Anda di halaman 1dari 28

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 5 April 2007 Masa : 8.00 - 8.

35 pagi Tahun 2 Bilangan Pelajar : 28 orang Mata Pelajaran : Tajuk Pengajaran Bahasa Melayu : Kereta

Pengetahuan sedia ada murid : i. ii. Murid-murid selalu melihat kereta guru dalam kawasan sekolah . Murid-murid mengenali nama jenis kereta .

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid-murid dapat : i. ii. Menyampaikan cerita yang didengar dengan betul . Melengkapkan karangan dengan perkataan yang betul .

Fokus Utama : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata , frasa , ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas .

Aras 2 i. Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul .

Fokus Sampingan : 10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah , menarik dan bermakna .

Aras 2 i. Melengkapkan karangan dengan perkataan yang betul .

Isi Pelajaran : 1. Menonton tayangan CD-ROM dan soal jawab. 2. Melihat gambar kereta dan bersoal jawab . 3. Berbincang dan bercerita. 4. Lembaran kerja dan melengkapkan karangan .

Nilai-nilai Murni : Bekerjasama , bersyukur

Alat Bantu Mengajar : Cakera padat CD-ROM , gambar kereta , lembaran kerja , papan tulis .

Bahan Rujukan : Buku panduan P & P Bahasa Melayu Tahun 2 , Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2 , Buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2 , Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 .

Langkah keselamatan : Berhati-hati menaiki tangga semasa pergi ke bilik tayangan .

Kaedah LANGKAH Isi Pelajaran Penyampaian

Set induksi ( 5 minit )

Isi Pelajaran : Menonton tayangan CD-ROM i. Murid menonton tayangan CD-ROM . ii.Guru meminta murid meneliti kenderaan darat yang mereka biasa lihat . iii. Guru bertanya murid tentang kenderaan apakah yang mereka selalu lihat . iv. Murid memberi jawapan : motosikal , basikal , kereta , lori .. v. Guru menerangkan kepada murid apa yang hendak disampaikan hari ini . bersoal jawab , Penerangan , Media pengajaranCD-ROM

Kaedah LANGKAH Isi Pelajaran Penyampaian

Langkah 1 ( 10 minit )

Isi Pelajaran : Bersoal jawab i. Guru mempamerkan gambar kereta. ii.Guru dan murid bersoal jawab tentang gambar yang dipamerkan . iii. Guru menulis jawapan pada papan tulis . Contoh : Guru : Ini gambar apa ? Murid : Itu gambar kereta . Guru : Apakah nama kereta ini ? Murid : Kereta itu bernama Proton Wira . Guru : Apakah warna kereta ini ? Murid : Kereta itu berwarna hijau . Guru : Siapakah yang memandu kereta ini ? Murid : Ayah yang memandu kereta itu . Guru : Bagaimana keadaan kereta ini ? Murid : Kereta itu bersih dan cantik . Guru : Pada pendapat kamu , mengapakah kereta ayah bersih dan cantik ? Murid : Kereta ayah bersih dan cantik kerana ayah selalu mencuci keretanya . Guru menjalankan aktiviti berpusatkan murid dengan bersoal jawab secara individu dan secara kelas . Murid membaca semula ayat yang ditulis oleh guru pada papan tulis dengan sebutan dan Intonasi yang betul . Aktiviti -kumpulan & individu Teknik -- Soal jawab Kaedah -Penyoalan Media Pengajaran -- Gambar kereta

Kaedah LANGKAH Langkah 2 ( 12 minit ) Isi Pelajaran Penyampaian

Isi Pelajaran : Bercerita ( berbincang untuk memberi jawapan ) i. Murid dibahagi kepada 4 kumpulan dengan 7 orang murid dalam satu kumpulan . ii. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan bercerita semula berdasarkan ayat-ayat yang ditulis pada papan tulis dengan berpandukan gambar kereta . iii. Wakil murid diminta menceritakan semula . iv.Guru membimbing sebutan dan intonasi murid. v. Murid menyebut perkara-perkara menarik daripada cerita secara latih tubi . Contoh: Proton Wira , Proton Waja , Kancil , Kelisa , hijau , putih ,merah , kelabu , bersih ,besar, cantik Aktiviti berkumpulan Media pengajaran gambar kereta Kemahiran Berfikir - Menjana idea - Hubung kait Perbincangan Latih tubi

Langkah 3 ( 5 minit )

Isi Pelajaran : Melengkapkan karangan i. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid . Contoh : Kereta Ayah Ayah saya mempunyai sebuah kereta . Kereta itu bernama _______________ . Kereta itu ________ . Kereta ayah saya berwarna _________ . Ayah selalu memandu keretanya ke pejabat . Setiap hari Ahad , saya akan menolong ayah mencuci keretanya . Perbincangan Aktiviti -individu Lembaran kerja

Kereta ayah saya sentiasa kelihatan ________ Dan __________ .

ii.Murid diminta melengkapkan karangan berdasarkan perkataan yang telah dipelajari . iii..Murid menyemak hasil kerja dengan bimbingan guru .

i. Guru mengulas apa yang telah murid belajar . Penutup ( 3 minit ) ii. Murid menyebut semula perkataan yang telah dipelajari . iii. Guru menerangkan kepada murid perkataanperkataan yang telah dipelajari adalah Kata Nama Khas dan Kata Adjektif . Minta murid bezakan .

