebut
berjalan dalam cara gerak kerja yang optimum dan memberangsangkan. Menurut Wok
et al. (2006), komunikasi merupakan sesuatu yang abstrak dan kompleks dan boleh
berubah mengikut situasi. Hal ini demikian kerana kita boleh menilai sendiri sama ada
sesuatu komunikasi itu mempunyai maksud yang luas, mempunyai tujuan dan kesan
ataupun sebaliknya. Untuk mentakrifkan komunikasi dengan lebih mendalam, terdapat
beberapa dimensi yang digariskan untuk membezakan konsep komunikasi. Dimensi
pertama ialah tahap pemerhatian yang mana dimensi ini menyatakan definisi
komunikasi yang luas atau am, dan terdapat juga definisi komunikasi yang
digambarkan sebagai sesuatu yang sempit ataupun khusus. Definisi komunikasi yang
luas ataupun umum merujuk kepada proses komunikasi tersebut yang boleh
menghubungkan bahagian-bahagian yang berjauhan dan terasing di dunia ini. Definisi
komunikasi yang sempit ataupun khusus pula merujuk kepada kaedah komunikasi
seperti menghantar mesej kepada tentera, arahan menggunakan telefon, radio, telegraf,
radio mahupun kurier. Dimensi kedua ialah tahap tujuan yang mana dimensi ini
menyatakan sama ada definisi komunikasi tersebut memberikan tujuan ataupun niat
komunikator dengan jelas ataupun tidak. Komunikasi merupakan situasi dimana
sumber memberikan mesej kepada penerima dengan sedar yang bertujuan untuk
mempengaruhi perilaku ataupun perlakuan si penerima. Dimensi ketiga ialah tahap
pertimbangan normatif yang menyatakan bahawa definisi komunikasi mempunyai
kenyataan yang merujuk kepada kejayaan ataupun ketepatan proses komunikasi
tersebut. Sebagai contohnya, komunikasi merupakan pertukaran idea atau pandangan
secara lisan, yang mana pertukaran idea ataupun pandangan tersebut diandaikan berjaya
dilaksanakan. Berdasarkan perbincangan dimensi-dimensi tersebut, sememangnya
definisi komunikasi merupakan sesuatu yang kompleks dan tidak dapat digambarkan
hanya dengan sepatah kata.

1
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2022a), kepengurusan membawa
maksud tentang hal-hal yang berkaitan dengan cara menguruskan sesuatu perkara,
selok-belok kerja dan tanggungjawab seseorang pengurus tersebut. Selain itu,
kepengurusan juga merujuk kepada cara ataupun gaya mengurus yang menjangkakan
sesuatu persiapan perlu dilaksanakan terhadap sesuatu perkara tersebut. Apakah pula
perbezaannya antara pengurusan dengan kepengurusan? Menurut Khidmat Nasihat
(2022b), pengurusan merujuk kepada hal-hal mengurus sesuatu organisasi, badan
perniagaan ataupun syarikat manakala kepengurusan pula membawa konotasi hal-hal
yang berkaitan dngan cara untuk mengurus sesuatu.

Topik ataupun tema yang dipilih ialah etika profesional. Menurut Kamus Bahasa
Melayu (2022c), etika merupakan prinsip moral ataupun akhlak mahupun nilai-nilai
akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau suatu kumpulan atau
organisasai pekerjaan. Menurut Ahmad et al. (2009), konsep etika yang berkaitan
dengan amalan profesional lebih tertumpu atau menjurus kepada persoalan perfomatik
etik. Ia berbentuk pengetahuan praktikal seperti yang telah disarankan oleh orang yang
pertama sekali mengkaji mengenai etik iaitu Aristotle.

Untuk tugasan ini, kumpulan kami telah memilih dua artikel jurnal yang berkaitan
dengan topik etika profesional. Artikel jurnal yang pertama ialah Etika Profesional
Dalam Pengurusan Usahawan: Satu Analisis Kajian Lapangan (2018). Artikel jurnal
yang kedua ialah Hubungan Antara Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan
Pelajar Terhadap Amalan Etika Profesional Jurutera (2020).

