Anda di halaman 1dari 9

ANGKA GILIRAN: 2020061520028 EDUP2012

NAMA: MOHD FITRI BIN IDERIS

NO. KAD PENGENALAN: 910415-03-5727

SOALAN 1

Sosiologi adalah satu perspektif akademik yang mengkaji masyarakat mengenai


sosial,institusi, dan masalah sosial. Ahli sosiologi selalunya berbeza pendapat
tentang aras yanglebih penting tetapi fokus utama sosiologi ialah manusia dalam
masyarakat dan tindakan sertamasalah yang dihadapinya. Sosiologi adalah untuk
menilai manusia secara teliti dan kritikal.Penilaian secara teliti dan kritikal penting
supaya ada bukti yang kukuh untuk menjelaskansetiap tindakan manusia. Justeru
itu, ahli sosiologi berperanan untuk menjelaskan dunia kehidupan manusia. Terdapat
3 aliran pemikiran yang utama dalam sosiologi iaitu Functional, Radikal danKonflik.

Dari tiga corak pemikiran ini, muncul sosiologi mikro dengan aliran pemikiran
iaitu interaksisimbolik, etnometodologi, dramalurgikal, fenomenologi dan teori
pertukaran. Setiap aliran pemikiran adalah penting dalam mengkaji tentang
masyarakat dan saling mempengaruhidalam menyelesaikan isu-isu berkaitan
tindakan manusia dalam masyarakat. Sehingga pada masa kini, sosiologi
pendidikan membincangkan pembaikan sosial. Sebagai contoh, Durkhiem yang
dikenali sebagai bapa permodenan ‘pendidikan sosiologi’, seperti yang selalu
diperkatakan, sangat terganggu dengan perkembangan dalam masyarakat
perindustrian moden. Beliau mencari jalan keluar daripada masalah dengan
menyusun semulakehidupan sosial dengan menggunakan pendidikan sebagai jalan
penyelesaian, seperti program-program pembinaan komuniti, bagi menaikkan taraf
kehidupan masyarakat.

Sejak zaman Durkhiem, sosiologi pendidikan berkembang melalui disiplin


sosio-psikologi berkaitan sosial nature of man atau kesemulajadian sosial manusia.
Sebagai contoh, Platomewariskan beberapa idea berkaitan kecerdikan manusia
yang dipengaruhi oleh minat. Halini menjadi asas dalam membentuk pendidikan
Eropah Barat tetapi pengkaji modenmenunjukkan bahawa idea ini adalah salah.
Salah seorang pengkaji moden iaitu Durkhiemmengubah idea ini dengan
menyatakan proses sosial yang mempengaruhi kecerdikanmanusia. Amat jelas,
ANGKA GILIRAN: 2020061520028 EDUP2012

kajian sosiologi terhadap bidang pendidikan dapat mendatangkansumbangan yang


bernilai kepada masyarakat. Akan tetapi, dalam melakukannya, ahli sosiologiakan
berhadapan dengan risiko menyediakan jawapan yang tidak sesuai atau tidak diigini
oleh pendidik.

Menurut Hargreaves (1994) mencadangkan penggunaan dua istilah yang


berasingan iaitu ‘pendidikansosiologi’ dan ‘sosiologi pendidikan’ bagi mengekalkan
perbezaan antara penekanan kepada pendidikan dan penekanan kepada masalah
sosiologi. Pendidikan memang mempunyaihubungan dengan sosiologi, sama seperti
hubungan antara kejuruteraan dengan fizik. Pendidikmengambil pengetahuan dan
teori yang dikembangklan oleh ahli sosiologi danmenggunakannya bagi
menyelesaikan masalah sosial kanak-kanak. Satu daripada tujuan penting bagi
sosiolgi pendidikan adalah membawa perubahan yang diperlukan dalam diriindividu
dan masyarakat. Sistem pendidikan menawarkan satu keadaan atau tapak
untukmelaksanakan eksperimen tanpa melanggar nilai atau hak asasi manusia.
Dengan berbuatdemikian, sistem pendidikan membantu ahli sosiologi mengembang,
meramal danmenyusun perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat. Oleh
yang demikian, sosiologidan pendidikan adalah saling berkaitan.