Huraian Sukatan Pelajaran berpandukan Model ASSURE

Objektif Pengajaran

Dari rancangan pengajaran yang telah disediakan , mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Melayu Tahun 2 , dengan tajuk Kereta , objektif daripada 3 domain , iaitu    Murid dapat bercerita menggunakan perkataan yang telah dipelajari ( domain Kognitif ) Murid berasa bersyukur kerana ayah mereka memiliki kereta dan bekerjasama dalam aktiviti kumpulan .( domain Afektif ) Murid boleh menyebut apa yang mereka lihat dalam tayangan CD-ROM ( deria lihat domain Psikomotor ) pengajaran terdiri

Pada harapan kami , di akhir pengajaran ini , murid-murid dapat menguasai ketigatiga domain pembelajaran . Murid boleh bercerita semula dan melengkapkan karangan , memahami dan mengamalkan nilai-nilai murni yang telahdipelajari . Ini suatu proses pembelajaran yang penting kerana guru telah memberi tumpuan kepada taksonomi Benjamin Bloom .

Kaedah Pengajaran

Kaedah yang dipilih untuk melaksanakan pengajaran ini ialah perbincangan , penyoalan dan aktiviti berkumpulan langkah 2 bertujuan untuk . Kaedah perbincangan yang dipilih di

1.

mengetahui kemahiran yang dipunyai oleh pelajar agar perbincangan berjalan dengan lancar.

2.

memastikan sesi perbincangan dibawa kepada halatuju yang dikehendaki bersesuaian dengan objektif pengajaran .

3. melibatkan pelajar supaya lebih aktif kerana pelajar berasa lebih bebas untuk melibatkan diri . 4. membolehkan pelajar mengemukakan idea perbincangan . dan menyumbang kepada sesi

Kaedah penyoalan dipilih dan dijalankan di

langkah 1 adalah untuk

menggalakakkan pemikiran dan pembelajaran . Pelajar akan mengambil bahagian secara aktif untuk memberi pendapat .

Aktiviti kumpulan .yang dijalankan dalam langkah 2 mengkehendaki pelajar berkerjasama dalam kumpulan untuk berbincang dan seorang pelajar akan dilantik sebagai pemimpin untuk bercerita semula berpandukan gambar kereta . Aktiviti menggalakkan kerjasama dan mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan .

Teknik Penyampaian

Teknik penyampaian yang kami pilih ialah set induksi , soal jawab , bercerita dan latih tubi . Set induksi digunakan sebagai langkah permulaan sangat penting , ia akan menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran guru .Set induksi ini ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid, murid lebih mudah menerimanya .Dalam aktiviti soal jawab di langkah 1 , penglibatan pelajar adalah aktif kerana mereka memahami isi kandungan gambar , murid aktif memberi idea atau pendapat . Aktiviti bercerita di langkah 2 memerlukan kerjasama ahli kumpulan untuk berbincang dan bercerita semula apa yang diajar oleh guru dengan menggunakan perkataan yang telah dipelajari . Ia juga satu kemahiran untuk menghubungkaitkan jawapan dalam aktiviti soal jawab . Muridmurid menyebut perkara-perkara menarik daripada cerita secara latih tubi .

Media Pengajaran

Media pengajaran ialah cara di mana informasi dapat disampaikan kepada pelajar . Media pengajaran yang dipilih di langkah set induksi ialah CD-ROM , gambar kereta dan penggunaan papan tulis di langkah 1 , lembaran kerja di langkah 3 . Media yang dipilih menepati objektif , ciri-ciri pelajar , teknik penyampaian serta mengambil kira kekangan yang mungkin dihadapi . Gambar dipilih adalah kerana gambar yang digunakan adalah gambar grafik ,ia menarik dengan pelbagai warna dan juga bentuk animasi , ia sesuai digunakan untuk dijadikan bahan rangsangan pengajaran . Menurut model ASSURE , murid Tahun 2 , berada pada peringkat umur yang muda , penggunaan bahan yang mengandungi gambar adalah lebih sesuai dalam latihan mengenali objek . Gambar ini bentuk gambar kaku , ia dapat mempergiatkan pembelajaran bagi murid yang kurang asas pembacaan . CD-ROM sebagai media dalam proses P & P lebih menarik kerana ia berwarnawarni , mempunyai gambar animasi , objeknya boleh bergerak dan mengeluarkan pelbagai bunyi . Pemilihan CD-ROM bukanlah berasaskan kepada kecanggihan aspek teknikal / kecantikan luarannya sahaja tetapi berasaskan kesesuaian isi kandungan dan objektif pembelajaran .

Merancang Menggunakan Media

CD-ROM digunakan di langkah set induksi kerana isi kandungannya berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar . Murid memang gemar menonton tayangan CDROM kerana ia mempamerkan gambar yang bergerak , berwarna-warni dan mengeluarkan bunyi , kadang-kala murid dapat menyanyi lagu . Aktiviti ini memusatkan murid . Dalam langkah 1 ,kami menggunakan gambar kereta untuk merangsang pengajaran . Murid-murid suka melihat gambar kereta . Mereka tentu memberi perhatian melihat dan menjalani aktiviti soal jawab . Gambar kereta yang tidak asing lagi kepada pelajar merupakan media yang sesuai . Dari gambar kereta ini , murid dapat menjawab soalan guru dan bercerita apa

sahaja yang mereka tahu tentang kereta . Dari sini , murid menunjukkan minat yang tinggi dalam pembelajaran . Penggunaan papan tulis amat penting . ayat atau perkataan yang berkaitan dengan soalan dalam aktiviti perbincangan dituliskan untuk memudahkan pelajar melihat , membaca dan memahaminya .

Melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran

Untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan , pelajar perlu dilibatkan di dalam semua aktiviti pengajaran . Dalam aktiviti pengajaran , ia telah melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan , penyoalan , latih tubi , bercerita dan membuat latihan lembaran kerja . Dalam set induksi , selepas murid menonton tayangan CD-ROM , soalan akan ditanya , murid diminta menjawab secara individu , murid akan memberi respon secara lisan . Dalam langkah 1 , murid memberi respon dengan melihat gambar kereta . Aktiviti soal jawab dijalankan . Murid akan menjawab soalan yang ditanya secara individu . Murid boleh menjawab secara kumpulan jika soalan ditanya secara umum . Dalam langkah 2 , aktiviti berkumpulan dijalankan . Murid dibahagikan kepada 4 orang dalam satu kumpulan dan diberi sekeping gambar kereta . Seorang murid dilantik sebagai pemimpin . Setiap murid dalam kumpulan perlu berbincang dan pemimpin akan mewakili kumpulan untuk bercerita semula . Jika penglibatan murid tidak diutamakan , maka aktiviti pengajaran tidak dapat dijalankan dengan baik , murid akan menghadapi masalah untuk bercerita semula . Selepas itu , murid juga diminta menyebut perkaraperkara menarik daripada cerita secara latih tubi . Di langkah 3 , semua murid diminta membuat lembaran kerja . Selepas itu , murid boleh menyemak hasil kerja mereka . Jika ada murid yang membuat kesilapan , mereka diminta membetulkan.

Menilai pemahaman pelajar

Penilaian dibuat terhadap pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari , sama ada telah memenuhi keperluan objektif pembelajaran . Berdasarkan penilaian yang dibuat , guru akan dapat membuat penyesuaian pada mana-mana kelemahan agar ia lebih mantap pada masa lain .Penilaian disini boleh dalam bentuk pemerhatian , soal jawab , membuat lembaran kerja dan sebagainya . Dalam langkah I , penilaian dibuat melalui pemerhatian dan soal jawab . Jika murid dapat mengambil perhatian dan menjawab dengan baik , ini bermakna mereka memahami gambar dan soalan yang dikemukakan oleh guru . Guru akan memberi pujian kepada murid yang menjawab dengan baik seperti baik , bagus , idea yang baik , tahniah dansebagainya . Jika murid tidak dapat menjawab dengan baik , mereka akan dibimbing . Dalam langkah 2 , murid berbincang dalam kumpulan dan diminta menceritakannya semula . murid dinilai dalam lisan dari segi kelancaran dan tatabahasa serta kaitkan apa yang telah mereka pelajari . Dalam langkah 3 , lembaran kerja diberikan kepada murid , meminta mereka melengkapkan karangan menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari , murid dinilai dari segi kefahaman menggunakan perkataan-perkataan tersebut . Setelah penilaian dibuat , aktiviti pengukuhan dan pengayaan diadakan untuk pelajar . Ulangkaji perlu dijalankan untuk mengingat semula apa yang telah pelajar belajar hari itu .

Masalah-masalah yang dihadapi dalam

Penggunaan Media dan Bahan dan

Mendorong Penglibatan Pelajar serta langkah-langkah mengatasinya . !) Penggunaan media dan bahan

Media dan bahan dalam pengajaran seperti papan tulis , carta ,buku teks , perakam kaset , LCD , projektor overhead , program dan perisian , CD-ROM ,

gambarajah , model dan sebagainya . Kami sering menghadapi masalah dalam penggunaan media dan bahan , namun kami dapat mengatasinya . Ketidaksesuaian media dan bahan sering berlaku , pemilihan media dan bahan tidak sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran . Kami sering menghadapi masalah ini kerana kekurangan media dan bahan di sekolah . Untuk mengatasinya , kami berhati-hati semasa memilih media dan bahan serta mendapatkan bantuan dari PIBG sekolah untuk memperolehi media dan bahan yang bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran . Penggunaan perisian dalam video , CD-ROM dan sebagainya kurang menarik minat murid , murid akan berasa bosan . Kami telah menggunakan CD-ROM yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK ) ataupun membelinya di pustaka yang mempunyai visual yang lebih menarik . . Ada antara kami yang kurang mahir menggunakan laptop dan LCD untuk tayangan CD-ROM , ini akan menyebabkan tayangan tidak lancar., pembelajaran murid terganggu . Kami sepatutnya memperolehi kemahiran ini terlebih dahulu dengan belajar menggunanya atau mendapat tunjuk ajar dari guru komputer . Kami membuat kesilapan besar dengan tidak membaca arahan penggunaan atau tidak faham arahan dalam CD-ROM , ini menyebabkan kami kelam kabut semasa mengendalikan tayangan . Kami sepatutnya membaca semua arahan penggunaan dan memahaminya agar pelaksanaannya berjalan lancar . Kami sering diganggu oleh masalah teknikal semasa mengendalikan tayangan seperti gangguan elektrik , ganggu CD-ROM tersebut , kerosakan laptop dan LCD secara tiba-tiba . Ganggu semua itu mungkin susah untuk diatasi , maka cadangan ialah kami

terpaksa menggantikan laptop, LCD atau CD-ROM. . Bagi ganggu elektrik , ia boleh diberhentikan dan laksanakan pada lain waktu . Kami selalu memggunakan saiz media dan bahan seperti gambarajah dan carta yang terlalu kecil , serta warna yang tidak menarik , ini tidak dapat merangsang minat belajar pelajar . Untuk menarik minat murid , kami akan memastikan media dan bahan yang disediakan besar, terutamanya untuk pelaja-pelajar Tahun 1 dan 2 . Kurangnya penggunaan media dan bahan kerana kami lebih gemar mengajar menggunakan buku teks sahaja . Kami mungkin merasakan ia mengambil masa yang lama tanpa memikirkan manfaatnya kepada pelajar . Oleh itu , pihak pentadbir sekolah serta panitia mata pelajarann perlu sering memantau pengajaran kami untuk memastikan penggunaan media dan bahan . Media dan bahan tidak dipamerkan selepas P &P , ia biasanya disimpan . Kami akan mempamerkan gambarajah , carta , model dan sebagainya untuk dilihat oleh semua murid sebagai pengukuhan mengenai perkara-perkara yang disampaiakn oleh guru .

2) Mendorong penglibatan pelajar

Pelajar perlu turut bersama dalam proses pengajaran , ini kerana pengajaran bukan suatu proses yang monolog , tetapi merupakan proses dialog yang melibatkan guru dan pelajar . Pengajaran yang sehala akan menjadikan pelajar menjadi jemu dan tersisih , guru dan pelajar perlu berinteraksi .Suasana bilik darjah akan menjadi lebih hidup dan ceria sekiranya wujud komunikasi dua hala. Masalah-masalah yang kami kerap hadapi agar banyak , kami terpaksa mengatasinya . Pengetahuan sedia ada pelajar kurang , ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengikuti pelajaran dan akan berasa bosan . Untuk mengatasinya , kami perlu terlebih dahulu memahami ciri-ciri pelajar agar penyampaian kami adalah berkenaan dengan kehidupan serta pengalaman pelajar kami . Murid tidak melibatkan diri disebabkan kaedah mengajar kami yang tidak

sesuai , pelajar gagal memahami apa yang disampaiakn oleh kami . Kami perlu

merancang pelbagai kaedah dan teknik penyampaian , menggunakan media dan bahan supaya penyampaian kami lebih menarik . Penglibatan pelajar yang terlalu aktif menyebabkab bilik darjah menjadi terlalu bising . Jika kawalan kelas kami lemah , ada murid akan rasa bosan dan resah berada dalam suasana yang menganggu fikiran . Kami sepatutnya mahir mengendalikan kelas agar penglibatan pelajar aktif tetapi tidak menganggu pembelajaran . Penyampaian kami kurang berkesan , sebutan kami yang kurang jelas dan suara tidak bermaya menyebabkan pengajaran tidak jelas , tidak dapat diterima oleh pelajar , pelajar mulai bising , pembelajaran terganggu. Oleh itu , kami sepatutnya fahami peranan serta kemahiran yang ada pada diri kami .Gunakan sebutan yang jelas dan suara yang bermaya agar pelajar boleh menumpukan penyampaian kami . Tumpuan pelajar terganggu menyebabkan penglibatan pelajar pasif . Semasa kami mengajar , pelajar mungkin tidak menumpukan sepenuh perhatian .Mereka mungkin memikirkan perkara-perkara lain yang tidak ada hubungan dengan pembelajaran . Jadi kami perlu sentiasa memerhati tingkah laku pelajar agar mereka memberi tumpuan dalam pelajaran . Adakan pelbagai aktiviti untuk merangsang penglibatan pelajar Keadaan bilik darjah yang tidak selesa juga mempengaruhi penglibatan pelajar . Bukan murid sahaja yang tidak selesa , guru turut sama . Oleh itu , kami perlu pastikan bilik darjah mempunyai kemudahan asas seperti kipas dan lampu . Maklumkan kepada pihak sekolah jika keadaan bilik darjah tidak mengizinkan pembelajaran . Keadaan pelajar yang tidak selesa seperti lapar , dahaga dan mengantuk juga menyebabkan penglibatan pelajar kurang aktif . Jika kami mendapati keadaan sedemikian , kami mesti menasihati pelajar makan sebelum datang ke sekolah , membenarkan pelajar minum apabila dahaga serta menasihati pelajar mengamalkan tidur yang cukup . Teknik menyoal kami yang kurang sesuai . Kami sering mengemukakan soalan tertutup , maka ia tidak melibatkan pelajar untuk mengambil bahagian , Kami akan mengemukakan soalan terbuka agar dapat merangsang pemikiran pelajar untuk memberi pendapat dan idea masing-masing .