2
Ringkasan

Artikel jurnal pertama yang dipilih ialah Etika Profesional Dalam Pengurusan
Usahawan: Satu Analisis Kajian Lapangan (2018). Kajian ini mempunyai beberapa
tujuan iaitu untuk mengenal pasti pengetahuan etika profesional dalam kalangan
usahawan, untuk mengenal pasti kesedaran akan kepentingan etika profesional dalam
kalangan usahawan, untuk mengenal pasti bentuk-bentuk etika profesional yang
diamalkan oleh usahawan dan untuk mengenal pasti penyelewengan etika yang berlaku
dalam kalangan usahawan. Rentetan itu, kaedah yang telah digunakan untuk
menjalankan kajian ini ialah dengan menjalankan soal selidik terhadap 48 orang
usahawan yang merangkumi persendirian dan juga organisasi.

Hasil dapatan utama kajian ini telah menunjukkan terdapat aspek positif dan
negatif dalam etika profesional pengurusan dalam kalangan usahawan yang menjadi
subjek dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian yang positif dapat dilihat dari segi
kesedaran para responden untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan sumber
manusia, terutamanya dalam konteks untuk membayar upah pekerja dalam masa
ditetapkan dan konsisten pada setiap bulan. Hasil dapatan yang negatif pula dapat
dilihat dari segi etika profesional pengurusan perniagaan. Hal ini berkaitan dengan
keselamatan dan juga kepentingan kursus etika profesional. Dari segi aspek
keselamatan, rata-rata respon yang diterima berkaitan aspek mengambil langkah
keselamatan dalam kalangan responden menunjukkan dapatan yang tidak memuaskan.
Antara isu utama yang berkaitan dengan keselamatan ialah tidak mengingatkan pekerja
tentang aspek keselamatan, tidak menghantar pekerja mengikuti latihan keselamatan
dan tidak memeriksa pendawaian secara berjadual. Usahawan perlulah menyediakan
tempat kerja yang kondusif dan selamat waima bekerja sendiri kerana sememangnya
malang tidak berbau. Dari segi kepentingan kursus etika profesional pula, responden
kebanyakannya tidak memberikan penekanan terhadap aspek tersebut

3
Artikel jurnal yang kedua ialah Hubungan Antara Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Kesediaan Pelajar Terhadap Amalan Etika Profesional Jurutera (2020).
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor kesediaan pelajar
terhadap pengamalan etika profesional jurutera. Antara hubungan faktor kesediaan
pelajar yang dikaji ialah hubungan faktor pengetahuan, sikap pelajar dan juga
persekitaran pembelajaran. Rentetan itu, kaedah yang telah diguna pakai dalam
menjalankan kajian ini ialah pensampelan rawak mudah terhadap 157 orang pelajar
tahun akhir daripada fakulti kejuruteraan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM). Para responden telah diberikan borang soal selidik yang telah dibuat, diubah
suai dan disahkan oleh pakar. Borang soal selidik tersebut mempunyai tiga bahagian
utama iaitu Bahagian A yang berkaitan dengan demografi, Bahagian B yang berkaitan
dengan pengetahuan bakal jurutera terhadap etika dalam bidang kejuruteraan dan
Bahagian C yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kesiap siagaan
bakal jurutera untuk patuh terhadap amalan etika.

Hasil dapatan utama kajian telah menunjukkan bahawa faktor kesediaan pelajar
dalam aspek pengetahuan, sikap dan persekitaran pembelajaran saling berhubung kait
dengan pengamalan etika kejuruteraan. Kajian ini telah mendapati bahawa faktor yang
paling mendominasi kesediaan pelajar kejuruteraan untuk mengamalkan etika
profesional kejuruteraan ialah faktor pengetahuan. Faktor pengetahuan tersebut
termasuklah teori-teori kejuruteraan dan juga pengetahuan praktikal terhadap sesuatu
kerja.

4
Analisis

Bagi Etika Profesional Dalam Pengurusan Usahawan: Satu Analisis Kajian


Lapangan (2018), hasil dapatan kajian mendapati terdapat 58% daripada responden
yang tahu dan melaksanakan etika profesional. Terdapat 27% daripada responden pula
tidak tahu akan etika profesional tetapi ingin melaksanakannya. 1% daripada responden
pula tahu tetapi tidak mahu melaksanakan etika profesional manakala 13% yang lain
tidak tahu akan etika profesional dan tidak ingin melaksanakannya. Selain itu, bagi
mengenal pasti kesedaran kepentingan etika profesional dalam pengurusan usahawan,
beberapa aspek telah diambil kira seperti peningkatan kemahiran pengurusan
usahawan, peningkatan pembangunan sumber manusia, peningkatan pengurusan
sumber manusia, langkah keselamatan dan kursus kepentingan etika profesional.
Respon daripada responden menunjukkan kesedaran yang sederhana tetapi mereka
mempunyai tekad dan iltizam untuk terus mempertingkatkan lagi kesedaran akan
pentingnya etika profesional.