(376 PATAH PERKATAAN)

RUJUKAN

Hargreaves, A. (1994). Changing Teachers, Changing Times: Teachers’ Work and


Culture in the Postmodern Age. London: Cassell.
ANGKA GILIRAN: 2020061520028 EDUP2012

SOALAN 2

Murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti yang berlaku terhadap guru
tersebut pastinya akan mewujudkan corak sosiobudaya yang berbeza. Perbezaan
yang wujud tidak harus dijadikan sebagai tembok untuk mewujudkan pelbagai jurang
dalam sistem masyarakat demokrasi di negara kita. Murid di sekolah haruslah
didedahkan kepada kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat agar mereka
dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Kepelbagaian sosiobudaya boleh
ditinjau dari segi aspek bangsa, struktur masyarakat, kelas sosial, kepercayaan,
bahasa, adat resam dan jantina.

Tugas guru tersebut adalah untuk membimbing pelajar mencapai potensi diri
dalam pencapaian akademik, sosial dan vokasional. Pelajar dalam sesebuat bilik
darjah terdiri daripada etnik, taraf sosioekonomi, latar belakang keluarga, kawasan
petempatan, budaya adat resam dan bahasa yang berbeza. Lantaran itu, guru tidak
seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan
perhatian terhadap pelajar. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di dalam bilik
darjah memerlukan guru mengambil perhatian yan sesuai bagi membolehkan setiap
pelajar mendapat peluang yang adil untuk pembelajaranyang berkesan.

Selain itu, implikasi kepelbagain sosiobodaya kepada guru tersebut adalah


layanan adil terhadap setiap murid. Guru tersebut haruslah mengenali latar belakang
pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan
kefahaman akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada
individu pelajar mengikut keperluan individu. Guru tidak seharusnya menggunakan
maklumat latar belakang keluarga pelajar untuk mengesahkan generalisasi dan
pelabelan yang telah dibuat. Apabila guru memahami situasi pelajar, dapatlah guru
merancang pembelajaran yang sesuaidan memberikan layanan yang adil terhadap
pelajar daripada kelompok ini, oleh hal yang demikian, diskriminasi dan kesan “self
ANGKA GILIRAN: 2020061520028 EDUP2012

fulfilling prophercy” dapat dielakkan. Pembelajaran yang berkesan bagi sekumpulan


pelajar tidak semestinyaberkesan bagi kumpulan lain.

Guru tersebut tidak seharusnya menganggap semua pelajar boleh belajar


melalui cara yang sama. Pendidikan yang saksama buka bermakna sistem
penyampaian yang sama. Kesaksamaan pendidikan lebih bergantung kepada
persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya
pembelajaran pelajar. Dengan mengambil kira faktor-faktor yang membantu
pembelajaran, guru dapat menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut
kemampuan pelajar. Satu strategi yang boleh digunakan ialah pembelajaran
koperatif. Melalui struktur pembelajaran koperatif, pelajar dalam kumpulan
heterogenous dapat berkongsi pengetahuandan pengalaman, belajar bersama-
sama, saling memebantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan.
Pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang, etnik, taraf sosial dan pencapaian
dapat saling belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran
budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan
hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam
masyarakat majmuk. Tugas guru secara eksplisit adalah mengajar dan
melaksanakan kurikulum formal tetapi secara realitinya guru menguruskan
hubungan di dalam bilik darjah agar pembeljaran yang berkesan boleh dicapai.
Sebagai satu komuniti kecil di dalam bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan
memlauiperaturan dan rutin bilik darjah, kawalan tingkah laku dianjurkan melalui
peraturan dan rutin bilik darjah. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk
mewujudkan suasana yang terkawal.

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosiobudaya individu itu bukan


sahaja dilihat dari etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi
skop yang lebih besar. Individu pelajar adalah unik dan berbeza memandangkan
latar belakang mereka yang berlainan. Setiap individu membesar dan terbentuk hasil
interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya merupakan faktor pengaruh
yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Budaya mempengaruhi cara
individu berfikir, cara individu bertindak, juga mempengaruhi pandangan, perasaan
dan pembawaan.
ANGKA GILIRAN: 2020061520028 EDUP2012

Menurut Gollnick dan Chin (1998) bahawa beliau berpendapat “Culture


provides the blue print that determines the way an individual thinks, feels dan
behaves in society”. Marcelle, DuPraw dan Axner berpendapat terdapat enam corak
asas budaya yang membuatkan individu itu unik dan berbeza, iaitu berbeza
dalamkomunikasi, berbeza sikap terhadap konflik, berbeza pendekatan dalam
menyelasaikan tugasan, berbeza dalam gaya menyelasaikan masalah,
berbezasikap terhadap pendedahan pandangan dan juga berbeza dalam
pendekatanuntuk mengetahui. Justeru, pelajar adalah berbeza dan perlu mendapat
layananyang berbeza selaras dengan keunikan masing-masing.