5.0

Hubungkait Rancangan Mengajar dengan Model ASSURE

Rancangan pengajaran di atas telah disediakan berdasarkan model ASSURE . Guru telah menyediakan mengikut prosedur, langkah demi langkah supaya ia menghasilkan keadaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif untuk pelajar. Dengan mengikuti model ini, ia dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan memberi impak yang mendalam kepada pembelajaran murid.

6.0

Rasional setiap langkah yang diambil.

6.1

Rasional menganalisis murid

6.1.1 Ciri-ciri umum

Rancangan ini dimulakan dengan menganalisa ciri-ciri murid. Pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan terhadap murid tahun 6 Nilam berumur 12 tahun di salah sebuah sekolah di Shah Alam. Kelas 6 Nilam ialah kelas ketiga daripada 4 buah kelas tahun 6. Seramai 25 oarang murid Islam berada di dalam kelas tersebut.Meski pun muridmurid ini berada di bandar besar namun sebahagian muridnya ialah daripada kelas pertengahan. Ini kerana sekolah tersebut berhampiran dengan kuarters kerajaan dan pangsapuri kos rendah yang latar belakang penduduknya terdiri daripada pelbagai peringkat pendidikan termasuk dari golongan professional, sederhana dan peringkat rendah. Walaupun model ini mencadangkan kami meneliti rekod pelajar, namun pengalaman kami yang telah mengajar lebih 10 tahun di sekolah berkenaan, sudah cukup untuk mengetahui ciri-ciri umum setiap murid yang diajar. Ini tidaklah bermakna kami tidak menilai mereka kerana maklumat ini sememangnya sangat penting tetapi analisa telah dibuat atas kekerapan interaksi guru dengan murid sebelum ini.

6.1.2 Kompetensi khusus sebelum masuk.

Tajuk pelajaran yang hendak diajar adalah kesinambungan dari tajuk pelajaran lepas. Sebelum ini, murid murid telah mempelajari tajuk puasa berkaitan pengertian, rukun, syarat-syarat puasa dan ini merupakan pengetahuan sedia ada murid. Selain

daripada itu, sebahagian besar mereka telah mengalami sendiri pengalaman berpuasa itu sendiri. Rasionalnya tajuk ini sememangnya sesuai dengan aras, pengetahuan sedia ada dan kesediaan murid untuk mempelajarinya.

6.1.3 Stail pembelajaran

Walaupun murid-murid ini dari kelas pertengahan, namun mereka telah terdedah dengan era ICT. Ini mungkin kerana mereka telah biasa dengan ceramah, bengkel UPSR dan sebagainya yang telah menggunakan persembahan power point oleh penceramah yang diundang. Dari pemerhatian kami, murid-murid dari kelas ini agak sukar untuk memberi konsentrasi seratus peratus dan mudah hilang tumpuan sekiranya gaya pengajaran guru menggunakan kaedah tradiosinalchalk and talk. Oleh itu, penggunaan bahan-bahan multimedia sangat berkesan untuk meransang dan memotivasikan murid agar terus mengikuti pembelajaran seterusnya. Begitu juga sekiranya guru

mempelbagaikan kaedah dan penggunaan media, maka murid akan memberi tumpuan yang baik dan mengubah kepada stail pembelajaran yang positif.

Kesimpulannya analisa yang telah dibuat telah membantu guru untuk memahami tingkahlaku dan keperluan pelajar dan ini membolehkan guru menyediakan yang terbaik untuk murid. Ini memandangkan keberkesanan media adalah berbeza-beza menurut ciri murid-murid. Hasil analisa tersebut dinyatakan dalam maklumat am murid

6.2

Rasional menentukan objektif. Setelah menganalisis murid, maka langkah seterusnya ialah menentukan objektif

pembelajaran yang hendak dicapai. Objektif ialah suatu penyataan yang spesifik tentang kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas

mengikuti pelajaran tersebut. Ianya bukan untuk guru tetapi perubahan yang diharap daripada murid sendiri. Mengetahui dan menyedari kepentingan objektif sangat penting untuk menentukan corak dan jenis penilaian yang akan dibuat pada akhir pelajaran, maka objektif yang ditetapkan oleh guru dibuat dengan sangat teliti. Objektif Rancangan Pengajaran ini ialah : Di akhir pelajaran murid dapat: Mengenal pasti 12 perkara yang menyebabkan batal puasa

Tajuk pelajaran ialah 12 perkara-perkara yang membatalkan puasa dan ianya bersifat hukum dan fakta. Maka objektif yang ditentukan ini merangkumi tingkah laku yang perlu ada di akhir pelajaran sama seperti kehendak sukatan pelajaran. Selain itu guru juga mengambil kira situasi, keadaan atau had-had tingkah laku dan kriteria yang telah ditetapkan. Elemen-elemen ini di ambil kira berdasarkan model ASSURE tersebut.

