Anda di halaman 1dari 5

Tokoh Matematik Islam

Tokoh Islam Matematik :   Al-Khawarizmi .


Nama :  Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Atau juga dikenali sebagai Abu Abdullah  
Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.
Tempat lahir : Bukhara
Tarikh Wafat : Antara tahun 220 dan 230M.
Zaman Kegemilangan : Tahun 780-850M.
 Gelaran  : Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-
karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad
pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau
Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim. 
Pendidikan :
Hasil Karya :
1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De
Numero Indorum.
2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam
pelbagai bidang.
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia
mengenai algebra.
5. Al-Amal bi’ Usturlab’
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
Ali bin Abi Thalib Arab Saudi, 658-695 Masehi

Sejak kecil Ali bin Abi Thalib menyukai berbagai ilmu dan ikut dengan Nabi Muhammad
SAW. Kelak Ali dinikahkan dengan putri Rasul, Fatimah R.A. dan hidup dalam
kesederhanaan yang teramat sangat. Meskipun hidup dalam kesederhanaan Ali tidak surut
dalam mencari ilmu pengetahuan, tak heran bila Rasul pernah bersabda, “Apabila aku
kota ilmu maka Ali adalah gerbangnya”.
Ketika awal lambang bilangan dalam matematika menggunakan huruf-huruf seperti yang
pernah diajarkan oleh bangsa Romawi tergolong rumit, Ali mempopulerkan lambang
bilangan dalam huruf Arab dengan angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Ali juga yang
menyederhanakan penulisan lambang bilangan Romawi di mana sepuluh dengan “X”,
seratus dengan “C”, seribu dengan “M” dan seterusnya dipermudah dengan
menambahkan angka nol di belakang angka puluhan, ribuan dan satuan dengan bilangan
10, 100, 1000 dan seterusnya, di mana angka “0″ dalam bilangan Arab diwakili dengan titik.

Al-Biruni ( 973-1050 )

Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan
pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya,
Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai
Ghazni, Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli
matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori
putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah
Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia.
Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km.
Al-Battani ( 850-929)

Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan
dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.
Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.
Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang
pertama yang menghasilkan jadual cotangents.

Al-Khawarizmi ( 780-850 )

Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa
algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.
 Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku
Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra.
 Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku
algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia
sehinggalah kurun ke-
Omar Khayyam (1048-1131)

Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan
dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 dec 1131. Khayyam sebenarnya
bermaksud pembuat khemah.Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang
Algebra.
Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan
algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.Malah beliau juga menawarkan beberapa
penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik
bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.
Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra
dan sangat penting dalam perkembangan algebra.Pengklasifikasian persamaan yang
dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan.
Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian
persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.
Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada
pembentukan teori garisan selari.Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq –
Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap.Di sana, beliau ditugas untuk
menentukan kalendar solat yang tepat.Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang
hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.
.
 
Al Khazin (900-971)
ABU Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin lahir pada tahun 900 Masehi di Khurasan yang
terletak di timur Iran. Lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomi dan
matematik terkenal pada zamannya.
Al-Khazin merupakan salah seorang saintis yang tinggal di bandar dikenali, Rayy. Pada
tahun 959 atau 960 Masehi, Perdana Menteri Rayy yang dilantik oleh Adud ad-Dawlah
meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut di mana permukaan rata
atau datar yang muncul pada matahari untuk bergerak ke arah garisan Khatulistiwa di bumi.
Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: “Saya menggunakan cincin yang saiznya
kira-kira empat meter untuk mengukurnya.”
Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu
kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan
utama saintis lain.
Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada
waktu Perang Dunia Kedua.
Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada
ahli Matematik, al-Khujandi.
Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk
semua nombor x, y, z.
Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang berbeza daripada Ptolemy.
Beliau mempunyai pendapat yang berbeza mengenai model solar yang dikemukakan oleh
Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam
yang bukan berpusatkan bumi.
Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut
beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi