Ruj. Kami :
Tarikh : 24 Februari 2022
Ibu bapa/Penjaga,
Pengawas Sekolah 2022,
SK Permas Jaya 1.
Tuan/Puan,
TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS SEKOLAH SK PERMAS JAYA 1 SESI 2022
2.Sukacita dimaklumkan bahawa anak di bawah jagaan tuan/puan yang bernama Rujuk Lampiran 1 telah dilantik
sebagai Pengawas Sekolah SK PERMAS JAYA 1 bagi sesi persekolahan 2022.
3.Sekiranya anak tuan/puan menerima pelantikan ini, tuan/puan perlu menyediakan uniform lengkap
PENGAWAS SEKOLAH iaitu:
Uniform Pengawas Sekolah Murid Lelaki
1) Baju kemeja lengan panjang berwarna hijau muda
2) Seluar berwarna hijau tua
3) Kasut dan stoking berwarna hitam
4) Vest pengawas sekolah berwarna hijau tua
Uniform Pengawas Sekolah Murid Perempuan
1) Baju kemeja lengan panjang berwarna hijau muda
2) Kain kipas belakang berwarna hijau tua
3) Tudung berwarna kuning cair
4) Kasut dan stoking berwarna hitam
Beli dengan pembekal sekolah :
1) Tie Pengawas Sekolah berwarna hijau
2) Tanda Nama ‘Pengawas Sekolah’
4. Sekiranya anak tuan/puan menerima pelantikan ini, tuan/puan diminta untuk menyertai Saluran Telegram
Pengawas Sekolah SKPJ1 di pautan yang akan diberikan melalui guru kelas. Segala program dan makluman
akan dikongsikan menerusi saluran tersebut.
Sehubungan itu, pengawas sekolah yang dilantik perlu memuat turun bahan dan berlatih bacaan doa, bacaan
ikrar serta pengacaraan majlis di pautan yang diberikan.
___________________________
(SITI AISYAH BT ABDULLAH)
Guru Besar,
SK Permas Jaya 1.
Lampiran 2
Kelas : ______________________________________________________
Yang benar,
………………………………………
( )
Lampiran 1
SK PERMAS JAYA 1
Lantikan Baru
Lantikan Lanjutan