6.3

Rasional memilih, menentukan dan menggunakan kaedah, media dan bahan.

6.3.1 Memilih kaedah pengajaran

Oleh kerana ciri-ciri pelajar, stail pembelajaran murid dan objektif sudah dikenal pasti, sebagai kumpulan sederhana dan mudah hilang tumpuan belajar maka kaedah yang digunakan juga disesuaikan dengan tugasan pembelajaran. Beberapa kaedah telah dirancang khusus untuk menjadikan langkah demi langkah menjadi tersusun, berkesinambungan dan menarik. Kaedah-kaedah itu ialah:

i. ii. iii. iv. v. vi.

Kaedah Penerangan Kaedah soal jawab Hafazan Perbincangan Kumpulan Penyelesaian masalah.

Langkah permulaan / set induksi Kaedah Soal jawab

Pengajaran dan Pembelajaran ini bermula dengan bacaan doa dan dua kalimah syahadah untuk menetapkan niat untuk belajar dan memohon keberkatan Allah. Seterusnya diikuti set induksi bagi mengorientasikan fikiran dan perhatian pelajar kepada apa yang hendak diajar dan seterusnya kepada objektif pengajaran. Kaedah yang digunakan dalam peringkat ini ialah soal jawab. Hasil interaksi tersebut berjaya meransang kesediaan murid untuk belajar

Langkah 1 Kaedah penerangan

Guru menggunakan kaedah penerangan dan diselang seli dengan soal jawab. Oleh kerana maklumat isi pelajaran bersifat fakta, maka kaedah yang difikirkan sesuai ialah murid diterang dan dijelaskan terlebih dahulu isi pelajaran tersebut. Bagi mengelakkan murid hilang tumpuan guru dibantu dengan bahan persembahan power point

Langkah 2 Kaedah hafazan

Murid menghafaz 12 perkara yang membatalkan puasa bagi mengukuhkan maklumat yang dipelajari.

Langkah 3 & 4 Kaedah kumpulan dan penyelesaian masalah

Kaedah

penyelesaiaan

masalah

memerlukan

murid-murid

menggunakan

pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari serta proses pemikiran untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Dengan membahagikan murid kepada 5 kumpulan setiap murid berbincang sambil dibimbing oleh guru. Selepas daripada itu setiap kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan kumpulan. Proses P &P ketika ini berpusat kepada murid dan guru hanya sebagai fasilitator..

Langkah 5 Kaedah perbincangan

Kaedah ini dirancang untuk menilai sejauh mana objektif pembelajaran tercapai. Penilaian dibuat secara langsung atau tidak langsung serta secara lisan atau bertulis. Contohnya pada langkah kelima, murid diminta secara spontan untuk mengklafikasikan gambar gambar yang ditunjukkan. Jawapan murid tersebut dibincangkan bersama dan diberi peneguhan oleh guru.

Kesimpulannya guru harus mempelbagaikan kaedah pada setiap peringkat pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menarik dan berkesinambungan antara satu peringkat dengan peringkat yang lain untuk menuju ke matlamat.

6.3.2 Memilih media dan mereka bentuk bahan

Langkah pertama guru ialah cuba memilih bahan yang tersedia namun guru tidak dapat memilih bahan yang sesuai kerana tajuk yang dipelajari adalah sukatan baru bagi murid tahun 6. Bahan Bantu mengajar seperti buku teks dan bahan rujukan amat terhad. Manakala media yang tersedia tidak selari dengan objektif serta tidak sesuai dengan murid . Sehubungan itu guru telah mereka bentuk bahan baru untuk digunakan. Oleh kerana kosnya tidak mahal, guru mempunyai kemahiran komputer dan teknikal serta peralatan dan kemudahan sudah tersedia di bilik agama, maka kebanyakan bahan telah direka oleh guru sendiri.

Bagi tajuk ini guru telah memilih dan mereka bahan seperti berikut:

i. ii. iii. iv. v.

Bahan slaid perkara-perkara yang membatalkan puasa (langkah 1) Carta perkara-perkara yang membatalkan puasa (langkah 1) Soalan tugasan (langkah 3) 10 Gambar slaid beberapa perlakuan membatalkan puasa (langkah 5) Lembaran kerja 1 dan 2 (Langkah 6)

Kebanyakan bahan media yang direka oleh guru melibatkan penggunaan ICT. Sebagai contoh rasionalnya guru memilih persembahan power point kerana ianya menarik dan pelbagai animasi dapat dilakukan ketika dibentangkan. Menurut James Garton ( 1979: 110) dalam kajiannya tentang penggunaan projector overhead dalam latihan membaca, telah mendapati dengan penggunaan alat tersebut pelajar-pelajar dapat menangkap dan mengingati isi-isi penting serta nama-nama, tahun-tahun dan juga frasafrasa penting dalam petikan tersebut dengan kadar yang cepat. Dengan guru mengetahui stail pembelajaran murid dan berusaha mewujudkan keadaan kondusif seperti ini maka tumpuan murid akan sentiasa kepada pembelajarannya Motivasi murid juga sangat tinggi dan sentiasa tertunggu-tunggu apakah maklumat seterusnya yang hendak disampaikan oleh guru

6.4

Rasional menggunakan media dan bahan.

