Anda di halaman 1dari 1

DOA MESYUARAT AGUNG PIBG

‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن ال َّر ِحي ِْم‬


‫صالَة ُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِ ْينَ َوال‬, َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َربِّ ال َعالَ ِم ْين‬
َ‫َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬
Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.

‫يَا هللاُ يَا َك ِريم يَا َودُود‬


Berkati dan rahmatilah mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Perpaduan
kali ke 21. Satukanlah hati-hati kami dalam usaha mendaulatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Kukuhkanlah kesatuan dan kerjasama antara kami demi merealisasikan visi dan misi sekolah yang kami
cintai ini. Teguhkanlah muafakat dan eratkan silaturrahim sepanjang kami bermesyuarat. Hindarilah
kami daripada api permusuhan, dendam kesumat, pertelingkahan pendapat dan anasir-anasir negatif
yang merosakkan perpaduan kami.

ِ ‫الحا َجات َو يَا َرافِ َع ال َّد َر َجا‬


‫ت‬ ِ ‫اللّهُ َم يَا قَا‬
َ ‫ض َي‬
Berkatilah usaha-usaha kami , di dalam menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang, gemilang dan
terbilang , disegani dan dihormati, yang melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di
akhirat.

‫يَا َرح َمن يَا َر ِحيم يَا َربَّ العاَلَ ِمين‬


Perbaikilah segala kesilapan dan kelemahan serta tunjukkanlah kami jalan kemajuan,kemakmuran dan
kesejahteraan.

‫يَا هللاُ يَا فَتاَّح يَا عَليم‬


Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan di dalam mengurus dan mentadbir persatuan ini. Hiasilah diri
kami dengan sifat mahmudah dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan perelokkanlah diri kami
dengan kesejahteraan.

‫ َوالَ تَجْ َع ِل اللَّهُ َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن‬، ‫ َوتَفَرُّ قَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَرُّ قا ً َم ْعصُوْ ًما‬، ‫اَللَّهُ َّم اجْ َعلْ َج ْم َعنَا هَ َذا َج ْمعًا َمرْ حُوْ ًما‬
‫طرُوْ دًا َوالَ َمحْ رُوْ ًما‬ْ ‫ يَ ْتبَ ُعنَا َشقِيًّا َوالَ َم‬.

َ ‫ِ َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َوفِي األ ِخ َر ِة َح َسنَة ًَوقِنَا َع َذ‬
‫اب النَّار‬

‫ َو ْال َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِميْن‬، ‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم‬


َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َ َءالِ ِه ِ َو‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai