Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum, warahmatullahiwabarakatuh.

Yang Berusaha Encik Md Rodi Bin Abdullah,


Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Felda Lepang Nenering,

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;


1) Encik Nordin Bin Mansor  - Penolong Kanan  Pentadbiran.
2) Puan Syarifah Binti Mat Saat – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Pn. Hajjah Salbiyah Binti Yahya – Penolong Kanan Kokurikulum.

Pada minggu ini merupakan Minggu ke-9 persekolahan dan guru yang bertugas ialah:

Saya Bersama cikgu Nurul Bashirah.

Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah Jangan Membazir.

Isu pembaziran adalah antara perkara yang menjadi topik hangat yang dibincangkan.

- Makanan
- Masa
- Wang

Fokus kepada Makanan

Kira-kira 23,000 tan makanan dibazirkan setiap hari pada bulan puasa. Barangkali,
jumlahnya lebih tinggi daripada apa yang dianggarkan itu.

Malah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)


mendedahkan sebanyak 270,000 tan metrik dibazirkan pada bulan Ramadan setiap
tahun.

Sukar untuk memastikan mengapa setiap kali Ramadan tiba, pembaziran makanan
berlaku secara mendadak sedangkan pada bulan ini, majoriti umat Islam berpuasa.

Jika difikirkan secara logik, perbelanjaan untuk membeli makanan sepatutnya


berkurangan atau lebih terkawal kerana orang Islam berpuasa.

Namun, hakikatnya fenomena ini berlaku disebabkan beberapa faktor.

Antaranya kecenderungan orang ramai membeli juadah berbuka di bazar Ramadan


yang berlebihan,

menyimpan makanan secara tidak sempurna selain kebiasaan berbuka puasa di


restoran menawarkan bufet Ramadan.
Kawal pembaziran makanan

Pembaziran makanan sepanjang Ramadan ini sewajarnya dikawal memandangkan kos


pengurusan sisa pepejal meningkat pada setiap tahun.

Melalui Belanjawan 2019, sebanyak RM115 juta diperuntukkan kerajaan bagi


pengurusan sisa pepejal yang merangkumi pengurusan sisa makanan berbanding
hanya RM95 juta pada 2018.

Dari sudut alam sekitar, pembuangan yang kemudiannya diikuti dengan pereputan sisa
makanan menyumbang kepada penghasilan kesan gas rumah hijau (GHG) yang
menyumbang kepada pemanasan global.

Dari sudut agama pula, semestinya dicemari dengan amalan membazir makanan,
sehingga ada pihak beranggapan bulan puasa adalah bulan pembaziran.

Banyak tip yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pembaziran makanan,

Antara tip yang boleh dicuba seperti memasak sendiri makanan berdasarkan jumlah isi
rumah, menetapkan jumlah ringgit akan dibelanjakan di bazar Ramadan dan
menyenaraikan makanan yang ingin dibeli.

Simpan lebihan makanan

Menyimpan makanan yang berlebihan secara sempurna juga wajar menjadi amalan
kepada kita bagi mengelakkan pembaziran makanan.

Akhirnya, jika diteliti secara mendalam, sikap pengguna masih menjadi faktor penting
untuk mengurangkan pembaziran makanan sepanjang Tahun.

Berhemat ketika membeli juadah berbuka puasa dan tidak melampau ketika mengambil
makanan secara bufet, harus menjadi amalan kepada pengguna bagi membendung
pembaziran makanan.

Anda mungkin juga menyukai