Model ASSURE mencadangkan supaya setiap bahan atau media yang hendak digunakan, guru perlu terlebih dahulu mencuba dan mengadakan prebiu media tersebut. Dalam hal ini, semua bahan-bahan telah dicuba dan dipratonton dibilik agama memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran akan diadakan di tempat tersebut. Selain daripada kemudahan laptop dan LCD, guru juga telah memeriksa susunan meja, pencahayaan dalam bilik agama, aspek-aspek teknikal seperti kipas, suis, bekalan elektrik dan kabel penyambung elektrik. Kesemua ini perlu diambil kira agar pengajaran dan pembelajaran lancar dan tidak terganggu. Kesukaran atau masalah yang akan dihadapi dapat dijangka dan keputusan dapat dibuat untuk mengatasinya Apalah maknanya sekiranya segala persiapan telah dilakukan oleh guru tetapi oleh kerana kesilapan teknikal seperti ini menyebabkan kerja guru tergendala manakala murid yang rugi.

6.5

Rasional penglibatan murid

Penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Beberapa aktiviti sememangnya dirancang untuk melibatkan murid. Dalam langkah permulaan sahaja guru telah mula berinteraksi dengan murid dan meminta

respons atas isu yang dibangkitkan. Seterusnya dalam langkah 3 dan 4 murid diminta melibatkan diri semasa perbincangan dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah yang diberi. Murid juga diberi tanggung jawab mengurus sendiri kumpulan masing-masing. Pembahagian tugas dalam kumpulan adalah hasil persetujuan mereka. Guru hanya bertindak sebagi fasilitator sahaja. Untuk memastikan keterlibatan murid dalam pembelajarannya seperti yang disarankan dalam model ASSURE , maka Langkah 5, 6 dan penutup juga dilibatkan murid juga. Misalnya dalam langkah 5 semua murid dikehendaki memberi pendapat dan pandangan atas perlakuan-perlakuan yang dilihat melalui gambar slaid. Manakala bagi murid yang pasif guru akan cuba membantunya dengan bertanya beberapa soalan agar sama-sama mengalami pengalaman pembelajaran di dalam kelasnya. Bagi langkah 6 pula semua murid tidak terkecuali dikehendaki menjawab beberapa soalan dari lembaran kerja yang diedarkan. Langkah ini diambil kerana kemungkinan dalam langkah sebelumnya ada murid yang tidak mengambil bahagian atau tidak dapat merebut peluang untuk berinteraksi atau mengambil bahagian atas soalan yang terhad daripada guru. Justeru itu, dengan menjawab soalan bertulis sudah pasti semua murid dapat dilibatkan diri dalam menguji kebolehan atau pencapaiannya di dalam kelas. Kesimpulananya keterlibatan murid sangat penting bagi mengaktifkan proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila murid memberi reaksi positif maka mudah untuk mencapai objektif yang ditentukan.

6.6

Rasional menilai dan menyemak

Komponen yang akhir dalam model ASSURE ini ialah membuat penilaian dan penyemakan. Ini merupakan proses berpanjangan iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran untuk mengetahui keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian juga dibuat dari aspek murid, guru , kaedah, bahan dan pencapaian murid. Sejak awal lagi guru telah menilai segala aspek tersebut.Contohnya ciri-ciri umum murid dan stail pembelajarannya telah dinilai dan dianalisa seterusnya menjadi salah satu asas

kepada guru dalam menetapkan objektif, kaedah dan penilaian. Selepas membuat penilaian, guru juga telah menyemak sekali lagi maklumat yang diperolehi.Begitu juga tentang pengetahuan sedia ada murid juga telah dinilai dan disemak melalui lembaran kerja terdahulu. Didapati murid telah mengetahui apa yang dipelajari sebelum ini tentang puasa. Penilaian ini dilakukan sepanjang masa seperti yang disyorkan oleh Model ini. Guru juga telah menilai kualiti media yang digunakan. Guru telah menilai media yang tersedia namun ianya kurang sesuai. Ini menyebabkan guru telah mereka bentuk bahan baru supaya ianya berkesan, berguna, bererti, mencetuskan minat murid dan yang paling penting membantu mencapai objektif. Guru telah menilai bahan yang direka tersebut. Bahan tersebut telah diprebiu di bilik agama bersama rakan agar hasilnya berkualiti. Pendapat dan cadangan daripada rakan-rakan juga diambil kira. Beberapa aspek penilaian yang dicadangkan oleh Model ASSURE dijadikan instrumen penilaian ini. Di akhir pengajaran juga guru telah menilai keberkesanan media tersebut, dan akhirnya di dapati bahan yang digunakan secara optimum dan dapat melibatkan keseluruhan murid secara aktif dan meransang naluri ingin tahu murid. Kaedah pengajaran juga telah dinilai sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Setiap langkah demi langkah dinilai, adakah ianya berkesan dan sesuai untuk mencapai objektif pengajaran. Misalnya kaedah perbincangan dalam kumpulan, semua murid mengambil bahagian dalam memberi pendapat. Respons murid juga didapati positif dan dapat menerima kaedah yang digunakan oleh guru. Di sini dapat dilihat pembelajaran berpusat kepada pelajar tidak hanya secara sehala dari guru sahaja. Pencapaian murid juga dinilai semasa dan di akhir pengajaran.Semasa guru mengajar didapati murid telah dapat menjawab beberapa soalan yang disediakan oleh guru. Begitu juga dalam proses perbincangan dalam kumpulan dan perbentangan, semua murid memberikan kerja sama dan boleh mengaplikasikan tajuk pelajaran dalam situasi yang lain. Ini menunjukkan perubahan sikap dan kemahiran yang diajar telah dikuasai oleh murid. Penilaian murid ini tidak hanya berakhir setakat itu sahaja. Penilaian juga dilakukan dengan memberikan lembaran kerja kepada murid. Dua set soalan telah disediakan oleh guru untuk menyemak kemahiran yang perlu dicapai. Guru juga merancang untuk memasukkan tajuk pelajaran ini di dalam ujian bulanan yang akan diadakan pada masa akan datang.

