Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang telah

melimpahkan rahmat dan keberkatanya kepada kita semua dalam menyiapkan

pelaporan PKG pada tahun ini. Tahniah kepada semua warga PKG Pengkalan Hulu

dan semua warga PKg Negeri Perak yang telah berusaha dalam mengadakan aktiviti

yang telah dirancang dan berusaha dalam mengambil bahagian sebagai warga

pendidik demi memartabatkan TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI.

Diharapkan dengan laporan ini dapat meningkatkan lagi semangat dan juga

menyemarakkan lagi buah fikiran dan inisiatif ICT dalam pembestarian pendidikan

negara.

Selaras dengan perubahan landskap pendidikan dengan ICT sebagai pengupaya, PKG

telah menjadi penggerak utama dalam pembagunan Dasar ICT dalam negara terutama

bagi sekolah-sekolah kelompok PKG yang berada dikawasan luar bandar. Dengan

adanya aktiviti yang telah dirancang oleh PKG Pengkalan Hulu, secara tidak langsung

ini akan merapatkan lagi jurang perbezaan antara sekolah dibandar dan luar bandar.

PKG Pengkalan Hulu juga, bersedia menjadi penggerak utama bagi mewujudkan

anjakan tranformasi untuk membina daya saing antara murid berpengetahuan abad ke-

21. Pelaksanaan dasar ini juga akan membantu pihak Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Perak(BTPNP) dan juga pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) mencapai

KPI masing-masing.

Sesungguhnya diharapkan dengan laporan ini akan menjadi rujukan dan panduan

kepada setiap yang membacanya dan juga dapat membantu penambahbaikan dan

percambahan idea yang kreatif dan inovatif.

Anda mungkin juga menyukai