Disamping itu, terdapat beberapa bentuk penyelewengan yang dapat dikenal pasti
melalui kajian ini, juga dianggap penyelewengan etika bentuk tidak bertulis. Antaranya
ialah pekerja menggunakan hak milik syarikat, menepati janji dengan pelanggan tetapi
secara terpilih, tidak sanggup bekerja lebih masa walaupun dibayar, tidak menghormati
pesaing, tidak mempunyai usaha untuk meningkatkan kemahiran dan tidak
menampilkan personaliti yang menarik. Terdapat juga penyelewengan etika dalam
bentuk lain iaitu rasuah, diskriminasi, gangguan seksual, pecah amanah dan pengurusan
masa yang kurang baik.

Sekiranya kajian ini dibuat lagi di masa hadapan, cadangan untuk


penambahbaikan kajian ialah dengan memperbanyakkan lagi jumlah responden. Hal ini
untuk mengurangkan ralat “bias” yang berlaku. Selain itu, pengkaji juga perlu
mengambil kira tempoh masa usahawan-usahawan tersebut menjalankan perniagaan.
Kita akan dapat melihat kesan amalan etika profesional terhadap sesuatu perniagaan.

5
Hal ini dapat menambah lagi dapatan kajian iaitu hubungan antara amalan etika
profesional dan kelangsungan perniagaan usahawan tersebut.

Bagi Hubungan Antara Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Pelajar


Terhadap Amalan Etika Profesional Jurutera (2020), hasil dapatan kajian menunjukkan
faktor kesiap siagaan pengetahuan merupakan elemen terpenting dalam memastikan
bakal jurutera dapat mematuhi etika profesional dalam bidang kejuruteraan. Selain itu,
terdapat juga hubungan antara kesediaan sikap dan persekitaran pembelajaran.
Berdasarkan dapatan kajian, para bakal jurutera perlulah juga mempunyai persediaan
dari segi sikap untuk mengamalkan etika berkaitan kejuruteraan. Antara sikap yang
dimaksudkan ialah sikap yang sentiasa positif, mempunyai minat untuk belajar secara
praktikal, dan mempunyai persediaan sikap dalam tindakan seperti berterus terang,
jujur serta berintegriti. Keadaan persekitaran pula dapat mempengaruhi nilai dan etika
seseorang individu. Persekitaran tempat kerja seperti rakan sekerja dan peraturan
pekerjaan dapat mencorakkan nilai dan etika dalam diri seseorang individu. Dalam erti
kata yang mudah, apabila seseorang individu merasa selesa dengan keadaan dan
persekitaran tempat kerja, semakin mudah untuk mereka mengamalkan etika
profesional dan sekali gus dapat meningkatkan kualiti kerja mereka.

Daripada hasil dapatan kajian yang telah diperoleh, implikasinya ialah kita dapat
mengetahui bahawa etika profesional penting untuk semua sektor. Walapun kedua-dua
kajian ini dijalankan terhadap golongan yang berbeza, akan tetapi kita dapat
membayangkan perkaitan etika profesional yang terlihat dalam kajian-kajian yang telah
dikupas. Hal ini demikian kerana, hasil dapatan dari aspek yang negatif menunjukkan
kemelut yang dihadapi hampir sama iaitu kurangnya penekanan dalam aspek
keselamatan. Menurut Unit Kesihatan Pekerjaan (2008), tindakan pengurusan
keselamatan seperti memastikan arahan lengkap, memastikan peraturan
dikuatkuasakan dan memastikan hazard yang ada dalam keadaan terkawal perlu
dititikberatkan untuk mengurangkan risiko kemalangan di tempat kerja.

Disamping itu, berdasarkan kupasan-kupasan terhadap dua kajian yang telah

6
diketengahkan, kita juga dapat melihat sumbangan-sumbangan hasil daripada dapatan
kajian. Dengan adanya dapatan kajian yang telah dinyatakan, kita dapat mengetahui
bahawa golongan usahawan kebanyakannya mengamalkan etika profesional.
kebanyakan daripada mereka mengamalkan etika profesional sama ada sedar ataupun
tidak. Kita dapat melihat kelahiran usahawan usahawan yang berjaya seperti Dr. Lee
Yean Wong (X’Mos), Leny Adam (Asianic & Blossom), Noraziza Usman (Inas) dan
Nazim Mohamad Yusoff (EMB Habbatus Sauda) dan tidak dapat dinafikan bahawa
antara faktor signifikan untuk mereka berjaya ialah dengan mengamalkan etika
profesional dalam menjadi usahawan.