Dengan ini, implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya termasuklah


kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid hanya
menguasai dialek, bahasa ibunda atau dialek semata-mata berkemungkinan
menghadapi masalah pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan
penerangan guru. Kesannya mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Disamping
itu, dua atau lebih bahasa dengan kosa kata yang terbatas atau meluas juga salah
satu implikasi kepelbagain sosiobudaya. Pelajar yang menguasai dua atau lebih
bahasa. Contohnya bahasa ibunda, bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan
lebih mudah menguasai pembelajaran memandangkan sinopsis telah terbentuk
dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar polyglot cepat dan tangkas dalam pemahaman
konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika dididik dan diasuh dengan cara yang
betul dan sesuai dengan keupayaanya.

(714 PATAH
PERKATAAN)

RUJUKAN

Gollnick, D. M. & Chin, P. C. 1998. Multicultural Education in a Pluralistic Society,


6th Edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
ANGKA GILIRAN: 2020061520028 EDUP2012

SOALAN 3

Menurut kamus besar bahasa Indonesia (2015), mobiliti sosial merupakan gerakan
berpindah-pindah, atau juga yang disebut sebagai gerak perubahan yang terjadi di
antara warga masyarakat. Perubahan tersebut baik secara fizik mahupun secara
kehidupan sosial. Sedangkan dalam aspek sosial dan politik, mobiliti sosial diertikan
sebagai perubahan kependudukan warga masyarakat kelas sosial yang satu ke
kelas sosial yang lain atau perubahan status sosial dalam kehidupan masyarakat.
Sedangkan inter-generasi secara umum dapat difahami sebagai antara dua generasi
atau lebih. Inter-generasi merupakan sesuatu yang terjadi pada beberapa generasi
tetapi masih dalam satu garis keturunan. Mobiliti sosial inter-generasi merupakan
salah satu contoh dari adanya mobiliti sosial dalam kehidupan masyarakat, yang
termasuk dalam mobiliti antara generasi.

Mobiliti sosial inter-generasi adalah mobiliti sosial yang dapat terjadi dalam
lebih dari satu generasi ke generasi yang lain. Contohnya adalah bapa saudara
dengan sepupu, kakak dan adik dengan ayahnya. Terdapat dua keadaan mobaliti
sosial inter-generasi naik dan turun. Mobiliti inter-generasi naik merupakan
perubahan yang terjadi di mana mobiliti sosial menaikkan kuasanya. Contohnya
seorang ayah pekerjaan adalah tukang sapu di sebuah sekolah berdekatan dengan
rumahnya. Mobiliti sosial intergenerasi turun merupakan perubahan yang terjadi di
mana mobiliti sosial menurunkan kuasanya. Contohnya anak seorang tukang sapu
yang bekerja sebagai guru di sekolah berhampiran dengan rumahnya.
ANGKA GILIRAN: 2020061520028 EDUP2012

Seterusnya, mobiliti sosial intra-generasi. Mobiliti sosial intra-generasi adalah


mobiliti sosial yang dapat terjadi dalam satu generasi. Ertinya dalam satu jenis
generasi, misalnya antara kakak, sepupu, adik, dan sahabat. Mobiliti ini terjadi dalam
dua jenis keadaan iaitu mobiliti sosial intra-generasi naik dan mobiliti sosial intra-
generasi turun. Mobiliti sosial intra-generasi naik merupakan perubahan yang terjadi
di mana mobiliti sosial menaikkan kuasanya. Contoh seorang adik yang bekerja
sebagai guru biasa dan kakaknya yang menjadi guru sebagai Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid. Oleh yang demikian, kerana kerja yang berkualiti maka adik dinaikkan
pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah tersebut, manakala
kakaknya dinaikkan pangkat sebagai guru Penolong Kanan Pentadbiran. Mobiliti
sosial intra-generasi turun pula merupakan perubahan yang terjadi di mana mobiliti
sosial menurunkan kuasanya. Contoh seorang pekerja Mydin Mall di Kota Bharu
yang bekerja sebagai juruwang di kaunter pembayaran, beliau dibuang kerja akibat
daripada perbuatan menyeleweng wang yang telah diamanahkan. Oleh itu, beliau
kehilangan pekerjaan sebagai juruwang.