Akhirnya penilaian dan semakan yang dilakukan telah digunakan oleh guru untuk membuat penilaian terhadap diri sendiri dalam mengukur tahap keberkesanannya sebagai pengajar. Berjaya atau tidakkah dirinya melaksanakan semua aktiviti, kaedah dan bahan yang direka sepanjang pengajaran.

7.0

Penutup

Kesimpulannya konsep reka bentuk pengajaran mengikut model ASSURE ini adalah sangat sesuai digunakan dalam situasi pengajaran di bilik darjah yang memerlukan penggunaan media. Ia juga membantu guru memikirkan dengan mendalam tentang perkara yang akan dilaksana sebelum mengajar. Ke enam-enam langkah ASSURE jika diteliti akan mewujudkan seorang guru yang kompeten dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pengajaran mengikut model ASSURE juga membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan , kesedian kepada guru dan melahirkan perasaan hormat pelajar terhadap guru.

8.0 RUJUKAN

Mok Soon Sang (1996) Pedagogi 2 : Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn Bhd.

www.http://plato.ess.tntech.edu/foed3240/lectures/assure% 20model

www.douglas.be.ca/dls/pdf/assuremodel.pdf

BIBLIOGRAFI

Abd. Ghafar Md. Din (2003) . Prinsip dan amalan pengajaran . Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd .

Mok Soon Sang (1996) . Pedagogi 2 : Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur : FajarBakti Sdn. Bhd..

Shahabuddin Hashim , Dr. Rohizam Yaakub dan Mohd. Zahir Ahmad (2003) . Pedagogi : Strategi & teknik pengajaran dengan berkesan . Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

SOALAN TUGASAN

Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan dan mengendalikan pengajaran . Model ini mengandungi 6 langkah , iaitu : menganalisis pelajar , menyatakan objektif , pemilihan kaedah , media & bahan , penggunaan media & bahan , mendorong penglibatan murid dan menilai & menyemak .

a) Pilih satu topik daripada huraian sukatan pelajaran sekolah rendah dan dengan berpandukan model ASSURE , sediakan satu Rancangan Pelajaran untuk selama 35 minit seperti berikut :

 

Nyatakan objektif pengajaran ; apakah murid akan pelajari di akhir pengajaran . Nyatakan sebab anda memilih kaedah tertentu , teknik penyampaian serta bahan yang digunakan termasuk jenis media ( gambar , video , komputer , multimedia ) yang akan digunakan .

Nyatakan bagaimana anda merancang menggunakan media atau bahan pengajaran dengan mengambil kira bahawa semua aktiviti pengajaran mesti memusatkan murid .

 

Terangkan bagaimana anda dapat melibatkan murid di dalam semua aktiviti pengajaran . Nyatakan bagaimana anda menilai pemahaman pelajar tentang apa yang telah dipelajari serta ulangkaji yang perlu dilakukan .

b) Di antara dua langkah modelASSURE ialah Penggunaan Media dan Bahan dan Mendorong Penglibatan Pelajar . Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru , tulis satu esei yang menerangkan :   Masalah-masalah yang kerap dihadapi dalam pelaksanaan kedua-dua langkah tersebut dengan memberi contoh-contoh tertentu . Langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah-masalah berkenaan dengan memberi contoh-contoh tertentu .

ISI KANDUNGAN

1.

Prakata

2.

Rancangan Pengajaran Harian

3.

Huraian rancangan pengajaran harian berpandukan Model ASSURE  Objektif pengajaran  Kaedah pengajaran 7

 Teknik penyampaian  Media pengajaran  Merancang menggunakan media  Melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran  Menilai pemahaman pelajar 4. Masalah-masalah yang dihadapi dalamPenggunaan Media dan Bahan dan Mendorong Penglibatan Pelajar serta langkah-langkah mengatasinya . 12

5.

Bibliografi

15

Anda mungkin juga menyukai