7
Pandangan Idea

Berdasarkan artikel yang dikaji, pandangan kami ialah etika profesional


memainkan peranan yang amat penting dalam aspek pembangunan masyarakat. Nilai-
nilai ataupun etika profesional sememangnya dapat meningkatkan mutu kerja sesebuah
organisasi. Hal ini demikian kerana, sekiranya para pekerja memegang etika
profesional sebagai salah satu wadah dalam menjalankan tugas seharian, tidak mustahil
aspirasi untuk menjadikan negara kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara maju dapat dicapai. Dalam menongkah arus modenisasi ini, sesungguhnya
menjadi usahawan bukanlah sesuatu kerja yang wajar dipandang rendah. Persaingan
mendapatkan pekerjaan dalam bidang swasta mahupun kerajaan sangatlah sengit dan
menjadikan profesion usahawan sebagai salah satu alternatif untuk kelangsungan
hidup. Walaupun begitu, tugas sebagai seorang usahawan bukanlah mudah dan disinilah
etika profesional sangat perlu dipraktikkan agar usaha untuk menjadi seorang usahawan
berjaya itu tidak sia-sia. Hal ini demikian kerana, kepengurusan penuh terletak pada
usahawan tersebut sepenuhnya. Dalam konteks komunikasi kepengurusan, apabila
seseorang usahawan semakin berjaya dan memperbesarkan lagi orrganisasinya, maka
etika profesional dan komunikasi kepengurusan sangat berkait rapat disini. Usahawan
tersebut sebagai majikan perlu menyampaikan komunikasi kepengurusan yang
berkesan kepada para pekerja agar mereka dapat mematuhi etika profesional di tempat
kerja dengan sebaiknya.

Salah satu sumbangan yang kita dapat melalui kupasan kajian ini ialah kita dapat
melihat etika profesional yang diamalkan oleh para usahawan secara ataupun tidak.
Lebih separuh daripada keseluruhan responden menyatakan bahawa mereka mematuhi
etika profesional secara sedar ataupun tidak. Rentetan itu, usahawan-usahawan tersebut
berjaya mengekalkan organisasi mereka selama bertahun-tahun dengan komunikasi
kepengurusan yang berkesan dan etika profesional yang diamalkan. Para usahawan
menyatakan bahawa mereka menitikberatkan etika profesional terhadap pekerja
mereka. Dengan pekerja yang mengamalkan etika profesional, menjadikan komunikasi
dua hala antara pekerja dan majikan berlaku dengan efisien. Oleh sebab itu,
8
kepengurusan organisasi mereka juga berjalan secara teratur dan selamat.

Selain itu, kajian yang telah dikupas juga telah menunjukkan bahawa kesediaan
pengetahuan sangat penting untuk seseorang pekerja mengamalkan etika profesional
dalam pekerjaannya. Di dalam kajian yang telah dikupas, kesediaan pengetahuan
seseorang yang bakal menjadi jurutera sangat mempengaruhi kebolehan untuknya
mengikuti atau mematuhi etika profesional. Pada pandangan kami, mempunyai asas
pengetahuan teori terhadap sesuatu pekerjaan dapat melancarkan lagi keberkesanan kita
dalam menjalankan tugas masing-masing. Dengan dapatan kajian yang menyatakan
bahawa, kesanggupan ataupun kebolehan para bakal jurutera untuk mengikuti etika
profesional yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan sangat dipengaruhi dengan
pengetahuan asas kejuruteraan yang mereka miliki, maka pandangan kami tersebut
telah dibuktikan betul dalam satu kajian yang khusus. Dalam konteks komunikasi
kepengurusan, untuk melakukan atau membuat komunikasi yang berkesan antara
jurutera, pengetahuan asas kejuruteraan mereka perlu kukuh. Hal ini demikian kerana,
kerjaya sebagai jurutera merupakan suatu kerjaya yang praktikal dan memerlukan
pelaksanaan secara “hands-on”. Menurut Azilawati (2021), penguasaan komunikasi
yang berkesan di tempat kerja dapat membantu untuk mempertingkatkan lagi
produktiviti, kecekapan, inovasi dan memastikan semua pekerja ada penglibatan.
Kerja-kerja yang memerlukan partisipasi individu sangat memerlukan komunikasi
kepengurusan yang berkesan agar arahan yang disampaikan dapat diterima dengan
betul dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