Pendidikan merupakan penentu jenis pekerjaan yang dilakukan oleh


seseorang individu. Mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi lebih banyak
pilihan pekerjaan serta pendapatan yang lebih tinggi. Sepertimana yang bukti
dijelaskan dalam Jurnal Mobiliti Sosial dalam Kalangan Komuniti Pesisir Pantai:
Kajian Kes di Kuala Terengganu Kesan daripada pelbagai perubahan ini telah wujud
pelbagai projek pembangunan kerajaan dan juga swasta di kawasan pesisir pantai
khususnya di daerah Kuala Terengganu, di mana terdapatnya komuniti nelayan (Nor
Hayati, 2011). Oleh yang demikian wujudnya institusi pendidikan seperti sekolah
rendah, sekolah menengah, maktab dan universiti wujud dengan ketara di samping
kemudahan-kemudahan prasarana seperti jalan raya, lapangan terbang yang
diperbesarkan dan dinaiktarafkan sebagai lapangan terbang antarabangsa, Stadium
Sultan Mizan dan sebagainya. Perkara-perkara ini merupakan penjana pertumbuhan
pendidikan baru dalam komuniti tersebut.

Mobiliti sosial adalah satu proses perubahan atau pergerakan seseorang atau
sesuatu kelompok daripada satu kedudukan kepada kedudukan yang lain dalam
sesebuah masyarakat dan boleh berlaku antara generasi dan juga secara inter-
generasi. Dimensi pendidikan dilihat sebagai antara faktor yang paling utama
mempromosikan mobiliti sosial sesebuah komuniti khususnya terhadap komuniti luar
ANGKA GILIRAN: 2020061520028 EDUP2012

bandar (Mohd Helmi, 2017). Merujuk kepada Jurnal Mobiliti Sosial di Kalangan
Generasi Kedua Felda, sebagaimana diterangkan pada hakikatnya generasi
pertama sudah pun mengalami mobiliti sosial secara mendatar. Penghijrahan
mereka ke kawasan rancangan Felda memberi peluang kepada peneroka untuk
mengubah status kemiskinan keluarga. Berbeza dengan generasi kedua, mobiliti
sosial mereka berlaku secara menegak dan mendatar (Nor Aini, 2004). Didapati bagi
mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi, peluang untuk mendapatkan
pekerjaan yang baik adalah lebih cerah apabila mereka berhijrah keluar. Namun,
terdapat juga generasi kedua yang hanya mengalami mobiliti secara mendatar
apabila mereka mencari peluang pendapatan di sekitar Kawasan berdekatan
dengan Felda. Fenomena ini banyak berlaku di kalangan mereka yang mempunyai
pendidikan peringkat menengah sahaja.

Begitu juga boleh dilihat dalam Jurnal Pola Perubahan Sosiobudaya dan
Mobiliti Sosial dalam Kalangan Komuniti Muara di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia, dari segi pemilikan dan tahap pendidikan, majoriti nelayan memiliki rumah
sendiri dan berpendidikan rendah. Manakala taburan pendapatan mereka sekarang
adalah sebanyak RM1,000 sebulan dan mampu memiliki aset pilihan yang dianggap
barang mewah (Nor Hayati, Ibrahim & Wan Mohd Zaifurin, 2017). Oleh yang
demikian, dapat dilihat terbukti bahawa pendidikan merupakan salah satu faktor
yang mempengaruhi mobiliti sosial.

(718 PATAH PERKATAAN)

RUJUKAN

Menteri Pendidikan Dan Kebudayaan (2016). Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi
Kelima. Diterbitkan Oleh Balai Pustaka.

Mohd Helmi (2017). Peranan Pendidikan Terhadap Mobiliti Sosial Komuniti Iban
Luar Bandar Di Daerah Kecil Spaoh, Sarawak: Satu Kajian Fenomenologi
ANGKA GILIRAN: 2020061520028 EDUP2012

Nor Hayati, Ibrahim & Wan Mohd Zaifurin (2017). Pola Perubahan Sosiobudaya Dan
Mobiliti Sosial Dalam Kalangan Komuniti Muara Di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia

Nor Hayati (2011). Mobiliti Sosial Dalam Kalangan Komuniti Pesisir Pantai: Kajian
Kes Di Kuala Terengganu

Nor Aini (2004). Mobiliti Sosial Di Kalangan Generasi Kedua Felda

Anda mungkin juga menyukai