Anda di halaman 1dari 6

Kerancuan bahasa melayu http://www.scribd.

com/doc/3784928/Kerancuan-Bahasa-Melayu-

masyarakat tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala urusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajar menguasai bahasa Melayu baku. 1.2 Objektif Objektif kajian adalah untuk membincangkan bagaimana bentuk kekeliruan atau kerancuan bahasa itu, faktor-faktor yang menyebabkan kerancuan serta kesannya terhadap pembakuan bahasa yang diperjuangkan oleh ahli-ahli bahasa. 1.3 Kaedah Saya menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk beberapa buku yang berkaitan, majalah, melayari internet dan membuat kesimpulan terhadap pandangan penulis buku. 1.4 Batasan Skop kajian tugasan ini hanya memfokuskan kerancuan atau kekacauan dari segi sebutan iaitu pengaruh bahasa ibunda, bahasa pasar dan bahasa dialek. Ia juga memfokuskan kerancuan dari segi tatabahasa iaitu kesilapan penggunaanadalah atau ialah, kata sendi di , kesilapan penggunaan kata dalam ayat seterusnya faktor-faktor penyebab kerancuan tersebut dalam kalangan penutur bahasa Melayu. 2 1.5 Definisi Konsep Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan perkataan kerancuan sebagai " keadaan rancu ( tidak teratur dsb), kekacauan. Manakala pembakuan sebagai " usaha ( tindakan proses) membakukan( menstandardkan). Takrif perkataan kesan ialah sesuatu ( sama ada kebaikan/ keburukan) yang timbul daripada sesuatu kejadian.

Awang Sariyan (1996 : 3 ) Pembakuan Bahasa dapat didefinisikan sebagai usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran ". Dr. Nik Safiah Karim ( 1986) Pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturanperaturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Berdasarkan pendapat di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan bahasa dan kesannya terhadap proses pembakuan bahasa Melayu adalah kekacauan bahasa akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa serta kesan buruk terhadap usaha dalam menstandardkan bahasa Melayu. 3 2.0 KEPELBAGAIAN KERANCUAN DALAM SEBUTAN Menurut Awang Sariyan ( 1994)), bahasa seseorang itu dikatakan baku apabila dia menguasai sistem ejaan, peristilahan, dan kosa kata serta tatabahasa, sebutan dan laras bahasa. Berikut disenaraikan kerancuan dalam bahasa Melayu dari segi sebutan. 2.1 Pengaruh Bahasa Ibunda 2.1.1 Satu daripada kesalahan umum penutur bukan Melayu ialah kegagalan mereka mengenali perbezaan antara bunyi dan e (schwa) semasa membaca dan menulis ( Abdullah Hassan, 1980:28) . Perbezaan antara sepak dan spak adalah jauh berbeza. Begitu juga kebanyakan penutur Cina tidak dapat menyebut bunyi sengau lelangit kerasny dan lelangit lembutng dengan tepat. Oleh sebab ejaan setiap bunyi itu mempunyai dua lambang maka ia sering disebut sebagai dua bunyi. Kadang-kadang penutur Melayu pun ada melakukan kesalahan ini. Kesalahan tersebut sering terjadi apabila huruf gabungny diucapkan sebagai dua bunyi iaitun dany/i, seperti dalambanyak ataubanniak(sepatutnya ba-nyak), (ni-a-mukat au n-ya-muksepatu tn ya nya-muk) dan lain-lain lagi. Dalam halng juga,n diasingkan daripadag seperti dalamung-gu atauun-gu (sepatutnuau-ngu) dantan-gan (sepatutnyatangan) dan lain-lain lagi.

2.1.2 Berikut ialah contoh pengguna bahasa Melayu menggunakan terjemahan langsung, sama ada perkataan demi perkataan ataupun frasa, tanpa mengambil kira struktur bahasa Melayu yang betul. Bahasa Terjemahan Ni hau ma? Awak apa khabar? What is your name? Apa nama awak? Dhosthi kya hai? Persahabatan apakah itu? 2.2 Bahasa Pasar/ Basahan 2.2.1

Bahasa pasar atau basahan adalah bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian. Contohnya, orang Melayu yang memang terkenal dengan sifat merendah diri terbawa-bawa sikap ini ketika berkomunikasi dengan kaum asing. Secara tidak langsung mereka telah menjadi model yang salah kepada orang bukan Melayu. Sebagai contoh, ketika berkomunikasi di pasar, orang Melayu lebih suka menuturkan bahasa Melayu yang bertaraf rendah atau dikenali sebagai bahasa pasar atau

bahasa pidgin (rojak). Tindakan ini menyebabkan kaum asing meniru model yang diperlihatkan kepada mereka. Akhirnya, sampai bila-bila pun kaum asing dalam kelompok tersebut sukar untuk menguasai bahasa Melayu yang betul. 5

2.2.2 Lihat contoh perbualan yang sering diperhatikan di pasar, seperti berikut : Yahya : Tauke, itu ikan parang, belapa halga sekilo? Tauke : Ampat belat. Yahya : Kasi kulanglah, tauke. Tauke : Mana boleh. Sekalang, ikan susah lapat. Yahya : Tak palah, tauke, timbang yang ini, tauke. 2.3 Bahasa Dialek/ Daerah 2.3.1 Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga dialek (dialk) bermaksud

satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Pemilihan kepada penggunaan bahasa daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya di sekolah, guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung

menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan murid lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan 6

bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya. Dalam konteks masyarakat pula, pemilihan penggunaan bahasa dialek atau daerah ini waima dalam situasi-situasi rasmi adalah untuk memudahkan komunikasi dan juga mewujudkan kemesraan sesama mereka. Seharusnya sikap ini dielakkan agar kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dapat dibendung dan usaha pembakuan itu dapat mencapai satu tahap yang membanggakan. 2.3.2 Contoh-contoh bahasa dialek atau daerah yang sering digunakan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu Brunei, (daerah Papar, Sabah) adalah seperti berikut:Bahasa dialek / basahan Baku banar benar basar besar kadai kedai butak botak

karang nanti kan akan/ hendak

Top of Form Bottom of Form

Anda mungkin juga menyukai