Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Kegiatan kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah.


Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform,
kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi


masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum tidak
langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak
dengan gajala sosial.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih


pelajar menjadi pemimpin. Oleh hal yang demikian, dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi
pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum


juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat
penting untuk mencapai kejayaan.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan


lagi perpaduan. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar
pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu
aktiviti.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita


menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat
menghasilkan pelajar yang cemerlang.
Kepentingan Belajar Berkumpulan

Namun, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan


sebagai usaha yang boleh mendatangkan pelbagai
faedah kepada pelajar-pelajar.

Belajar secara kumpulan memberikan suasana


belajar yang menyeronokkan. Seseorang pelajar akan
dapat membuat ulang kaji dengan perasaan yang
ceria

Selain itu, para pelajar dapat berkongsi ilmu


sesama mereka melalui kaedah belajar secara
berkumpulan. Mereka berpeluang untuk bertukat-
tukar pendapat.

Para pelajar dapat menyiapkan sesuatu tugasan


dengan cepat dan berkesan melalui semangat
kerjasama yang diamalkan serta meningkatkan
prestasi mereka dalam akademik.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan


merupakan langkah yang bijak bagi pelajar yang ingin
mencapai kecemerlangan.
Kepentingan Lawatan Sambil Belajar

Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelas


yang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu
tempat yang memberi ilmu pengetahuan.

Hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih


intim. Keakraban ini terjalin kerana guru dan pelajar
perlu berinteraksi.

Pelajar mempelajari konsep mengurus sesuatu


aktiviti dengan lebih efektif. Mereka akan faham
kepentingan untuk membuat pengurusan.

Pelajar memperoleh satu pengalaman unik yang


tidak boleh diperoleh di mana-mana. Dikatakan unik
kerana bukan semua orang boleh memperoleh
peluang untuk melawat ke sesuatu tempat itu.

Kesimpulannya, Kemampuan untuk mengalami


sesuatu pengalaman itu menjadi satu perkara yang
penting dalam kehidupan kerana itulah proses
kehidupan yang sebenarnya.

Anda mungkin juga menyukai