Melalui kupasan kajian ini sumbangannya yang dapat kita lihat ialah dapatan
kajian yang menyatakan bahawa untuk mereka yakin untuk mematuhi etika profesional,
seseorang bakal jurutera perlulah bersedia dari segi pengetahuan kejuruteraan. Hal ini
berkaitan dengan nilai-nilai kejuruteraan yang juga telah dipelajari oleh mereka
sewaktu menuntut di menara gading. Dalam konteks komunikasi kepengurusan,
pengetahuan tentang nilai-nilai kejuruteraan sangat penting agar komunikasi antara
pekerja lama dan baharu berjalan dengan berkesan. Sekiranya pekerja baharu tidak
mempunyai kesediaan pengetahuan yang cukup, maka komunikasi antara mereka dan
9
pekerja lama boleh berakhir dengan salah informasi, salah tafsir mahupun salah faham.

Kesimpulan

Sebagai intiha bicara, dapatlah disimpulkan bahawa etika profesional sangat


berkait rapat dengan komunikasi kepengurusan dalam mana-mana sektor pekerjaan.
Pekerja yang mengamalkan etika profesional dalam menjalankan pekerjaan seharian
dapat memudahkan komunikasi dua hala antara pekerja dan majikan. Komunikasi dua
hala yang berkesan antara pekerja dan majikan inilah yang akan memudahkan lagi
kepengurusan dalam sesuatu organisasi tersebut. Komunikasi kepengurusan sangat
signifikan untuk memastikan kelangsungan sesuatu organisasi. Hal ini demikian
kerana, penyampaian apa-apa maklumat secara berkesan memerlukan komunikasi yang
efisien. Sekiranya apa-apa maklumat ataupun arahan tidak berlaku secara berkesan,
kesalahfahaman mudah berlaku. Salah faham inilah yang akan menjurus kepada
perselisihan faham. Apabila hal ini sudah terjadi maka sesuatu tempat kerja tersebut
tidak lagi harmoni dan akan menjadi kacau bilau. Kekacauan yang berlaku dimana-
mana tempat tidak pernah berakhir dengan baik, lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di
tempat kerja. Semangat para pekerja untuk bekerja tidak lagi membara maka kualiti
kerja mereka sudah pasti akan merudum. Kemorosotan kualiti kerja akan
mempengaruhi kepengurusan sesuatu organisasi dengan tidak baik. Oleh itu, semua
pekerja perlulah sentiasa mematuhi etika profesional di tempat kerja agar komunikasi
kepengurusan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan efisien.

10
Rujukan

Ahmad, S., Idris, K. & Ismail. A. (2009). Dimensi amalan etika profesional. MALIM 10.
17-38

Azilawati. (2021). Strategi untuk komunikasi ruang kerja yang berkesan. Blog Azilawati.
https://people.utm.my/azilawati/2021/11/28/strategi-untuk-komunikasi-ruang-kerja-yang-
berkesan

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2022a). Kepengurusan. In Pusat Rujukan Persuratan


melayu. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=Kepengurusan

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2022b). Kepengurusan. In Khidmat Nasihat.


https://prpm.dbp.gov.my/Cari?keyword=Kepengurusan&d=175678&#LIHATSINI

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2022c). Etika. In Kamus Bahasa Melayu.


https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=etika&d=123444&#LIHATSINI

Esa, A. (2018). Etika profesional dalam pengurusan usahawan. Satu analisis kajian
lapangan 1(1).1-14

Rahman, N. A., Sulaiman, N. & Mohamed, S. (2020). Hubungan antara faktor-faktor yang
mempengaruhi kesediaan pelajar terhadap amalan etika profesional jurutera. Journal of Human
Capital Development 13(2). 89-102

Unit Kesihatan Pekerjaan Kementerian Kesihatan Malaysia. (2008). Garis panduan


pencegahan kemalangan di tempat kerja (3rd ed.). Unit Kesihatan Penyakit.

Wok, S., Ismail, N. & Hussain, M. Y. (2006). Teori-teori komunikasi. PTS Professional.

11

Anda mungkin juga menyukai